TEMA 4
4.3.2 Sumbangan tokoh Filipina dan Thailand pada abad ke-20.
oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Presiden Diosdado Pangan
Macapagal menjadi Presiden Filipina antara tahun 1961 dan 1965.Macapagal
memainkan peranan membangunkan negara mengikut cara tersendiri.Macapagal
merupakan pemimpin yang lebih liberal dan memerintah mengikut dasar demokrasi
negara.[1]
Filipina
Macapagal
Latar Belakang
Diosdado Pangan Macapagal lahir
di Lubao, Pampanga pada 28 September 1910. Beliau meninggal dunia di Makati Ciry
Metro Manila pada 21 April 1997 pada umur 86 tahun Macapagal merupakan Presiden
Filipina yang kesembilan (1961 - 1965) bagi menggantikan Presiden Carlos P. Garcia.
Beliau dipilih oleh sebuah gabungan ahli Parti Liberal dan Parti Progresif kerana
keupayaan beliau membasmi amalan rasuah.
Macapagal diberi gelaran 'Orang
Terjujur' (The lnconuptable) sejajar dengan usaha membasmi kegiatan rasuah
dalam pemerintahan beliau.Tempoh sebagai Presiden tamat apabila beliau kalah
kepada calon Parti Nasionalis iaitu Ferdinand Marcos pada tahun 1965. Semasa
pemerintahannya sebagai Presiden Filipina, Macapagal telah melaksanakan dasar
ekonomi untuk melindungi rakyat.[2]
Pembaharuan yang dilakukan oleh Macapagal
Macapagal telah mengamalkan
dasar laissez-faire dalam ekonomi. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi
dan sosial bertujuan untuk mengembangkan ekonomi negara seterusnya.
Program politik
(a) Dalam usahanya untuk
merangsang pertumbuhan ekonomi, Macapagal telah menerima nasihat dari penyokong-penyokongnya
yang kaya supaya membiarkan mata wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran
pertukaran wang asing. Melalui dasar kewangan ini, berjuta-juta peso dapat
dipungut setiap tahun.
(b) Macapagal telah melakukan
pelbagai usaha untuk menghapuskan rasuah dalam sektor-sektor tertentu.
(c) Pada tahun 1962, Macapagal
mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4lutai (hari
Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada tahun 1946 kepada
12 Jun (hari semasa Emilio Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan dari penjajah Sepanyol
pada tahun 1898).
(d) Pada dasarnya keputusan
beliau ini disebabkan Amerika Syarikat enggan membayar ganti rugi ke atas
kemusnahan yang dilaksanakan oleh pasukan tenteranya di Filipina semasa Perang
Dunia Kedua. Tetapi Macapagal telah memberi alasan bahawa tindakan beliau
tersebut merupakan keputusan hukum tentang waktu yang telah ditetapkan sebelum
itu.
(e) Semasa penubuhan gagasan
Persekutuan Malaysia, Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak
terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
(f) Kerajaan Macapagal dengan
tegasnya membuat tuntutan dan mendalaara Sabah masih sebahagian daripada milik
Kesultanan Sulu.
(g) Thntutan ini dibuat
berdasarkan perjanjian antara Sultan Iamalul Alam dengan Baron Von Overbeck
pada22 Januari 1878.
(h) Baron Von Overbeck telah
menjual haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan.
Syarikat perdagangan ini kemudian berjaya mendapat Piagam Diraja daripada
kerajaan British dan pada tahun 1881, syarikat tersebut dinamakan Syarikat
Borneo Utara British (SBUB). SBUB diberi kuasa mentadbir Sabah sehingga Perang
Dunia Kedua. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan
British. Sejak itu Sabah menjadi Jajahan Mahkota British.[3]
Program sosial
(a) Memperkenalkan nilai-nilai
kemasyarakatan dalam masyarakat. Program ekonomi
(a) Meningkatkan pengeluaran
makanan.
(b) Menjalankan program
sosioekonomi yang berani.
(c) Meningkatkan pekerjaan.
(d) Melaksanakan program
reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.
Kesimpulannya,Presiden Macapagal
tidak dapat melakukan beberapa dasar ekonomi kerana mendapat bantahan dan
penentangan daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan Ferdinand Marcos yang
telah menguasai Dewan Perwakilan dan Senat dalam Parlimen Filipina. Namun
demikian, pertumbuhan ekonomi telah meningkat sebanyak 5.157% semasa
pemerintahan Macapagal.[4]
No comments:
Post a Comment