Sunday, November 20, 2016

3.2.2 Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960

Malayan Union 1946
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
Hasil Pembelajaran –menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Malayan Union
a.Latar belakang
Idea penubuhan  Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik Ogos 1941,Iaitu memberi hak menentukan nasib negara sendiri. Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London merancangmewujudkan sistem kesatuan di Tanah Melayu. Pada 10 Oktober 1945, rancangan Malayan Union diumumkan semasa persidangan Parlimen British. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil khas mendapatkan tanda tangan sultan. 1 April 1946, Malayan Union diisytiharkan.[1]

b.Perlembagaan Malayan Union.
i.Pentadbiran
Perlembagaan Malayan Union menetapkan kesatuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, NMTB dan Neger-Negeri Selat diletakkan dibawah kawalan Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Singapura kekal sebagai tanah jajahan mahkota British dengan gabenonya sendiri. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

      Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan.Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri selat akan diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat. Seorang Pesuruh Jaya Negeri akan dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
ii.Kedudukan sultan Melayu.
Mengikut perlembagaan baru ini Tanah Melayu menjadi sebuah kesatuan (union) dan semua kuasa pemerintahan disatukan secara berpusat. Kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa baginda semakin berkurangan. Sultan hanya menjadi penasihat kepada Gabenor. Baginda berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing. Kuasa kerajaan negeri diambil alih oleh kerajaan pusat.[2] Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu.[3]
iii.Syarat kerakyatan
Perlembagaan Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang sama bagi semua orang, tanpa mengira bangsa dan asal keturunan. Hak-hak ini termasuklah peluang untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu melalui prinsip jus soli. Terdapat dua ciri utama dalam kerakyatan secara perinsip jus soli, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang dan secara permohonan.

      Melalui kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang , Malayan Union memeberi kewarganegaraan kepada;
a)      mereka yang dilahirkan dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura serta bermastautin sebelum perintah ini dikuatkuasa.
b)      Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
c)      Mereka yang dilahirkan pada atau selepas perintah itu dikuatkuasakan. Sesiapa yang dilahiran di luar Malaysia atau Singapura selepas perintah dikuatkuasakan diberi kerakyatan dengan syarat bapanya merupakan warga Malayan union.
Kerakyatan secara permohonan diberi kepada;
a)      mereka yang bermastautin selama 5 tahun daripada 8 tahun terdahulu semasa permohonan dibuat.
b)      Mempunyai tingkah laku yang baik, berpegetahuan dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
c)      Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau Singapura.[4]
iv.Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri.
Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerajaan tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Semua ahli majlis ini terdiri daripada para pegawai British.
v.Kedudukan Hak Istimewa orang Melayu.
Perlembagaan Malayan menyebabkan hak istimewa orang Melayu terancam. Ini kerana dalam Perlembagaan Malayan Union, semua bangsa dan kaum layak dipertimbangankan memasuki perkhidmatan awam dan satu undi dalam pilihanraya umum.  Ini bermakna golongan imigran setaraf dengan bumiputera dalam maan Union. Sultan sebagai pelindung kepada orang Melayu telah kehilangan kuasa politik.



[1]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,68.
[2] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,184.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),167.
[4] Ibid,185.

Wednesday, November 9, 2016

FOKUS STPM 2016 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
Latar belakang.
Idea pembentukan Malaysia telah dicadangkan sejak awal kurun ke-19 oleh beberapa orang pegawai British.. Pada 27 Mei 1961, Tuanku Abdul Rahman bersetuju dengan pembentukan Malaysia. Beliau telah mengumumkan dalam majlis makan tenga hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura.Pembentukan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi kenyataan pada 16 September 1963.[1]

Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia
1.Politik
i.Ancaman komunis di Singapura,
Komunis menyusup masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew sejak 1959.Pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong.Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil tahun  1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura.[2]
ii.Ancaman komunis di Sarawak.
iii.Ancaman komunis di Indonesia dan Brunei.
iv.Mempercepatkan proses kemerdekaan.
2.Ekonomi
i.Kerjasama ekonomi.
3.Sosial
i.Keseimbangan kaum.

Reaksi pembentukan Malaysia
i.Dalam negeri
1.Persekutuan Tanah Melayu.
2.Singapura
3.Sabah.
4.Sarawak

ii.Luar negeri
1.British
ii.Filipina
iii.Indonesia
Isi-isi Perjanjian Malaysia 1963
1.Urusan hal-ehwal luar di bawah kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.
2.Agama Islam agama rasmi Persekutuan , kecuali sabag dan Sarawak. Agama lain bebas diamalkan.
3.Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Bahasa lain bebas digunakan.
4.Bahasa rasmi Sabah dan Sarawak ialah Bahasa Inggerissehingga 10 tahun selepas hari Malaysia.
5.Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam sendiri.
6.Perwakilan parlimen. 
Sarawak24 kerusi, Sabah 16 dan Singapura 15 kerusi.
7.Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orangMelayu di Persekutuan Tanah Melayu.[3]




[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),193. 
[2]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,201.  
[3]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,82. 

