Tuesday, September 30, 2014

Bincangkan cara perluasan kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19. [20]


Pendahuluan
Peluasan kuasa British di Myanmar pada abad ke l9 bermula dengan Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826) apabila British berjaya menakluki Arakan dan Tenasserim.Perang Inggeris-Myanmar II (1852 -1853) mernbolehkan British menduduki Pegu.Perang Inggeris-Myanmar III (1885) menyebabkan Myanmar Hulu jatuh ke tangan British.Raja Thibaw dibuang negeri ke India dan berakhirlah institusi raja dan Dinasti Konbaung.

Isi-isi penting
Perang Inggeris- Myanmar I
1.Masalah pelarian Arakan di Chittagong.
Raja Bodawpaya menakluki Arakan pada tahun 1784. Ini menyebabkan Myanmar mempunyai sempadan sama dengan British di wilayah Chittagong. Pelarian-pelarian Arakan menggunakan wilayah British di India untuk menentang kerajaan Myanmar. Pada tahun 1811 Chin Byan, pemimpin pemberontak Arakan menawan Mrohaung.
2.Dasar peluasan kuasa Myanmar di bawah Raja Bodawpaya.
Antara tahun 1816-1819, Raja Bodawpaya menjalankan dasar perluasan kuasa terhadap Assam, Manipur dan Cachar.
3. Peluasan kuasa perancis.
Pada tahun 1782 Perancis menghantar Laksamana de Suffren ke India Selatan untuk menegakkan kekuasaannya di India.
Inggeris bimbang Perancis menggunakan Myanmar sebagai tapak menyerang British di India. Perancis membina pangkalan di Mergui di Myanmar.
4.Kepentingan perdagangan British di Myanmar.
British ingin menguasai Myanmar kerana perdagangan kayu jati. Sejak abad ke-18 Perancis menjalin hubungan perdagangan dengan Myanmar
5.Dasar peluasan kuasa Raja Bagyidaw dan Jeneral Maha Bandula.
Dasar Raja Bodawpaya diteruskan oleh cucunya raja Bagyidaw  dengan bantuan Jeneral Maha Bandula. Pada tahun 1822 Jeneral Maha Bandula menyerang Assam. Dua orang Putera Assam Chandrakanta Singh dan Puradar Singh meminta perlindungan British lalu bangkit menentang Myanmar, tetapi gagal.
-Perang Inggeris-Myanmar meletus pada tahun 1824 dan ditamatkan dengan perjanjian Yandabo.
- Myanmar kehilangan Arakan dan Tenasserim.
Perang Inggeris-Burma II
- Putusnya hubungan diplomatik antara Myanmar dengan British.
- Raja-Tharrawaddy enggan mengiktiraf syarat-syarat per1anjian Yandabo.
- Tuduhan ke atas Kapten Sheppard dan Lewis melakukan pembunuhan dan penipuan.
- Pergolakan politik mengancam kepentingan perdagangan British di Myanmar.
- Gabenor Pegu, Maung Ok menganiayai rakyat di Rangoon.
- Lord Dalhousie mengisltiharkan perang ke atas Myanmar.
- Selepas perang, Myanmar kehilangan Myanmar Hilir dan terputus dari laut.
Perang Inggeris - Burma III
- Dasar luar Raja Mindon Min yang berhubung dengan Perancis dan ltali.
- British bimbang perdagangan mereka tergugat.
- Masalah hubungan diplomatik. Raja Mindon Min berasa terhina kerana tidak boleh berhubung terus dengan London.
- Beliau hanya boleh mengadakan hubungan diplJmatik dengan wizurai India sahaja.
- Pada tahun 1857, Sir Douglas Forslthe dihantar mengadap Raja Mindon Min.
- Dia dipaksa menanggalkan kasut dan duduk bersila di lantai.
- British mengarahkan supaya mulai tahun 1875, semua urusan British tidak perlu berbuat demikian.
- Ini menaikkan kemarahan Raja Mindon Min lalu memutuskan hubungan peribadinya dengan Residen British.
- Saudagar British di Rangoon bimbang terhadap dasar pro Perancis yang diamalkan oleh Raja Mindon Min. Tambahan pula, saudagar British beminat menyelidik ialah perdagangan melalui Bhamo ke China dan menjalankan perdagangan dengan Myanmar Hulu.
Semasa pemerintahan Raja Thibaw, berlaku kekejaman pemberontakan, dan rampasan kuasa di istana untuk rnenggulingkannya.
- Semua ini menggangu perdagangan British dan golongan saudagar mendesak agar British campur tangan di Myanmar Hulu.
- British juga bimbang dengan dasar pro-Perancis yang dijalankan oleh Raja Thibaw.
Pada tahun 1885, Raja Thibar menuduh Syarikat Perdagangan Bombay-Burma mengambil lebih banyak kayu jati daripada had yang dibenarkan dan memberi rasuah kepada pegawai serta tidak membayar gaji kepada pekeria Myanmar.
- Raja Thibaw mengenakan denda sebanyak 23 juta rupi ke atas syarikat tersebut.
Kerajaan British mengalakkan imperialisme ke atas Myanmar pihak British menghantar kata dua agar perkara syarikat tersebut diserahkan kepada majlis timbang tara
- Pihak British tidak bersetuju dengan jawapan Raia Thibaw  lalu mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.
- Rala Thibaw kalah dan Myanmar Hulu jatuh ke tangan Rritish pada tahun 1885.
Penutup
Keinginan untuk mendapat konsesi perdagangan dan sumber kayu jati selain mencari jalan ke Bhamo untuk perdagangan.China mendorong peluasan kuasa British ke Myanmar.Selepas Tenasserim dan Arakan jatuh ke tangan British.British bertindak mencari alasan untuk mengilhakkan bahagian lain di Myanmar atas desakan ekonomi.Istana Myanmar bersikap konservatif dan sangat berpegang kepada adat tradisi menanggalkan kasut apabila menghadap raja. British tidak senang dengan adat tersebut.Myanmar mengalami perubahan politik, sosial, dan ekonomi akibat perluasan kuasa British.

