Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Jepun cuba mendapatkan
kerjasama dan sokongan daripada pejuang nasionalis dan berjanji akan memberi kemerdekaan
kepada Indonesia. Jepun telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pada 9
Mac 1943. Putera merupakan gabungan parti-parti politik Indonesia yang wujud
sebelum kedatangan Jepun. Sukarno dilantik sebagai Presiden PUTERA dan Hatta
sebagai Naib Presiden PUTERA. PUTERA dibenarkan bergerak dengan bebas oleh
Jepun.[1]
Sukarno menggunakan kesempatan ini untuk
menyemarakkan lagi semangat nasionalisme dan perasaan anti-Jepun dalam kalangan
rakyat Indonesia. Penubuhan PUTERA oleh Jepun sebenarnya adalah untuk mendapatkan
kerjasama daripada penduduk Indonesia dan menggunakannya sebagai alat untuk
mengukuhkan pemerintahan mereka di Indonesia. PUTERA menjadi lebih nasionalis
dan bersikap anti-Jepun daripada pro-Jepun.
Pada Disember 1943, PUTERA telah dibubarkan
dan digantikan dengan Hokokai (Gerakan Kebangsaan Jawa) pada ahun 1944. Ahlinya
merupakan bekas anggota PUTERA dan pengerusikan oleh Sukarno. Pada September
1943, Pembela Tanah Air (PETA) ditubuhkan untuk melatih tentera sukarela bagi
membantu Jepun mempertahankan Indonesia daripada serangan Belanda. PETA juga
sebenarnya tidak menyokong Jepun.[2]
Melalui PETA juga mereka memperkuatkan semangat nassionalis dan sebagai asas
ketenteraan untuk mendapatkan kemerdekaan.[3]
PETA mempunyai hubungan sulit dengan
kumpulan anti-Jepun yang diketuai oleh Sutan Sjahrir yang terlibat dalam satu
pemberontakan anti-Jepun di Blitar. Pemberontakan anti Jepun ini telah gagal.
Amir Sjarifuddin telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. Beliau
digantikan oleh Sutan Sjahrir.
Pada awal tahun 1945, gerakan anti-Jepun
menjadi semakin kuat dan mengancam kedudukan Jepun. Ini menyebabkan Jepun
mengambil tindakan memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada 24 Ogos 1945.
Setelah Amerika Syarikat menggugurkan bom
di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun menyerah kalah tanpa syarat. Sukarno dan
kumpulan gerakan bawah tanah mengambil kesempatan untuk mengisytiharkan
kemerdekaan Indonesia jam 10.00 pagi pada 17 Ogos 1945 dan seterusnya pihak
Belanda mengiktiraf tarikh kemerdekaan tersebut.[4]
[1] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 , (Shah
Alam: Oxford Fajar,2014) ,344.
[2] Ibid,344.
[3] “Perjuangan
Secara Berperlembagaan dan Bersenjata,” dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,136.
[4] Ibid,136.
No comments:
Post a Comment