Bincangkan perjuangan gerakan islah islamiah dalam perjuangan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu pada abad ke-20.

 Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendi ikan agama dari timur tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.Kaum muda ini bermatlamat untuk memajukan bangsa Melayu berasasaan  perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ini ialah al-Imam.Di antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al- Hadi, Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd Salim al-Kalali.

      Antara matlamat perjuanagan Kaum Muda ialah untuk memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran lslam.yang sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan Hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari amalan-amalan taklid buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu.

      Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan kepada bagi.kemajuan orang Melayu. Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat  pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih liberal. Pendidikan di kalangan kaum  perempuan juga dipentingkan. Selain menekankan kepentingan pendidikan agama,  pendidikan bercorak moden seperti penekanan Bahasa Inggeris juga dititikberatkan.

      Di dalam aspek politik, Kaum muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu  bekerjasama. Kaum muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan  pendidikan yang cukup dan seterusnya memajukan orang Melayu. Kaum Muda  berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British.

      Kaum muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti menubuhkan persatuan bagi menggalakkan  pendidikan dan pembangunan ekonomi.

      Kaum muda turut menuntut orang Melayu menceburkan diri di datam bidang  perniagaan, menubuhkan koperasi dan menggunakan sistem kemudahan di bank. Antara strategi perjuangan kaum muda ialah melalui akhbar dan majalah Al-Imam Al Imam muncul pada bulan Julail 1906 di Singapura. Ianya satu penerbitan bulanan dan dihentikan penerbitannya pada bulan Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu). Selain itu terdapat juga akhhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan kaum muda; Neraca (Singapura 1911-1915), Al-Ikhwan (P.Pinang1926-1931), Saudara (P. Pinang 1928-1941), dan Edaran Zaman (P. Pinang 1925-1930)

      Penyampaian idea perjuangan melalui perbincangan agama dimasjid dan madrasah. Kaum muda juga terlibat di dalam penubuhan Madrasah Al-Ikbal yang dibuka pada 21 November 1907. Melalui madrasah ini mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama mata pelajaran bersifat keagamaan. Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah Al- Hadi (Melaka 1917), Madrasah Muhammadiah (Kota Bharu 1917), dan madrasah Al- Diniah (Kg. Lalang Perak, 1924)

      Kaum muda mendapat tentangan darinada kaum tu. Kaum tua merupakan terdiri daripada hierarki agama rasmi, elit Melayu tradisional dan golongan agama di luar  bandar. Pertentangan pendapat ini berlaku melalui akhbar-akhbar. Lidah rasmi kepada kaum Tua adalah aklbar Lidah Benar dan Suara Benar. Kaum muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata susila. Kaum tua menentang kaum muda kerana kegiatan dan idea-idea kaum muda ini menggugat kedudukan mereka sebagai elit agama di dalam masyarakat Melayu sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kampung-kampung. Para mufti telah mengeluarkan fatwa yang mengutuk kaum muda sebagai kafir dan Qadiani. Kaum muda telah dilarang untuk berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat beberapa penerbitan kaum yang diharamkan penyebarannya di  beberapa negeri.


      Perjuangan kaum muda boleh dianggap berjaya dilemahkan oleh perjuangan kaum tua. Kaum tua telah menggunakan kelebihan kedudukan mereka sebagai elit agama untuk mempengaruhi sultan dan juga pemerintah Inggeris bagi menekan dan menindas  perjuangan kaum muda. Kaum muda telah gagal untuk mewujudkan gerakan massa. Menjelang tahun-tahun sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, perjuangan nasionalisme Melayu lebih tertumpu pula kepada usaha-usaha untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi orang Melayu. Perjuangan corak ini pula lebih mendapat tempat dalam gerakan massa

Sunday, November 6, 2016

FOKUS STPM 2016-Penentangan Rakyat Myanmar Secara Bersenjata.

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Penentangan rakyat Myanmar secara bersenjata bermula apabila ahli Thakin mula melakukan gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun. Golongan Thakin mempunyai pasukan gerila anti-Jepun yang diketuai oleh Thakin Soe.Kumpulan yang berbaik dengan Jepun juga bersahabat dengan pejuang-pejuang pembebasan bawah tanah.

      Perasaan anti-Jepun muncul disebabkan tindakan politik dan ketenteraan Jepun yang dianggap menghina bangsa Myanmar. Masalah ekonomi dan kesukaran hidup yang dialami semasa pendudukan Jepun menambahkan kebencian mereka lalu bangkit menentang Jepun.[1]

      Aung San menubuhkan Tentera Kebangsaan Burma anti-Jepun yang kemudiannya berkembang dan membentuk Liga Pembebasan Rakyat anti-Fasis untuk menentang Jepun. AFPFL mendapat bantuan luar terutama dari British.[2]

      Dakyah anti-Jepun disebarkan dalam Tentera Kebangsaan Burma melalui ceramah secara sulit pada tahun 1944 untuk embangkitkan semangat anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar. Walaupun pelbagai sekatan dikenakan oleh pentadbiran tentera Jepun. Penentangan ini bertujuan untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Dalam usaha penentangan ini, mereka telah memusnahkan kawasan yang dianggap strategik.

