Saturday, October 13, 2018

SKEMA PERCUBAAN PAHANG 2018

SKEMA BAHAGIAN A

1. Bincangkan peranan Undang-Undang 99 Perak dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat Melayu Perak pada abad ke-19.            [20]

Nota: untuk menjawab soalan ini calon mesti membincang peranan Undang-Undang 99 Perak dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat tempatan di Perak dari segi politik, ekonomi dan sosial. 

            Undang-undang pula sebenarnya wujud bersumberkan daripada adat yang diwarisi itu. Setiap negeri boleh dikatakan ada undang-undang bertulisnya sendiri antaranya Undang-undang 99 Perak. Undang-undang 99 Perak pula mengandungi 99 perkara. Undang-undang ini tergolong dalam rumpun adat Temenggung dan dikatakan sebagai undang-undang yang paling bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.  Dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun  1900.   Dipercayai bahawa undang-undang ini dibawa dari luar iaitu Syed Hussain al-Faradz dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.  Undang-Undang 99 Perak agak berbeza daripada undang-undang biasa kerana disusun dalam bentuk dialog dan bukannya berasaskan fakta dan fasal. Dialog tersebut dituturkan oleh Raja Nusyirwan dengan Menteri Buzurgmihr. Undang-undang ini mengandungi pelbagai aspek yang memperlihatkan hal ehwal agama dan tradisi Melayu tradisional. Namun begitu, pelaksanaan undang-undang ini lebih memperlihatkan kepada adat tempatan berbanding hukum Islam.              Undang-Undang ini telah memainkan peranan penting dalam mengawal kehidupan masyarakat di Perak dari segi politik, ekonomi dan sosial

PENGENALAN
B: PRINSIP-PRINSIP/CIRI-CIRI UMUM UNDANG-UNDANG 99 PERAK 1. POLITIK /PEMERINTAHAN
Pengetahuan
- Undang-undang ini menjelaskan mengenai tugas dan tanggung  jawab pemerintah iaitu mengenai perwarisan takhta. Mengikut Fasal 77  menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah di negeri tersebut mangkat,maka takhta pemerintahan tersebut akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua umurnya' jika tiada' maka anak raja yang umurnya paling kecil akan mewarisi takhta. raja tersebut. Berdasarkan undang-undang tersebut, syarat utama bagi anak raja untuk mewarisi takhta pemerintahan ialah anak raja tersebut mesti anak gahara, iaitu anak yang dilahirkan oleh raja dan permaisurinya daripada golongan diraja. - Seterusnya mengenai protokol istana. Di bawah Fasal 24, seseorang  itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa duduk dalam  balairung seri, menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar. -     Undang-undang ini  turut menggariskan tentang tatacara peperangan dalam  Fasal 74. Fasal 74 menyatakan sekiranya sesebuah negeri ingin berperang dengan negeri lain, strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal fikiran, mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang pemimpin yang mendapat sokongan ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang.
Taakulan

-      Perlembagaan :  Fasal 99 Fasal 99 memperuntukkan hubungan antara raja dengan pembesar serta rakyat dan hubungan antara rakyat dengan pembesar. Raja mesti memberitahu semua perkara sama ada baik atau buruk kepada pembesarpembesar baginda. Begitu juga dengan pembesar negeri yang mesti memaklumkan segala perkara baik dan buruk kepada raja.
2. EKONOMI  Pengetahuan - Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta simati,  anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan mangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah padi, atau lombong diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut: anak lelaki mendapat bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain. -     Ternakan  :  Fasal 14          Ternakan Fasal 14 mengatakan jika binatang itu dicederakan oleh orang lain  hukumannya ialah orang yang mencederakan binatang itu perlu membayar separuh harga binatang tersebut kepada tuan punya binatang tersebut. Jika seseorang itu memelihara binatang yang haram dan binatang itu mencederakan orang lain, hukumannya ialah binatang itu akan dibuang dan tuan binatang tersebut perlu membayar sepaha emas kepada orang yang dicederakan oleh binatangnya. Jika orang yang dicederakan oleh binatang tersebut mati, maka binatang tersebut perlu dipulangkan kepada waris simati dan tuan punya binatang tersebut perlu membayar denda sebanyak setahil sepaha emas. Jika binatang yang haram mencederakan orang lain dan orang tersebut meninggal dunia, maka tuan punya binatang tersebut hanya perlu membayar denda sebanyak sepaha emas sahaja. - Tanaman :  Fasal 15          Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman dimusnahkan oleh seseorang dan tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi, walaupun tuan punya tanaman itu tidak meminta sebarang pampasan, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar separuh harga tanaman itu dan denda sebanyak sepaha emas. Tetapi, jika tanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut masih berguna, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar harga tanaman tersebut dan denda sebanyak sepaha emas.  -  Taakulan 3. SOSIAL  Pengetahuan -      Hal ehwal agama  :  Fasal 58      Di bawah Fasal 58 syarat menjadi imam atau khatib ialah mempunyai sifat mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari, bulan dan tahun, sanggup bersusah-payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang awal masuk ke masjid pada hari ]umaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak. -     Hakim/ Kadi :  Fasal 79        Fasal 79 menyatakan syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat, dan memiliki sifat yang mulia. -    Mengganggu isteri orang        Hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang. Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang daripada mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia hanya dikehendaki membayar denda (emas)' Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi dia akan dilepaskan sekiranya membayar denda. -   

 ZINA  Fasal 50        Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina. Fasal 50 adalah tentang penzinaan jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan Taakulan

bernikah dan membayar, denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan. (b) Perkahwinan -     Perkahwinan : Fasal 65       Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkan bersama  selama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing.

4. HUKUMAN JENAYAH  Pengetahun -   Membunuh       Fasal 23 :  Hukum membunuh - pembunuhan sesama orang Islam. Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam. Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana keduaduanya akan binasa. Cuma orang yang membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas. -  Hukum membunuh - orang kafir membunuh orang Islam.      Fasal 4 memperuntukkan seorang kafir membunuh seorang Islam. Orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibunuh balas kerana jika kafir ini dibunuh balas, tiada peluang bagi kafir tersebut memeluk Islam. Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga simati. 

 Taakulan
5. HAL-HAL LAIN Pengetahun - Hal ehwal di kampung : Fasal 2l Fasal 21 mengatakan jika penduduk kampung mendakwa penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan, iaitu kesalahan dari segi perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak boleh dijatuhkan hukuman dari segi denda. Jika orang itu melakukan kesalahan buat kali kedua, barulah pesalah itu boleh diambil tindakan yang sesuai. - Orang dagang  :  Fasal 51 Fasal 51 menyatakan sekiranya orang dagang masuk ke dalam kampung dan meminta kebenaran untuk bermalam tetapi tidak dibenarkan atau dibenarkan bermalam tetapi hanya diberi makanan cukup hingga satu kali pada satu malam, mereka dianggap bersalah. Taakulan -  Undang-undang 99 Perak memperlihatkan format undang- undang  yang tersusun dalam bentuk soalan dan jawapan antara Raja Nasruan Adil dengan menterinya, Khoja Berza Amir Makim. Terdapat ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa, dan kompromi dalam Undang-undang 99 Perak. berdasarkan fasal hukuman yang terdapat dalam Undang-undang 99 Perak, didapati beberapa aspek seperti pembunuhan, penzinaan, dan perwarisan harta tidak selaras dengan pengaruh hukum Islam. Hal ini membuktikan Undang-Undang 99 Perak memang memperlihatkan adat tempatan mendominasi undang-undang tersebut. Undang-undang ini walau bagaimanapun tidak digunakan lagi setelah Undang-Undang Barat diperkenalkan menerusi Sistem Residen 
  C: KESIMPULAN






2. Sejauh manakah pemberian kerakyatan yang longgar menjadi faktor utama penentangan masyarakat Melayu terhadap   Malayan Union 1946?      [20]

Pengenalan
  Kejatuhan Singapura dan Tanah Melayu ke tangan  Jepun dan kegagalan pentadbiran British pada tahun 1941 hingga 1942 telah menghilangkan keyakinan orang Melayu terhadap British. Ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan di luar dugaan kerajaan British sendiri. Walau bagaimanapun, British memang menjangka bahawa pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu bersifat sementara sahaja. Mereka yakin dapat menduduki semula Tanah Melayu. Pada dasarnya, penguasaan British ke atas Tanah Melayu harus diperkemas dan diperkukuhkan lagi semata-mata untuk kepentingan ekonomi dan strategi British. Rancangan penubuhan sebuah kesatuan politik Malaya memang telah dirangka sejak tahun 1930-an lagi. Malangnya usaha tersebut gagal. Perkara ini ditimbulkan semula selepas kejatuhan Tanah Melayu ke tangan Jepun. Sebagai satu muslihat, pihak British menukar bentuk pemerintahannya dari sebuah negara naungan kepada negara jajahan. Pendudukan Jepun telah mempercepatkan lagi proses perancangan dasar itu. Apabila British kembali ke Tanah Melayu pada bulan September 1945, mereka merasakan bahawa satu perubahan perlu dilakukan. Oleh itu British Military Administration (BMA) telah memilih untuk melaksanakan polisi-polisi liberalisme dalam menjalankan semula undangundang dan peraturan dalam soal pentadbiran. BMA secara keseluruhannya adalah sebuah pemerintahan tentera bercorak sementara yang diatur bagi melaksanakan rancangan Malayan Union.              Gagasan Malayan Union telah diisytiharkan di Tanah Melayu pada 1 April 1946 dan ditentang kerana pemberian kerakyatan yang longgar walau bagaimanapun terdapat faktor lain yang turut menyebabkan penentangan berlaku..         
FAKTA 1 (pengetahuan)
PEMBERIAN TARAF KERAKYATAN
TAAKULAN
Ciri seterusnya dalam perlembagaan Malayan Union berkaitan dengan kerakyatan. Dari segi kerakyatan satu undang-undang yang longgar berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan dengan  memberi hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Hak hak ini termasuk peluang memasuki perkhidmatan awam Tanah Melayu dan satu undi seorang dalam pilihanraya. Terdapat dua ciri utama dalam pemberian kerakyatan berasaskan prinsip jus soli iaitu, melalui kuatkuasa undang  -undang dan secara permohonan dan kemasukan.         Mengikut cara kuatkuasa undang-undang Malayan Union memberi kerakyatan kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan di Malayan Union atau Singapura serta bermastautin sebelum perintah itu dikuatkuasakan. Pemberian taraf kerakyatan di bawah prinsip jus soli telah memupuk sentimen bencikan kaum bukan Melayu dan keadaan ini telah menimbulkan ketegangan kaum di beberapa tempat di Tanah Melayu.          Dengan syarat-syarat yang longgar dalam hal mendapatkan kerakyatan tanpa sebarang syarat lain membolehkan kaum bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Contohnya kedudukan istimewa orang Melayu dalam pentadbiran awam terancam dan ini merendahkan lagi taraf kedudukan mereka berbanding orang bukan Melayu yang sudah maju dari segi ekonomi. Syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar dan penghapusan hak-hak istimewa orang Melayu disifatkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu sebagai membahayakan kedudukan politik, ekonomi dan masa depan orang Melayu. Jika Malayan Union diteruskan bermakna orang Cina dan India yang ketika itu ketaatan mereka diragui akan mengancam kedudukan ekonomi dan politik kaum Melayu sebagai kaum bumiputera Tanah Melayu. 

Dari segi kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang, Malayan Union memberi kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura dan telah bermastautin sebelum perintah tersebut dikuatkuasakan. Selain itu, sesiapa sahaja yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas dan telah bermastautin dalam Malayan Union atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum  15 Februari 1942, mereka hendaklah mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union dan selepas itu diberi kerakyatan. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun kepada warganegara yang tergolong seperti di atas juga akan diberi kerakyatan. Di samping itu, sesiapa sahaja yang dilahirkan dalam Malayan Union atau Singapura pada atau selepas perintah tersebut dikuatkuasakan dan sesiapa sahaja yang dilahirkan di luar Malayan Union atau Singapura atau selepas perintah tersebut dikuatkuasakan dan bapanya adalah warga Malayan Union juga akan diberi kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang.             

 Dalam kerakyatan secara permohonan dan kemasukan pula, Malayan Union memberi kerakyatan kepada sesiapa yang telah bermastautin dalam Malayan Union atau Singapura selama lima tahun daripada lapan tahun terdahulu daripada permohonan dibuat tetapi mereka ini mestilah mempunyai tingkah laku yang baik, berpengetahuan dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu yang mencukupi dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union atau Singapura dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau Singapura. Kewarnegaraan Malayan Union memberi hak yang sama rata kepada semua kaum tanpa mengira bangsa atau keturunan. Ia juga membenarkan pengekalan dua kerakyatan.             Syarat-syarat yang begitu longgar ini boleh menjadikan bilangan orang asing akan melebihi bilangan orang Melayu sendiri di Tanah Melayu. Menurut bancian pada tahun 1947, orang Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2.42 juta orang atau 49.5% daripada jumlah penduduk, sementara orang Cina berjumlah 1.88 juta atau 38%. Sekiranya diadakan perwakilan secara demokratik dalam Majlis Perundangan bilangan wakil asing akan melebihi bilangan wakil Melayu. Keadaan ini tentu akan menjejaskan kedudukan politik orang Melayu. Ini ditambah pula kesetiaan orang asing terhadap Tanah Melayu yang belum boleh dipastikan dengan jelas  kerana mereka dibenarkan memegang dua kerakyatan.  Dengan kerakyatan secara jus soli orang Melayu telah kehilangan hakhak istimewa. Orang Melayu menganggap bahawa sebagai penduduk asal Tanah Melayu, mereka patut diberikan kelebihan dalam beberapa kes tertentu. Mereka mendakwa orang bukan Melayu tidak akan menjadi rakyat yang setia sebab hasil pendapatan yang diperintah dari Tanah Melayu dihantar balik ke negara asal dan mereka hanya mengikuti isu-isu politik negara asal mereka sahaja tanpa mengambil berat tentang perkembangan dan kebajikan Tanah Melayu umumnya.  Hasrat utama British untuk menyamaratakan rakyat Tanah Melayu supaya rakyat yang bergelar ‘Malayan’ memang sudah dirancang. Mereka yakin dapat mentadbir Tanah Melayu dengan baik di bawah satu sistem pusat iaitu kuasa tertinggi berada di tangan mereka dan raja-raja diberi kuasa yang serendahrendahnya. Oleh sebab itulah orang-orang Melayu menentang rancangan Malayan Union.   

