Friday, May 30, 2014

APABILA PELAJAR TIDAK FAHAM KONSEP SEJARAH

OLEH - AHMAD BIN YAAKOB

Sepanjang mengajar sejarah SPM dan STPM dari tahun 1988-2014 saya dapati ramai pelajar yang menjawab soalan sejarah hanya menggunakan logik dan bersandarkan apa yang mereka pernah dengar.
Kartun ini saya lukis pada tahun 1997 ketika mengajar Sejarah Malaysia di SMKJ2. Ketika itu nak beli laptop mahal sangat, jadi mengajar guna OHP sahaja.

Thursday, May 29, 2014

Masyarakat Agraria di Belanda dan China pada abad ke-16-17

Oleh – AHMAD BIN YAAKOB
Definisi Masyarakat Agraria
      Masyarakat Agraria bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat agraria mengutamakan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria menetap di kawasan pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Mereka tinggal di kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur. Perubahan secara besar-besaran dalam kegiatan agraria bermula di England pada abad ke-18. Perubahan-perubahan ini meletakkan asas bagi kelahiran Revolusi Pertanian. Revoluis Pertanian seterusnya tersebar ke kawasan-kawasan di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Thomas Jefferson mempromosikan pembentukan masyarakat agraria di Amerika Syarikat pada peringkat awal penubuhan negara tersebut.[1]

Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Kajian menunjukkan  Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali  dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.

      Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.

Saturday, May 24, 2014

SEJARAH STPM P1

 Penggal 1 mengandungi 4 tema utama iaitu:

1.     Masyarakat.
2.     Pemerintahan dan Pentadbiran.
3.     Kemajuan dan Pembangunan.
4.     Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.

 Tema 1: Masyarakat
1.1  Masyarakat Feudal (England dan Jepun).
1.2  Masyarakat Agraria (Belanda dan China).
1.3  Masyarakat Maritim (Portugal dan Jepun).
1.4  Masyarakat Industri (England dan Jerman).

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
2.1     Institusi Pemerintahan:
          2.1.1  Raja atau Maharaja (China dan Rusia).
          2.1.2  Pembesar (China dan Rusia).
2.2     Negara Bangsa:
          2.2.1  Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan (Englan dan Perancis).
          2.2.2  Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan (Perancis dan Amerika).
          2.2.3  Penyatuan Negara Bangsa (Itali dan Jerman).

Tema 3: Kemajuan dan Pembangunan
3.1     Sistem Ekonomi.
3.1.1   Feudalisme dan Kapitalisme (Jepun, China, Jerman, Perancis, England, Amerika. 
3.1.2   Perkembangan Ekonomi.
            3.1.2.1  Perdagagan dan Perniagaan (Portugal & Belanda).
            3.1.2.2  Pertanian (Belanda & England).
            3.1.2.3  Perindustrian (Jerman & Jepun).
3.2      Intelektual.
          3.2.1  Perkembangan Ilmu (England & Perancis).
          3.2.2  Sumbangan Tokoh (England & Perancis).
3.3     Kemajuan Pendidikan (Perancis & Jerman).

Tema 4: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
4.1     Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat & kesan penjajahan Barat (China & India).
4.2     Konflik Antarabangsa.
          4.2.1  Perang Dunia Pertama (1914-1918) - (Jerman & Rusia).
          4.2.2  Perang Dunia Kedua (1942-1945) - (Jepun & Amerika Syarikat).
          4.2.3  Perang Dingin (1945-1955) - (Rusia & Amerika Syarikat).
4.3     Dekolonialisasi dan Pengembalian Kedaulatan (China & India).

4.4     Perhubungan Luar.
          -  Soviet Union & Amerika Syarikat. -PBB.
          -  United kingdom & India. -Komanwel.

          -  United Kingdom & Amerika Syarikat. -NATO.