Wednesday, September 24, 2014

SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEJARAH STPM P3 2014 SMKJ2

1  Huraikan peranan Adat Perpatih dan Adat Temenggung dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum campur tangan British.    [20]
Pengenalan
      Adat ialah undang-undang tidak bertulis yang diamalkan secara turun-temurun. Adat juga
merupakan peraturan yang berdasarkan kebiasaan dalam masyarakat. Terdapat dua undang-undang adat di Tanah Melayu, iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini dipercayai berasal dari Sumatera, Indonesia. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyong dan diamalkan di Negeri Sembilan serta kawasan Naning. Adat Temenggung pula diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berasal dari Palembang dan diamalkan di semua negeri Melayu yang lain. Kedua-dua adat ini banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan kemudiannya secara beransur-ansur berubah kepada hukum syarak mengikut mazhab Syafie. Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai peranan yang berbeza dari aspek politik, ekonomi, sosial dan perundangan.

      Dari segi politik, Adat Perpatih mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi dan
permuafakatan. Pemimpin dipilih dan dilantik melalui wakil daripada setiap suku. Anak Buah
akan melantik Buapak dan Buapak pula akan memilih Lembaga. Lembaga akan memilih Undang dan Undang akan melantik Yamtuan Besar. Sistem pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih jelas menunjukkan kuasa dibahagikan antara Undang, Lembaga dengan Buapak. Walaupun Yamtuan Besar berlindak sebagai sultan tetapi baginda tidak mempunyai kuasa dan tidak berhak melantik orang besar di negeri-negeri lain. Sebaliknya, pelantikan tersebut dibuat berpandukan hierarki yang lebih bawah daripada Yamtuan Besar. Setiap keputusan yang diambil oleh Yamtuan Besar adalah berasaskan keputusan yang dibuat bersama dengan Undang.

      Dari segi ekonomi, Adat Perpatih bersifat matrilineal, iaitu keutamaan diberi kepada kaum wanita. Dalam adat ini, kedudukan kaum wanita lebih tinggi daripada kaum lelaki. Harta pusaka diperturunkan menerusi garis keturunan sebelah perempuan atau sebelah ibu. Harta pusaka daripada pihak ibu sebagai pengasas akan diwariskan kepada anak perempuannya. Suami tidak berhak memilikiharta pusaka keluarga. Sekiranya tidak mempunyai anak perempuan, maka hartanya akan diwariskan kepada adik perempuan dan seterusnya. Kaum lelaki hanya berhak ke atas urusan pentadbiran keluarga sahaja.

      Dari segi sosial, Adat Perpatih mengamalkan cara hidup bersuku-suku, iaitu hidup secara
berkeluarga. Setiap suku menggunakan nama-nama tertentu. Masyarakat ini mengamalkan perkahwinan mengikut eksogami, iaitu adat atau perbuatan mengahwini seseorang daripada suku kaum lain contohnya Suku Batu Hampar dengan Tanah Datar sekali gus melarang perkahwinan dengan suku yang sama. Perkahwinan mestilah daripada suku yang berlainan kerana menganggap setiap ahli suku adalah bersaudara. Selepas perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai semenda. Semenda perlu mendirikan rumah bagi isteri dan anak-anaknya di atas tanah yang dimiliki oleh keluarga isteri. Jika berlaku penceraian, semenda tidak mempunyai sebarang hak ke atas anaknya kerana berada dalam kelompok rumpun ibu.

      Dalam bidang perundangan, Adat Perpatih mementingkan penyelesaian yang akan memuaskan hati pihak mangsa dan pesalah. Hukuman yang diberi berlujuan membaiki keadaan, iaitu berbentuk pemulihan dan bukannya untuk menghukum.Undang-undang jenayah Adat Perpatih adalah bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Hukuman berat tidak
digalakkan dalam Adat Perpatih. Seorang pesalah akan didenda mengikut kesalahannya dan perlu membayar ganti rugi kepada mangsa. Hukuman tersebut dilaksanakan adalah untuk menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan pada masa hadapan.

      Selain daripada Adat Perpatih, Adat Temenggung jrga mempunyai ciri-ciri dan peranannya yang tersendiri dari segi politik, ekonomi, sosial dan perundangan. Dari segi politik, Adat Temenggung bersifat autokratik, iaitu pemusatan kuasa di tangan sultan atau raja. Sultan merupakan tonggak sistem pemerintahan diikuti oleh kerabat diraja dan pembesar. Pembesar dilantik oleh sultan dan memerintah sebagai wakil sultan.Jawatan sultan bersifat warisan, iaitu digantikan oleh putera sulung. Kedudukan raja sangat istirnewa dan diperkukuh dengan konsep daulat, penggunaan lambang-lambang tertentu dan menjadi simbol perpaduan rakyat.

      Dari segi ekonomi, Adat Temenggung mementingkan kaum lelaki dalam pewarisan harta
pusaka kerana dipengaruhi oleh hukum agama Islam. Adat ini mengutamakan jurai keturunan
lelaki. Jika berlaku penceraian, pembahagian harta adalah berlandaskan hukum syarak. Harta
sepencarian akan dibahagikan sama banyak, manakala bagi isteri yang tidak bekerja pula akan diberi satu pertiga daripada harta. Bagi harta asal pula akan dikernbalikan kepada pemiliknya.

     Dalam bidang sosial, Adat Temenggung bersifat patrilineal, iaitu berkaitan dengan hubungan keturunan atau kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa. Sejajar dengan prinsip hukum faraid dalam Islam, lelaki diberikan keutamaan dan diiktiraf sebagai ketua keluarga.Menurut adat ini, sistem kekeluargaan mengikutsebelah  ayah . Adat Temenggung membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Apabila seorang lelaki berkahwin,isterinya akan menjadi ahli keluarga suaminya.

      Dalam segi perundangan, hukuman dikenakan mengikut Adat Temenggung adalah bertujuan menghukum. Hukuman yang berat dan tegas dilaksanakan untuk memberikan pengajaran dan iktibar kepada orang lain. Jenis hukuman yang dikenakan adalah berbentuk pembalasan kepada si pesalah. Hukuman paling berat yang dilaksanakan ialah hukuman bunuh. Sultan melaksanakan hukuman tetapi pembesar atau penghulu boleh melakukannya sekiranya mendapat mandat daripada sultan. Walau bagaimanapun, hukuman mati hanya
boleh dijatuhi oleh sultan sahaja.

      Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih diamalkan sehinggalah berlakunya campur tangan British di Tanah Melayu. Pemerintahan British memberikan kesan kepada kedua-dua jenis adat ini. Selepas campur tangan British, adat-adat ini tidak lagi penting kerana British menggantikannya dengan undang-undang Barat.

2. Terangkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kaum Muda untuk  membangkitkan 
   kesedaran nasionalisme  di Tanah Melayu pada abad ke-20. [20]
Pengenalan
Penglibatan Kaum Muda yang telah memulakan Gerakan Islah dalam gagasan nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada awal abad ke-20. Gerakan Islah dipimpin oleh golongan reformis Islam pada awal abad ke-20. Gerakan ini dipimpin oleh golongan reformis yang berpendidikan Arab dari Timur Tengah khususnya di Mesir. Antara tokoh gerakan yang terkenal ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. Golongan ini mendapat ilham dan inspirasi daripada gerakan pemulihan lslam dan gerakan Pan-Islamisme yang tersebar di Mesir dan Turki.

      Kemunculan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu  disebabkan oleh keadaan sosioekonomi masyarakat Melayu pada masa itu. Selain itu, gerakan Kaum Muda juga berusaha untuk membangkitkan semangat nasionalisme, menentang perluasan kuasa dan pengaruh British. Golongan ini juga berjuang menghapuskan persaingan ekonomi dari kaum-kaum lain. Mereka menyeru masyarakat Melayu agar kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar berlandaskan al-Quran dan hadis.

      Antara usaha terawal yang diambil oleh Kaum Muda ialah pengasasan akhbar Al-Iman pada 22 Julai 1906 di Singapura. Akhbar ini memberikan sumbangan dalam pemulihan agama. Al-lmam juga mengandungi idea-idea perubahan sosial seperti kepentingan pendidikan dan ekonomi orang Melalu serta emansipasi, iaitu pemberian hak yang sama untuk golongan wanita khususnya peluang mendapatkan pendidikan.

      Kaum Muda juga mendirikan masjid dan beberapa buah madrasah untuk menyebarkan idea mereka dengan lebih berkesan seperti Madrasah al-Hadi dan Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang. Mereka juga mendirikan Madrasah al-Diniah di Perak. Selain menyebarkan idea-idea pembaharuan dengan lebih berkesan, Kaum Muda juga menekankan pendidikan akademik seperti mata pelajaran Sains dan bahasa Inggeris. Pendidikan moden diberi bagi meningkatkan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial. Masyarakat Melayu juga digalakkan supaya melibatkan diri dalam bidang perdagangan.

      Kaum Muda juga berpendapat bahawa orang Melayu harus menceburi dalam bidang perniagaan kerana ia bersesuaian dengan ajaran Islam yang sebenar. Kaum Muda juga menggesa bangsaMelayu menggunakan kemudahan kewangan yang disediakan oleh bank-bank dan syarikat kerjasama di Tanah Melayu.

      Kaum Muda juga bersifat anti penjajah dan mengutuk dasar penjajah Inggeris yang berat sebelah dan tidak berperikemanusiaan. Kaum Muda berusaha membangkitkan semangat nasionalisma di kalangan orang Melayu supaya memperjuangkan kebebasan dari penjajah. Sikap ini timbul kerana kerajaan Inggeris untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan British juga tidak mengindahkan soal pelajaran untuk membolehkan orang Melayu mencapai taraf hidup yang lebih tinggi.

      Inggeris hanya menyediakan sistem pelajaran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajaran menengah tidak dipentingkan, malahan orang Melayu yang berpendidikan tinggi tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran Inggeris. Semua jawatan tinggi dibolot oleh pegawai-pegawai Inggeris. Dasar diskriminasi ini membangkitkan perasaan anti penjajah di kalangan Kaum Muda.

      Kaum Muda juga memainkan sentimen terhadap golongan raja-raja dan pembesar Melayu. Golongan ini diingatkan kewajipan mereka terhadap rakyat yang diperintah oleh mereka. Raja-raja dan pembesar Melayu digesa memelihara kepentingan sosial, ekonomi dan politik serta hak-hak istimewa kaum Melayu. Kaum Muda menggesa kaum pemerintah dan juga rakyat menubuhkan persatuan yang berunsurkan politik atau separuh politik untuk memajukan pendidikan dan ekonomi orang Melayu.

      Perjuangan Kaum Muda  mendapat tentangan hebat daripada Kaum Tua yang terdiri daripada guru agama yang mempunyai kepercayaan kolot dan golongan elit Melayu tradisional. Kaum Tua menuduh Kaum Muda terpesong dari akidah . Idea-idea mereka dikutuk dan mereka dianggap sebagai kafir atau qadiani. Kaum Tua melarang Kaum Muda daripada berkutbah di masjid-masjid di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun idea Kaum Muda menimbulkan kesan yang besar dalam membangkitkan kesedaran orang-orang Melayu untuk maju dalam bidang agama, sosial, ekonomi dan politik.

KESIMPULAN
      Kaum Muda telah memperjuangkan kemajuan bangsa Melayu dalam bidang agama,sosial, ekonomi dan politik. Kaum Muda juga berjaya menyedarkan orang Melayu supaya membaiki kemunduran mereka dalam bidang-bidang tersebut. Kaum Muda juga menggesa orang Melayu bangkit memajukan taraf hidup mereka dan membebaskan diri dari belenggu penjajah British. Perjuangan Kaum Muda menjadi asas bagi penubuhan persatuan politik dan separuh politik  di Tanah  Melayu pada tahun 1930-an. Kaum Muda gagal meluaskan pengaruh di Negeri-Negeri Melayu kerana mendapat tentangan dari   Kaum Tua.

3 Terangkan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam bidang politik sejak
   dilantik menjadi Presiden UMNO pada tahun 1951. [20]
Pengenalan
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj lahir pada 8 Februari 1903. Beliau merupakan putera ketujuh Sultan Abdul Halim Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-24. Beliau belajar di sekolah Melayu sebelum berpindah ke Penang Free School. Pada tahun 1919, beliau melanjutkan pelajaran ke St Catherine's College. Pada tahun 1925, beliau lulus dari Universiti Cambridge. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang mendapat kelulusan universiti dari England.

      Kemudiannya, Tunku menyertai perkhidmatan awam di Kedah dan pernah befiugas sebagai pegawai daerah di Kuala Muda, Padang Terap, Langkawi dan Kulim. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Inner Temple dan ditauliahkan sebagai peguam pada tahun 1949. Pada tahun tersebut juga Tunku telah menyertai UMNO dan dipilih sebagai ketua UMNO negeri Kedah. Pada 26 Ogos 1951,Tunku dipilih sebagai Presiden UMNO peringkat kebangsaan setelah Dato' Onn Ja'afar meletak jawatan. Sebelum dipilih sebagai Presiden, Tunku memang sangat aktif dalam bidang politik.

      Beliau bersama-sama dengan raja-raja Melayu dan orang Melayu menentang Malayan Union.Antara usaha awal Tunku ialah langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan sebelum memperjuangkan kemerdekaan. Beliau telah mengadakan pakatan murni demi memupuk perpaduan kaum. Beliau telah menganjurkan konvensyen kebangsaan bersama-sama dengan MCA pada tahun 1954.

      Pada tahun 1955. Parli Perikatan telah dibentuk iaitu gabungan UMNO, MCA dan MlC. Dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan, Parti Perikatan berjaya mencapai kemenangan cemerlang dengan memenangi 5l buah kerusi. Kemenangan itu menyebabkan Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

      Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk menuntut semula kedaulatan negara daripada kerajaan Britian. Perjanjian kemerdekaan ditandatangani di London pada 8 Februari 1 956. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Oktober 1957. Sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Reid dibentuk untuk mengkaji perlembagaan bagi Tanah Melayu.

      Selepas merdeka Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau terus memimpin Parti Perikatan dalam tiga pilihan raya iaitu pada tahun 1959, 1964 dan 1969. Kepimpinan Tunku adalah faktor yang mendorong Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.Dasar toleransi dan taktik permuafakatan kaum beliau menunjukkan keunggulan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak.

      Sumbangan Tunku yang lain ialah usaha beliau dalam menamatkan ancaman komunis di Tanah Melayu. Beliau sanggup mengadakan Rundingan Baling dan bertemu dengan Chin Peng. Hal ini jelas membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan negara. Rundingan Baling telah berlangsung di Sekolah Rendah Baling pada 28 Disember 1955. Rundingan ini tidak berjaya kerana Tunku enggan mengiktiraf PKM sebagai parli politik yang sah. Namun demikian, perjuangan PKM
bertambah lemah kerana tidak mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang sudah pun yakin terhadap pemerintahan Tunku. Malahan terdapat gerila PKM yang menyerah diri dan ada juga yang melarikan diri ke sempadan Thailand. Ancaman komunis tamat semasa pemerintahan Tunku dan darurat diisytiharkan tamat pada tahun 1960.

      Sumbangan politik Tunku yang masih disanjung tinggi ialah usaha beliau membentuk Gagasan Malaysia. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah  mengemukakan idea pembentukan Malaysia di Hotel Adelphi Singapura. Tujuan beliau adalah untuk menjamin kekukuhan politik, keselamatan, ekonon.ri dan sosial semua negara yang terlibat. pada peringkat awal, gabungan ini melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah. Sarawak dan Brunei tetapi kemudiannya Brunei telah menarik diri kerana rnenghadapi pemberontakan daripada rakyat yang dipirnpin oleh A.M.Azahari selain disebabkan isu hasil minyak.

      Pembentukan Gagasan Malaysia juga mendapat reaksi negatif dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia yang kemudiannya melancarkan konfrontasi. Tunku dengan kebijaksanaannya berjaya mengatasi segala cabaran ini dengan mendapat sokongan padu dari
rakyat, kerajaan British dan PBB. pada l6 Septernber I963, Persekutuan Malaysia telah dibentuk dan Tunku digelar 'Bapa Malalsia'.

      Tunku juga telah merintis jalan dalarn menggubal dasar luar negara dengan rrengarnbil kira beberapa faktor penting. Pada peringkat awal kemedekaan, beliau mengamalkan dasar probarat dan antikomunis.Dasar ini dapat menjamin kedauiatan negara daripada ancaman musuh. Pada masa yang sarna, dasar ini dapat menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.

      Tunku juga menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran dengan mencadangkan penubuhan ASA dan MAPHILINDO. Tujuan pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah untuk rneningkatkan persahabatan dan penyertaan dalam ASEAN. ASEAN yang dibentuk pada tahun 1967 bertujuan mewujudkan hubungan serantau yang baru.
      Sumbangan politik Tunku yang amat besar ialah penyertaan beliau dalam pentubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bagi menghargai sumbangannya, Tunku telah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama. Tunku berusaha mendapatkan kerjasama OIC untuk menyelesaikan peperangan Iran-lraq. pada masa yang sama Malaysia juga rnenyokong perjuangan rakyat palestin dalam memerangi kezaliman rejim lsrael. Tunku juga menubuhkan Bank Pembangunan Islam yang rnemberi bantuan kewangan kepada negara anggota OIC.

      Selain dari itu, Tunku juga mementingkan hubungan antarabangsa. Malaysia bergerak aktif dalam badan-badan antarabangsa seperti PBB dan Komanwel Tunku telah menghantar misi perdamaian dan kearnanan ke Congo pada tahun 1961. Beliau juga sangat menghormati hak asasi manusia dan ini digambarkan dalam usaha beliau mengkritik keras DasarAparteid di Afrika Selatan sehingga negara tersebut disingkirkan daripada Komanwel.


      Kesimpulannya, Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan berkaliber.Beliau mempunyai pandangan jauh untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dan kegemilangan. Usaha-usaha Tunku rnenunjukkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sangat mementingkan perpaduan kaum. Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990. Narrun, sumbangan besar Tunku sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan .Bapa Malaysia tetap dikenang oleh setiap rakyat Malaysia.

Thursday, September 18, 2014

Konsep dan Susun Lapis Masyarakat Vietnam

1.2 Sistem sosial 
Susun lapis masyarakat di negara Vietnam dan Indonesia berbentuk piramid.Raja menduduki lapisan teratas dalam susun lapis tersebut, diikuti golongan kerabat diraja, dan golongan bangsawan. Kedudukan paling bawah ialah golongan rakyat, iaitu petani, artisan, diikuti golongan hamba. Susun lapis masyarakat dibahagikan kepada golongan pemerintah dan
golongan diperintah.

1.2.1 Konsep dan Susun Lapis Masyarakat Vietnam
Dalam susun lapis masyarakat vietnam, golongan cendekiawan-pentadbir (Quan atauMandarin) berada di kedudukan paling tinggi selepas Maharaja.Ini diikuti dengan kelas petani, petukang, dan saudagar pada lapisan berikutnya.
       Secara keseluruhannya, terdapat dua kumpulan besar dalam masyarakat Vietnam, iaitu golongan cendekiawan-pentadbir dan petani-pengeluar. Terdapat dua kumpulan penting dalam masyarakat vietnam, iaitu kumpulan sami Buddha dan sekumpulan kecil peniaga Cina yang berpengaruh. Dalam masyarakat Vietnam, taraf pendidikan, ijazah, dan jawatan dalam pentadbiran awam serta kuasa merupakan pertimbangan penting dalam membezakan status antara seseorang individu dengan individu yang lain.

       Pendidikan berasaskan ajaran Confucius menjadi kayu ukur yang mengasingkan golongan petani dengan golongan Quan (Matdarin). Mereka mempunyai kedudukan dan kuasa yang tinggi kerana berpendidikan Confucius.
      Dalam masyarakat Vietnam, hanya kumpulan cendekiawan sahaja yang mendapatpendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi rakyat biasa, mereka hanya diberikan latihan sivik atau pendidikan minimum agar mereka memahami undang-undang dan peraturan sosial seperti cara menghormati golongan yang lebih tua, menghormati adat istiadat, upacara kampung, dan keluarga.
       Keanggotaan dalam pentadbiran negara bersifat eksklusif kerana pencapaian akademik dalam klasik Confucius dan bahasa Cina sama ada di peringkat daerah atau di pusat hanya terhad kepada individu yang mempunyai harta dan waktu untuk belajar sahaja. Seorang anak kampung yang miskin boleh maju tetapi sokongan daripada seorang Mandarin amat perlu untuk memastikan kejayaannya. Ini menunjukkan betapa kuat pengaruh golongan Mandarin dalam sistem pentadbiran Vietnam.

       Sebagai satu kumpulan, Quan mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh dalam masyarakat.. Mereka bertanggungjawab menentukan beberapa aspek kehidupan masyarakat seperti keluasan rumah, bentuk, dan warna pakaian yang mesti dipakai, serta upacara keagamaan yang berkaitan dengan pengebumian.

       Secara berkumpulan, Quan tidak ada persaingan kerana mereka mengendalikan semua fungsi penting negara seperti peperangan, kebajikan, pentadbiran, dan adat istiadat. Mereka juga menguasai pentadbiran agama melalui sistem patron-klien.Namun, susun lapis masyarakat Vietnam pada abad ke-19 tidak lagi terdiri daripada golongan bangsawan kerana pembaharuan yang dilaksanakan oleh Maharaja Gia Long ke arah pembentukan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat.


       Maharaja Gia Long telah menghapuskan keistimewaan yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja seperti pemilikan ladang yang besar dan pemungutan cukai kampung. Golongan bangsawan yang hilang keistimewaan tradisi dibayar gaji dalam bentuk wang dan beras. Mereka juga tertakluk di bawah kuasa Maharaja. Petani menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dengan tumpuannya kepada penanaman padi untuk menampung keperluan negara.

Monday, September 15, 2014

Istitusi Pembesar di Thailand


Pembesar Thailand terdiri daripada keturunan rajayang dikenali sebagai golongan Chao dan golongan bangsawan yang dikenali sebagai Khunnang. Jawatan Khunnang adalah diwarisi.
Golongan Chao terbahagi kepada tiga peringkat, iutu Chao Fa, phra Ong Chao, dan Mom Chao. Chao terdiri daripada putera-putera raja yang memerintah dan memegang jawatan tinggi seperti Menteri. Contohnya, semasa pentadbiran Raja Chulalongkorn, putera-puteranya seperti putera Damrong menjadi Menteri Dalam Negeri dan putera Rabi menjadi Menteri Keadilan.Khunnang dibahagikan kepada beberapa Krom (Jabatan).
Terdapat tiga Krom yang penting, iaitu:
(a) Krom Mahattai (Jabatan Hal-Ehwal pentadbiran Awam)
(i) Ketua Krom Mahattai menggunakan gelaran Samuha Nayok
(ii) Bertanggungjawab mengawal witayah-wilayah utara Thailand
(b) Krom Kalahon (Jabatan Pertahanan)
(i) Ketua Krom Kalahon menggunakan gelaran Samuha phra Kalahon atau Ketua Menteri. (ii) Mentadbir bahagian selatan.
(iii) Mentadbir bidang pertahanan.
(c) Krom Khlang (Jabatan Kewangan dan Hubungan Luar)
(i) Ketua Krom Khlang menggunakan gelaran Chao phraya phra Khlang.
(ii) Bertanggungjawab mengawal kawasan pesisiran pantai dan Teluk Siam.
Pembesar yang mengetuai ketiga-tiga Krom ini ialah pembesar kanan yang berhubung terus dengan raja. Pada keseluruhannya, mereka memegang tugas mengutip cukai, menjaga keamanan, dan menyelesaikan kes-kes jenayah. Di bawah Krom Kalahon dan Krom Mahattai ialah pembesar yang dibahagikan kepada empat Krom. Krom-krom ini termasuk dalam kabinet kerajaan Thailand.Krom ini dikenali sebagai |atu Sadom terdiri daripada:
 (a) Krom Maung (|abatan Ibu Kota)
(i) Bertanggungjawab tentang pentadbiran ibu kota dan kawasan persekitarannya.
(b) Krom Na (]abatan Tanah)
(i) Mengurus pentadbiran tanah.
(c) Krom Wang (Iabatan Istana)
(d) Krom Khlang
Kesimpulan
       Kedatangan Barat menyebabkan perubahan dalam peranan pembesar Vietnam dan Thailand.Golongan Mandarin di Vietnam kehilangan kedudukan dan kuasa mereka diambil alih oleh golongan berpendidikan Barat. Sistem pendidikan Perancis yang menolak sistem pendidikan confucius menghancurkan struktur pemerintahan tradisional Vietnam dan sistem pembesar tradisional. Di Thailand pula, walaupun tidak dijajah oleh mana-mana kuasa Barat tetapi pemodenan dalam sistem pentadbiran sedikit sebanyak telah mengubah peranan pembesar tradisional yang terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan yang amat berpengaruh dan berkuasa dalam sistem pemerintahan tradisional.


       Raja Mongkut telah melantik 80 orang pegawai Barat dalam sistem pemerintahannya bagi melemahkan kuasa pembesar feudal  Raja Chuhlongkorn menggunakan program pemodenannya bagi menghapuskan ketua-ketua feudal dan golongan pembesar wilayah dan menggantikan mereka dengan birokrasi yang dikawal terus dari Bangkok. Raja Chulalongkorn melantik mereka yang berpendidikan Barat seperti putera-puteranya untuk mengetuai Kementerian dalam kabinetnya. Raja chulalongkorn juga memperkenalkan satu sistem pentadbiran daerah, iaitu thesaphiban pada tahun 1893 dan meletakkannya di bawah Kementerian Dalam Negeri demi menghapuskan pengaruh pembesar daerah dan secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan kerajaan pusat.Usaha Raja Chulalongkorn bukan sahaja bertujuan untuk memutuskan sistem lama, iaiiu raja yang terlalu bergantung kepada pembesar yang berkuasa di peringkat pusat dan daerah tetapi juga memelihara kemerdekaan negara dalam zaman imperialisme Barat.

Sistem Pembesar di Vietnam dan Thailand.

Sistem pembesar di vietnam dan Thailand diwujudkan untuk membantu raja / maharaja dalam meraksanakan tugas dan mericinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting daram sistem politik Thailand dan Vietnam. Mereka menduduki lapisan kedua daram struktur sosial masyarakat iaitu selepas raja/maharaja sebagai golongan pemerintah.

Raja / maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Ini tidak bermakna bahawa kuasa mutlak raja/maharaja terjejas. Raja/ maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dari aspek pentadbiran, sosial, dan ekonomi dalam tangan raja/maharaja.
       Pembesar di pelbagai peringkaf mempunyai tanggungjawab tertentu dari segi politik, ekonomi, dan sosial.
Institusi Pembesar di Vietnam
Vietnam pada abad ke-19 di bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat. Segala urusan pentadbiran kerajaan berpusat di Hue. Berbanding dengan Thailand, Vietnam tidak mempunyai pembesar yang  terdiri daripada golongan bangsawan. Kedudukan dan kuasa  golongan bangsawan sebagai pembesar di peringkat pusat, daerah, mahupun di kampung telah dihapuskan oleh Maharaja Gia Long.
       Kedudukan dan kuasa pembesar vietnam terletak pada golongan Mandarin (Quan) yang merupakan golongan sarjana yarg berpendidik Confucius. Golongan ini mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan. Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan vietnam. Golongan Mandarin ini dipengaruhi oreh sistem pentadbiran Tanah Besar China.

       Di vietnam, setiap lapisan masyarakat berperuang menjadi Mandarin (Quan)dengan syarat mereka mendapat pendidiian tinggi berasaskan pendidikan  confucius. Mereka akan dipilih meralui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan china. Mereka jua perlu Mendapat sokongan daripada seorang Mandarin.Quan dibahagikan berdasarkan peringkat atau greduan yang mempunyai taraf yang paling tinggi ialah Quan Awam. Taraf Quan Awam lebih tinggi daripada taraf Quan Tentera. Quan Awam perlu mengetuai tentera atau membuat keputusan yang berkaitan dengan ketenteraan di peringkat daerah walaupun mereka tidak pernah mendapat apa-apa latihan ketenteraan.

