SKEMA
BAHAGIAN A
1.
Bincangkan peranan Undang-Undang 99 Perak dalam menjaga keamanan dan
kesejahteraan masyarakat Melayu Perak pada abad ke-19.
[20]
Nota:
untuk menjawab soalan ini calon mesti membincang peranan Undang-Undang 99 Perak
dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat tempatan di Perak dari segi
politik, ekonomi dan sosial.
Undang-undang pula sebenarnya wujud
bersumberkan daripada adat yang diwarisi itu. Setiap negeri boleh dikatakan ada
undang-undang bertulisnya sendiri antaranya Undang-undang 99 Perak.
Undang-undang 99 Perak pula mengandungi 99 perkara. Undang-undang ini tergolong
dalam rumpun adat Temenggung dan dikatakan sebagai undang-undang yang paling
bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Dikanunkan pada tahun 1867 dan
berkuatkuasa sehingga tahun 1900. Dipercayai bahawa
undang-undang ini dibawa dari luar iaitu Syed Hussain al-Faradz dari Hadramaut
pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Undang-Undang 99 Perak
agak berbeza daripada undang-undang biasa kerana disusun dalam bentuk dialog
dan bukannya berasaskan fakta dan fasal. Dialog tersebut dituturkan oleh Raja
Nusyirwan dengan Menteri Buzurgmihr. Undang-undang ini mengandungi pelbagai
aspek yang memperlihatkan hal ehwal agama dan tradisi Melayu tradisional. Namun
begitu, pelaksanaan undang-undang ini lebih memperlihatkan kepada adat tempatan
berbanding hukum Islam.
Undang-Undang ini telah memainkan peranan penting dalam mengawal kehidupan
masyarakat di Perak dari segi politik, ekonomi dan sosial
PENGENALAN
B:
PRINSIP-PRINSIP/CIRI-CIRI UMUM UNDANG-UNDANG 99 PERAK 1. POLITIK /PEMERINTAHAN
Pengetahuan
-
Undang-undang ini menjelaskan mengenai tugas dan tanggung jawab
pemerintah iaitu mengenai perwarisan takhta. Mengikut Fasal 77 menetapkan
jika seseorang raja atau pemerintah di negeri tersebut mangkat,maka takhta
pemerintahan tersebut akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua umurnya' jika
tiada' maka anak raja yang umurnya paling kecil akan mewarisi takhta. raja
tersebut. Berdasarkan undang-undang tersebut, syarat utama bagi anak raja untuk
mewarisi takhta pemerintahan ialah anak raja tersebut mesti anak gahara, iaitu
anak yang dilahirkan oleh raja dan permaisurinya daripada golongan diraja. -
Seterusnya mengenai protokol istana. Di bawah Fasal 24, seseorang itu
perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti
menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balairung seri, menumpukan
perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka
raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara
yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau
pembesar. - Undang-undang ini turut menggariskan
tentang tatacara peperangan dalam Fasal 74. Fasal 74 menyatakan sekiranya
sesebuah negeri ingin berperang dengan negeri lain, strategi untuk menang ialah
meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal fikiran,
mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang berhubung,
mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan,
mendapatkan seorang pemimpin yang mendapat sokongan ramai, dan tidak mengikut
kata-kata orang.
Taakulan
-
Perlembagaan : Fasal 99 Fasal 99 memperuntukkan hubungan
antara raja dengan pembesar serta rakyat dan hubungan antara rakyat dengan
pembesar. Raja mesti memberitahu semua perkara sama ada baik atau buruk kepada
pembesarpembesar baginda. Begitu juga dengan pembesar negeri yang mesti
memaklumkan segala perkara baik dan buruk kepada raja.
2. EKONOMI Pengetahuan - Fasal 33
memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta simati, anak perempuan akan
diberikan rumah, kebun, pinggan mangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau
senjata, sawah padi, atau lombong diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang
dan harta dibahagikan seperti berikut: anak lelaki mendapat bahagian dua kali
lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan dibahagikan sama rata kepada
semua anak secara adil. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh
peratus lebih daripada anak lain. - Ternakan :
Fasal 14 Ternakan Fasal 14 mengatakan jika
binatang itu dicederakan oleh orang lain hukumannya ialah orang yang
mencederakan binatang itu perlu membayar separuh harga binatang tersebut kepada
tuan punya binatang tersebut. Jika seseorang itu memelihara binatang yang haram
dan binatang itu mencederakan orang lain, hukumannya ialah binatang itu akan
dibuang dan tuan binatang tersebut perlu membayar sepaha emas kepada orang yang
dicederakan oleh binatangnya. Jika orang yang dicederakan oleh binatang
tersebut mati, maka binatang tersebut perlu dipulangkan kepada waris simati dan
tuan punya binatang tersebut perlu membayar denda sebanyak setahil sepaha emas.
Jika binatang yang haram mencederakan orang lain dan orang tersebut meninggal
dunia, maka tuan punya binatang tersebut hanya perlu membayar denda sebanyak
sepaha emas sahaja. - Tanaman : Fasal 15
Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman dimusnahkan oleh seseorang dan
tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi, walaupun tuan punya tanaman itu
tidak meminta sebarang pampasan, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu
membayar separuh harga tanaman itu dan denda sebanyak sepaha emas. Tetapi, jika
tanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut masih berguna, orang yang
memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar harga tanaman tersebut dan denda
sebanyak sepaha emas. - Taakulan 3. SOSIAL Pengetahuan
- Hal ehwal agama : Fasal 58
Di bawah Fasal 58 syarat menjadi imam atau khatib ialah mempunyai sifat
mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari, bulan dan tahun,
sanggup bersusah-payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi
orang yang awal masuk ke masjid pada hari ]umaat, dan sanggup membaiki masjid
yang rosak. - Hakim/ Kadi : Fasal 79
Fasal 79 menyatakan syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau
mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w,
mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh
badan yang sihat, tidak cacat, dan memiliki sifat yang mulia. -
Mengganggu isteri orang Hukuman bagi pesalah yang
mengambil isteri orang. Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil
isteri orang lain akan dibuang daripada mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia
hanya dikehendaki membayar denda (emas)' Bagi perempuan pula, hukumannya adalah
dicukur rambutnya tetapi dia akan dilepaskan sekiranya membayar denda. -
ZINA Fasal 50
Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina. Fasal 50 adalah tentang
penzinaan jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan
Taakulan
bernikah
dan membayar, denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka
kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan. (b) Perkahwinan -
Perkahwinan : Fasal 65 Undang-undang 99 Perak
memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri
tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk
menjaga keimanan masing-masing.
4.
