1 Huraikan peranan Adat Perpatih dan Adat Temenggung dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum campur tangan British. [20]
Pengenalan
Adat ialah undang-undang tidak bertulis yang diamalkan secara turun-temurun. Adat juga
merupakan peraturan yang berdasarkan kebiasaan dalam masyarakat. Terdapat dua undang-undang adat di Tanah Melayu, iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini dipercayai berasal dari Sumatera, Indonesia. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyong dan diamalkan di Negeri Sembilan serta kawasan Naning. Adat Temenggung pula diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berasal dari Palembang dan diamalkan di semua negeri Melayu yang lain. Kedua-dua adat ini banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan kemudiannya secara beransur-ansur berubah kepada hukum syarak mengikut mazhab Syafie. Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai peranan yang berbeza dari aspek politik, ekonomi, sosial dan perundangan.
Dari segi politik, Adat Perpatih mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi dan
permuafakatan. Pemimpin dipilih dan dilantik melalui wakil daripada setiap suku. Anak Buah
akan melantik Buapak dan Buapak pula akan memilih Lembaga. Lembaga akan memilih Undang dan Undang akan melantik Yamtuan Besar. Sistem pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih jelas menunjukkan kuasa dibahagikan antara Undang, Lembaga dengan Buapak. Walaupun Yamtuan Besar berlindak sebagai sultan tetapi baginda tidak mempunyai kuasa dan tidak berhak melantik orang besar di negeri-negeri lain. Sebaliknya, pelantikan tersebut dibuat berpandukan hierarki yang lebih bawah daripada Yamtuan Besar. Setiap keputusan yang diambil oleh Yamtuan Besar adalah berasaskan keputusan yang dibuat bersama dengan Undang.
Dari segi ekonomi, Adat Perpatih bersifat matrilineal, iaitu keutamaan diberi kepada kaum wanita. Dalam adat ini, kedudukan kaum wanita lebih tinggi daripada kaum lelaki. Harta pusaka diperturunkan menerusi garis keturunan sebelah perempuan atau sebelah ibu. Harta pusaka daripada pihak ibu sebagai pengasas akan diwariskan kepada anak perempuannya. Suami tidak berhak memilikiharta pusaka keluarga. Sekiranya tidak mempunyai anak perempuan, maka hartanya akan diwariskan kepada adik perempuan dan seterusnya. Kaum lelaki hanya berhak ke atas urusan pentadbiran keluarga sahaja.
Dari segi sosial, Adat Perpatih mengamalkan cara hidup bersuku-suku, iaitu hidup secara
berkeluarga. Setiap suku menggunakan nama-nama tertentu. Masyarakat ini mengamalkan perkahwinan mengikut eksogami, iaitu adat atau perbuatan mengahwini seseorang daripada suku kaum lain contohnya Suku Batu Hampar dengan Tanah Datar sekali gus melarang perkahwinan dengan suku yang sama. Perkahwinan mestilah daripada suku yang berlainan kerana menganggap setiap ahli suku adalah bersaudara. Selepas perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai semenda. Semenda perlu mendirikan rumah bagi isteri dan anak-anaknya di atas tanah yang dimiliki oleh keluarga isteri. Jika berlaku penceraian, semenda tidak mempunyai sebarang hak ke atas anaknya kerana berada dalam kelompok rumpun ibu.
Dalam bidang perundangan, Adat Perpatih mementingkan penyelesaian yang akan memuaskan hati pihak mangsa dan pesalah. Hukuman yang diberi berlujuan membaiki keadaan, iaitu berbentuk pemulihan dan bukannya untuk menghukum.Undang-undang jenayah Adat Perpatih adalah bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Hukuman berat tidak
digalakkan dalam Adat Perpatih. Seorang pesalah akan didenda mengikut kesalahannya dan perlu membayar ganti rugi kepada mangsa. Hukuman tersebut dilaksanakan adalah untuk menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan pada masa hadapan.
Selain daripada Adat Perpatih, Adat Temenggung jrga mempunyai ciri-ciri dan peranannya yang tersendiri dari segi politik, ekonomi, sosial dan perundangan. Dari segi politik, Adat Temenggung bersifat autokratik, iaitu pemusatan kuasa di tangan sultan atau raja. Sultan merupakan tonggak sistem pemerintahan diikuti oleh kerabat diraja dan pembesar. Pembesar dilantik oleh sultan dan memerintah sebagai wakil sultan.Jawatan sultan bersifat warisan, iaitu digantikan oleh putera sulung. Kedudukan raja sangat istirnewa dan diperkukuh dengan konsep daulat, penggunaan lambang-lambang tertentu dan menjadi simbol perpaduan rakyat.