       Pentadbiran pusat yang terletak di Hue bertanggungiawab kepada pentadbiran negara, pelaksanaan undang-undang, dan sistem pendidikan. Dalam hal ini, pentadbiran pusat dibantu oleh enam Kementerian (Quan), iaitu:
(a) Kewangan.
(b) Peperangan.
(c) Kehakiman.
(d) Istiadat (Upacara) yang bertanggungjawab terhadap pendidikan dan perhubungan luar serta takurim bulan.
(e) Perkhidmatan awam yang bertanggungjawab menentukan pelantikan, tugas, kenaikan, dan penurunan pangkat.
(f) Kerja raya yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tali air seperti di Lembah Sungai Merah di Tongking.
       Dasar kerajaan ditetapkan oleh Majlis Sukt (co-mat-vien) yarrg dipengerusikan oleh Maharaja. Majlis Sulit ini dianggotai oleh empat orang Menteri Kanan yang bertindak sebagai Ketua Jabatan dan beberapa orang pegawai istana. Majlis bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan kepada Maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Kementerian (Quan).
       Pembesar di peringkat daerah menjalankan tugas seperti mengutip cukai,menguruskan hal kehakiman, merekrut dan melatih anggota tentera, serta menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.Dalam sistem pemerintahan Vietnam, desa atau raan merupakan unit pentadbiran yang paling bawah. Masyarakat desa merupakan suku-suku keluarga dan ketua desa (Iy xuan).Iy xuan mempunyai tanggungjawab moral terhadap ahli masyarakat.
       Pembesar desa menjalankan tugas seperti:
(a) Menyelia projek awam untuk memperbaiki keadaan desa.
(b) Membahagikan tanah dan air untuk pertanian. (c) Membahagikan tanah desa kepada petani.


(d) Menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.

Tuesday, September 9, 2014

Bincangkan perkembangan pendidikan di Perancis pada abad ke-18.[20]

PENGENALAN
-Definisipendidikan
-Perkembangan pendidikan awam di Perancis bermula  sejak kebangkitan Revolusi 1789. Pendidikan awam penting untuk menentukan kelangsungan pemerintahan Republik.
ISI
1.Pendidikan seragam di Perancis
-Napoleon memperkenalkan sistem pendidikan yang seragam dan menyeluruh di Perancis.
2.Pembinaan sekolah di setiap daerah

3.Penggubalan undang-undang pembukaan sekolah rendah
4.Sekolah menengah
5.1802 penubuhan sekolahtinggi dan teknik
6.1805 Universiti Perancis.
-1806 Napoleon menyatukan pendidikan di bawah badan induk iaitu Universiti Perancis.
-Tiga cabang utama Universiti Perancis;
Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah dan Pendidikan Tinggi.
KESIMPULAN
-Kerajaan pimpinan Napoleon mengambil alih peranan gereja dalam memperkembangan pendidikan di Perancis.
-Undang-undang digubal untuk melahirkan golongan intelektual di Perancis.

Monday, September 8, 2014

Bincangkan perkembangan pendidikan di Jerman pada abad ke-18.[20]

Rangka Jawapan
PENGENALAN
-Maksud pendidikan
-Perubahan sistem pendidikan selepas Bismarck menyatukan Jerman.
ISI
Perkembangan pendidikan di Jerman
1.Abad ke-18 Jerman mewajidkan pendidikan peringkat rendah.
-Volksschule –pendidiakn wajib peringkat rendah selama 8 tahun.
-Penekanan kemahiran asas iaitu membaca,menulis dan mengira serta aspek etika, disiplin dan ketaatan.
-ilmu diintegrasikan dengan bidang matematik, sains, bahasa dan seni.
-sistem abjad diganti dengan pengajaran bunyi.
-1717 Raja Frederick William mengeluarkan Advisory Order yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah.
-Ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah dikenakan bayaran denda.
2.Kualiti pendidikan ditingkatkan
-1788 pengenalan sistem peperiksaan akhir tahun di sekolah seluruh Jerman.
-Penyatuan Jerman oleh Otto Von Bismarck membawa pemusatan pendidikan di Jerman.
-Penyeragaman pendidikan dan banyak sekolah menengah ditubuhkan termasuk sekolah untuk pelajar perempuan.
-Penekanan kepada pendidikan teknologi untuk melahirkan tegana kerja mahir bidang perindustrian dan perdagangan.
-Sekolah teknik dan perdagangan ditubuhkan.
4.Empat jenis sekolah menengah.
-Gymnasium –pembelajaran bahasa moden, latin dan Yunani
-Realgymnasium –pembelajaran bahasa Latin, Bahasa Moden, Sains dan Matematik
-Realschule- pembelajaran teknikal selama 8 tahun
-Obberealschule- pembelajaran selam 9 tahun bahasa moden, sains dan Matematik.
5.Penubuhan universiti
-Universiti Berlin, Munich, Bonn
-Pengajian yang ditawarkan ialah Teologi, Undang-Undang,Perubatan dan Falsafah.
  Fakulti Falsafah menawarkan pengajian Sejarah, Matematik, Geografi dan Kesusasteraan.
KESIMPULAN

-Sistem pendidikan awam di Jerman memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak belajar dari awal hingga ke peringkat universiti.

Wednesday, September 3, 2014

Jelaskan faktor-faktor penubuhan Malaysia 1963


Pengenalan
-Idea gagasan Malaysia dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman
-Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah persekutuan bernama Malaysia.
Faktor penubuhan Malaysia
1.Ancaman Komunis
2.Pengaruh komunis di Sarawak.
3.Keseimbangan kaum
4.Mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak
5.Kemajuan ekonomi bersama
6.Memajukan penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Kesimpulan
-Malaysia menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
-Penubuhan Malaysia ditentang oleh Indonesia dan Filipina.
-Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.