      Pertubuhan politik secara sulit telah ditubuhkan seperti Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL) yang akan menyelaraskan semua gerakan penentangan yang diselenggarakan oleh Tentera Kebangsaan Burma, Liga Belia Asia Timur, golongan sosialis dan Thakin yang berideologi kominis termasuk petani dan pekerja. AFPFL mendapat bantuan luar terutama British. Hubungan sulit diadakan dengan pihak British di India oleh Thein Pe dan Thakin Tin Shwe.

      Tentera Jepun pula telah menubuhkan pasukan Tentera Kemerdekaan Myanmar (Burma Independence Army) Pasukan ini diberi senjata dan ada dalam kalangan pemimpin mereka yang menyeludup ke Jepun bagi mendapatkan latihan tentera. Pasukan ini ditubuhkan hasil daripada pakatan Aung San dan 13 orang ahli Dobama Asiayone.[3]

      Aung San telah memberi sokongan kepada British dalam usaha menawan semula Myanmar dan menghalau Jepun.Pada 8 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah. Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan Karen, Shan, Kachin dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis daripada pengaruh kominis dalam usaha menyakinkan British bagi mendapatkan kemerdekaan Myanmar.

      Aung San elah membuat perisytiharan kemerdekaan yang diberi adalah kemerdekaan yang dikawal oleh Jepun. Tentera Kebangsaan Burma telah mengedarkan berita sulit dengan persetujuan AFPFL untuk menyediakan kerja-kerja sabotaj terhadap Jepun dan golongan pro-Jepun. 

      Manifesto 1944 dikeluarkan bertajuk ‘Usir Keluar Penjajah-Penjajah Fasis Jepun’ yang bertentangan dengan propaganda Jepun sebelum ini. Pada Mac 1945, Tentera Kebangsaan Burma mula menentang tentera Jepun. Penentangan ini semakin meluas apabila Liga Belia Asia Timur termasuk golongan petani dan pekerja turut menyertai perang gerila tersebut. 

      Semasa serangan pihak Berikat ke atas Jepun di Myanmar, Tentera Kebangsaan Burma yang diharapkan menentang British telah menyerang tentera Jepun daripada belakang. Tentera British dan Tentera Kebangsaan Burma telah bekerjasama di bawah pemerintah tertinggi pihak Berikat, iaitu Lord Louis Mountbatten untuk menamatkan pendudukan Jepun di Myanmar. Pada Oktober 1945, Jepun secara rasmi telah menyerah kalah kepada pihak Berikat.[4]

FOKUS STPM 2016 Penentangan Rakyat Indonesia Secara Bersenjata.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Di Indonesia, Jepun menjalankan dasar pecah dan perintah. Hal ini kerana strategi berkenaan dapat mengelakkan pengaruh nasionalisme berlaku dalam kalangan rakyat di negara tersebut.
Kebanyakan pemimpin nasionalisme seperti Sukarno dan Hatta tidak dibenarkan menyebarkan pengaruh mereka luar daripada Kepulauan Jawa.  

      Untuk menyelamatkan empayar Jepun daripada serangan tentera Berikat, beberapa buah organisasi semitentera dan bersifat tentera penuh telah ditubuhkan. Seinendan telah ditubuhkan untuk golongan pemuda dan tertumpu kepada latihan tentera tanpa menggunakan senjata. Manakala Keibodan berfungsi untuk mengawal tentera dalam negara.

      Pertubuhan tentera penuh, iaitu PETA dan HEIHO yang dianggotai tentera Indonesia ditubuhkan bagi menghadapi dan mempertahankan Indonesia daripada serangan tentera Berikat.  

Kesusahan hidup rakyat, kekejaman Jepun dan tindakan Jepun untuk menjajah Indonesia menyebabkan muncul gerakan-gerakan penentangan oleh golongan anti-Jepun.Amir Sjarifuddin merupakan golongan anti-Jepun yang menerima bantuan daripada Belanda untuk menentang tentera Jepun. Bagaimana pun beliau telah ditangkap oleh tentera Jepun.

      Golongan mahasiswa pula menyatakan protes terhadap pemerintahan Jepun. Banyak ahli persatuan ini yang menentang pendudukan Jepun di Indonesia telah ditangkap. Gerakan Anti-Fasis telah menjalinkan hubungan dengan nasionalis lain untuk menentang Jepun seperti nasionalis di Tanah Melayu dan golongan kiri Cina di Sumatera  Timur. Selepas kekalahan Jepun, Belanda kembali ke Indonesia dan disambut dengan semangat penentangan dan peperangan oleh penduduk Indonesia di bawah pimpinan Sukarno dan ahli nasionalis yang lain yang menyebabkan pihak Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.