FAKTA 2 
KEDAULATAN DAN KUASA SULTAN TERANCAM


TAAKULAN
         Satu ciri terpenting dalam perlembagaan Malayan Union ialah perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri bernaung kepada tanah jajahan British. Perubahan status ini menjadikan kerajaan British berkuasa penuh ke atas seluruh pentabiran Tanah Melayu. Selain itu menurut perlembagaan Malayan Union, Tanah Melayu mempunyai sebuah Majlis Mesyuarat Undangan di peringkat pusat. Majlis ini dianggotai oleh Gabenor, ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi yang dilantik oleh Gabenor. Majlis ini diberi kuasa untuk membuat undaang-undang bagi Malayan Union. Gabenor berkuasa melulus dan membatalkan undang-undang dan semua undang-undang yang diluluskan tidak memerlukan tandatangan sultan untuk dikuatkuasakan. Bagi

menjalankan tugas pentadbiran, sebuah Majlis Kerja ditubuhkan.  Dalam aspek kedaulatan, sultan-sultan Melayu telah kehilangan kuasa politik mereka. Kerajaan British mengambil alih kuasa dan sultan hanya menjadi raja kehormat sahaja. Sultan hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan adat istiadat dalam negeri masing-masing dan mengetuai Majlis Penasihat Raja-raja Melayu sebagai penasihat sahaja iaitu memberi nasihat kepada Gabenor jika diminta berbuat demikian. Majlis-majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerajaan tempatan. Majlis-majlis ini berada di bawah kawalan kerajaan pusat untuk mengendalikan hal ehwal kerajaan tempatan dan semua ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai British. Setiap negeri dalam Malayan Union mempunyai seorang Pesuruhjaya Negeri yang menjadi ketua pentadbir di peringkat negeri. Jika diteliti kandungan syarat-syarat rancangan Malayan Union di atas menyebabkan orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana kedaulatan dan kuasa memerintah negeri oleh sultan terancam oleh pembentukan Malayan Union. Sultan bagi negeri-negeri merupakan pemerintah pada nama sahaja dan yang dikekalkan hanya kuasa ke atas hal ehwal agama dan adat resam sahaja. Penukaran status sultan itu membimbangkan orang Melayu tentang masa depan mereka terutama dalam menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu yang menguasai ekonomi. Tambahan pula Gabenor Malayan Union menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam dan ini menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam. Sultan telah dilucutkan kuasa politik dan hak istimewa dan mereka tidak lagi dapat menyelamatkan institusi kebudayaan. Kehilangan kuasa sultan menyebabkan status Tanah Melayu ditukar menjadi tanah jajahan Inggeris telah membangkitkan penentangan di kalangan orang Melayu dan mengatur penentangan ke atasnya. Di Johor Bahru contohnya Persatuan Melayu Johor yang diketuai oleh Dato’ Abdul Rahman Bin Mohd Yassin mengadakan satu perjumpaan di balai jamuan, Masjid Abu Bakar pada 1 Februari 1946. Perjumpaan oleh hampir 1 000 orang itu membantah langkah Sultan Johor menandatangani Rancangan Malayan Union, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada para pembesar negeri. Ianya bertentangan dengan Fasal 15, UndangUndang Tubuh Negeri Johor yang melarang sultan menyerahkan negeri Johor atau mengadakan sebarang perjanjian dengan mana-mana kerajaan yang lain. Persatuan juga bertindak mengirim kawat ke London untuk melahirkan bantahan mereka kepada Pejabat Setiausaha Negara bagi tanah jajahan. 


FAKTA 3 Cara Harold Mac Michael Mendapatkan Tanda tangan Sultan


Taakulan
          Berikutan pengumuman Malayan Union di Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945. Pada 11 Oktober 1945, Sir Harold MacMichael tiba di Tanah Melayu sebagai wakil khas kerajaan British untuk menemui Raja-Raja Melayu bagi mendapatkan persetujuan baginda tentang Malayan Union, seterusnya menyerahkan kuasa politik mereka kepada kerajaan British. Harold MacMichael dalam laporannya menyatakan tujuan kedatangan beliau dan rombongannya adalah untuk mendapatkan persetujuan rasmi Raja-Raja Melayu ke atas satu perjanjian yang memberi Tanah Melayu ‘taraf kemerdekaan dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel’.  Beliau perlu mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu bagi membentuk ‘satu sistem perlembagaan baru’ yang akan menyerahkan kuasa memerintah kepada Kerajaan British. Rombongan MacMichael turut disertai oleh Alexender T. Newboult, seorang pegawai kanan hal ehwal awam BMA di Tanah Melayu yang ditugaskan sebagai jurubahasanya.   MacMichael memulakan tugas untuk mendapatkan persetujuan RajaRaja Melayu dengan memperoleh tandatangan Sultan Johor (Sultan Ibrahim) terlebih dahulu kerana mengetahui bahawa Sultan Johor merupakan sultan yang paling kanan. Jika baginda bersetuju, raja-raja lain tentu mengikutinya. Beliau mendapatkan tandatangan sultan secara paksaan iaitu mengugut akan
Ajk penggubalan item sejarah 940/3 2018 jpn pahang

melucutkan jawatan sultan atas alasan baginda sultan telah bersubahat dengan pihak Jepun menentang Inggeris semasa Perang Dunia Kedua. Contohnya Sultan Kedah telah diberi kata dua bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya baginda enggan menandatangani Malayan Union dalam tempoh terrtentu. Beliau dikatakan menggunakan ugutan politik.           MacMicheal juga tidak memberikan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri ataupun pembesar-pembesar. Ini merupakan satu pelanggaran perlembagaan negeri yang dinyatakan dengan jelas bahawa sultan diwajibkan berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan para pembesar sebelum baginda memperkenankan satu perkara yang berkaitan dengan hal ehwal negeri. Contohnya Sultan Ibrahim di negeri Johor dipaksa menandatangani perjanjian tanpa berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan para pembesar walaupun langkah itu merupakan syarat utama perlembagaan negeri Johor. Rakyat juga berasa marah dengan penubuhannya kerana raja-raja tidak diajak berunding dalam perbincangan syarat-syarat Malayan Union dan cara MacMicheal dianggap kurang ajar.           Selain itu MacMicheal dikatakan tidak mempunyai pengalaman di Tanah Melayu disamping tidak mengetahui adat resam, bahasa Melayu dan tingkah laku yang agak kasar.        Apabila perlembagaan ini dibentangkan, sultan-sultan diberi masa sehari sahaja untuk membaca teks dan terus menandatanganinya tanpa diberi peluang untuk berbincang dan mengkaji perlembagaan ini dengan Majlis Mesyuarat Negeri ataupun pembesar-pembesar Melayu. Teks peerlembagaan pula ditulis dalam bahasa Inggeris dan ada raja-raja yang tidak memahaminya. Penterjemahan yang disediakan terdiri daripada orang Inggeris sendiri.                 Dalam hal ini, UMNO mengatakan bahawa persetujuan yang diberikan oleh sultan-sultan adalah tidak sah sebab ia dilakukan tanpa mengikut perlembagaan negeri-negeri Melayu. Mengikut adat perlembagaan di negeri-negeri Melayu, raja-raja Melayu hendaklah terlebih dahulu berunding dengan ketua-ketua atau pembesar-pembesar Melayu yang lain sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan orang asing. Ketetapan ini termaktub dalam Perlembagaan Johor Fasal 15 yang menyebut Raja itu tiada sekali-kali boleh menyerahkan atau berbuat sebarang perjanjian atau ikhtibar hendak menyerahkan akan negeri kepada sebarang kerajaan atau kuasa bangsa Eropah atau sebarang kerajaan atau bangsa ...Peruntukan ini dengan jelas membatalkan persetujuan yang diberi oleh Sultan Johor kepada perjanjian Malayan Union.            Ditinjau dari sudut ini maka dengan sendirinya perjanjian Malayan Union ini tidak sah. Sultan Ibrahim dari Kelantan telah mendedahkan rahsia yang sebenar dengan proses menandatangani surat perjanjian. Warta Negara mengulas, ‘penandatangani perjanjian pada 15 Disember 1945 oleh Sultan Ibrahim adalah tidak diberi peluang memerhati isi kandungan Kertas Putih kepada baginda dan penasihatnya. ‘Sultan Ibrahim juga pernah menyatakan “bahawa kandungan Kertas Putih itu tidaklah kandungan perjanjian yang kami ditandatangani...perjanjian yang kami tandatangani itu ialah satu perjanjian merupakan triti tahun 1910, memberi sahaja kuasa-kuasa kepada Kerajaan King boleh membuat undang-undang supaya boleh berjalan kuatkuasa demikian ini...apa yang dibentangkan ialah bagaimana seharusnya pentabiran negeri sebagai persediaan untuk berkerajaan sendiri.  Pada 1 April 1946, satu perhimpunan diadakan di hadapan Station Hotel Kuala Lumpur, iaitu tempat Raja-Raja Melayu bersemayam semasa menghadiri upacara pengisytiharan Malayan Union. Orang Melayu diminta berkumpul beramai-ramai di luar hotel untuk membuktikan kesetiaan rakyat kepada raja. Akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju untuk tidak menghadiri upacara pengistiharan Malayan Union. Raja-Raja kemudiannya keluar seorang demi seorang di anjung hotel dan turun menemui rakyat sebagai menghargai sokongan rakyat jelata Melayu kepada baginda. 

FAKTA 4 SOKONGAN BEKAS PEGAWAI BRITISH

Taakulan 
Penentangan orang Melayu ini mendapat galakan yang besar juga daripada pegawai-pegawai Inggeris yang telah bersara seperti Frank Swettenham, Goerge Maxwell. Arnold Robinson, Sir Ronald Broddell, Sir Cecil Clementi Smith dan R.O Winstedt. Mereka telah bersimpati dengan nasib bangsa Melayu. Ternyata Malayan Union mendapat bangkangan daripada tokoh-tokoh politik dan pegawai-pegawai British, terutama mereka yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Mereka telah menulis di dalam akhbar The Times terbitan bertarikh 10 April 1946, yang antara lain melahirkan kebimbangan tentang bagaimana Raja-Raja Melayu telah dipaksa menandatangani surat perjanjian yang mereka sebenarnya tidak begitu faham, iaitu ‘memindahkan’ kuasa penuh pentadbiran kepada baginda King.           

Selain itu bekas pegawai tadbir British di Tanah Melayu juga turut mengecam keras keseluruhan rancangan Malayan Union yang dipaksa ke atas Tanah Melayu. Mereka menganggap tindakan kerajaan British menghantar Harold MacMichael dianggap jahil tentang Tanah Melayu dan budaya Melayu sebagai langkah yang mundur dan salah. Kesilapan ini terus dikecam berkalikali menerusi akhbar, makalah dan surat kiriman yang dihantar kepada kerajaan British. Mereka menyalahkan kerajaan British memilih MacMichael yang begitu kasar tingkah laku semasa bertemu Raja-Raja Melayu untuk mendapatkan persetujuan baginda.         Bantahan dan kecaman ini memperlihatkan bahawa Malayan Union bukan sahaja mengecewakan orang Melayu, tetapi turut dirasai oleh mereka yang berada di luar Tanah Melayu. Oleh itu Malayan Union perlu dikaji semula supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Akhbar The Times telah mengemukakan beberapa cadangan antaranya: a) Orang Cina dan India mestilah  bersedia melucutkan kerakyatan negara asal masing-masing sebelum diterima menjadi rakyat Tanah Melayu b) Raja-Raja Melayu mempunyai suara dalam Majlis Undangan yang  baru c) Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak perlu dimansuhkan dan kuasa- kuasa tertentu hendaklah diberi seperti membahagikan tanah dan menyimpan hasil d) Gabenor diberi kuasa untuk memelihara hak-hak orang Melayu,  agama Islam dan ekonomi serta perlantikan orang Melayu untuk beberapa jawatan tertentu. Walaupun kebanyakan reaksi bantahan yang dari luar Tanah Melayu tidak semua seiring dengan hasrat orang Melayu tetapi jelas pandangan itu juga mencerminkan bahawa Malayan Union merupakan satu dasar yang tidak sihat dan perlu dikaji semula.

FAKTA 4 BANTAHAN KAUM BUKAN MELAYU

Taakulan            Rancangan Malayan Union juga telah menyarankan pembentukan satu persatuan daripada Sembilan buah negeri-negeri Melayu Semenanjung dengan Pulau Pinang dan Melaka. Singapura dengan bilangan penduduk Cinanya yang ramai, telah tidak termasuk dalam persatuan ini kerana takut merendahkan nisbah penduduk-penduduk Melayu. British juga mahu mengekalkan Singapura sebagai Tanah Jajahan British supaya ianya boleh dijadikan sebagai pusat tentera British apabila Malaya mendapat kemerdekaan kelak. Pengecualian ini telah menimbulkan tentangan yang hebat dari golongangolongan bukan Melayu. Selain dari itu, pada keseluruhannya orang-orang bukan Melayu tidak begitu mengambil berat mengenai perubahan-perubahan per lembagaan ini yang menguntungkan mereka.  Terdapat beberapa golongan orang Cina yang mengemukakan tentangan terhadap Malayan Union melalui akhbar-akhbar Cina dan Kesatuan Demokratik Malaya. Pertubuhan ini menuntut kemerdekaan sendiri. Pada 12 Oktober 1942 akhbar Sin Min Chu telah mengkritik dasar British mengasingkan Singapura daripada Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan sepenuhnya dengan bersatu dengan Singapura. Selain itu mereka juga menuntut sebuah kerajaan yang dipilih bagi seluruh Tanah Melayu dan hakhak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua kaum. Masyarakat Cina yang menjadi ahli parti Kuomintang di Tanah Melayu lebih menumpukan
Ajk penggubalan item sejarah 940/3 2018 jpn pahang

perhatian dalam perkembangan politik di China. Mereka menganggap penerimaan Malayan Union akan membatalkan kebangsaan Cina secara automatik. Sebilangan besar orang Cina tidak merasa Tanah Melayu sebagai tanahair mereka. Matlamat mereka hanya untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai tempat mencari kekayaan untuk dibawa pulang ke negara asal mereka. Dalam pada itu terdapat golongan Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya dan MPAJA. Perjuangan PKM semata-mata untuk membentuk sebuah negara komunis di Tanah Melayu. 

KESIMPULAN

              Orang Melayu telah bangkit menentang dengan berbagai cara iaitu seperti ahli Majlis Mesyuarat Negeri telah memulaukan majlis perlantikan Gabenor. Sultan-sultan pula tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor sementara orang Melayu pula berkabung selama 7 hari dengan melilit kain putih pada songkok mereka. Kemarahan orang-orang Melayu dan penentangan yang menyeluruh oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu telah menyebabkan Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan satu perlembagaan baru yang sejajar dengan tuntutan dan kehendak UMNO iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dengan perjanjian Persekutuan 1948 ini, kedudukan Raja-raja Melayu menjadi bertambah baik. Raja-raja Melayu telah diberi semula hak utama dan kuasa untuk menjadi raja-raja berdaulat di negeri masing-masing. Mereka juga diberi kuasa penuh dalam adat istiadat orang Melayu dan agama Islam seperti kedudukan sebelum tahun 1941. Disamping itu Perjanjian Persekutuan menyatakan bahawa matlamat akhir kerajaan British adalah untuk memupuk kemajuan ke arah pemerintahan sendiri pada masa hadapan.           





3. Jelaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia selepas merdeka.
A. Pengenalan 
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, kerajaan British telah memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union pada 1 April 1946. Butir-butir perlembagaan Malayan Union mendapat tentangan daripada orang Melayu lalu digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan ini menjadi teras sistem demokrasi berparlimen berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
B. Isi-Isi:
Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen
1. Ketua Peringkat Pusat  a) Sistem kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan yang banyak persamaan dengan perlembagaan di Britain dan India. Mengikut perlembagaan Malaysia, ketua negara ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda ialah seorang raja berperlembagaan. b) Dalam menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan, Yang diPertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. c) Mengikut undang-undang parlimen Malaysia yang terdiri daripada Yang diPertuan Agong, Dewan Negara (wakil dari perkhidmatan awam), Dewan Rakyat (wakil yang dipilih) dan badan kehakiman. d) Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua per tiga ahli Dewan Rakyat. e) Satu perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada di negara-negara lain ialah Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan 9 orang Sultan Melayu. f) Sebagai ketua negara, baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahankesalahan lain dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. g) Baginda juga memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. h) Baginda juga boleh mengisytiharkan undang-undang tentera dan darurat.

2. Dewan Negara  a) Adalah majlis tertinggi Parlimen. Tugas utamanya ialah membahas rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat. b) Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik. 26 orang ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri, dan 43 orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. c) Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan tertakluk sama ada dia akan dilantik dan dipilih semula.

3. Dewan Rakyat  a) Dewan Rakyat terdiri daripada 222 wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya. b) Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang.

4. Badan Eksekutif   a) Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada. b) Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan. c) Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri d) Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dengan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri  lain sebagai ahli. e) Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan, beberapa buah kementerian, jabatan, dan badan berkanun diwujudkan. f) Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai Kementerian, dan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.

5. Pentadbiran Kerajaan Negeri   a) Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Sultan/Raja atau Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri. b) Kuasa tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) c) Badan ini diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Sultan/Raja/Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri d) Majlis ini bersama-sama bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri e) Di Sarawak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dipanggil Majlis Tertinggi manakala di Sabah dipanggil Jemaah Negeri.

6. Pentadbiran Kerajaan Tempatan  a) Kerajaan Tempatan terdiri daripada Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah b) Majlis Perbandaran diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan ditadbir oleh sebuah majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. c) Di Sabah, pentadbirannya dibahagikan kepada daerah dan kampung. Setiap daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah yang dibantu oleh Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. d) Di Sarawak, pentadbirannya dibahagikan kepada bahagian, daerah, daerah kecil, dan kampung. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibantu oleh Temenggung. Di daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah dan
Ajk penggubalan item sejarah 940/3 2018 jpn pahang

Pegawai-pegawai Perkhidmatan Tadbir Sarawak. Manakala kampung ditadbir oleh Penghulu.

C. Kesimpulan.   Sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 telah distruktur dengan jelas di peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan ini pentadbiran Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dapat berjalan dengan sistematik dan lancar.







BAHAGIAN B
4. JELASKAN SISTEM SOSIAL MASYARAKAT DI INDONESIA  SEBELUM CAMPUR TANGAN BARAT          [20]

Pengenalan
         Masyarakat tradisional di Indonesia juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri dari raja, anak-anak raja, bangsawan, pembesar, pemimpin agama. Sementara golongan diperintah ialah rakyat biasa yang terdiri majoritinya adalah petani.       - (BOLEH JELASKAN TENTANG TARAF TERSEDIA DAN TARAF CAPAIAN)   
FAKTA  (pengetahuan) GOLONGAN PEMERINTAH Sultan

TAAKULAN
        Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosial masyarakat Indonesia. Contohnya di Acheh dan Pulau Jawa. Sultan Acheh merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung masyarakatnya. Sultan juga berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah jajahan takluknya. Baginda juga dianggap istimewa mempunyai sifat luar biasa dan berdaulat. Sultan dianggap sebagai Khalifah Allah dan pemimpin bagi umat Islam. - BOLEH DIPERINCIKAN DENGAN KONSEP RAJA-RAJA MELAYU

FAKTA Kerabat Diraja       Kerabat diraja terdiri dari anak-anak, adik beradik, cucu sultan yang memerintah. Mereka membantu raja/sultan dalam pentadbiran sama ada di peringkat pusat atau wilayah. Selain itu terdapat juga golongan kerabat yang melaksanakan upacara keagamaan dan adat resam di wilayah atau kerajaan mereka. Mereka juga menguasai tanah, kegiatan maritim.      Terdapat juga kerabat diraja yang memerintah negeri terdiri dari kumpulan iaitu Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di Jawa golongan kerabat diraja ini mempunyai taraf sosial yang tersendiri, mengumpul harta dan kekayaan dan juga berpendidikan apabila anak-anak mereka dihantar ke sekolah. Diponegoro merupakan kerabat diraja Jawa yang sangat berpengaruh dari segi politik, ekonomi dan sosial.

FAKTA  Pembesar/Uleebalang
Taakulan
       Lapisan seterusnya diikuti oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada kerabat diraja dan bukan kerabat diraja. Di Pulau Jawa golongan priyayi atau bangsawan menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat. Hubungan antara keduanya sangat rapat. Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama dalam masyarakat Jawa. Priyayi kebiasaannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja. Golongan ini juga berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua tempatan(bupati). Semantara di Acheh pula kerabat diraja merupakan keturunan  yang bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.         