Dari segi ekonomi, Adat Temenggung mementingkan kaum lelaki dalam pewarisan harta
pusaka kerana dipengaruhi oleh hukum agama Islam. Adat ini mengutamakan jurai keturunan
lelaki. Jika berlaku penceraian, pembahagian harta adalah berlandaskan hukum syarak. Harta
sepencarian akan dibahagikan sama banyak, manakala bagi isteri yang tidak bekerja pula akan diberi satu pertiga daripada harta. Bagi harta asal pula akan dikernbalikan kepada pemiliknya.
Dalam bidang sosial, Adat Temenggung bersifat patrilineal, iaitu berkaitan dengan hubungan keturunan atau kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa. Sejajar dengan prinsip hukum faraid dalam Islam, lelaki diberikan keutamaan dan diiktiraf sebagai ketua keluarga.Menurut adat ini, sistem kekeluargaan mengikutsebelah ayah . Adat Temenggung membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Apabila seorang lelaki berkahwin,isterinya akan menjadi ahli keluarga suaminya.
Dalam segi perundangan, hukuman dikenakan mengikut Adat Temenggung adalah bertujuan menghukum. Hukuman yang berat dan tegas dilaksanakan untuk memberikan pengajaran dan iktibar kepada orang lain. Jenis hukuman yang dikenakan adalah berbentuk pembalasan kepada si pesalah. Hukuman paling berat yang dilaksanakan ialah hukuman bunuh. Sultan melaksanakan hukuman tetapi pembesar atau penghulu boleh melakukannya sekiranya mendapat mandat daripada sultan. Walau bagaimanapun, hukuman mati hanya
boleh dijatuhi oleh sultan sahaja.
Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih diamalkan sehinggalah berlakunya campur tangan British di Tanah Melayu. Pemerintahan British memberikan kesan kepada kedua-dua jenis adat ini. Selepas campur tangan British, adat-adat ini tidak lagi penting kerana British menggantikannya dengan undang-undang Barat.
2. Terangkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kaum Muda untuk membangkitkan
kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20. [20]
Pengenalan
Penglibatan Kaum Muda yang telah memulakan Gerakan Islah dalam gagasan nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada awal abad ke-20. Gerakan Islah dipimpin oleh golongan reformis Islam pada awal abad ke-20. Gerakan ini dipimpin oleh golongan reformis yang berpendidikan Arab dari Timur Tengah khususnya di Mesir. Antara tokoh gerakan yang terkenal ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. Golongan ini mendapat ilham dan inspirasi daripada gerakan pemulihan lslam dan gerakan Pan-Islamisme yang tersebar di Mesir dan Turki.
Kemunculan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu disebabkan oleh keadaan sosioekonomi masyarakat Melayu pada masa itu. Selain itu, gerakan Kaum Muda juga berusaha untuk membangkitkan semangat nasionalisme, menentang perluasan kuasa dan pengaruh British. Golongan ini juga berjuang menghapuskan persaingan ekonomi dari kaum-kaum lain. Mereka menyeru masyarakat Melayu agar kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar berlandaskan al-Quran dan hadis.
Antara usaha terawal yang diambil oleh Kaum Muda ialah pengasasan akhbar Al-Iman pada 22 Julai 1906 di Singapura. Akhbar ini memberikan sumbangan dalam pemulihan agama. Al-lmam juga mengandungi idea-idea perubahan sosial seperti kepentingan pendidikan dan ekonomi orang Melalu serta emansipasi, iaitu pemberian hak yang sama untuk golongan wanita khususnya peluang mendapatkan pendidikan.
Kaum Muda juga mendirikan masjid dan beberapa buah madrasah untuk menyebarkan idea mereka dengan lebih berkesan seperti Madrasah al-Hadi dan Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang. Mereka juga mendirikan Madrasah al-Diniah di Perak. Selain menyebarkan idea-idea pembaharuan dengan lebih berkesan, Kaum Muda juga menekankan pendidikan akademik seperti mata pelajaran Sains dan bahasa Inggeris. Pendidikan moden diberi bagi meningkatkan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial. Masyarakat Melayu juga digalakkan supaya melibatkan diri dalam bidang perdagangan.
Kaum Muda juga berpendapat bahawa orang Melayu harus menceburi dalam bidang perniagaan kerana ia bersesuaian dengan ajaran Islam yang sebenar. Kaum Muda juga menggesa bangsaMelayu menggunakan kemudahan kewangan yang disediakan oleh bank-bank dan syarikat kerjasama di Tanah Melayu.
Kaum Muda juga bersifat anti penjajah dan mengutuk dasar penjajah Inggeris yang berat sebelah dan tidak berperikemanusiaan. Kaum Muda berusaha membangkitkan semangat nasionalisma di kalangan orang Melayu supaya memperjuangkan kebebasan dari penjajah. Sikap ini timbul kerana kerajaan Inggeris untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan British juga tidak mengindahkan soal pelajaran untuk membolehkan orang Melayu mencapai taraf hidup yang lebih tinggi.
Inggeris hanya menyediakan sistem pelajaran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajaran menengah tidak dipentingkan, malahan orang Melayu yang berpendidikan tinggi tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran Inggeris. Semua jawatan tinggi dibolot oleh pegawai-pegawai Inggeris. Dasar diskriminasi ini membangkitkan perasaan anti penjajah di kalangan Kaum Muda.
Kaum Muda juga memainkan sentimen terhadap golongan raja-raja dan pembesar Melayu. Golongan ini diingatkan kewajipan mereka terhadap rakyat yang diperintah oleh mereka. Raja-raja dan pembesar Melayu digesa memelihara kepentingan sosial, ekonomi dan politik serta hak-hak istimewa kaum Melayu. Kaum Muda menggesa kaum pemerintah dan juga rakyat menubuhkan persatuan yang berunsurkan politik atau separuh politik untuk memajukan pendidikan dan ekonomi orang Melayu.
Perjuangan Kaum Muda mendapat tentangan hebat daripada Kaum Tua yang terdiri daripada guru agama yang mempunyai kepercayaan kolot dan golongan elit Melayu tradisional. Kaum Tua menuduh Kaum Muda terpesong dari akidah . Idea-idea mereka dikutuk dan mereka dianggap sebagai kafir atau qadiani. Kaum Tua melarang Kaum Muda daripada berkutbah di masjid-masjid di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun idea Kaum Muda menimbulkan kesan yang besar dalam membangkitkan kesedaran orang-orang Melayu untuk maju dalam bidang agama, sosial, ekonomi dan politik.
KESIMPULAN
Kaum Muda telah memperjuangkan kemajuan bangsa Melayu dalam bidang agama,sosial, ekonomi dan politik. Kaum Muda juga berjaya menyedarkan orang Melayu supaya membaiki kemunduran mereka dalam bidang-bidang tersebut. Kaum Muda juga menggesa orang Melayu bangkit memajukan taraf hidup mereka dan membebaskan diri dari belenggu penjajah British. Perjuangan Kaum Muda menjadi asas bagi penubuhan persatuan politik dan separuh politik di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Kaum Muda gagal meluaskan pengaruh di Negeri-Negeri Melayu kerana mendapat tentangan dari Kaum Tua.
3 Terangkan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam bidang politik sejak
dilantik menjadi Presiden UMNO pada tahun 1951. [20]
Pengenalan
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj lahir pada 8 Februari 1903. Beliau merupakan putera ketujuh Sultan Abdul Halim Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-24. Beliau belajar di sekolah Melayu sebelum berpindah ke Penang Free School. Pada tahun 1919, beliau melanjutkan pelajaran ke St Catherine's College. Pada tahun 1925, beliau lulus dari Universiti Cambridge. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang mendapat kelulusan universiti dari England.
Kemudiannya, Tunku menyertai perkhidmatan awam di Kedah dan pernah befiugas sebagai pegawai daerah di Kuala Muda, Padang Terap, Langkawi dan Kulim. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Inner Temple dan ditauliahkan sebagai peguam pada tahun 1949. Pada tahun tersebut juga Tunku telah menyertai UMNO dan dipilih sebagai ketua UMNO negeri Kedah. Pada 26 Ogos 1951,Tunku dipilih sebagai Presiden UMNO peringkat kebangsaan setelah Dato' Onn Ja'afar meletak jawatan. Sebelum dipilih sebagai Presiden, Tunku memang sangat aktif dalam bidang politik.
Beliau bersama-sama dengan raja-raja Melayu dan orang Melayu menentang Malayan Union.Antara usaha awal Tunku ialah langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan sebelum memperjuangkan kemerdekaan. Beliau telah mengadakan pakatan murni demi memupuk perpaduan kaum. Beliau telah menganjurkan konvensyen kebangsaan bersama-sama dengan MCA pada tahun 1954.
