Showing posts with label STPM P3. Show all posts
Showing posts with label STPM P3. Show all posts

Saturday, July 8, 2017

Perusahaan bijih timah

oleh- Ahmad bin Yaakob
Perubahan Ekonomi
Kegiatan Melombong Bahan Galian
a)Perusahaan bijih timah
Sebelum campur tangan British di negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan.Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.[1] Sebelum kedatangan orang Cina, sultan dan pembesar Melayu  menguasai perlombongan bijih timah.Kebanyakan pekerja lombong bijih timah terdiri daripada hamba berhutang dan hamba abdi.[2] 

      Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mulai berubah apabila orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah.Permintaan bijih timah meningkat akibat Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-19, menyebabkan orang Cina membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar Melayu. Lombong bijih timah dibuka di Larut, Klang, Lukut dan Sungai Ujong. Pada peringkat awal pelombong Cina dikawal oleh pembesar Melayu dengan memastikan hasil bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka. Penglibatan orang Cina menyebabkan perusahaan bijih timah berkembang pesat di Tanah Melayu. Lombong-lombong bijih timah dibuka di Ampang, Kuala  Lumpur dan Lemba Kinta, Perak. Menjelan tahun 1820-an  terdapat 1200 orang pelombongbangsa  Cina di Lukut. Pada tahun 1848, bijih timah dijumpai dalam longgokan yang besar di Larut oleh Long Jaafar. Dengan sokongan pemodal dari Pulau Pinang, beliau membuka lombong pertama di Kelian Pauh dan kemudiannya di Kelian Bharu.   [3]


     Terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri Selat dan pengenalan teknik melombong yang baharu.Orang Cina menggunakan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan bijih daripada tanah.[4] Mereka juga menggunakan saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk mengeringkan lombong bagi mengatasi masalah banjir atau mengawal  bekalan air.[5]

      Perusahaan bijih timah semakin berkembang pesat selepas kilang melebur bijih timah dibuka di Singapura apada tahun 1887. Pembukaan kilang itu memudahkan bijih timah diproses di dalam negeri.[6]
Setelah orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, maka uasaha mencari gali semakin diperluskan. Mereka ( orang Eropah) menggunakan peralatan yang lebih moden seperti kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah.Akibatnya merekadapat memonopoli perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.Permintaan yang tinggi terhadap bijih timah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar timah yang terbesar di dunia pada akhir abad ke-I9.[7]

2. Kemelesetan Ekonomi Dunia, 1929-1932
Harga bijih timah bijih timah dikuasai oleh pasaran dunia dan tidak tetap. Ini disebabkan oleh keanjalan yang rendah dalam pembekalan dan permintaan bahan itu.[8] Industri mengetin mengalami kemerosotan dan Kejatuhan pasaran saham di London dan New York menyebabkan kejatuhan dalam permintaan bijih timah. Harga bijih timah di Tanah Melayu menjunam sehingga ke paras yang rendah disebabkan kekurangan permintaan di pasaran Eropah.

      British mengambil beberapa langkah untuk menghadapi kemelesetan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Pada tahun 1929, permohonan untuk membuka lombong-lombong baharu dibekukan. Pengeluaran bijih timah secara sukarela juga dihadkan tetapi tidak berkesan.

'Skim Kawalan Timah'  diperkenalkan untuk mengurangkan lebihan penawaran. Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia, Indonesia dan Nigeria menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai ‘Skim Kawalan Timah’.[9]
Perjanjian Timah Antarabangsa bagi menghadkan pengeluaran dan menstabilkan harga timah.[10]Melalui perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu berpandukan angka pengeluaran.

      Majlis Tanah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Majlis ini menetapkan kuota pengeluaran berdasarkan angka keluaran tahun 1929 bagi setiap negara pengeluar. Harga timah meningkat ke $1 185 satu tan pada tahun 1935.Syarikat tempatan mengalami kerugian besar, mankala syarikat Eropah yang mempuntai lombong di negara lain masih boleh bertahan. Kuota yang rendah merugikan Tanah Melayu kerana dengan kos yang rendah, Tanah Melayu masih boleh mengeluarkan lebih daripada yang dihadkan oleh kuota itu.[11]    





[1]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42 .   
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),105.
[3] Ibid,106
[4]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42 . 
[5]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,116.
[6] Ibid, 116.
[7]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,  43 .    
[8]Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996)  ,228.
[9]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,117.  
[10]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 43 .   
[11] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),106.

Monday, June 2, 2014

SUKATAN PELAJARAN SEJARAH STPM P3

3.1.1 Faktor kemunculan
Faktor-faktor  kemunculan nasionalisme abad ke-20
i.Pengaruh agama Islam.
ii.Peranan bahasa dan kesusasteraan
iii.Pengaruh kewartawanan
iv.Peranan pendidikan
v.Peranan golongan intelektual.
vi.Pengaruh luar.

3.1.2 Gerakan persatuan, kelab dan kesatuan yang berkaitan dengan agama, ekonomi, sosial dan politik.
Sebab penubuhan dan matlamat gerakan persatuan, kelab dan kesatuan yang mendukung gerakan nasionalisme
i.Gerakan Islah/ Islamiah
ii.Persatuan dan kelab Negeri-negeri Melayu.
iii.Kesatuan Melayu Muda.

3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan pada abad ke 20
3.2.1 Pendudukan Jepun 1941-1945
a.Dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan.
3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960.
b.Menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
c.Menjelaskan Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.
d.Membincangkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
e.Menggalurkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak.
f.menghuraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya.
3.2.3 Kemerdekaan pada abad ke-20
g.menganalisis langkah-langkah mencapai kemerdekaan 
h.membincangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia
i.membincangkan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia.
j.membincangkan isi-isi Perjanjian Malaysia 1963.

4 Pengisian Kemerdekaan abad ke-20
4.1 Sistem pemerintahan
a.menghuraikan bentuk pemerintahan
i.Persekutuan
ii.Raja Berperlembagaan
iii.Demokrasi Berparlimen

4.2 Pembinaan negara bangsa
4.2.1 Pembangunan sosial pada abad ke-20
a)menjelaskan usaha-usaha ke arah pembangunan sosial
i.Bahasa Kebangsaan
ii.Dasar Pendidikan Kebangsaan
iii.Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
iv. Rukun Negara.

4.2.2 Pembangunan ekonomi
b.menganalisis usaha-usaha ke arah pembangunan ekonomi
i.Dasar Pembangunan Luar Bandar
ii.Dasar Ekonomi Baru (DEB)
iii.Dasar Pembangunan Nasional  DPN
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Pertanian Negara
c) Menilai sumbangan tokoh
i.Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
ii.Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
iii.Tun Hussein bin Onn
iv.Tun Dr Mahathir bin Mohamad

4.3  Wawasan 2020
a.menerangkan cabaran dan hala tuju negara.
4.4  Perhubungan luar  pada abad ke-20
a.mengenal pasti asas-asas Dasar Luar Negara
b.membincangkan penglibatan Malaysia dalam organisasi antarabangsa.
i.Komanwel
ii.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
iii.ASEAN
iv.Pergerakan Negara Berkecuali

v.Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) 

SUKATAN PELAJARAN SEJARAH STPM PENGGAL 3

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)
BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA
TEMA 1
1.1 Institusi pemerintahan
1.1.1 Raja –konsep dan peranan raja   
1.1.2 Konsep, hierarki dan peranan pembesar.
1.2 Hukum adat dan undang-undang.
  1.2.1 Hukum adat
Bentuk dan pelaksanaan
i.Adat Perpatih.
ii.Adat Temenggung.
   1.2.2 Undang-Undang pada abad ke-19
Prinsip-prinsip umum
i.Undang-Undang 99 Perak.
ii.Undang-Undang Tubuh Johor.
1.3 Sistem Sosial abad ke-19
Konsep dan susun lapis masyarakat.
Peranan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
1.4 Sistem ekonomi sara diri dan Komersial.
Menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional  STPM P32013
Ciri-ciri  ekonomi komersial.                                   

TEMA 2
2.Transfomasi masyarakat
2.1 Perluasan kuasa asing abad ke-19 hingga 20
      Faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu Sabah dan
      Sarawak pada abad ke-19-20.      
     Campur tangan di Perak dan Selangor
     Sistem Residen di Pahang dan Negeri Sembilan.
     Perluasan kuasa British di Negeri Melayu Utara.
     Iperialisme Barat di Sabah dan Sarawak
     Faktor-faktor kemerdekaan Johor sehingga 1914.
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing.
1.Dol Said di Naning.
2.Penentangan Pembesar Perak
3.Penentangan Datok Bahaman di Pahang.
4.Penentangan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak
5.Penentangan di Kompeni Berpiagam di Sabah.
6.Penentangan di Terengganu.
7.Penentangan Tok Janggut di Kelantan.

2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran , ekonomi dan pendidikan
Perubahan dalam pentadbiran di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.
; Sistem Residen 1870an-1895.
Perubahan dan perkembangan ekonomi di Negeri-negeri Melayu, sabah dan Sarawak.
Perubahan sistem pendidikan di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.

2.4 Masyarakat pelbagai kaum pada abad ke-19-20
Perkembangan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.

3. Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

3.1 Gerakan nasionlisme

SOALAN STPM P3 TAHUN 2013

                                                                                               

SOALAN PEPERIKSAAN STPM SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000) KERTAS 3 2013

SOALAN STPM P3 TAHUN 2013
Jawab empat soalan sahaja. Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B

BAHAGIAN A (SEJARAH MALAYSIA)
[40 markah]
1.Jelaskan peranan Raja-Raja Melayu sebelum tahun 1874    [20]

2.Pendudukan Jepun di Tanah Melayu biarpun singkat telah meninggalkan  pelbagai kesan terhadap aspek politik, sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut.                                                                                                                                            [20]

3.Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam OIC. [20]

BAHAGIAN B (SEJARAH ASIA TENGGARA)
[40 markah]
4.Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam sebelum berlakunya perluasan kuasa Perancis [20]                                                                                                                                                   5.Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di Indonesia pada abad ke-19.                                                                                                                           [20]            
6.Nilaikan dasar luar Filipina dari tahun 1945 hingga 1963. [20]
                                                                                                                                         





SEJARAH MALAYSIA P3


PENTAKSIRAN SEJARAH STPM PENGGAL 3
SEJARAH PENGGAL 3.

Penggal
Pengajian
Kod dan nama kertas
Jenis Ujian
Markah
(Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal 3
940/3
Sejarah  3
Ujian bertulis

Soalan esei
6 soalan diberikan
Jawab 4 soalan daripada
6 soalan
80
(29%)
2 jam
Pentaksiran berpusat