HUKUMAN JENAYAH Pengetahun - Membunuh
Fasal 23 : Hukum membunuh - pembunuhan sesama orang Islam. Fasal 23
memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam. Orang Islam yang membunuh orang
Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana keduaduanya akan binasa. Cuma
orang yang membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda
empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
- Hukum membunuh - orang kafir membunuh orang Islam.
Fasal 4 memperuntukkan seorang kafir membunuh seorang Islam. Orang kafir yang
membunuh itu tidak boleh dibunuh balas kerana jika kafir ini dibunuh balas,
tiada peluang bagi kafir tersebut memeluk Islam. Sebaliknya, pewaris si
pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada
keluarga simati.
Taakulan
5.
HAL-HAL LAIN Pengetahun - Hal ehwal di kampung : Fasal 2l Fasal 21 mengatakan
jika penduduk kampung mendakwa penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan,
iaitu kesalahan dari segi perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak boleh
dijatuhkan hukuman dari segi denda. Jika orang itu melakukan kesalahan buat
kali kedua, barulah pesalah itu boleh diambil tindakan yang sesuai. - Orang
dagang : Fasal 51 Fasal 51 menyatakan sekiranya orang dagang masuk
ke dalam kampung dan meminta kebenaran untuk bermalam tetapi tidak dibenarkan
atau dibenarkan bermalam tetapi hanya diberi makanan cukup hingga satu kali
pada satu malam, mereka dianggap bersalah. Taakulan - Undang-undang 99
Perak memperlihatkan format undang- undang yang tersusun dalam bentuk
soalan dan jawapan antara Raja Nasruan Adil dengan menterinya, Khoja Berza Amir
Makim. Terdapat ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa, dan kompromi dalam
Undang-undang 99 Perak. berdasarkan fasal hukuman yang terdapat dalam
Undang-undang 99 Perak, didapati beberapa aspek seperti pembunuhan, penzinaan,
dan perwarisan harta tidak selaras dengan pengaruh hukum Islam. Hal ini
membuktikan Undang-Undang 99 Perak memang memperlihatkan adat tempatan
mendominasi undang-undang tersebut. Undang-undang ini walau bagaimanapun tidak
digunakan lagi setelah Undang-Undang Barat diperkenalkan menerusi Sistem
Residen
C: KESIMPULAN
2.
Sejauh manakah pemberian kerakyatan yang longgar menjadi faktor utama
penentangan masyarakat Melayu terhadap Malayan Union 1946?
[20]
Pengenalan
Kejatuhan Singapura dan Tanah Melayu
ke tangan Jepun dan kegagalan pentadbiran British pada tahun 1941 hingga
1942 telah menghilangkan keyakinan orang Melayu terhadap British. Ini adalah
sesuatu yang mengejutkan dan di luar dugaan kerajaan British sendiri. Walau
bagaimanapun, British memang menjangka bahawa pendudukan Jepun ke atas Tanah
Melayu bersifat sementara sahaja. Mereka yakin dapat menduduki semula Tanah
Melayu. Pada dasarnya, penguasaan British ke atas Tanah Melayu harus diperkemas
dan diperkukuhkan lagi semata-mata untuk kepentingan ekonomi dan strategi
British. Rancangan penubuhan sebuah kesatuan politik Malaya memang telah
dirangka sejak tahun 1930-an lagi. Malangnya usaha tersebut gagal. Perkara ini
ditimbulkan semula selepas kejatuhan Tanah Melayu ke tangan Jepun. Sebagai satu
muslihat, pihak British menukar bentuk pemerintahannya dari sebuah negara
naungan kepada negara jajahan. Pendudukan Jepun telah mempercepatkan lagi
proses perancangan dasar itu. Apabila British kembali ke Tanah Melayu pada
bulan September 1945, mereka merasakan bahawa satu perubahan perlu dilakukan.
Oleh itu British Military Administration (BMA) telah memilih untuk melaksanakan
polisi-polisi liberalisme dalam menjalankan semula undangundang dan peraturan
dalam soal pentadbiran. BMA secara keseluruhannya adalah sebuah pemerintahan
tentera bercorak sementara yang diatur bagi melaksanakan rancangan Malayan
Union. Gagasan Malayan Union
telah diisytiharkan di Tanah Melayu pada 1 April 1946 dan ditentang kerana
pemberian kerakyatan yang longgar walau bagaimanapun terdapat faktor lain yang
turut menyebabkan penentangan berlaku..
FAKTA
1 (pengetahuan)
PEMBERIAN
TARAF KERAKYATAN
TAAKULAN
Ciri
seterusnya dalam perlembagaan Malayan Union berkaitan dengan kerakyatan. Dari
segi kerakyatan satu undang-undang yang longgar berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan
dengan memberi hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira
kaum dan asal keturunan. Hak hak ini termasuk peluang memasuki perkhidmatan
awam Tanah Melayu dan satu undi seorang dalam pilihanraya. Terdapat dua ciri
utama dalam pemberian kerakyatan berasaskan prinsip jus soli iaitu, melalui
kuatkuasa undang -undang dan secara permohonan dan kemasukan.
Mengikut cara kuatkuasa undang-undang Malayan Union
memberi kerakyatan kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan di Malayan Union atau
Singapura serta bermastautin sebelum perintah itu dikuatkuasakan. Pemberian
taraf kerakyatan di bawah prinsip jus soli telah memupuk sentimen bencikan kaum
bukan Melayu dan keadaan ini telah menimbulkan ketegangan kaum di beberapa
tempat di Tanah Melayu. Dengan syarat-syarat
yang longgar dalam hal mendapatkan kerakyatan tanpa sebarang syarat lain
membolehkan kaum bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu.
Contohnya kedudukan istimewa orang Melayu dalam pentadbiran awam terancam dan
ini merendahkan lagi taraf kedudukan mereka berbanding orang bukan Melayu yang
sudah maju dari segi ekonomi. Syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar dan
penghapusan hak-hak istimewa orang Melayu disifatkan oleh pemimpin-pemimpin
Melayu sebagai membahayakan kedudukan politik, ekonomi dan masa depan orang
Melayu. Jika Malayan Union diteruskan bermakna orang Cina dan India yang ketika
itu ketaatan mereka diragui akan mengancam kedudukan ekonomi dan politik kaum
Melayu sebagai kaum bumiputera Tanah Melayu.
Dari segi kerakyatan secara kuatkuasa
undang-undang, Malayan Union memberi kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja yang
dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura dan telah bermastautin
sebelum perintah tersebut dikuatkuasakan. Selain itu, sesiapa sahaja yang
berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas dan telah bermastautin dalam
Malayan Union atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15
Februari 1942, mereka hendaklah mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan
Union dan selepas itu diberi kerakyatan. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun
kepada warganegara yang tergolong seperti di atas juga akan diberi kerakyatan.
Di samping itu, sesiapa sahaja yang dilahirkan dalam Malayan Union atau
Singapura pada atau selepas perintah tersebut dikuatkuasakan dan sesiapa sahaja
yang dilahirkan di luar Malayan Union atau Singapura atau selepas perintah
tersebut dikuatkuasakan dan bapanya adalah warga Malayan Union juga akan diberi
kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang.
Dalam kerakyatan secara permohonan dan
kemasukan pula, Malayan Union memberi kerakyatan kepada sesiapa yang telah
bermastautin dalam Malayan Union atau Singapura selama lima tahun daripada
lapan tahun terdahulu daripada permohonan dibuat tetapi mereka ini mestilah
mempunyai tingkah laku yang baik, berpengetahuan dalam Bahasa Inggeris atau
bahasa Melayu yang mencukupi dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan
Union atau Singapura dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union
atau Singapura. Kewarnegaraan Malayan Union memberi hak yang sama rata kepada
semua kaum tanpa mengira bangsa atau keturunan. Ia juga membenarkan pengekalan
dua kerakyatan. Syarat-syarat
yang begitu longgar ini boleh menjadikan bilangan orang asing akan melebihi
bilangan orang Melayu sendiri di Tanah Melayu. Menurut bancian pada tahun 1947,
orang Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2.42 juta orang atau 49.5% daripada
jumlah penduduk, sementara orang Cina berjumlah 1.88 juta atau 38%. Sekiranya
diadakan perwakilan secara demokratik dalam Majlis Perundangan bilangan wakil
asing akan melebihi bilangan wakil Melayu. Keadaan ini tentu akan menjejaskan
kedudukan politik orang Melayu. Ini ditambah pula kesetiaan orang asing terhadap
Tanah Melayu yang belum boleh dipastikan dengan jelas kerana mereka
dibenarkan memegang dua kerakyatan. Dengan kerakyatan secara jus soli
orang Melayu telah kehilangan hakhak istimewa. Orang Melayu menganggap bahawa
sebagai penduduk asal Tanah Melayu, mereka patut diberikan kelebihan dalam
beberapa kes tertentu. Mereka mendakwa orang bukan Melayu tidak akan menjadi
rakyat yang setia sebab hasil pendapatan yang diperintah dari Tanah Melayu
dihantar balik ke negara asal dan mereka hanya mengikuti isu-isu politik negara
asal mereka sahaja tanpa mengambil berat tentang perkembangan dan kebajikan
Tanah Melayu umumnya. Hasrat utama British untuk menyamaratakan rakyat
Tanah Melayu supaya rakyat yang bergelar ‘Malayan’ memang sudah dirancang.
Mereka yakin dapat mentadbir Tanah Melayu dengan baik di bawah satu sistem
pusat iaitu kuasa tertinggi berada di tangan mereka dan raja-raja diberi kuasa
yang serendahrendahnya. Oleh sebab itulah orang-orang Melayu menentang
rancangan Malayan Union.
FAKTA
2
KEDAULATAN
DAN KUASA SULTAN TERANCAM
TAAKULAN
Satu ciri terpenting dalam perlembagaan Malayan
Union ialah perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri bernaung
kepada tanah jajahan British. Perubahan status ini menjadikan kerajaan British
berkuasa penuh ke atas seluruh pentabiran Tanah Melayu. Selain itu menurut
perlembagaan Malayan Union, Tanah Melayu mempunyai sebuah Majlis Mesyuarat
Undangan di peringkat pusat. Majlis ini dianggotai oleh Gabenor, ahli-ahli
rasmi dan tidak rasmi yang dilantik oleh Gabenor. Majlis ini diberi kuasa untuk
membuat undaang-undang bagi Malayan Union. Gabenor berkuasa melulus dan
membatalkan undang-undang dan semua undang-undang yang diluluskan tidak
memerlukan tandatangan sultan untuk dikuatkuasakan. Bagi
menjalankan
tugas pentadbiran, sebuah Majlis Kerja ditubuhkan. Dalam aspek
kedaulatan, sultan-sultan Melayu telah kehilangan kuasa politik mereka.
Kerajaan British mengambil alih kuasa dan sultan hanya menjadi raja kehormat
sahaja. Sultan hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan adat istiadat dalam
negeri masing-masing dan mengetuai Majlis Penasihat Raja-raja Melayu sebagai
penasihat sahaja iaitu memberi nasihat kepada Gabenor jika diminta berbuat
demikian. Majlis-majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal
kerajaan tempatan. Majlis-majlis ini berada di bawah kawalan kerajaan pusat
untuk mengendalikan hal ehwal kerajaan tempatan dan semua ahlinya terdiri
daripada pegawai-pegawai British. Setiap negeri dalam Malayan Union mempunyai
seorang Pesuruhjaya Negeri yang menjadi ketua pentadbir di peringkat negeri.
Jika diteliti kandungan syarat-syarat rancangan Malayan Union di atas
menyebabkan orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana kedaulatan dan
kuasa memerintah negeri oleh sultan terancam oleh pembentukan Malayan Union.
Sultan bagi negeri-negeri merupakan pemerintah pada nama sahaja dan yang
dikekalkan hanya kuasa ke atas hal ehwal agama dan adat resam sahaja. Penukaran
status sultan itu membimbangkan orang Melayu tentang masa depan mereka terutama
dalam menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu yang menguasai ekonomi.
Tambahan pula Gabenor Malayan Union menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam dan
ini menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam. Sultan telah dilucutkan kuasa
politik dan hak istimewa dan mereka tidak lagi dapat menyelamatkan institusi
kebudayaan. Kehilangan kuasa sultan menyebabkan status Tanah Melayu ditukar
menjadi tanah jajahan Inggeris telah membangkitkan penentangan di kalangan
orang Melayu dan mengatur penentangan ke atasnya. Di Johor Bahru contohnya
Persatuan Melayu Johor yang diketuai oleh Dato’ Abdul Rahman Bin Mohd Yassin
mengadakan satu perjumpaan di balai jamuan, Masjid Abu Bakar pada 1 Februari
1946. Perjumpaan oleh hampir 1 000 orang itu membantah langkah Sultan Johor
menandatangani Rancangan Malayan Union, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada
para pembesar negeri. Ianya bertentangan dengan Fasal 15, UndangUndang Tubuh
Negeri Johor yang melarang sultan menyerahkan negeri Johor atau mengadakan
sebarang perjanjian dengan mana-mana kerajaan yang lain. Persatuan juga
bertindak mengirim kawat ke London untuk melahirkan bantahan mereka kepada
Pejabat Setiausaha Negara bagi tanah jajahan.
FAKTA
3 Cara Harold Mac Michael Mendapatkan Tanda tangan Sultan
Taakulan
Berikutan pengumuman Malayan Union di Parlimen
Inggeris pada 10 Oktober 1945. Pada 11 Oktober 1945, Sir Harold MacMichael tiba
di Tanah Melayu sebagai wakil khas kerajaan British untuk menemui Raja-Raja
Melayu bagi mendapatkan persetujuan baginda tentang Malayan Union, seterusnya
menyerahkan kuasa politik mereka kepada kerajaan British. Harold MacMichael
dalam laporannya menyatakan tujuan kedatangan beliau dan rombongannya adalah
untuk mendapatkan persetujuan rasmi Raja-Raja Melayu ke atas satu perjanjian
yang memberi Tanah Melayu ‘taraf kemerdekaan dan berkerajaan sendiri dalam
lingkungan Komanwel’. Beliau perlu mendapatkan persetujuan Raja-Raja
Melayu bagi membentuk ‘satu sistem perlembagaan baru’ yang akan menyerahkan
kuasa memerintah kepada Kerajaan British. Rombongan MacMichael turut disertai
oleh Alexender T. Newboult, seorang pegawai kanan hal ehwal awam BMA di Tanah
Melayu yang ditugaskan sebagai jurubahasanya. MacMichael memulakan
tugas untuk mendapatkan persetujuan RajaRaja Melayu dengan memperoleh
tandatangan Sultan Johor (Sultan Ibrahim) terlebih dahulu kerana mengetahui
bahawa Sultan Johor merupakan sultan yang paling kanan. Jika baginda bersetuju,
raja-raja lain tentu mengikutinya. Beliau mendapatkan tandatangan sultan secara
paksaan iaitu mengugut akan
Ajk
penggubalan item sejarah 940/3 2018 jpn pahang
melucutkan
jawatan sultan atas alasan baginda sultan telah bersubahat dengan pihak Jepun
menentang Inggeris semasa Perang Dunia Kedua. Contohnya Sultan Kedah telah
diberi kata dua bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya
baginda enggan menandatangani Malayan Union dalam tempoh terrtentu. Beliau
dikatakan menggunakan ugutan politik.
MacMicheal juga tidak memberikan peluang kepada sultan untuk berunding
dengan Majlis Mesyuarat Negeri ataupun pembesar-pembesar. Ini merupakan satu
pelanggaran perlembagaan negeri yang dinyatakan dengan jelas bahawa sultan
diwajibkan berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan para pembesar sebelum
baginda memperkenankan satu perkara yang berkaitan dengan hal ehwal negeri.
Contohnya Sultan Ibrahim di negeri Johor dipaksa menandatangani perjanjian
tanpa berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan para pembesar walaupun
langkah itu merupakan syarat utama perlembagaan negeri Johor. Rakyat juga
berasa marah dengan penubuhannya kerana raja-raja tidak diajak berunding dalam
perbincangan syarat-syarat Malayan Union dan cara MacMicheal dianggap kurang
ajar. Selain itu MacMicheal dikatakan tidak
mempunyai pengalaman di Tanah Melayu disamping tidak mengetahui adat resam,
bahasa Melayu dan tingkah laku yang agak kasar.
Apabila perlembagaan ini dibentangkan, sultan-sultan diberi masa sehari sahaja
untuk membaca teks dan terus menandatanganinya tanpa diberi peluang untuk
berbincang dan mengkaji perlembagaan ini dengan Majlis Mesyuarat Negeri ataupun
pembesar-pembesar Melayu. Teks peerlembagaan pula ditulis dalam bahasa Inggeris
dan ada raja-raja yang tidak memahaminya. Penterjemahan yang disediakan terdiri
daripada orang Inggeris sendiri.
Dalam hal ini, UMNO mengatakan bahawa persetujuan yang
diberikan oleh sultan-sultan adalah tidak sah sebab ia dilakukan tanpa mengikut
perlembagaan negeri-negeri Melayu. Mengikut adat perlembagaan di negeri-negeri
Melayu, raja-raja Melayu hendaklah terlebih dahulu berunding dengan ketua-ketua
atau pembesar-pembesar Melayu yang lain sebelum menandatangani sebarang
perjanjian dengan orang asing. Ketetapan ini termaktub dalam Perlembagaan Johor
Fasal 15 yang menyebut Raja itu tiada sekali-kali boleh menyerahkan atau
berbuat sebarang perjanjian atau ikhtibar hendak menyerahkan akan negeri kepada
sebarang kerajaan atau kuasa bangsa Eropah atau sebarang kerajaan atau bangsa
...Peruntukan ini dengan jelas membatalkan persetujuan yang diberi oleh Sultan
Johor kepada perjanjian Malayan Union.
Ditinjau dari sudut ini maka dengan sendirinya perjanjian Malayan Union ini
tidak sah. Sultan Ibrahim dari Kelantan telah mendedahkan rahsia yang sebenar
dengan proses menandatangani surat perjanjian. Warta Negara mengulas,
‘penandatangani perjanjian pada 15 Disember 1945 oleh Sultan Ibrahim adalah
tidak diberi peluang memerhati isi kandungan Kertas Putih kepada baginda dan
penasihatnya. ‘Sultan Ibrahim juga pernah menyatakan “bahawa kandungan Kertas
Putih itu tidaklah kandungan perjanjian yang kami ditandatangani...perjanjian
yang kami tandatangani itu ialah satu perjanjian merupakan triti tahun 1910,
memberi sahaja kuasa-kuasa kepada Kerajaan King boleh membuat undang-undang
supaya boleh berjalan kuatkuasa demikian ini...apa yang dibentangkan ialah
bagaimana seharusnya pentabiran negeri sebagai persediaan untuk berkerajaan
sendiri. Pada 1 April 1946, satu perhimpunan diadakan di hadapan Station
Hotel Kuala Lumpur, iaitu tempat Raja-Raja Melayu bersemayam semasa menghadiri
upacara pengisytiharan Malayan Union. Orang Melayu diminta berkumpul
beramai-ramai di luar hotel untuk membuktikan kesetiaan rakyat kepada raja.
Akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju untuk tidak menghadiri upacara pengistiharan
Malayan Union. Raja-Raja kemudiannya keluar seorang demi seorang di anjung
hotel dan turun menemui rakyat sebagai menghargai sokongan rakyat jelata Melayu
kepada baginda.
FAKTA
4 SOKONGAN BEKAS PEGAWAI BRITISH
Taakulan
Penentangan orang Melayu ini mendapat galakan
yang besar juga daripada pegawai-pegawai Inggeris yang telah bersara seperti
Frank Swettenham, Goerge Maxwell. Arnold Robinson, Sir Ronald Broddell, Sir
Cecil Clementi Smith dan R.O Winstedt. Mereka telah bersimpati dengan nasib
bangsa Melayu. Ternyata Malayan Union mendapat bangkangan daripada tokoh-tokoh
politik dan pegawai-pegawai British, terutama mereka yang pernah berkhidmat di
Tanah Melayu. Mereka telah menulis di dalam akhbar The Times terbitan bertarikh
10 April 1946, yang antara lain melahirkan kebimbangan tentang bagaimana
Raja-Raja Melayu telah dipaksa menandatangani surat perjanjian yang mereka
sebenarnya tidak begitu faham, iaitu ‘memindahkan’ kuasa penuh pentadbiran kepada
baginda King.
Selain itu bekas pegawai tadbir British di
Tanah Melayu juga turut mengecam keras keseluruhan rancangan Malayan Union yang
dipaksa ke atas Tanah Melayu. Mereka menganggap tindakan kerajaan British
menghantar Harold MacMichael dianggap jahil tentang Tanah Melayu dan budaya
Melayu sebagai langkah yang mundur dan salah. Kesilapan ini terus dikecam
berkalikali menerusi akhbar, makalah dan surat kiriman yang dihantar kepada
kerajaan British. Mereka menyalahkan kerajaan British memilih MacMichael yang
begitu kasar tingkah laku semasa bertemu Raja-Raja Melayu untuk mendapatkan
persetujuan baginda. Bantahan dan kecaman ini
memperlihatkan bahawa Malayan Union bukan sahaja mengecewakan orang Melayu, tetapi
turut dirasai oleh mereka yang berada di luar Tanah Melayu. Oleh itu Malayan
Union perlu dikaji semula supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Akhbar The
Times telah mengemukakan beberapa cadangan antaranya: a) Orang Cina dan India
mestilah bersedia melucutkan kerakyatan negara asal masing-masing sebelum
diterima menjadi rakyat Tanah Melayu b) Raja-Raja Melayu mempunyai suara dalam
Majlis Undangan yang baru c) Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak perlu
dimansuhkan dan kuasa- kuasa tertentu hendaklah diberi seperti membahagikan
tanah dan menyimpan hasil d) Gabenor diberi kuasa untuk memelihara hak-hak
orang Melayu, agama Islam dan ekonomi serta perlantikan orang Melayu
untuk beberapa jawatan tertentu. Walaupun kebanyakan reaksi bantahan yang dari
luar Tanah Melayu tidak semua seiring dengan hasrat orang Melayu tetapi jelas
pandangan itu juga mencerminkan bahawa Malayan Union merupakan satu dasar yang
tidak sihat dan perlu dikaji semula.
FAKTA 4 BANTAHAN KAUM BUKAN MELAYU
Taakulan
Rancangan Malayan Union juga telah menyarankan
pembentukan satu persatuan daripada Sembilan buah negeri-negeri Melayu
Semenanjung dengan Pulau Pinang dan Melaka. Singapura dengan bilangan penduduk
Cinanya yang ramai, telah tidak termasuk dalam persatuan ini kerana takut
merendahkan nisbah penduduk-penduduk Melayu. British juga mahu mengekalkan
Singapura sebagai Tanah Jajahan British supaya ianya boleh dijadikan sebagai
pusat tentera British apabila Malaya mendapat kemerdekaan kelak. Pengecualian
ini telah menimbulkan tentangan yang hebat dari golongangolongan bukan Melayu.
Selain dari itu, pada keseluruhannya orang-orang bukan Melayu tidak begitu
mengambil berat mengenai perubahan-perubahan per lembagaan ini yang
menguntungkan mereka. Terdapat beberapa golongan orang Cina yang
mengemukakan tentangan terhadap Malayan Union melalui akhbar-akhbar Cina dan
Kesatuan Demokratik Malaya. Pertubuhan ini menuntut kemerdekaan sendiri. Pada
12 Oktober 1942 akhbar Sin Min Chu telah mengkritik dasar British mengasingkan
Singapura daripada Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan sepenuhnya dengan
bersatu dengan Singapura. Selain itu mereka juga menuntut sebuah kerajaan yang
dipilih bagi seluruh Tanah Melayu dan hakhak kewarganegaraan yang sama rata
bagi semua kaum. Masyarakat Cina yang menjadi ahli parti Kuomintang di Tanah
Melayu lebih menumpukan
Ajk
penggubalan item sejarah 940/3 2018 jpn pahang
perhatian
dalam perkembangan politik di China. Mereka menganggap penerimaan Malayan Union
akan membatalkan kebangsaan Cina secara automatik. Sebilangan besar orang Cina
tidak merasa Tanah Melayu sebagai tanahair mereka. Matlamat mereka hanya untuk
menjadikan Tanah Melayu sebagai tempat mencari kekayaan untuk dibawa pulang ke
negara asal mereka. Dalam pada itu terdapat golongan Cina yang menjadi anggota
Parti Komunis Malaya dan MPAJA. Perjuangan PKM semata-mata untuk membentuk
sebuah negara komunis di Tanah Melayu.
KESIMPULAN
Orang Melayu telah bangkit menentang
dengan berbagai cara iaitu seperti ahli Majlis Mesyuarat Negeri telah
memulaukan majlis perlantikan Gabenor. Sultan-sultan pula tidak menghadiri
upacara perlantikan Gabenor sementara orang Melayu pula berkabung selama 7 hari
dengan melilit kain putih pada songkok mereka. Kemarahan orang-orang Melayu dan
penentangan yang menyeluruh oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu telah
menyebabkan Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan satu perlembagaan
baru yang sejajar dengan tuntutan dan kehendak UMNO iaitu Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Dengan perjanjian Persekutuan 1948 ini, kedudukan Raja-raja Melayu
menjadi bertambah baik. Raja-raja Melayu telah diberi semula hak utama dan
kuasa untuk menjadi raja-raja berdaulat di negeri masing-masing. Mereka juga
diberi kuasa penuh dalam adat istiadat orang Melayu dan agama Islam seperti
kedudukan sebelum tahun 1941. Disamping itu Perjanjian Persekutuan menyatakan
bahawa matlamat akhir kerajaan British adalah untuk memupuk kemajuan ke arah
pemerintahan sendiri pada masa hadapan.
3.
Jelaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia selepas merdeka.
A.
Pengenalan
Selepas
Perang Dunia Kedua tamat, kerajaan British telah memperkenalkan Perlembagaan
Malayan Union pada 1 April 1946. Butir-butir perlembagaan Malayan Union
mendapat tentangan daripada orang Melayu lalu digantikan dengan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan ini menjadi teras sistem demokrasi
berparlimen berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
B.
Isi-Isi:
Sistem
Kerajaan Demokrasi Berparlimen
1.
Ketua Peringkat Pusat a) Sistem kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan
yang banyak persamaan dengan perlembagaan di Britain dan India. Mengikut
perlembagaan Malaysia, ketua negara ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Baginda ialah seorang raja berperlembagaan. b) Dalam
menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan, Yang diPertuan Agong
bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. c) Mengikut undang-undang
parlimen Malaysia yang terdiri daripada Yang diPertuan Agong, Dewan Negara
(wakil dari perkhidmatan awam), Dewan Rakyat (wakil yang dipilih) dan badan
kehakiman. d) Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua
per tiga ahli Dewan Rakyat. e) Satu perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada
di negara-negara lain ialah Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja
daripada kalangan 9 orang Sultan Melayu. f) Sebagai ketua negara, baginda
mempunyai kuasa mengampunkan kesalahankesalahan lain dalam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam mahkamah Syariah di
Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. g) Baginda juga
memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan
Sarawak. h) Baginda juga boleh mengisytiharkan undang-undang tentera dan
darurat.
2.
Dewan Negara a) Adalah majlis tertinggi Parlimen. Tugas utamanya ialah
membahas rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat. b) Dewan Negara
mengandungi 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik. 26 orang ahli dipilih oleh
Dewan Undangan Negeri, dan 43 orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong. c) Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan
tertakluk sama ada dia akan dilantik dan dipilih semula.
3.
Dewan Rakyat a) Dewan Rakyat terdiri daripada 222 wakil rakyat yang
dipilih melalui pilihan raya. b) Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal
undang-undang dan meluluskan undang-undang.
4.
Badan Eksekutif a) Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan
dasar-dasar pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang yang
ada. b) Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan
Tempatan. c) Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet atau
Jemaah Menteri d) Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dengan dibantu
oleh Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain sebagai ahli. e)
Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan, beberapa buah
kementerian, jabatan, dan badan berkanun diwujudkan. f) Setiap kementerian
diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai
Kementerian, dan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.
5.
Pentadbiran Kerajaan Negeri a) Kuasa eksekutif peringkat negeri
terletak pada Sultan/Raja atau Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.
b) Kuasa tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) c)
Badan ini diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh
Sultan/Raja/Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri d) Majlis ini
bersama-sama bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri e) Di Sarawak Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dipanggil Majlis Tertinggi manakala di Sabah
dipanggil Jemaah Negeri.
6.
Pentadbiran Kerajaan Tempatan a) Kerajaan Tempatan terdiri daripada
Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah b) Majlis Perbandaran diketuai oleh
seorang Yang Dipertua dan ditadbir oleh sebuah majlis yang dilantik oleh
Kerajaan Negeri. c) Di Sabah, pentadbirannya dibahagikan kepada daerah dan
kampung. Setiap daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah yang dibantu oleh Ketua
Anak Negeri dan Ketua Kampung. d) Di Sarawak, pentadbirannya dibahagikan kepada
bahagian, daerah, daerah kecil, dan kampung. Setiap bahagian ditadbir oleh
seorang Residen dan dibantu oleh Temenggung. Di daerah ditadbir oleh Pegawai
Daerah dan
Ajk
penggubalan item sejarah 940/3 2018 jpn pahang
Pegawai-pegawai
Perkhidmatan Tadbir Sarawak. Manakala kampung ditadbir oleh Penghulu.
C.
Kesimpulan. Sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 telah
distruktur dengan jelas di peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan ini pentadbiran Kerajaan Pusat dan Kerajaan
Negeri dapat berjalan dengan sistematik dan lancar.
BAHAGIAN
B
4.
JELASKAN SISTEM SOSIAL MASYARAKAT DI INDONESIA SEBELUM CAMPUR TANGAN
BARAT [20]
Pengenalan
Masyarakat
tradisional di Indonesia juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu golongan
pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri dari raja,
anak-anak raja, bangsawan, pembesar, pemimpin agama. Sementara golongan
diperintah ialah rakyat biasa yang terdiri majoritinya adalah petani.
- (BOLEH JELASKAN TENTANG TARAF TERSEDIA DAN TARAF CAPAIAN)
FAKTA
(pengetahuan) GOLONGAN PEMERINTAH Sultan
TAAKULAN
Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosial
masyarakat Indonesia. Contohnya di Acheh dan Pulau Jawa. Sultan Acheh merupakan
ketua agama Islam dan menjadi pelindung masyarakatnya. Sultan juga berkuasa
mutlak dalam pemerintahan di wilayah jajahan takluknya. Baginda juga dianggap
istimewa mempunyai sifat luar biasa dan berdaulat. Sultan dianggap sebagai
Khalifah Allah dan pemimpin bagi umat Islam. - BOLEH DIPERINCIKAN DENGAN KONSEP
RAJA-RAJA MELAYU
FAKTA
Kerabat Diraja Kerabat diraja terdiri dari anak-anak,
adik beradik, cucu sultan yang memerintah. Mereka membantu raja/sultan dalam
pentadbiran sama ada di peringkat pusat atau wilayah. Selain itu terdapat juga
golongan kerabat yang melaksanakan upacara keagamaan dan adat resam di wilayah
atau kerajaan mereka. Mereka juga menguasai tanah, kegiatan maritim.
Terdapat juga kerabat diraja yang memerintah negeri terdiri dari
kumpulan iaitu Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di Jawa golongan kerabat diraja
ini mempunyai taraf sosial yang tersendiri, mengumpul harta dan kekayaan dan
juga berpendidikan apabila anak-anak mereka dihantar ke sekolah. Diponegoro
merupakan kerabat diraja Jawa yang sangat berpengaruh dari segi politik,
ekonomi dan sosial.
FAKTA
Pembesar/Uleebalang
Taakulan
Lapisan seterusnya diikuti oleh golongan bangsawan yang
terdiri daripada kerabat diraja dan bukan kerabat diraja. Di Pulau Jawa
golongan priyayi atau bangsawan menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat.
Hubungan antara keduanya sangat rapat. Mereka juga merupakan pemimpin
kerohanian atau agama dalam masyarakat Jawa. Priyayi kebiasaannya mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja. Golongan ini juga
berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua tempatan(bupati). Semantara di
Acheh pula kerabat diraja merupakan keturunan yang bekas sultan yang
pernah memerintah Acheh.
Pembesar atau Uleebalang juga mempunyai
kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di Indonesia terutamanya di Acheh.
Mereka menggunakan gelaran Teuku dan merupakan tulang belakang pemerintahan dan
pertahanan. Pembesar/Uleebalang di wilayah-wilayah
bertanggungjawab kepada pihak istana dan tugas utama adalah mengutip cukai,
memberi konsesi dan monopoli serta mendapatkan tenaga kerah dari daerah untuk
dijadikan sebagai buruh dan tentera jika berlaku peperangan.
Pembesar daerah mepunyai kuasa autonomi di jajahan sendiri. Mereka
akan menyokong raja/sultan sebagai lambang negara dan sumber pengesahan
jawatannya. Di Jawa dan Madura contohnya pegawai kanan wilayah dan pebesar
tempatan menjadi pengerusi di istana. Jawatan-jawatan ini adalah warisan dan
mendapat pengiktirafan atau disahkan oleh pihakistana. Kekuasaan pembesar
adalah berasaskan bilangan pengikut yang ramai dan juga punca pendapatan.
FAKTA
Ulama
Taakulan Di
Acheh ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Mempunyai kedudukan
tertinggi dan dihormati kerana ketinggian ilmu agamanya serta sering menjadi
rujukan masyarakat. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya
dalam masyarakat.
FAKTA
GOLONGAN DIPERINTAH
FAKTA
RAKYAT BIASA
Taakulan
Rakyat pula terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Mereka menjalankan
aktiviti pertanian dan perikanan contohnya menjadi petani, nelayan, pelaut dan
pedagang. Golongan rakyat khususnya petani tidak memiliki tanah tetapi menyewa
tanah daripada golongan bangsawan. Mereka
bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi. Rakyat memberi
khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang
diberikan dan menjadi askar dalam peperangan apabila raja/tuan tanah terlibat
dalam peperangan.
FAKTA
HAMBA Golongan ini merupakan lapisan
yang terendah dalam susun lapis masyarakat. Golongan ini terbahagi kepada hamba
abdi dan hamba berhutang yang dimiliki oleh pembesar. Hamba berhutang ini
terdiri dari golongan rakyat yang terikat dengan hutang dan akan bebas jika
membayar hutang. KESIMPULAN
Masyarakat Indonesia seperti juga di kawasan Asia
Tenggara yang lain mengalami perubahan setelah campurtangan Belanda. Contohnya
bupati yang pada asalnya merupakan tuan-tuan tanah dan pembesar wilayah terus
dikekalkan kedudukan mereka namun peranan mereka telah berubah. Daendels pada
tahun 1803 telah bertindak melantik kalangan priyayi dan pembesar-pembesar
tempatan sebagai kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dan pendapatan mereka
dikawal supaya tidak berlaku seperti sistem feudal. Sultan juga kehilangan
kuasa memerintah.
5.
Faktor ekonomi menjadi faktor utama campur tangan British di Myanmar pada abad
ke-19. Bincangkan pernyataan di atas. [20]
Pengenalan
Mulai abad
ke-18 minat British di Burma telah meningkat akibat persaingan British dan
Perancis di India. Pihak British ingin memperluaskan perdagangan di Burma.
Sumber asli Burma yang paling diminati oleh British ialah kayu jati.
Pada abad ke-19, Burma telah dikalahkan
oleh British dalam tiga peperangan iaitu perang British Burma pertama (1824-26)
, Perang British Burma kedua (1852-53) dan perang British Burma ketiga (1885) .
Melalui perang British Burma yang pertama, British menakluki wilayah-wilayah
Arakan dan Tenasserim manakala Pegu iaitu Burma Hilir ditakluki melalui perang
British Burma kedua. British menakluki Burma Hulu melalui perang British Burma
ketiga. Ini bererti seluruh Burma telah jatuh ketangan British pada tahun 1885.
Burma Hulu telah ditakluki oleh British secara rasmi pada 1 Januari
1886. Burma telah dijadikan sebuah
wilayah India. Penaklukan Burma oleh British menamatkan Dinasti Konbaung yang
diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Pemerintahan British seterusnya
mengakibatkan perubahan sosial, ekonomi dan politik.
FAKTA
1 (pengetahuan)
FAKTOR
EKONOMI
TAAKULAN
Faktor ekonomi menjadi faktor penting campur tangan British
di Burma. Antara kegiatan atau sumber ekonomi yang menjadi perhatian British
ialah perdagangan, penanaman padi dan sumber bahan mentah.
Potensi perdagangan Burma Hulu telah menarik minat golongan
pedagang British. Mereka juga bercita-cita menjalankan perniagaan dengan
bahagian barat negara China melalui Burma Hulu. British ingin memperluas
perdagangan mereka di Burma, tetapi mengalami kesulitan kerana menghadapi
pegawai-pegawai Burma yang korup. Hal ini kerana pada peringkat awal
pegawai-pegawai kerajaan Burma telah memberi layanan yang buruk terhadap
pedagang-pedagang British termasuklah penetapan harga yang tinggi untuk
memperolehi barang dagangan Burma. Kerajaan Burma juga mengenakan cukai yang
tinggi ke atas barang dagangan asing. Sebenarnya kesemua sebab yang dikemukakan
di atas hanyalah satu helah politik British bagi mendapatkan hak monopoli ke
atas hal ehwal perdagangan di Burma kerana Raja Burma hanya mempunyai monopoli
ke atas minyak, batu permata dan kayu jati. Tetapi dari segi amalan, monopoli
Raja Burma telah diperluas ke atas kapas, gandum, gula, gading dan cutch.
Akibat tekanan daripada golongan pedagang British di Rangoon dan Britain
merupakan satu faktor penting bagi peletusan Perang British-Burma. Tambahan
pula British bimbang Perancis akan memperluaskan pengaruhnya terutama di Burma
Hulu. Burma terkenal dengan aktiviti
pertanian terutama sekali beras. Eksport beras menjadi punca ekonomi Burma yang
banyak memberi keuntungan kepada British. Beras terbaik dihasilkan di pinggir
Sungai Kaladan dan Lemyo dengan Akyab menjadi pusat komersialnya khususnya pada
tahun 1852. British ingin mendapatkan tanah untuk pertanian dan melabur modal
untuk perkembangan sawah padi dan pengeluaran beras
Myanmar juga kaya dengan pelbagai sumber galian seperti pertroleum
(minyak), bijih besi dan bijih timah. British ingin melabur modal dan menguasai
hasil bahan mentah tersebut. Kayu jati juga merupakan hasil hutan yang
sangat berharga terutama untuk industri papan dan membuat kapal.
FAKTA 2 FAKTOR LAIN : POLITIK 1.
MASALAH DALAM SISTEM PENTADBIRAN BURMA Masalah
dalam pentadbiran Burma bermula apabila Burma menakluki
Taakulan
Arakan. Penaklukan Arakan dilakukan oleh Raja
Bodawpaya pada tahun 1784. Penaklukan ke atasnya itu merupakan peristiwa yang
paling penting sekali dalam zaman pemerintahan Bodawpaya; kerana sempadan Burma
telah meluas sehingga ke kawasan India . Penaklukan tersebut menyebabkan Burma
mempunyai sempadan yang sama dengan British di wilayah Chittagong.
Ketegangan dan masalah di sempedan telah mencetuskan terutama berkaitan masalah
orang pelarian Arakan dan pemberontakan Chin Byan telah mencetuskan perang
antara keduanya Kekacauan
politik juga berlaku semasa pemerintahan Raja Thibaw. Semasa pemerintahan Raja
Thibaw (1878-85), Burma Hulu mengalami kekacauan politik yang serius. Raja
Thibaw telah membunuh kira-kira 80 ahli keluarga diraja dalam Februari 1879
kerana khuatir satu pemberontakan akan meletus.
Pembunuhan secara beramai-ramai juga telah berlaku di Mandalay
pada tahun 1884. Dalam pada itu, Burma juga berada dalam keadaan kacau bilau.
Orang Kachin telah memberontak dan gerila-gerila Cina telah membakar bandar
Bhamo dan kebanyakan dari puak Sawbwa Syan yang tertakluk menderhaka kepada Ava
. Kekacauan politik ini telah
menambahkan desakan-desakan daripada golongan pedagang Inggeris di Rangoon bagi
penaklukan Burma Hulu oleh Britain. Ini adalah kerana keadaan kacau bilau di
Burma Hulu telah mengganggu perdagangan.
FAKTA 4
2. MASALAH HUBUNGAN DIPLOMATIK
Taakulan
Kemerosotan hubungan diplomatik telah menyebabkan peletusan perang
British Burma yang pertama. British telah menghantar beberapa utusan antara
tahun 1795 hingga 1811 (seperti Michael Symes pada tahun 1795 dan 1802, John
Canning pada tahun 1809 dan 1811). Mereka dihantar untuk menyelesaikan
masalah-masalah sempadan Arakan-Chittagong, masalah perdagangan dan perluasan
pengaruh Perancis di Burma. Utusan-utusan tersebut telah gagal menyelesai
masalah tersebut dengan sempurna. Kegagalan ini disebabkan oleh keangkuhan
ketenteraan Burma dan syak wasangka antara kedua pihak.
Masalah ‘kasut’ juga menyebabkan hubungan diplomatik
antara keduadua negara putus. Masalah kasut timbul semasa pemerintahan Raja
Mindon Min (1853-78). Mengikut adat Burma, orang Barat yang ingin menghadap
raja harus menanggalkaan kasut mereka dan duduk bersila di lantai. Pihak
British pula menganggap peraturan ini sebagai merendahkan maruah mereka . Pada
tahun 1875, kerajaan British di India telah mengarahkan Residen Shaw di
Mandalay untuk tidak menanggalkan kasut ketika mengadap raja. Hal ini telah
menbangkitkan kemarahan Raja Mindon dan seterusnya tidak ingin menemui Residen
British sekiranya amalan tradisional tersebut tidak dipatuhi. Akibatnya,
selepas tahun 1875 tidak terdapat sebarang hubungan secara langsung antara raja
Burma dan Residen British. Malahan pada
tahun 1879, Residen British di Mandalay telah ditutup. Burma seterusnya ingin
mengadakan hubungan secara langsung dengan kerajaan British.
Langkah Burma ini telah ditolak oleh kerajaan
British. Pemutusan hubungan diplomatik telah menyebabkan kemerosotan hubungan
British Burma. Hal ini telah menjadi salah satu sebab penting peletusan perang
British Burma yang ketiga.
FAKTA 4 3. PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN DI
BRITAIN Taakulan Sebenarnya
terdapat sesuatu yang unik tentang Britain ini iaitu, hanya terdapat dua parti
politik sahaja yang terlibat dalam perjalanan politik di Britain iaitu Parti
Liberal dan Parti Konservetif. Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang
kedua-dua parti ini iaitu pada 1868, Parti Konservatif di bawah Perdana Menteri
Benjamin Disraeli telah dikalahkan dan diganti dengan Parti Liberal di bawah
pimpinan William Gladstone yang bersifat antiimperialis.
Tetapi pada 1874 Parti Liberal telah
dikalahkan dan diganti semula dengan Parti Konservatif yang memang menjalankan
dasar imperialisme, dan perubahan pimpinan ini berlaku beberapa kali sehingga
pada bulan Jun 1885,
Ajk
penggubalan item sejarah 940/3 2018 jpn pahang
Parti
Konservatif sekali lagi mengambil alih pimpinan daripada Parti Liberal . Parti
Konservatif sebenarnya telah mengamalkan dasar yang lebih tegas terhadap Burma.
Kemunculan Parti konservatif telah memungkinkan tindakan yang lebih berkesan di
Hulu Burma, terutamanya yang melibatkan persaingannya dengan kuasa Perancis .
FAKTA
4 4. PERSAINGAN DENGAN PERANCIS
Taakulan British bimbang
terhadap perkembangan pengaruh Perancis di Indochina akan meluas hingga ke
Myanmmar. Oleh itu British bertindak dengan menakluki Myanmmar melalui 3 siri
peperangan. Myanmar juga cuba berbaik-baik dengan Perancis dengan memberi
keistimewaan dalam perdagangan, hubungan diplomatik dan juga membenarkan
menubuhkan bank di Myanmar. Dasar berbaik-baik ini dijalankan supaya dapat
mengimbangi tekanan dari Brirish
FAKTA 5 SOSIAL 1. MENYEBARAN AGAMA
KRISTIAN Taakulan Agama Kristian mula
menampakkan pengaruhnya yang besar dalam sejarah di rantau Asia Tenggara, Asia
Selatan dan Asia Timur sejajar dengan kedatangan orang Eropah ke rantau
tersebut.. Dalam masa yang sama misi mereka bukan sahaja sekadar barangan dari
Timur malah mereka juga mempunyai cita-cita untuk menyebarkan agama Kristian
disamping memperoleh penghormatan peribadi. Oleh yang demikian tugas
penjelajahan mereka lebih terikat memenuhi Tiga G, iaitu Gold atau emas, Glory
atau keagungan dan God atau menyebarkan agama kristian.
Manakala kemasukan pentadbiran British di Myanmar telah mengancam
kedudukan pengaruh agama Buddha di negara itu. Ancaman itu nampak semakin
ketara pada sistem pendidikan agama Buddha yang semakin merosot. Manakala
golongan Mubaligh Kristian pula cuba menyebar agama Kristian di kalangan
penduduk pedalaman seperti puak Chin dan Karen.
KESIMPULAN
Penjajahan ke atas sumber ekonomi menjadi
faktor penting yang merupakan daya penggerak penjajahan Barat di Asia Tenggara.
Persaingan antara kuasa Barat, seperti British dan Perancis dalam kajian ini
juga melihat kepada penjajahan ke atas Asia Tenggara. Namun begitu
penentangan-penetangan yang dilakukan oleh golongan rakyat dan raja
negeri-negeri yang dijajah itu juga melihat akan kesedaran penduduk Asia
Tenggara. Walau bagaimanapun, pada
akhir tempoh abad ke-19 juga melihat negara seperti British mula bergiat aktif
dalam politik Asia Tenggara. