Thursday, June 29, 2017

Pembentukan Ekonomi Moden

oleh- Ahmad bin Yaakob
Perubahan Ekonomi
Kegiatan Melombong Bahan Galian
a)Perusahaan bijih timah
Sebelum campur tangan British di negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan.Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.[1] Sebelum kedatangan orang Cina, sultan dan pembesar Melayu  menguasai perlombongan bijih timah.Kebanyakan pekerja lombong bijih timah terdiri daripada hamba berhutang dan hamba abdi.[2] 

      Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mulai berubah apabila orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah.Permintaan bijih timah meningkat akibat Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-19, menyebabkan orang Cina membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar Melayu. Lombong bijih timah dibuka di Larut, Klang, Lukut dan Sungai Ujong. Pada peringkat awal pelombong Cina dikawal oleh pembesar Melayu dengan memastikan hasil bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka. Penglibatan orang Cina menyebabkan perusahaan bijih timah berkembang pesat di Tanah Melayu. Lombong-lombong bijih timah dibuka di Ampang, Kuala  Lumpur dan Lemba Kinta, Perak. Menjelan tahun 1820-an  terdapat 1200 orang pelombongbangsa  Cina di Lukut. Pada tahun 1848, bijih timah dijumpai dalam longgokan yang besar di Larut oleh Long Jaafar. Dengan sokongan pemodal dari Pulau Pinang, beliau membuka lombong pertama di Kelian Pauh dan kemudiannya di Kelian Bharu.   [3]


     Terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri Selat dan pengenalan teknik melombong yang baharu.Orang Cina menggunakan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan bijih daripada tanah.[4] Mereka juga menggunakan saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk mengeringkan lombong bagi mengatasi masalah banjir atau mengawal  bekalan air.[5]

      Perusahaan bijih timah semakin berkembang pesat selepas kilang melebur bijih timah dibuka di Singapura apada tahun 1887. Pembukaan kilang itu memudahkan bijih timah diproses di dalam negeri.[6]
Setelah orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, maka uasaha mencari gali semakin diperluskan. Mereka ( orang Eropah) menggunakan peralatan yang lebih moden seperti kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah.Akibatnya merekadapat memonopoli perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.Permintaan yang tinggi terhadap bijih timah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar timah yang terbesar di dunia pada akhir abad ke-I9.[7]

2. Kemelesetan Ekonomi Dunia, 1929-1932
Harga bijih timah bijih timah dikuasai oleh pasaran dunia dan tidak tetap. Ini disebabkan oleh keanjalan yang rendah dalam pembekalan dan permintaan bahan itu.[8] Industri mengetin mengalami kemerosotan dan Kejatuhan pasaran saham di London dan New York menyebabkan kejatuhan dalam permintaan bijih timah. Harga bijih timah di Tanah Melayu menjunam sehingga ke paras yang rendah disebabkan kekurangan permintaan di pasaran Eropah.

      British mengambil beberapa langkah untuk menghadapi kemelesetan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Pada tahun 1929, permohonan untuk membuka lombong-lombong baharu dibekukan. Pengeluaran bijih timah secara sukarela juga dihadkan tetapi tidak berkesan.

'Skim Kawalan Timah'  diperkenalkan untuk mengurangkan lebihan penawaran. Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia, Indonesia dan Nigeria menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai ‘Skim Kawalan Timah’.[9]
Perjanjian Timah Antarabangsa bagi menghadkan pengeluaran dan menstabilkan harga timah.[10]Melalui perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu berpandukan angka pengeluaran.

      Majlis Tanah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Majlis ini menetapkan kuota pengeluaran berdasarkan angka keluaran tahun 1929 bagi setiap negara pengeluar. Harga timah meningkat ke $1 185 satu tan pada tahun 1935.Syarikat tempatan mengalami kerugian besar, mankala syarikat Eropah yang mempuntai lombong di negara lain masih boleh bertahan. Kuota yang rendah merugikan Tanah Melayu kerana dengan kos yang rendah, Tanah Melayu masih boleh mengeluarkan lebih daripada yang dihadkan oleh kuota itu.[11]    





[1]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42 .   
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),105.
[3] Ibid,106
[4]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42 . 
[5]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,116.
[6] Ibid, 116.
[7]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,  43 .    
[8]Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996)  ,228.
[9]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,117.  
[10]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 43 .   
[11] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),106.

SISTEM RESIDEN

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pengubahsuaian Pentadbiran .
Pengenalan Sistem Residen.
1.Pengenalan Sistem Residen.
Sistem Residen diperkenalkan secara rasmi di Perak 1874 selepas Perjanjian Pangkor dan kemudiannya diperluaskan ke Selangor 1875, Pahang 1888 dan Negei Sembilan 1889. Sistem Residen merupakan satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak langsung di Negeri-Negeri Melayu di Pantai Barat Tanah Melayu.[1]

      Mengikut Sistem Residen, Residen ialah seoang pegawai British yang dilantik untuk menasihati sultan dan nasihatnya itu mesti dipatuhi dalam semua perkara, kecuali berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Walaupun Perjanjian Pangkor dikatakan menjamin kedaulatan raja-raja dan kedudukan negeri-negeri Melayu sebagai wilayah di bawah perlindungan British, tetapi kuasa memerintah kuasa memerintah sebenarnya berada di tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan.[2]

      Residen berkuasa dalam semua sistem pentadbiran negeri, termasuk kutipan cukai dan kawalan ke atas hasil negeri.Raja-raja Melayu kini terpaksa patuh kepada nasihat Residen yang bertanggungjawab kepada Residen Jeneral, iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat.[3]British perkenalkan beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu melalui institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika itu.[4]

b)Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri.
i.Ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran negeri.
ii.Berperanan untuk menemukan pegawai British dan pembesar Melayu supaya mereka dapat berunding tentang perkara-perkara yang menyentuh kepentingan masyarakat Melayu.
iii.Pada peringkat awal penubuhan, Majlis Mesyuarat Negeri berperanan sebagai badan penasihat.
iv.Dianggotai oleh sultan sebagai ketua, Residen British, 12 orang pembesar Melayu dann seorang wakil Cina.
v.Mesyuarat ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu.
vi.Tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas.
vii.Kuasa sultan dalam majlis juga terbatas kerana hanya berkuasa dalam agama Islam dann adat-istiadat Melayu.[5]
c)Sistem pentadbiran Tanah.
i.Telah mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan British meneruskann usaha
mengeksloitasi kekayaan ekonomi di Neger-Negeri Melayu.
ii.British mengambil langkah-langkah untuk menyusun semula sistem pentadbiran tanah.
iii.Memperkenalkan undang-undang dengan menjadikan tanah sebagai hak milik persendirian.
d)Sistem Pentadbiran Negeri.
British adakan perubahan pantadbiran dengan membahagikan negeri kepada beberapa buah
daerah yang diketuai oleh seorang pemungut dan Majistret untuk memungut cukai dan mentadbir
keadilan di daerah itu.
ii.Nama Pemungut dan Majistret kemudian ditukarkan kepada Pegawai daerah dan ditugaskan
kepada perkara-perkara berikut;
Kendalikan urusan cukai dan sewa tanah.
Jaga keamanan dan kuatkuasa kan undang-undang.
Bertanggungjawab dalam perkara seperti kesihatan awam.kewangan dan sistem keadilan dalam
daerah di bawah jagaannya.
iii.Wujudnya sempadan geografi yang jelas antara negeri kesan daripada pembahagian negeri
kepada daerah.
iv.Kedudukan daerah ditentukan oleh kesetiaan peribadi pembesar kepada raja.
v.Daerah ini mungkin akan jatuh ke tangan pembesar yang lain jika berlaku pergolakan.
vi.Dalam sistem pentadbiran yang baharu setiap daerah dibahagikan kepada beberapa buah unit
pentadbiran yang lebih kecil dikenali sebagai mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu.
viii.Unit di peringkat bawah sekali ialah kampung yang diketahui oleh seorang ketua kampung.
ix.Berperanan sebagai penghubung antara penduduk kampung dengan pentadbiran yang lebih
tinggi.[6]


[1] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,(Shah Alam:Fajar Bakti,2003),340.
[2] Ibid,340
[3] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,(Shah Alam:Fajar Bakti,2000),298.
[4] “Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.” dalam dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.
[5] Ibid,32
[6] Ibid,33

Nilaikan penentangan terhadap Sistem Residen di Perak 1875 dan di Pahang 1891. [20]

British campur tangan di Perak tahun 1874 dan di Pahang 1888. Melalui campur tangan tersebut, Sistem Residen diperkenalkan.Sistem Residen merupakan sistem pemerintahan secara tidak langsung British di Perak dan Pahang. Di bawah Sistem Residen seorang pegawai British yang digelar Residen dilantik untuk menasihati Sultan dalam segala hal pentadbiran kecuali agama dan adat-istiadat  Melayu. Di Perak Residen pertama ialah JWW Birch, manakala di Pahang J.P Rodger dilantik menjadi Residen yang pertama. Sistem residen di Perak dan Pahang ditentang hebat oleh masyarakat tempatan atas sebab-sebab politik, ekonomi dan sosial.

Isi-isi penting
Sebab penentangan di Perak.
1.Perjanjian Pangkor gagal menyelesaikan masalah.
Masalah perebutan takhta antara Raja Abdullah dan Raja Ismail tidak dapat diselesaikan walau pun Perjanjian Pangkor ditandatangani 1874.
Selepas Perjanjian Pangkor, pembesar-pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan Perak.
Raja Ismail enggan menyerahkan alat kebesaran raja yang diperlukan untuk pertabalan seseorang sultan.
Ngah Ibrahim pula tidak berpuas hati kerana terpaksa mengikut nasihat Kapten Speedy.

2.Campur tangan JWW Birch dalam adat resam orang Melayu.
J.W.W Birch telah mengambil alih pungutan cukai di Perak. Beliau mewujudkan sebuah khazanah pusat yang dikendalikan oleh pegawai British.
Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai tanpa bayaran ganti rugi yang mencukupi. Ini dilihat sebagai satu tindakan yang mengancam kedudukan tradisional dan kekuasaan sultan dan pembesar.
Birch menentang amalan perhambaan yang merupakan adat resam masyarakat Melayu tradisional. Institusi perhambaan. melarnbangkan kedudukan dan kekuasaan seorang sultan atau pembesar. Birch telah memberi perlindungan kepada hamba abdi yang melarikan diri daripada tuan mereka di tempat kediamannya.
Birch telah melanggar syarat Perjanjian Pangkor dengan campur tangan dalam adat resam orang Melayu.
3.Pengenalan cukai baharu
Birch memperkenalkan pelbagai cukai yang asing pada masyarakat Melayu serta membebankan masyarakat tempatan. Contohnya, cukai ke atas perahu dan perahu dagang. Perahu yang digunakan untuk menangkap ikan dikenakan cukai sebanyak 50 sen. Perahu dagang pula dikenakan cukai sebanyak satu ringgit.
Terdapat cukai ke atas hasil padi.Bayaran lesen dikenakan ke atas hak membawa senjata.
Birch telah membatalkan pajakan Sultan Abdultah kepada Tan Kim Cheng sebanyak $26 000 setahun bagi pungutan cukai kastam di Perak. Birch kemudiannya membuat tawaran baru dengan memajakkan pungutan cukai ke atas minuman keras serta candu yang berjumlah $6 000 sebulan
kepada Tan Kim Cheng dan rakan-rakannya.
4.Keperibadian Birch
Birch mempunyai keperibadian yang lemah dan suka menghina sultan dan pembesar Perak. Pada Ogos 1875, Birch menghina Sultan Abdullah apabila baginda bersama-sama dengan pembesar Melayu yang lain pergi ke rumahnya untuk meminta bayaran ganti rugi.
Birch mencabar kekuasaan Sultan Abdullah dengan biadap mengatakan bahawa bayaran ganti rugi hanya akan dibayar sekiranya mereka berhenti memungut hasil.
5.Kesilapan Sir William Jervois
Sir William Jervois ingin mengambil alih pemerintahan negeri Perak melalui pelantikan pegawai-pegawai British atas nama sultan.
Ini bermakna sultan dan pembesar Perak tidak mempunyai kuasa politik lagi. Mereka dipaksa menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British dan akan diberi pencen atau ganti rugi. Jervois telah menetapkan  sekiranya Sultan Abdullah membantah, baginda akan dibuang negeri. Sultan Abdullah terpaksa menandatangani dua perisytiharan untuk menerima cadangan ini pada 2 Oktober 1875.

Sebab penentangan di Pahang
1.Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad Sultan Ahmad kehilangan kuasa pentadbiran. Kedudukan baginda dalam Majlis Mesyuarat Negeri tidak bermakna langsung kerana segala keputusan dalam tangan Residen British.
Sultan Ahmad dipaksa menandatangani satu perisytiharan yang melantik putera baginda, iaitu Tengku Mahmud sebagai pemangku Raja dengan kuasa penuh.
Sultan Ahmad berpindah ke Pulau Tawar. Baginda telah bekerjasama dengan pembesar lain menentang Sistem Residen secara sulit.

2.Perasaan tidak puas hati pembesar
Dato Bahaman merupakan Orang Besar Berempat dan Orang Besar Semantan. Beliau diberi amaran oleh British sebab memungut cukai di kawasannya sendiri.
British mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak dalam kawasan Semantan tanpa memaklumkan kepadanya.
Dato Bahaman hanya diberi elaun sebanyak $70 sebulan walaupun beliau meminta sebanyak $500.
Tok Raja adalah Orang Besar Berempat. Beliau pernah mengadu kepada Residen British tentang Syarikat Penom yang melombong emas di kawasannya tetapi British tidak melayannya.
Tok Gajah berkedudukan sebagai Orang Besar Raja dan mempunyai pengaruh dalam istana. Permintaan beliau untuk menaikkan elaun pembesar dan pembayaran elaun kepada penghulu tidak dihiraukan langsung oleh British.
3Perasaan tidak puas hati rakyat
Rakyat tidak puas hati dengan pengenalan sistem lesen dan permit.
Mereka terpaksa memperoleh lesen atau permit untuk mendapatkan hasil hutan seperti kayu dan daun rumbia.
Mereka juga tidak dibenarkan memakai keris.
British memperkenalkan cukai ke atas tanah kecuali tanah warisan. Kadar cukai adalah berdasarkan jenis tanah.
Rakyat Pahang benci dengan sikap orang asing yangberada di Pahang. Ramai orang Cina dan Eropah bersikap sombong dan jahil terhadap adat resam tempatan.

Penutup
Campur tangan British dan pengenalan Sistem Residen membawa kepada penentangan di Perak dan Pahang. British tidak sensitif terhadap adat resam dan tradisi masyarakat tempatan. Mereka melaksanakan sesuatu yang asing dan dilakukan dengan tergesa-gesa. British telah mengenepikan kewibawaan dan kedaulatan sultan dan pembesar. Walau bagaimanapun, penentangan di Perak dan Pahang dapat dipatahkan. Selepas itu, British lebih berhati-hati apabila berurusan dengan orang Melayu.


Unit 2.2 Penentangan terhadap kuasa asing di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan 20.

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
1.Penentangan masyarakat tempatan di Negeri-Negeri Melayu.
i.Perak
Penentangan terhadap Sistem Residen
Faktor-faktor
a.Kelemahan Perjanjian Pangkor
b.Kelemahan peribadi Birch.
c.Dasar-dasar J.W.W Birch.
d.Sikap William Jervois.
e.Pembunuhan J.W.W.Birch.

ii.Pahang
Penentangan terhadap Sistem Residen
Faktor-faktor
a.Rasa tidak puas hati Sultan Ahmad.
b. Rasa tidak puas hati pembesar-pembesa.
c. Rasa tidak puas hati Tok Gajah.
d. Rasa tidak puas hati Dato, Bahaman.
e. Rasa tidak puas hati rakyat.

iii.Kelantan
Penentangan terhadap pentadbiran British di Pasir Puteh Kelantan.
Faktor-faktor penentangan.
a.Pengaruh Engku Besar Jeram.
b.Pengenalan cukai-cukai baharu
c.Sikap Pegawai Daerah Encik Latif
d.Perasaan anti-British.
e.Kebangkitan Tok Janggut.

iv.Terengganu
Penentangan terhadap perubahan-perubahan pentadbiran British
Faktor-faktor penentangan.
a.Pengenalan peratuan baharu.
b.Pengaruh gerakan penentangan di Pahang.
c.Pengaruh golongan ulamak.
d.Kebangkitan tahun 1922.
e. Kebangkitan tahun 1925.
f. Kebangkitan tahun 1928.[1]


[1] “Penentangan Terhadap Kuasa Asing”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)29.

Cara perluasan kuasa di Negeri-Negeri Melayu

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
1.Melalui tipu helah
Cara Francis Light mendapat Pulau Pinang daipada Sultan Kedah
2.Perjanjian/pemuafakatan
Pejanjian  Briish-Belanda 1824
Perjanjian Pangkor 1874 dengan Sultan Perak.
3.Peperangan
Pengeboman Kuala Terengganu 1862 kerana British cuba campur tangan di Pahang.[1]
1.Melalui tipu helah
Cara Francis Light mendapat Pulau Pinang daipada Sultan Kedah
Perluasan kuasa British di Tanah Melayu bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang 1786. Francis Light menduduki Pulau Pinang secara tipu helah. Contohnya Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 antara Fancis Light yang mewakili SHTI dengan Sultan Abdullah untuk membuka Pulau Pinang sebagai  pangkalan tentera dan pusat perdagangan British. Franci Light tanpa persetujuan SHTI di India telah menjanjikan bantuan ketenteraan kepada Sultan Kedah sekiranya Kedah diancam oleh musuh. Sebagai balasan, baginda membenarkan British menduduki Pulau Pinang. Namun SHTI tidak menghantar bantuan bantuan tentera kepada Sultan Kedah ketika Siam menyerang Kedah untuk menghukum baginda. Ini berikutan SHTI tidak meluluskan syarat bantuan ketenteaan seperti yang ditawarkan oleh Light.[2]      

2.Perjanjian/pemuafakatan
Pejanjian  British-Belanda 1824
Perjanjian British-Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824 dimeterai oleh George Canning bagi pihak British dan Charles W. Wmn bagi pihak Belanda dibuat tanpa persetujuan Raja-Raja Melayu yang terlibat. Perjanjian ini dimeterai untuk menangani ketengangan dalam hubungan British Belanda  serta bantahan Belanda terhadap pembukaan Singapura pada tahun 1819.

Syarat-syarat Pejanjian  British-Belanda 1824
1.      Belanda meniktiraf kedudukan British di Singapura..Sementara British pula mengiktiraf kedudukan Belanda di Pulau Belitong.
2.      Belanda akan menyerahkan Melaka kepada British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda,
3.      Bekerjasama untuk membeneras kegiatan lanun yang berleluasa di perairan Kepulauan Melayu.
4.      Belanda berjanji tidak akan mengikat sebarang perjanjian  atau terlibat dalam hal ehwal Negeri-Negeri Melayu.
5.      British berjanji tidak akan mengikat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di Selatan dari Singapura dan yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda di Sumatera.[3]

Perjanjian Pangkor 1874 dengan Sultan Perak.
      Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 17 Januari 1874 ekoran tindakan Raja Muda Abdullah meminta bantuan British untuk mendapat takhta Perak. Perjanjian ini dibuat di antara  Andrew Clarke, Raja Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak besama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong Raja Abdullah iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar. Raja Mahkota, Laksamana dan Dao’ Sagor

      Antara sebab-sebab perjanjian Pangkor ditandatangani ialah pergaduhan kongsi gelap China di Larut di antara dua kumpulan yang bermusuhan yang dikenali sebagai Ghee Hin dan Hai San. Sebab kedua ialah perebutan takhta di Perak keana sistem pewarisan takhta di Perak berbeza dengan Negeri-Negei Melau yang lain. Mengikut sistem ini tiga buah keluarga Diaja berkongsi hak menaiki takhta kerajaan. Setiap keluarga akan mencalonkan seorang putera yang bakal menaiki takhta melalui suatu sistem pusingan.

      Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871, ada tiga orang yang menuntut takhta kerajaan iaitu Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Abdullah yang menetap di Batak Rabit diundang menghadiri istiadat pemakaman al-mahum Sultan Ali si Sayong. Mengikut istiadat Melayu Perak, bakal sultan mesti hadir dan mengangkat sumpah sebagai sultan yang baharu. Raja Abdullah tidak hadir kerana takut dibunuh oleh pengikut Raja Yusuf kerana beliau terpaksa melalui daerah yang didiami oleh Raja usuf, iaitu Senggang.[4]

      Rundingan Pangkor mula mula diadakan pada 17 Januari 1874 di atas kapal Pluto. Setelah iga hari berunding, satu perjanjian ditandatangani antara Andew  Clarke dengan semua pihak yang terlibat pada 20 Januari 1874. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Pangkor.[5]       .

Syarat-Syarat Perjanjian Pangko 1874
1.      Raja Abdullah diktiaf British sebagai Sultan Perak. Sultan Ismail dilucutkan gelaran Sultan Perak walaupun baginda tidak mengiktiraf perjanjian tersebut diberi gelaran Sultan Muda dengan bayaran pencen $1000.00 serta diberikan satu kawasan jajahan.
2.      Seorang Residen British dilantik untuk menasihati sultan dalam semua aspek pentadbiran negeri kecuali perkara berkaitan agama ada adat istiadat Melayu. Nasihat Residen ini mesti diperolehi dan diikuti oleh sultan.
3.      Ngah Ibahim kekal menjadi Orang Kaya Menteri Paduka Tuan di Larut tetapi kuasa beliau dikuangkan. Kapten Speedy sebagai Penolong Residen untuk membantu beliau mentadbir Larut.
4.      Residen British mengambil alih semua urusan kutipan cukai dan perbelanjaan wang kutipan cukai Perak.Hak dan kuasa pembesar Melayu untuk mengutip cukai dimansuhkan dan diberi pencen bulanan.
5.      Wilayah Dinding diambil alih oleh pihak British dan diletak di bawah Negeri-Negeri Selat supaya masalah perlanunan dapat dibenteras.[6]   
3.Peperangan
Pengeboman Kuala Terengganu 1862 kerana British cuba campur tangan di Pahang.
Selepas kemangkatan Bendahara Ali 1857, timbul perbalahan di antara dua anaknya, Wan Mutahir dan Wan Ahmad. Ini membawa  kepada tercetus Perang Saudara. Wan Ahmad meminta bantuan dari kerajaan Siam. Siam ingin menjadikan Terengganu sebagai pangkalan untuk melancarkan seangan ke atas Pahang. Kerja melombong bijih timah di Kuantan terjejas.

      Demi menjaga kepentingan ekonomi Pahang dan menyekat perluasan kuasa Siam di NNM. Gabenor NNS, Orfeur Cavenagh memberi amaran kepada Sultan Teengganu supaya tidak terlibat dalam Peang Saudara di Pahang. Tetapi amaran  Gabenor NNS, Orfeur Cavenagh tidak dipedulikan. Gabenor NNS, Orfeur Cavenagh menghanta sebuah kapal perang untuk menyerang Terengganu. Apabila rundingan dengan Sultan Terengganu gagal, British menggunakan kekerasan dengan membedil Kuala Terengganu.[7]


[1] “Perluasan Kuasa Asing”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[2]S.B.Teoh, Norizan Yusoff dan Nurul Huda Md usop, Sejarah STPM Penggal 3, (Shah Alam :SAP PUBLICATION (M) SDN. BHD.,2014),49.
[3] Ibid,50.
[4]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,” (Shah Alam :Oxford Fajar Sdn. Bhd. , 2014),61. 
[5] Ibid, 63.
[6] S.B.Teoh, Norizan Yusoff dan Nurul Huda Md usop, Sejarah STPM Penggal 3,
[7] Ibid,53.

Cara Perluasan kuasa Brooke di Sarawak

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Satu perjanjian telah ditandatangani antara James Brooke dengan Pangeran Raja Muda Hashim pada tahun 1841.
Syarat-syarat Perjanjian 1841
1.James Brooke diberi kuasa memerintah Sarawak serta iajahannya.
2.James Brooke diberi hak memungut cukai di Sarawak.
3.James Brooke bertanggungjawab dalam hal kewangan Sarawak.
4.James Brooke dikehendaki menghormati dan memelihara undangundang serta adat-istiadat orang Melayu di Sarawak.[1]

Kesan Perjanjian 1841
James Brooke dilantik sebagai Gabenor dan Raja Sarawak pada 24 November 1841.
Faktor peluasan kuasa Brooke di Sarawak 1842
Sebab-sebab Perjanjian 1842 (James Brooke dengan Sultan Brunei)
1.Demi memperkukuhkan kedudukannya, James Brooke telah belayar ke Brunei untuk menghadap Sultan Brunei.
2.Sultan Brunei berasa takut apabila melihat kapal James Brooke yang diiringi oleh kapal-kapal tentera laut dari Singapura. Baginda bimbang keselamatan Brunei terancam. Oleh itu, baginda bersetuju menandatangai Perjanjian 1842.
Syarat-syarat Perjanjian 1842
1.Sultan Brunei mengesahkan pelantikan James Gabenor Sarawak.
2.James Brooke berjanji membayar ufti tahunan kepada Sultan Brunei.
 Kesan-kesan Perjanjitn 1842
1.James Brooke meluaskan kuasanya di Sarawak dengan melancarkan serangan ke atas petempatan peribumi.
2.James Brooke dalam usaha meluaskan kuasanya telah campur tangan dalam hal-ehwal tempatan. Satu demi satu kawasan Sarawak jatuh ke dalam kuasa James Brooke.
3.Pemerintahan keluarga Brooke menimbulkan ketidakpuasan hati pembesar Melayu dan masyarakat Sarawak sehingga terdapat beberapa penentangan terhadapnya.[2]



[1] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),66.
[2] Ibid,66

FAKTOR CAMPUR TANGAN KUASA ASING DI SARAWAK

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Penentangan di Sarawak 1836 - l84l
Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya kerajaan Brunei tidak campur tangan langsung dalam pentadbiran Sarawak. Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja.Bagi memudahkan kerajaan Brunei menguasai ekonomi Sarawah khasnya pengeluaran antimoni dan emas, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Indera Mahkota (seorang bangsawan Brunei  sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.[1]

Pangeran Indera Mahkota mentadbir Sarawak.
      Perlantikan Pangeran Indera Mahkota tidak digemari oleh pembesar Melayu tempatan. Perlantikan ini akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka. Dengan membina pusat pentadbiran di Kuching Pangeran Indera Mahkotamengambil alih semua tugas dan tanggungjawab pentadbiran dan punca kekuasaan daripada pembesar Melayu tempatan.[2]Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimoni yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu.

      Beliau juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas orang Melayu. Membeli hasil orang Melayu dengan harga yang rendah.Menindas orang Bidayuh sebagai buruh paksa di lombonglombong antimoni miliknya.Sekiranya orang Bidayuh gagal menjelaskan hutang, anak isteri mereka akan dijadikan hamba abdi. Penduduk Sarawak dipaksa membeli barang daripada Pangeran Indera Mahkota dengan harga yang tinggi.

Akibat penindasan ini, orang Biilayuh. memulakan penentangan pada tahun 1836. Penentangan ini disertai oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Datu Patinggi Ali dan orang Dayak. Memandangkan kelemahan Pangeran Indera Mahkota untuk mematahkan penentangan, Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Muda Hashim ke Sarawak.

Pakatan Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke
Pangeran Raja Muda Hashim mengambil keputusan meminta bantuan orang luar.Kebetulan ketika itu James Brooke seorang bekas tentera SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Beliau dihantar oleh Gabenor Singapura untuk memberi sepucuk surat kepada Pangeran Raja Muda Hashim. Pangeran Raja Muda Hashim dengan segera meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching.Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebdgai wakil Sultan Brunei. James Brooke bersetuju dengan tawaran tersebut.[1]

[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,” (Oxford Fajar Sdn. Bhd.,Shah Alam, 2013),58.

CAMPUR TANGAN DI SABAH

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
2.1.3 Cara Peluasan Kuasa Asing di Sabah
Peluasan Kuasa Asing British dan Amerika Syarikat di Sabah.
Sabah dahulu dikuasai oleh dua buah kesultanan yang berasingan iaitu:
1.Bahagian barat Sabah terletak di bawah Kesultanan Brunei.
2.Bahagian timur Sabah dikuasai oleh Kesultanan Sulu.

FAKTOR CAMPUR TANGAN DI SABAH
1.Pada abad ke-19, banyak kuasa asing tertarik dengan Borneo Utara kerana kedudukannya yang strategik, iaitu di tengah jalan perdagangan ke China.
2 Pada tahun 1762, seorang pegawai British, Alexander Dalrymple berjaya mempengaruhi Sultan Sulu, iaitu Sultan Muizuddin menandatangani satu perjanjian perdagangan. Pihak British diberi kebenaran mendirikan sebuah loji perdagangan dan berdagang dalam kawasan taklukan Sultan Sulu. Sebagai balasan, pihak British hendaklah membantu Sulu sekiranya diserang dan Sultan Sulu pula hendaklah melindungi pihak British daripada semua musuhnya.
3 Pada tahun 1846, SHTI berjaya mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei, iaitu Sultan Abdul Mu'mein dan telah menjadikannya sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pada tahun 1865, seorang wakil Amerika Syarikat, Charles Lee Mosestiba di Brunei dan telah memujuk Sultan Abdul Mu'meinmemajakkan sebahagian daripada jajahan baginda seperti Borneo Utara dan pulau-pulau Banggi, Balabac, Palawan kepadanya selama 10 tahun. Sebagai balasan, Moses akan membayar 9 500 pound setahun kepada baginda.
4.Moses kemudiannya pergi ke Hong Kong dan menjual hak konsesinya kepada seorang pedagang Amerika bernama William Torrey. Dengan bantuan saudagar Cina di Labuan, Torrey menubuhkan The American Trading Company.
5.The American Trading Company menggunakan buruh Cina untuk menanam kopi dan tebu di kawasan Kimanis. Malangnya, syarikat ini terpaksa menghentikan usaha yang merugikan itu. Setelah gagal, William Torrey telah menjual konsesi itu kepada Baron Von Overbeck, iaitu Konsul Austria di Hong Kong
6.Overbeck tidak mempunyai modal untuk memajukan konsesi itu. Oleh itu, beliau berkongsi dengan seorang saudagar British yang kaya bernama Alfred Dent.
7. Mereka membuat rancangan untuk memajukan kawasan yang diperoleh tetapi tempoh konsesi, iaitu selama 10 tahun telah tamat. Kemudiannya, Overbeck dan Dent memperbaharui konsesi ini dengan Sultan Brunei.[1]

 Cara peluasan kuasa British di Sabah
(a) Pada tahun 1877, Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Abdul Mu'mein dan Pangeran Temenggong.
(b) Oleh sebab sebahagian daripada wilayah Sabah di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu, Overbeck dan Dent telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam.
Overbeck dan Dent telah pergi ke Jolo, ibu kota Sulu untuk membuat perjanjian dengan Sultan Sulu dan menandatangani perjanjian pada 1878 dengan sultan Sulu.[2]

Kesan-kesan Perjanjian 1877 dan  1878
Melalui perjanjian dengan Sultan Brunei pada tahun 1877 dan perjanjian dengan Sultan Sulu pada tahun 1878, Syarikat Overbeck dan Dent memperolehi Borneo Utara seluas 28 000 batu persegi yang meliputi kawasan di antara Teluk Gaya di pantai barat hingga ke Sungai Sibuku di timur wilayah Kimanis.

      Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British yang membolehkan rakyat British melabur melalui pembelian saham. Oleh sebab syarikat yang akan dibentuk itu ialah syarikat British, maka Overbeck yang bukan rakyat British menarik diri.Alfred Dent membeli semua hak Overbeck dan menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Selepas itu, beliau memohon piagam daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan syarikat tersebut.

     Pada tahun 1881, kerajaan British meluluskan permohonan Alfred Dent kerana mempunyai kepentingan di Sabah. Pada tahun 1882, syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan mengendalikan pentadbiran Sabah.Melalui pemberian Piagam Diraja, British memperluaskan kuasanya di Sabah di samping menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah.

     Pada 1 November 1888, British bersetuju memberi Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Nama syarikat ini telah ditukar kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara atau ringkasnya SBBU.[3]




[1]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),65.
[2]Zainal Abidin Abdul Wahid, “ Malaysia Warisan dan Perkembangan”, (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1996), 207. 
[3]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2013),6.