 Pembesar atau Uleebalang juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di Indonesia terutamanya di Acheh. Mereka menggunakan gelaran Teuku dan merupakan tulang belakang pemerintahan dan pertahanan.        Pembesar/Uleebalang di wilayah-wilayah bertanggungjawab kepada pihak istana dan tugas utama adalah mengutip cukai, memberi konsesi dan monopoli serta mendapatkan tenaga kerah dari daerah untuk dijadikan sebagai buruh dan tentera jika berlaku peperangan.       Pembesar daerah mepunyai kuasa autonomi di jajahan sendiri. Mereka akan menyokong raja/sultan sebagai lambang negara dan sumber pengesahan jawatannya. Di Jawa dan Madura contohnya pegawai kanan wilayah dan pebesar tempatan menjadi pengerusi di istana. Jawatan-jawatan ini adalah warisan dan mendapat pengiktirafan atau disahkan oleh pihakistana. Kekuasaan pembesar adalah berasaskan bilangan pengikut yang ramai dan juga punca pendapatan.

FAKTA  Ulama
Taakulan          Di Acheh ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Mempunyai kedudukan tertinggi dan dihormati kerana ketinggian ilmu agamanya serta sering menjadi rujukan masyarakat. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat. 

FAKTA  GOLONGAN DIPERINTAH
FAKTA RAKYAT BIASA
Taakulan         Rakyat pula terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan perikanan contohnya menjadi petani, nelayan, pelaut dan pedagang. Golongan rakyat khususnya petani tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan.          Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi. Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi askar dalam peperangan apabila raja/tuan tanah terlibat dalam peperangan.   

 FAKTA HAMBA           Golongan ini merupakan lapisan yang terendah dalam susun lapis masyarakat. Golongan ini terbahagi kepada hamba abdi dan hamba berhutang yang dimiliki oleh pembesar. Hamba berhutang ini terdiri dari golongan rakyat yang terikat dengan hutang dan akan bebas jika membayar hutang. KESIMPULAN
          Masyarakat Indonesia seperti juga di kawasan Asia Tenggara yang lain mengalami perubahan setelah campurtangan Belanda. Contohnya bupati yang pada asalnya merupakan tuan-tuan tanah dan pembesar wilayah terus dikekalkan kedudukan mereka namun peranan mereka telah berubah. Daendels pada tahun 1803 telah bertindak melantik kalangan priyayi dan pembesar-pembesar tempatan sebagai kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dan pendapatan mereka dikawal supaya tidak berlaku seperti sistem feudal. Sultan juga kehilangan kuasa memerintah.

 5. Faktor ekonomi menjadi faktor utama campur tangan British di Myanmar pada abad ke-19. Bincangkan pernyataan di atas.       [20]
Pengenalan
          Mulai abad ke-18 minat British di Burma telah meningkat akibat persaingan British dan Perancis di India. Pihak British ingin memperluaskan perdagangan di Burma. Sumber asli Burma yang paling diminati oleh British ialah kayu jati.           
 Pada abad ke-19, Burma telah dikalahkan oleh British dalam tiga peperangan iaitu perang British Burma pertama (1824-26) , Perang British Burma kedua (1852-53) dan perang British Burma ketiga (1885) . Melalui perang British Burma yang pertama, British menakluki wilayah-wilayah Arakan dan Tenasserim manakala Pegu iaitu Burma Hilir ditakluki melalui perang British Burma kedua. British menakluki Burma Hulu melalui perang British Burma ketiga. Ini bererti seluruh Burma telah jatuh ketangan British pada tahun 1885. Burma Hulu telah ditakluki oleh  British secara rasmi pada 1 Januari 1886.            Burma telah dijadikan sebuah wilayah India. Penaklukan Burma oleh British menamatkan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Pemerintahan British seterusnya mengakibatkan perubahan sosial, ekonomi dan politik.         
FAKTA 1 (pengetahuan)
FAKTOR EKONOMI
TAAKULAN
       Faktor ekonomi menjadi faktor penting campur tangan British di Burma. Antara kegiatan atau sumber ekonomi yang menjadi perhatian British ialah perdagangan, penanaman padi dan sumber bahan mentah.         Potensi perdagangan Burma Hulu telah menarik minat golongan pedagang British. Mereka juga bercita-cita menjalankan perniagaan dengan bahagian barat negara China melalui Burma Hulu. British ingin memperluas perdagangan mereka di Burma, tetapi mengalami kesulitan kerana menghadapi pegawai-pegawai Burma yang korup. Hal ini kerana pada peringkat awal pegawai-pegawai kerajaan Burma telah memberi layanan yang buruk terhadap pedagang-pedagang British termasuklah penetapan harga yang tinggi untuk memperolehi barang dagangan Burma. Kerajaan Burma juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang dagangan asing. Sebenarnya kesemua sebab yang dikemukakan di atas hanyalah satu helah politik British bagi mendapatkan hak monopoli ke atas hal ehwal perdagangan di Burma kerana Raja Burma hanya mempunyai monopoli ke atas minyak, batu permata dan kayu jati. Tetapi dari segi amalan, monopoli Raja Burma telah diperluas ke atas kapas, gandum, gula, gading dan cutch. Akibat tekanan daripada golongan pedagang British di Rangoon dan Britain merupakan satu faktor penting bagi peletusan Perang British-Burma. Tambahan pula British bimbang Perancis akan memperluaskan pengaruhnya terutama di Burma Hulu.            Burma terkenal dengan aktiviti pertanian terutama sekali beras. Eksport beras menjadi punca ekonomi Burma yang banyak memberi keuntungan kepada British. Beras terbaik dihasilkan di pinggir Sungai Kaladan dan Lemyo dengan Akyab menjadi pusat komersialnya khususnya pada tahun 1852. British ingin mendapatkan tanah untuk pertanian dan melabur modal untuk perkembangan sawah padi dan pengeluaran beras       Myanmar juga kaya dengan pelbagai sumber galian seperti pertroleum (minyak), bijih besi dan bijih timah. British ingin melabur modal dan menguasai hasil bahan mentah tersebut.  Kayu jati juga merupakan hasil hutan yang sangat berharga terutama untuk industri papan dan membuat kapal. 

FAKTA 2 FAKTOR LAIN : POLITIK  1. MASALAH DALAM SISTEM PENTADBIRAN BURMA         Masalah dalam pentadbiran Burma bermula apabila Burma menakluki

Taakulan
Arakan. Penaklukan Arakan dilakukan oleh Raja Bodawpaya pada tahun 1784. Penaklukan ke atasnya itu merupakan peristiwa yang paling penting sekali dalam zaman pemerintahan Bodawpaya; kerana sempadan Burma telah meluas sehingga ke kawasan India . Penaklukan tersebut menyebabkan Burma mempunyai sempadan yang sama dengan British di wilayah Chittagong.  Ketegangan dan masalah di sempedan telah mencetuskan terutama berkaitan masalah orang pelarian Arakan dan pemberontakan Chin Byan telah mencetuskan perang antara keduanya              Kekacauan politik juga berlaku semasa pemerintahan Raja Thibaw. Semasa pemerintahan Raja Thibaw (1878-85), Burma Hulu mengalami kekacauan politik yang serius. Raja Thibaw telah membunuh kira-kira 80 ahli keluarga diraja dalam Februari 1879 kerana khuatir satu pemberontakan akan meletus.           Pembunuhan secara beramai-ramai juga telah berlaku di Mandalay pada tahun 1884. Dalam pada itu, Burma juga berada dalam keadaan kacau bilau. Orang Kachin telah memberontak dan gerila-gerila Cina telah membakar bandar Bhamo dan kebanyakan dari puak Sawbwa Syan yang tertakluk menderhaka kepada Ava .           Kekacauan politik ini telah menambahkan desakan-desakan daripada golongan pedagang Inggeris di Rangoon bagi penaklukan Burma Hulu oleh Britain. Ini adalah kerana keadaan kacau bilau di Burma Hulu telah mengganggu perdagangan.

FAKTA 4
2. MASALAH HUBUNGAN DIPLOMATIK
Taakulan           Kemerosotan hubungan diplomatik telah menyebabkan peletusan perang British Burma yang pertama. British telah menghantar beberapa utusan antara tahun 1795 hingga 1811 (seperti Michael Symes pada tahun 1795 dan 1802, John Canning pada tahun 1809 dan 1811). Mereka dihantar untuk menyelesaikan masalah-masalah sempadan Arakan-Chittagong, masalah perdagangan dan perluasan pengaruh Perancis di Burma. Utusan-utusan tersebut telah gagal menyelesai masalah tersebut dengan sempurna. Kegagalan ini disebabkan oleh keangkuhan ketenteraan Burma dan syak wasangka antara kedua pihak.            Masalah ‘kasut’ juga menyebabkan hubungan diplomatik antara keduadua negara putus. Masalah kasut timbul semasa pemerintahan Raja Mindon Min (1853-78). Mengikut adat Burma, orang Barat yang ingin menghadap raja harus menanggalkaan kasut mereka dan duduk bersila di lantai. Pihak British pula menganggap peraturan ini sebagai merendahkan maruah mereka . Pada tahun 1875, kerajaan British di India telah mengarahkan Residen Shaw di Mandalay untuk tidak menanggalkan kasut ketika mengadap raja. Hal ini telah menbangkitkan kemarahan Raja Mindon dan seterusnya tidak ingin menemui Residen British sekiranya amalan tradisional tersebut tidak dipatuhi. Akibatnya, selepas tahun 1875 tidak terdapat sebarang hubungan secara langsung antara raja Burma dan Residen British.           Malahan pada tahun 1879, Residen British di Mandalay telah ditutup. Burma seterusnya ingin mengadakan hubungan secara langsung dengan kerajaan British.            Langkah Burma ini telah ditolak oleh kerajaan British. Pemutusan hubungan diplomatik telah menyebabkan kemerosotan hubungan British Burma. Hal ini telah menjadi salah satu sebab penting peletusan perang British Burma yang ketiga.

FAKTA 4 3. PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN DI BRITAIN Taakulan              Sebenarnya terdapat sesuatu yang unik tentang Britain ini iaitu, hanya terdapat dua parti politik sahaja yang terlibat dalam perjalanan politik di Britain iaitu Parti Liberal dan Parti Konservetif. Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang kedua-dua parti ini iaitu pada 1868, Parti Konservatif di bawah Perdana Menteri Benjamin Disraeli telah dikalahkan dan diganti dengan Parti Liberal di bawah pimpinan William Gladstone yang bersifat antiimperialis.                 Tetapi pada 1874 Parti Liberal telah dikalahkan dan diganti semula dengan Parti Konservatif yang memang menjalankan dasar imperialisme, dan perubahan pimpinan ini berlaku beberapa kali sehingga pada bulan Jun 1885,
Ajk penggubalan item sejarah 940/3 2018 jpn pahang

Parti Konservatif sekali lagi mengambil alih pimpinan daripada Parti Liberal . Parti Konservatif sebenarnya telah mengamalkan dasar yang lebih tegas terhadap Burma. Kemunculan Parti konservatif telah memungkinkan tindakan yang lebih berkesan di Hulu Burma, terutamanya yang melibatkan persaingannya dengan kuasa Perancis .

FAKTA 4 4. PERSAINGAN DENGAN PERANCIS
Taakulan      British bimbang terhadap perkembangan pengaruh Perancis di Indochina akan meluas hingga ke Myanmmar. Oleh itu British bertindak dengan menakluki Myanmmar melalui 3 siri peperangan.  Myanmar juga cuba berbaik-baik dengan Perancis dengan memberi keistimewaan dalam perdagangan, hubungan diplomatik dan juga membenarkan menubuhkan bank di Myanmar. Dasar berbaik-baik ini dijalankan supaya dapat mengimbangi tekanan dari Brirish

FAKTA 5 SOSIAL  1. MENYEBARAN AGAMA KRISTIAN Taakulan         Agama Kristian mula menampakkan pengaruhnya yang besar dalam sejarah di rantau Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur sejajar dengan kedatangan orang Eropah ke rantau tersebut.. Dalam masa yang sama misi mereka bukan sahaja sekadar barangan dari Timur malah mereka juga mempunyai cita-cita untuk menyebarkan agama Kristian disamping memperoleh penghormatan peribadi. Oleh yang demikian tugas penjelajahan mereka lebih terikat memenuhi Tiga G, iaitu Gold atau emas, Glory atau keagungan dan God atau menyebarkan agama kristian.        Manakala kemasukan pentadbiran British di Myanmar telah mengancam kedudukan pengaruh agama Buddha di negara itu. Ancaman itu nampak semakin ketara pada sistem pendidikan agama Buddha yang semakin merosot. Manakala golongan Mubaligh Kristian pula cuba menyebar agama Kristian di kalangan penduduk pedalaman seperti puak Chin dan Karen. 

KESIMPULAN
Penjajahan ke atas sumber ekonomi menjadi faktor penting yang merupakan daya penggerak penjajahan Barat di Asia Tenggara. Persaingan antara kuasa Barat, seperti British dan Perancis dalam kajian ini juga melihat kepada penjajahan ke atas Asia Tenggara. Namun begitu penentangan-penetangan yang dilakukan oleh golongan rakyat dan raja negeri-negeri yang dijajah itu juga melihat akan kesedaran penduduk Asia Tenggara.           Walau bagaimanapun, pada akhir tempoh abad ke-19 juga melihat negara seperti British mula bergiat aktif dalam politik Asia Tenggara. Pemerintahan British yang mengamalkan dasar ekonomi kapitalis telah mengakibatkan perubahan ekonomi, politik dan sosial yang penting di Burma. Antara lain Burma telah mencapai kebudayaan dan sosial. Sebahagian besar daripada kemajuan Burma dinikmati oleh orang asing. Keadaan ini telah mencetuskan semangat kebangsaan kepada rakyat Burma. 
                                                       

6. Nilaikan peranan Macapagal dalam pembentukan negara bangsa di Filipina dari tahun 1961 – 1965.                             [20]
Pengenalan
Presiden Diosdado Macapagal Pangan merupakan Presiden Filipina yang ke-9 (1961-1965). Beliau dilahirkan pada 28 September 1910 di Lubao, Pampanga dan meninggal dunia pada 21 April 1997 akibat kegagalan jantung, paru-panu, dan komplikasi buah pinggang di Makati Medical Center. Beliau dikebumikan di Libingan ng nada Bayani. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Bapa beliau bernama Urbano Macapagal dan ibunya Romana Pangan. Beliau dikenali sebagai ‘budak miskin’ dari Lubao, Pampanga dan menggunakan nama samaran ‘Tidak Rasuah’. Beliau mendapat pendidikan awal di Elementary School Lubao dan memperoleh kelulusan valedictorian pada tahun 1925 serta lulus dengan kelas kedua tinggi di Sekolah Tinggi Pampanga pada tahun 1929. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke University of Santo Thomas dalam jurusan undang--undang dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1936. Setelah itu, beliau mengajar dan memperoleh Ijazah Sarjana Doktor Undang-undang Sivil dan Ph.D. Ekonomi di universiti yang sama. Setelah tamat pengajian, Macapagal menjadi peguam, menjadi ahli Kongres, menjadi ahli Dewan Rakyat pada tahun 1948, beliau berkhidmat sebagai setiausaha kedua di Kedutaan Filipina di Washington, D.C.  Beliau juga merupakan wakil Filipina ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebanyak tiga kali         
FAKTA 1 (pengetahuan)
POLITIK/PENTADBIRAN
TAAKULAN
              Presiden Macapagal telah memainkan peranannya dalam pembentukan MAPHILINDO. Melalui MAPHILINDO, Filipina telah menjalin hubungan yang lebih rapat dengan negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia. MAPH1LINDO ialah pergabungan bukan politik yang dicadangkan dan ia merupakan pencapaian yang penting sebagai pembuka jalan untuk mewujudkan Persatuàn Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). MAPHILINDO telah digambarkan sebagai persatuan serantau yang akan mendekati isu-isu kepentingan bersama dalam semangat persaudaraan. Presiden Macapagal telah memfailkan tuntutan Filipina ke atas Sabah (Borneo Utara) sebagai sebahagian dan wilayah Filipina kerana ia telah diberikan sebagai hadiah kepada sultan Sulu oleh Sultan Brunei. Tuntutan ini telah dikemukakan oleh Macapagal pada 22 Jun 1962.           

  Presiden Macapagal juga telah memujuk Kongres agar rnenghantar tentera ke Vietnam Selatan pada akhir tahun 1965. Walau bagaimanapun, cadangan ini telah disekat oleh pembangkang yang dipimpin oleh Presiden Senat, iaitu Ferdinand Marcos.          Presiden Macapagal juga telah menukar tarikh kemerdekaan Filipina dari 4 Julai kepada 12 Jun. Ini kerana 4 Julai ialah tarikh Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada rakyat Filipina sedangkan 12 Jun ialah tarikh Filipina mengisytiharkan kemerdekaan mereka sendiri daripada penjajah Sepanyol pada tahun 1898. Pada 12 Mei 1962, Presiden Macapagal telah menandatangani proklamasi yang mengisytiharkan 12 Jun setiap tahun sebagai cuti umum khas untuk memperingati pengisytiharan kemerdekaan daripada Sepanyol, iaitu pada 12 Jun 1898. Walaupun pada 12 Jun 1898, Filipina belum lagi bebas sepenuhnya kerana kemudian dijajah pula oleh Amerika Syarikat yang ketika itu berjaya mengalahkan Sepanyol, tetapi bagi rakyat Filipina mereka sudah mendapat kemerdekaan

FAKTA 2 SUMBANGAN EKONOMI

Taakulan
            Beliau telah memperkenalkan pembaharuan dalam undang-undang tanah negara, menghapuskan kawalan pertukaran mata wang asing, mengawal keuntungan yang keluar, dan memperkenalkan kawalan harga serta mengurangkan pengangguran. Tujuannya ialah untuk menyekat rasuah,
Ajk penggubalan item sejarah 940/3 2018 jpn pahang

meningkatkan pengeluaran makanan, dan melaksanakan sosio ekonomi yang berani. Namun, tujuan beliau banyak dihalang oleh Kongras Filipina yang dikuasai oleh parti saingan beliau, iaitu Parti Nasional.             Beliau juga telah memperkenalkan Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan 1963. Melalui kanun ini, beliau telah melakukan pemansuhan penyewaan dan program reformasi tanah sebagai usaha untuk memerangi kemiskinan secara besar--besaran. Beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963, bertujuan untuk menghapuskan perhambaan terhadap penyewa tanah kepada kebebasan dan keselamatan petani di tanah milik mereka. Walau bagaimanapun, beliau gagal dalam melaksanakan reformasi tanah.               Beliau juga telah menghapuskan kawalan pertukaran mata wang dan membenarkan peso Filipina diapungkan di pasaran pertukaran mata wang percuma. Pada 21 Januari 1962, selepas bekerja selama 20 jam berturut-turut akhirnya Presiden Macapagal berjaya menandatangani dekri Bank Negara yang memansuhkan kawalan pertukaran dan mengembalikan negara kepada perusahaan bebas.               

 Presiden Macapagal juga mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA) sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah pengangguran yang juga merupakan salah satu masalah utama semasa pentadbirannya. Kerajaan telah memberi bantuan dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi masalah kemiskinan dan meningkatkan ekonomi negara.             

  Presiden Macapagal juga memperkenalkan program sosio ekonomi yang berlandaskan ‘kembali kepada perusahaan bebas dan swasta’ akan meletakkan pembangunan ekonomi Filipina di tangan usahawan swasta dengan campur tangan kerajaan yang minimum. Oleh itu, Undang-undang Perdagangan Runcit Kebangsaan telah diwujudkan untuk memecahkan monopoli oleh perniagaan asing yang menguasai perdagangan runcit Filipina.         

 Presiden Macapagal turut memperkenalkan program Pembangunan Bersepadu Lima Tahun yang bertujuan untuk pemulihan segera kestabilan ekonomi; membela nasib golongan rakyat biasa; dan mewujudkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan. Dengan itu, beliau telah berjaya mencatat kemajuan ekonomi yang stabil dan pertumbuhan KDNK tahunan purata pada 5.15% bagi tahun 1962-1965.
FAKTA 4 SUMBANGAN SOSIAL
Taakulan            Presiden Macapagal juga telah memulakan penggunaan bahasa Filipina dalam semua urusan rasmi kerajaan, kelayakan diplomatik, diploma, sijil dan dokumen lain yang masih diteruskan sehingga kini. Beliau juga menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam semua acara cara komunikasi dan untuk semua dokumen.

KESIMPULAN
       Pada tahun 1965, Presiden Macapagal telah berjaya dikalahkan oleh Ferdinand Marcos dalam pertandingan pemilihan semula jawatan Presiden. Pada 21 April 1997, Macapagal telah meninggal dunia kerana kegagalan jantung, paru-paru dan komplikasi buah pinggang di Makati Medical Center. Sumbangan beliau menjadikan Filipina sebuah negara maju dan mempunyai identiti tersendiri.

sumber-JPNP PAHANG