Monday, August 31, 2015

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ANCAMAN KOMUNIS

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran-Menghuraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya.
Parti Komunis Malaya (PKM) dan Darurat.
Komunisme adalah ideologi yang dikemukan oleh Karl Marx pada penghujung abad ke-19.Pada tahun 1919, Communist International (Comintern) ditubuhkan di Moscow. Pembentukan Parti Kuomintang menyebabkan ideologi komunisme berkembang pesat di Tanah Melayu dan Singapura.Pada tahun 1930 Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Singapura. Pada bulan Mac 1948 , Moscow mengarahkan supaya PKM melancarkan pemberontakan bersenjata.[1]

Perkembangan PKM 1930-1948
1.PKM mengamalkan dasar yang tgas di Tanah Melayu untuk mengguling British.
2.Pada tahun 1930 British mengharamkan PKM, PKM bergerak secara sulit.
3.Taktik
Menyusup ke dalam kesatuan sekerja, sekolah swasta dan pertubuhan belia Cina.
Menganjurkan pemogokan.
4.Pengaruh PKM meningkat pada tahun 1937 apabila Jepun menyerang China, kedudukan PKM semakin mantap.
5.British bekerjasama dengan PKM untuk menentang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.
6.PKM menjadi pelindung orang Cina daripada kekejaman Jepun.
7.Unit-unit rahsia ditubuhkan.
8.Gerakan Rakyat atau “Min Yuen”, PKM menggunakan penduduk Cina di di tepi hutan untuk menghantar bekalan makanan,ubat-ubatan dan maklumat kepada mereka.
9.Kekosongan pentadbiran dari 15 Ogos 1945-12 September 1945 digunakan PKM untuk membalas dendam.
10.PKM melancarkan pemberontakan bersenjata bermula 12 Jun 1948.

Darurat 1948
Darurat ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada keadaan huru-hara di Tanah Melayu akibta kebangkitan komunis antara tahun 1948-1960. Kekacauan itu dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara komunis secara kekerasan di Tanah Melayu.[2]
1.Pada 7 Julai 1948 Undang-Undang Darurat dilaksanakan.
2.Kerosakan semakin bertambah akibat keganasan PKM.
3.Pengganas komunis meningkat dari 5000 orang kepada 8000 pada tahun 1950.
4.Masyarakat Cina menyokong PKM dengan memberi bantuan kepada mereka melalui “Min Yuen”.
5.Pada 7 Oktober 1951 Pesuruhjaya Tinggi, Sir Henry Gurney ditembak mati oleh PKM.

Langkah-langkah kerajaan British membenteras Komunis.
i.Langkah-lanhkah ketenteraan
1.Menguatkuasa undang-undang Darurat.
2.Memperkukuhkan bidang ketenteraan.
3.Bantuan ketenteraan negara Komanwel.
4.Pasukan polis khas, Pasukan Polis Persekutuan, Home Guard serta Mata-Mata Khas ditubuhkan dan dipertingkatkan jumlah anggota.
5.Perintah berkurung dikuatkuasa di kawasan yang disyaki terancam oleh pengganas komunis.
6.Konsep kawasan putih dan kawasan hitam diiytiharkan.

ii.Langkah-langkah bukan ketenteraan
1.Sekatan jalan raya dan kawalan kampung.
2.Penggunaan kad pengenalan.
3.Rancangan Briggs.
4.Perpindahan setinggan Cina ke Kampung Baru.
5.Catuan makanan.
6.Kerjasama antara kaum.
7.Jawatankuasa Kerja Perang.
8.Perang psikologi.[3]




[1]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,75.   
[2]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,184.
[3]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,77. 

Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.

Oleh- Ahmad bin Yaakob.
Unit 3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
3.2.2.ii. Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960

Hasil Pembelajaran-Menjelaskan Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.

1.Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.
Latar belakang Penyerahan Sarawak kepada British.
      Keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1941. Sarawak menjadi negeri naungan British pada tahun 1888.Raja Charles Vyner Brooke kembali semula ke Sarawak pada tahun 1945 apabila Jepun menyerah kalah. Beliau menyerahkan Sarawak kepada British. Sarawak secara rasmi diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946. Dengan ini Sarawak menjadi tanah jajahan British.[1]

Sebab penyerahan Sarawak
1.Kerajaan tidak mampu bangunkan semula ekonomi Sarawak.
2.Desakan daripada kerajaan British.
3.Charles Vyner Brooke sudah uzur.
4.Tiada pengganti yang berkebolehan.

Gerakan anti-penyerahan.
1.Wujud penentangan kerana penyerahan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.
2.Ia akan melambatkan proses kemerdekaan Sarawak.
3.Charles Vyner Brooke tidak erunding terlebih dahulu dengan orang Sarawak.
4.Pemimpin gerakan ini diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdullah.
5.Surat bantahan dan telegram telah diutuskan kepada kerajaan British tetapi gagal.
6.1 Julai 1947 tunjuk perasaan untuk memulaukan upacara perlantikan Gabenor British Sarawak yang pertama diadakan.
7.Pada 20 Ogos 1948, Rukun 13 di bawah Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) ditubuhkan bagi menentang keras gerakan penyerahan.
8.Disember 1949, Rosli Dhobi seorang anggota Rukun 13 telah membunuh Gabenor British kedua, Sir Duncan Stewart..
9.Pada 30 Ogos 1950,rundingan antara Setiausaha Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dengan Anthony Brooke serta jaminan Anthony Brooke untuk membantu rakyat Sarawak berkerajaan sendiri telah menamatkan gerakan anti penyerahan pada tahun 1951.

Faktor kegagalan
1.Tidak mendapat sokong menyeluruh.
2.Tidak mempunyai pemimpin berwibawa selepas kematian Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
3.Langkah berkesan kerajaan British.
4.Tiada pertubuhan kuat.
5.Pemimpin yang berkaliber, Datu Pahlawan Abang Haji Mustapha menyokong penyerahan.[2]  




[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),171.
[2]“Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,70.

Tuesday, August 25, 2015

2.Huraikan susun lapis masyarakat Jawa di Pulau Jawa pada abad ke-16. [20m]


Rangka jawapan
Kemunculan kerajaan Islam seperti Kesultanan Mataram dan Banten membentuk susun lapis masyarakat di Pulau Jawa selepas berakhir tamatnya era pemerintahan kerajaan Hindu-Buddha seperti kerajaan Srivijaya dan Majapahit.Susun lapis masyarakat Jawa kekal sehingga penjajahan Belanda. Kerajaan  Mataram yang berpusat di Yogjakarta mempunyai susun lapis masyarakat yang teratur.

Susun lapis masyarakat Jawa di Pulau Jawa.
1.Sultan.
Kedudukan paling tinggi di Pulau Jawa seperti Sultan Agung.
Berkuasa mutlak dalam pemerintahan  wilayah dan jajahantaklunya.
Ketua agama Islam, menyebarkan agama Islam melalui penaklukan dan perluasan kuasa.
Berdaulat tidak boleh didrhaka dan mempunyai keistimewaan.
Khalifah Allah dimuka bumi.

2.Priyayi
Priyayi merupakan kelas sosial yang wujud sebelum penjajahan Belanda lagi. Priyayi merupakan perkataan Jawa yang digunakan khusus untuk keturunan Adipati (gabnor) pertama yang dilantik oleh Sutan Agung Mataram untuk mentadbir kawasan dalam pentadbiran baginda.
Menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat jelata.
Hubungan golongan bangsawan dan petani rapat dan bersepadu.
Mereka pemimpin kerohanian dan agama masyarakat Jawa.
Priyayi mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau Kerabat Diraja.
Priyayi dihormati dan dipercayai rakyat.
Priyayi berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketau adat tempatan (Bupati)
3.Rakyat
Golongan rakyat tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah bangsawan.
Mereka menanam padi
Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi askar apabila tuan tanah terlibat dalam peperangan.
Kesimpulan

Susun lapis masyarakat Jawa semasa kerajaan Mataram sangat jelas dan tersusun. Setiap anggota masyarakat memainkan peranan yang penting berdasarkan kedudukan hierarki masyarakatnya.

1.Bincangkan faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union pada tahun 1946. [20m]


Pengenalan
Idea penubuhan  Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik Ogos 1941,Iaitu memberi hak menentukan nasib negara sendiri. Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London merancangmewujudkan sistem kesatuan di Tanah Melayu. Pada 10 Oktober 1945, rancangan Malayan Union diumumkan semasa persidangan Parlimen British. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil khas mendapatkan tanda tangan sultan. 1 April 1946, Malayan Union diisytiharkan.
Isi penting
Faktor menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union.
1.Kedaulatan dan kuasa sultan terancam
2.Pemberian taraf kerakyatan yang longgar secara jus soli
3.Cara Mac Micahel mendapatkan tandatangan.
4.Hak istimewa orang Melayu tergugat.
5.Penubuhan UMNO dibawah Dato’ Onn
Kesimpulan
Penubuhan Malayan Union 1 April 1946 dipulau oleh orang-orang Melayu.
British terpaksa berunding dengan raja-raja Melayu dan UMNO untuk menggubal perlembagaan baru bagi mengganti Malayan Union.
Malayan Union dimansuhkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.


Monday, August 24, 2015

ANALISIS SOALAN STPM SEJARAH MALAYSIA P3 2013-2014U

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

SOALAN STPM PENGGAL 3/2013
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.  Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum tahun 1874.
2. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu biarpun singkat telah meninggalkan pelbagai kesan tehadap aspek politik, sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut.
3.  Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2013
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri. Walau bagaimanapun, terdapat juga kegiatan ekonomi lain yang diusahakan. Bincangkan.
2.Analisiskan sebab-sebab berlakunya penentangan terhadap penjajah British oleh pemimpin tempatan di Perak padaabad ke-19 dan di Terengganu pada awal abad ke-20.
3.Bincangkan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan pembangunan sosial melalui pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1970-an.

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Bincangkan peranan undang-undang adat dalam mengekalkan keharmonian masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.
2.“ Selain daripada beberapa faktor yang lain, masalah kewangan Pahang dikatakan mempengaruhi British untuk menubuhkan Neger-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.” Bincangkan pernyataan tersebut.
3. Bincangkan dasar pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1979.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2014
 Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Terangkan susun lapis masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.
2.Bincangkan faktor-faktor yang menyekat penguasaan British di Johor sehingga tahun 1914.
3.Analisiskan rancangan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.




Sunday, August 23, 2015

Malayan Union 1946

3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
3.2.2 Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
Hasil Pembelajaran –menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Malayan Union
a.Latar belakang
Idea penubuhan  Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik Ogos 1941,Iaitu memberi hak menentukan nasib negara sendiri. Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London merancangmewujudkan sistem kesatuan di Tanah Melayu. Pada 10 Oktober 1945, rancangan Malayan Union diumumkan semasa persidangan Parlimen British. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil khas mendapatkan tanda tangan sultan. 1 April 1946, Malayan Union diisytiharkan.[1]

b.Perlembagaan Malayan Union.
i.Pentadbiran
Perlembagaan Malayan Union menetapkan kesatuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, NMTB dan Neger-Negeri Selat diletakkan dibawah kawalan Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Singapura kekal sebagai tanah jajahan mahkota British dengan gabenonya sendiri. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

      Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan.Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri selat akan diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat. Seorang Pesuruh Jaya Negeri akan dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
ii.Kedudukan sultan Melayu.
Mengikut perlembagaan baru ini Tanah Melayu menjadi sebuah kesatuan (union) dan semua kuasa pemerintahan disatukan secara berpusat. Kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa baginda semakin berkurangan. Sultan hanya menjadi penasihat kepada Gabenor. Baginda berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing. Kuasa kerajaan negeri diambil alih oleh kerajaan pusat.[2] Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu.[3]
iii.Syarat kerakyatan
Perlembagaan Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang sama bagi semua orang, tanpa mengira bangsa dan asal keturunan. Hak-hak ini termasuklah peluang untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu melalui prinsip jus soli. Terdapat dua ciri utama dalam kerakyatan secara perinsip jus soli, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang dan secara permohonan.

      Melalui kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang , Malayan Union memeberi kewarganegaraan kepada;
a)      mereka yang dilahirkan dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura serta bermastautin sebelum perintah ini dikuatkuasa.
b)      Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
c)      Mereka yang dilahirkan pada atau selepas perintah itu dikuatkuasakan. Sesiapa yang dilahiran di luar Malaysia atau Singapura selepas perintah dikuatkuasakan diberi kerakyatan dengan syarat bapanya merupakan warga Malayan union.
Kerakyatan secara permohonan diberi kepada;
a)      mereka yang bermastautin selama 5 tahun daripada 8 tahun terdahulu semasa permohonan dibuat.
b)      Mempunyai tingkah laku yang baik, berpegetahuan dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
c)      Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau Singapura.[4]
iv.Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri.
Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerajaan tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Semua ahli majlis ini terdiri daripada para pegawai British.
v.Kedudukan Hak Istimewa orang Melayu.
Perlembagaan Malayan menyebabkan hak istimewa orang Melayu terancam. Ini kerana dalam Perlembagaan Malayan Union, semua bangsa dan kaum layak dipertimbangankan memasuki perkhidmatan awam dan satu undi dalam pilihanraya umum.  Ini bermakna golongan imigran setaraf dengan bumiputera dalam maan Union. Sultan sebagai pelindung kepada orang Melayu telah kehilangan kuasa politik.
  
c.Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union.
i.Penentangan melalui akhbar
ii.Demonstrasi ,berkabung,
iii.Peranan Dato’ Onn Jaafar
iv.Kongres Melayu 1946 pertama
v.Kongres Melayu kedua.
d.Faktor orang Melayu menentang Malayan Union.
1.Kedaulatan dan kuasa sultan terancam
2.Taraf kerakyatan longgar- Jus soli
3.Cara Mac Michael mendapatkan tanda tangan sultan
4.Sokongan bekas pegawai British
v.Hak istimewa orang Melayu tergugat.





[1]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,68.
[2] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,184.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),167.
[4] Ibid,185.

UNIT 2.1 PERLUASAN KUASA ASING

Hasil pembelajaran-Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19 (1800-1899)
1.Pengertian /konsep perluasan kuasa asing.
Perluasan kuasa asing merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan atau melalui aktiviti penaklukan.
a.Faktor perluasan kuasa asing.
1.Perlumbaan kuasa-kuasa asing untuk mendapatkan tanah jajahan.
2.Ketenteraan dan teknologi persenjataan.
3.Revolusi perindustrian di Eropah.
4.Sumber bahan mentah yang banyak di Asia Tenggara.
5.Mencari negara pasaran.
6.Menyebarkan agama.
7.Pembukaan Terusan Suez
8.Beban orang putih.
b.Cara perluasan kuasa asing.
1.Melalui perjanjian seperti Perjanjian Yandabo di Myanmar.
2.Melalui peperangan dan penaklukan.
Contoh Perang Jawa di Indonesia.
Perang British-Burma I,II,III.[1]





[1]“Perluasan Kuasa Asing”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 120.     

Sistem ekonomi tradisional dan ekonomi komersial di Indonesia pada abad ke-19.


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran-Menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional dan ekonomi komersial di Indonesia pada abad ke-19.
1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional di Indonesia
1.Pertanian secara sara diri untuk keperluan keluarga.
2.Penggunaan teknologi pertanian secara tradisional.
3.Tanah dikuasai oleh tuan tanah.
4.Kawasan penanaman yang terhad  dan menggunakan buruh keluarga.
5.Penggunaan modal yang kecil dan terhad.
6.Aktiviti ekonomi tradisional seperti pertanian tradisional, ternakan, perikanan, memburu binatang, mencari hasil hutan, kraftangandan sistem barter.
Ekonomi Sara Diri
Pertanian
Kegiatan ekonomi yang utama di Indonesia ialah penanaman padi. Padi ditanam di sepanjang dataran pantai lanar, Iembah, lembangan, dan lereng gunung berapi yang diteres.Penanaman padi sawah diusahakan secara giat di Pulau Jawa dan Madura kerana kesuburan tanah dan terdapat sistem pengairan. Padi sawah dituai pada bulan April setiap tahun dengan menggunakan kaedah primitif.

Selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga ditanam oleh masyarakat peribumi Indonesia. Padi ini ditanam di kawasan Timur Jawa yang lebih kering dan di lereng bukit yang tinggi.Kaedah penanaman padi bukit ialah sesuatu yang primitif, iaitu tebang dan bakar. Sebelum musim hujan, petani akan membakar kawasan hutan. Pembakaran hutan akan dilakukan sebanyak tiga kali untuk memastikan kesuburan tanah. Penanaman padi bukit hanya akan berlaku selama dua hingga tiga tahun di atas kawasan yang sama. Selepas itu, petani akan berpindah ke tempat lain dan melakukan kaedah yang sama.

Selain tanaman padi huma, tanaman lain seperti ubi kayu dan tanaman berasaskan ubi juga ditanam untuk menambahkan hasil keluaran makanan. Jagung juga penting sebagai bahan makanan dalam ekonomi sara diri Jagung ditanam di Madura, Jawa Timur, dan Sumatera. Tanaman ini diperkenalkan oleh Portugis pada abad yang ke-16.

       Masyarakat Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu ditanam di wilayah Cheribon, dataran Pantai utara, bahagian Tengah Jawa, Jogjakarta  dan Surakarta.
Kelapa terdapat di seluruh pelosok Indonesia. Kelapa hidup subur di kawasan yang mempunyai suhu tinggi, hujan lebat, dan tanah yang berlumpur.Masyarakat peribumi Indonesia menanam rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pala, dan kayu cendana. Bunga cengkih banyak ditanam di pulau-pulau Maluku, buah pala di Pulau Bonda, dan kayu cendana di Pulau Timur.
 Perusahaan
Perusahaan batik diusahakan oleh masyarakat peribumi Indonesia. Perusahaan batik dijalankan secara kecil-kecilan di Jawa Tengah. Aktiviti ini dilakukan sebelum musim menuai padi dan musim memungut hasil tanaman.
      Masyarakat Jawa menghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung, kupu-kupu, buah-buahan dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Biasanya, kemahiran membuat batik akan diajar oleh ibu kepada anak perempuan mereka.[1]

b.Ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia.
Ekonomi komersial merujuk kepada kegiatan ekonomi yang tidak hanya terhad kepada memenuhi keperluan hidup sahaja. Akan tetapi ia merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan secara besar-besaran sehingga menjadi asas kepada pertukaran dan penjualan barangan.[2]

Menanam tanaman ekspot.
Kedatangan penjajah Belanda telah membawa kemerosotan ekonomi tradisional kerana Belanda mengutamakan tanaman ekspot. Pada tahun 1830-180 Gabenor Jeneral Belanda, Baron Van Den Bocsh memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa. Pada peringkat awal tanaman jualan bertumpu kepada tebu dan nila.Kemudian diperluaskan kepada tanaman kopi, tembakau, teh, pencelup, kapas,rempah dan kulit kayu manis. Sistem Tanaman Paksa telah memberi keuntungan yang lumayan kepada kerajaan Belanda.

Pengenalan sistem ekonomi wang.
Pengenalan sistem ekonomi komersial di Indonesia telah membawa kepada wujudnya sistem ekonomi wang. Perkembangan industri gula bukan hanya melibatkan masyarakat tempatan Pulau Jawa sahaja, malah telah membawa masuk ramai tenaga buruh dari pulau-pulau lain di Indonesia.

      Peluasan ekonomi komersial telah menarik kemasukan pelabur asing dan pemodal swasta ke Indonesia agi membuka ladang-ladang bagi menanam tanaman ekspot. Golongan petani dan buruh-buruh ladang mula dibayar upah dalam bentuk wang oleh pengusaha ladang dan kilang milik swasta. Kemudahan kredit turut disediakan dengan tertubuhnya Bank Tunai Desa pada tahun 1904 bagi melindungi peminjam-peminjam wang dan mencegah merekadaripada ke pajak  gadai atau dieksploitasi oleh orang tengah.[3]

Peguasaan  ekonomi oleh Pengusaha Eropah dan China.
Melalui Sistem Tanaman Paksa , kerajaan Belanda memberi hak kepada orang Cina yang bertindak sebagai orang tengah bagi mengutip cukai dan membeli hasil tanaman ekspot daripada petani dengan harga yang telah ditetapkan melalui ‘dasar beli murah, jual mahal’. Orang Cina bertindak menindas petani dengan memberi kemudahan pinjaman wang dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi.Pengusaha swasta dari Eropah pula turut menindas petani dengan bekerja di kilang-kilang milik syarikat swasta dengan bayaran gaji yang sangat minimum.[4]  

Perdagangan
Masyarakat peribumi Indonesia juga menjalankan perdagangan secara kecil-kecilan.
Perdagangan ini berlaku antara kawasan pedalaman dengan kawasan pantai di pelabuhan.

Pedagang-pedagang Jawa dan pedagang kecil membawa barangan seperti garam, periuk, belanga, kain, dan rempah ke kawasan pedalaman dan membawa hasil kampung seperti barangan makanan ke pelabuhan. Garam merupakan bahan urus niaga yang agak penting bagi masyarakat peribumi Indonesia yang tinggal di kampung. Pemprosesan garam dilakukan di Pulau Madura dan Pantai Jawa Timur.

Garam dihasilkan melalui sejatan daripada kuali-kuali garam besar yang dibina di sepanjang pantai.Garam ini diperdagangkan oleh saudagar Cina ke kampung di pedalamanIndonesia. Saudagar Cina bertindak sebagai orang tengah dalam perniagaan garam di Indonesia. Perusahaan tradisional seperti membuat alatan rumah, genting, batu bata dan alat-alat dari besi juga merupakan kegiatan ekonomi masyarakat peribumi. Produk yang dihasilkan sama ada melalui tempahan atau petukang akan menjualnya di pasar. Aktiviti perdagangan turut mempengaruhi aktiviti ekonomi lain, iaitu pertanian dan perlombongan.[5]



[1] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),299
[2]S.B.Teoh, Norizan Yusoff,Nurul Huda Md Yusop, Sejarah STPM Penggal 3,(Shah Alam: SAP Publication (M) Sdn.Bhd.,2014) ,241.
[3]Ibid,246.
[4]Ibid.
[5]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),298. 

Unit 1.3 Sistem ekonomi tradisional dan ekonomi komersial di Indonesia pada abad ke-19.


Hasil Pembelajaran-Menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional dan ekonomi komersial di Indonesia pada abad ke-19.
1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional di Indonesia
1.Pertanian secara sara diri untuk keperluan keluarga.
2.Penggunaan teknologi pertanian secara tradisional.
3.Tanah dikuasai oleh tuan tanah.
4.Kawasan penanaman yang terhad  dan menggunakan buruh keluarga.
5.Penggunaan modal yang kecil dan terhad.
6.Aktiviti ekonomi tradisional seperti pertanian tradisional, ternakan, perikanan, memburu binatang, mencari hasil hutan, kraftangandan sistem barter.

b.Ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia.
1.Kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran. Biasanya diuruskan oleh penjajah.
2.Sistem pelaburan menggunakan modal yang banyak.
3.Menanam tanaman ekspot.
4.Pengenalan sistem ekonomi wang.
5.Penggunaan buruh yang ramai.
6.Pengenalan ekonomi pasaran bebas.
7.Peguasaan  ekonomi oleh Pengusaha Eropah dan China.[1]




[1] “Sistem ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 117. 

Saturday, August 22, 2015

1.2.2 Konsep dan Susun lapis Masyarakat Indonesia

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran :menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat di Indonesia pada abad ke-19.
KONSEP SISTEM SOSIAL DI INDONESIA
Negara Indonesia mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Susun lapis masyarakat di Indonesia.
1.Sultan/Raja
2.Kerabat Diraja.
3.Pembesar/Uleebalang/ Golongan Bangsawan/ Ulamak
4.Rakyat.[1]
       Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa.Masyarakat di kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai susun lapis tersendiri tetapi secara keseluruhannya terdapat hierarki atau susun lapis berbentuk piramid.

       Di Jawa Tengah, terdapat dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Lapisan teratas terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan. Golongan diperintah menduduki lapisan bawah yang terdiri daripada rakyat biasa, iaitu petani, pekerja, pedagang, dan hamba.

       Raja dan kerabatnya mentadbir kawasan yang selalunya terdiri daripada kumpulan etnik mereka sendiri. Kerabat diraja membantu raja dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka. Golongan pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Raja dipandang sebagai pusat kosmos.

       Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di kawasan Jawa, Sunda, Sulawesi Selatan, Maluku, dan Kalimantan, susun lapis masyarakat peribumi agak jelas.Golongan pemerintah dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

       Di Jawa, raja, kerabat diraja, dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat disebabkan pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagikan mengikut darjat keturunan yang masingmasing mempunyai status dan prestij sendiri dalam masyarakat.Dalam masyarakat, status Priyayi dianggap lebih tinggi dan dihormati daripada status golongan lain. Priyayi merupakan golongan berkedudukan di Jawa seperti pegawai tinggi dalam kerajaan.

       Rakyat yang kebanyakannya petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah. Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi tunjang kegiatan ekonomi bagi seluruh kawasan. Indonesia merupakan sebuah negara agraria, maka kegiatan pertanian adalah lebih penting berbanding bidang lain.

       Hamba menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan mereka. Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang-piutang.Di Jawa, lapisan masyarakatnya dipisahkan mengikut tahap bahasa yang berbeza, gelaran, dan peraturan perkahwinan.Pada akhir abad ke-19, susun lapis masyarakat di fawa agak kompleks apabila muncul satu golongan pegawai kerajaan dan profesional kesan daripada perkembangan pendidikan. Terdapat keperluan untuk melatih rakyatnya bagi memenuhi bidang perkhidmatan dalam kerajaan dan bidang perdagangan.
Kesimpulan
      Masyarakat peribumi di  Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja lmaharaja mereka.Selepas penjajahan Barat, susun lapis masyarakat  Indonesia mula melalui perubahan. Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati (Indonesia) dan Mandarin (Vietnam) merosot kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan Barat.




[1]“Sistem Sosial”, Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 116 .    

Sunday, August 16, 2015

ANALISA SOALAN SEJARAH STPM P3 BAHAGIAN B 2013-2014

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
SOALAN STPM P3 TAHUN 2013
BAHAGIAN B (SEJARAH ASIA TENGGARA)
4.Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam sebelum berlakunya perluasan kuasa Perancis [20]                                                                                                                                 5.Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di Indonesia pada abadke19. [20]            
6.Nilaikan dasar luar Filipina dari tahun 1945 hingga 1963. [20]

SOALAN SEJARAH ULANGAN STPM P3 2013U
4.Bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Thailand pada abad ke-19.
5.Bincangkan perkembangan dasar pendidikan Belanda di Indonesia pada abad ke-19.
6.Hiraikan bentuk pemerintahan system republik di Filipina pada abad ke-20

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara
4.      Bincangkan struktur sosial masyarakat di Vietnam sebelum campur tangan Barat.
5.      “Penjajahan Belanda di Indonesia pada abad ke-19 telah mengakibatkan transformasi ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan tersebut.
6.   Nilaikan sumbangan Phibun Songkram terhadap perkembangan nasionalisme di Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1944.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2014
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara
4.      Jelaskan sistem pembesar di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat.
5. “Pendudukan Jepun dari tahun 1941 sehingga tahun 1945 di Indonesia telah mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia.” Jelaskan.
6.   Bincangkan penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua