Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pengubahsuaian Pentadbiran .
Pengenalan Sistem Residen.
1.Pengenalan Sistem Residen.
Sistem Residen diperkenalkan secara
rasmi di Perak 1874 selepas Perjanjian Pangkor dan kemudiannya diperluaskan ke
Selangor 1875, Pahang 1888 dan Negei Sembilan 1889. Sistem Residen merupakan
satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak langsung di Negeri-Negeri Melayu
di Pantai Barat Tanah Melayu.[1]
Mengikut Sistem Residen, Residen ialah seoang
pegawai British yang dilantik untuk menasihati sultan dan nasihatnya itu mesti
dipatuhi dalam semua perkara, kecuali berkaitan dengan agama Islam dan adat
istiadat Melayu. Walaupun Perjanjian Pangkor dikatakan menjamin kedaulatan
raja-raja dan kedudukan negeri-negeri Melayu sebagai wilayah di bawah
perlindungan British, tetapi kuasa memerintah kuasa memerintah sebenarnya
berada di tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan.[2]
Residen berkuasa dalam semua sistem
pentadbiran negeri, termasuk kutipan cukai dan kawalan ke atas hasil negeri.Raja-raja
Melayu kini terpaksa patuh kepada nasihat Residen yang bertanggungjawab kepada
Residen Jeneral, iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat.[3]British
perkenalkan beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu
melalui institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika itu.[4]
b)Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri.
i.Ditubuhkan untuk
membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran negeri.
ii.Berperanan untuk menemukan
pegawai British dan pembesar Melayu supaya mereka dapat berunding tentang
perkara-perkara yang menyentuh kepentingan masyarakat Melayu.
iii.Pada peringkat awal
penubuhan, Majlis Mesyuarat Negeri berperanan sebagai badan penasihat.
iv.Dianggotai oleh sultan
sebagai ketua, Residen British, 12 orang pembesar Melayu dann seorang wakil
Cina.
v.Mesyuarat ini dikendalikan
dalam Bahasa Melayu.
vi.Tidak mempunyai kuasa
perundangan yang luas.
vii.Kuasa sultan dalam majlis
juga terbatas kerana hanya berkuasa dalam agama Islam dann adat-istiadat
Melayu.[5]
c)Sistem pentadbiran Tanah.
i.Telah mewujudkan kestabilan
politik bagi membolehkan British meneruskann usaha
mengeksloitasi kekayaan ekonomi di Neger-Negeri Melayu.
ii.British mengambil langkah-langkah untuk menyusun
semula sistem pentadbiran tanah.
iii.Memperkenalkan undang-undang dengan menjadikan tanah
sebagai hak milik persendirian.
d)Sistem Pentadbiran Negeri.
British adakan perubahan pantadbiran dengan membahagikan
negeri kepada beberapa buah
daerah yang diketuai oleh seorang pemungut dan Majistret
untuk memungut cukai dan mentadbir
keadilan di daerah itu.
ii.Nama Pemungut dan Majistret kemudian ditukarkan kepada
Pegawai daerah dan ditugaskan
kepada perkara-perkara berikut;
Kendalikan urusan cukai dan sewa tanah.
Jaga keamanan dan kuatkuasa kan undang-undang.
Bertanggungjawab dalam perkara seperti kesihatan
awam.kewangan dan sistem keadilan dalam
daerah di bawah jagaannya.
iii.Wujudnya sempadan geografi yang jelas antara negeri
kesan daripada pembahagian negeri
kepada daerah.
iv.Kedudukan daerah ditentukan oleh kesetiaan peribadi
pembesar kepada raja.
v.Daerah ini mungkin akan jatuh ke tangan pembesar yang
lain jika berlaku pergolakan.
vi.Dalam sistem pentadbiran yang baharu setiap daerah
dibahagikan kepada beberapa buah unit
pentadbiran yang lebih kecil dikenali sebagai mukim
dengan diketuai oleh seorang penghulu.
viii.Unit di peringkat bawah sekali ialah kampung yang
diketahui oleh seorang ketua kampung.
ix.Berperanan sebagai penghubung antara penduduk kampung
dengan pentadbiran yang lebih
tinggi.[6]
[1]
Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,(Shah
Alam:Fajar Bakti,2003),340.
[2] Ibid,340
[3] Ruslan
Zainuddin, Sejarah Malaysia,(Shah
Alam:Fajar Bakti,2000),298.
[4]
“Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.” dalam dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.
[5]
Ibid,32
WAHHHH LENGKAP😍
ReplyDeleteCiri ciri resident ada tak
ReplyDeletetiada
ReplyDelete