Pada tahun 1955. Parli Perikatan telah dibentuk iaitu gabungan UMNO, MCA dan MlC. Dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan, Parti Perikatan berjaya mencapai kemenangan cemerlang dengan memenangi 5l buah kerusi. Kemenangan itu menyebabkan Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk menuntut semula kedaulatan negara daripada kerajaan Britian. Perjanjian kemerdekaan ditandatangani di London pada 8 Februari 1 956. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Oktober 1957. Sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Reid dibentuk untuk mengkaji perlembagaan bagi Tanah Melayu.
Selepas merdeka Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau terus memimpin Parti Perikatan dalam tiga pilihan raya iaitu pada tahun 1959, 1964 dan 1969. Kepimpinan Tunku adalah faktor yang mendorong Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.Dasar toleransi dan taktik permuafakatan kaum beliau menunjukkan keunggulan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak.
Sumbangan Tunku yang lain ialah usaha beliau dalam menamatkan ancaman komunis di Tanah Melayu. Beliau sanggup mengadakan Rundingan Baling dan bertemu dengan Chin Peng. Hal ini jelas membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan negara. Rundingan Baling telah berlangsung di Sekolah Rendah Baling pada 28 Disember 1955. Rundingan ini tidak berjaya kerana Tunku enggan mengiktiraf PKM sebagai parli politik yang sah. Namun demikian, perjuangan PKM
bertambah lemah kerana tidak mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang sudah pun yakin terhadap pemerintahan Tunku. Malahan terdapat gerila PKM yang menyerah diri dan ada juga yang melarikan diri ke sempadan Thailand. Ancaman komunis tamat semasa pemerintahan Tunku dan darurat diisytiharkan tamat pada tahun 1960.
Sumbangan politik Tunku yang masih disanjung tinggi ialah usaha beliau membentuk Gagasan Malaysia. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan idea pembentukan Malaysia di Hotel Adelphi Singapura. Tujuan beliau adalah untuk menjamin kekukuhan politik, keselamatan, ekonon.ri dan sosial semua negara yang terlibat. pada peringkat awal, gabungan ini melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah. Sarawak dan Brunei tetapi kemudiannya Brunei telah menarik diri kerana rnenghadapi pemberontakan daripada rakyat yang dipirnpin oleh A.M.Azahari selain disebabkan isu hasil minyak.
Pembentukan Gagasan Malaysia juga mendapat reaksi negatif dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia yang kemudiannya melancarkan konfrontasi. Tunku dengan kebijaksanaannya berjaya mengatasi segala cabaran ini dengan mendapat sokongan padu dari
rakyat, kerajaan British dan PBB. pada l6 Septernber I963, Persekutuan Malaysia telah dibentuk dan Tunku digelar 'Bapa Malalsia'.
Tunku juga telah merintis jalan dalarn menggubal dasar luar negara dengan rrengarnbil kira beberapa faktor penting. Pada peringkat awal kemedekaan, beliau mengamalkan dasar probarat dan antikomunis.Dasar ini dapat menjamin kedauiatan negara daripada ancaman musuh. Pada masa yang sarna, dasar ini dapat menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.
Tunku juga menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran dengan mencadangkan penubuhan ASA dan MAPHILINDO. Tujuan pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah untuk rneningkatkan persahabatan dan penyertaan dalam ASEAN. ASEAN yang dibentuk pada tahun 1967 bertujuan mewujudkan hubungan serantau yang baru.
Sumbangan politik Tunku yang amat besar ialah penyertaan beliau dalam pentubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bagi menghargai sumbangannya, Tunku telah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama. Tunku berusaha mendapatkan kerjasama OIC untuk menyelesaikan peperangan Iran-lraq. pada masa yang sama Malaysia juga rnenyokong perjuangan rakyat palestin dalam memerangi kezaliman rejim lsrael. Tunku juga menubuhkan Bank Pembangunan Islam yang rnemberi bantuan kewangan kepada negara anggota OIC.
Selain dari itu, Tunku juga mementingkan hubungan antarabangsa. Malaysia bergerak aktif dalam badan-badan antarabangsa seperti PBB dan Komanwel Tunku telah menghantar misi perdamaian dan kearnanan ke Congo pada tahun 1961. Beliau juga sangat menghormati hak asasi manusia dan ini digambarkan dalam usaha beliau mengkritik keras DasarAparteid di Afrika Selatan sehingga negara tersebut disingkirkan daripada Komanwel.
Kesimpulannya, Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan berkaliber.Beliau mempunyai pandangan jauh untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dan kegemilangan. Usaha-usaha Tunku rnenunjukkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sangat mementingkan perpaduan kaum. Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990. Narrun, sumbangan besar Tunku sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan .Bapa Malaysia tetap dikenang oleh setiap rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment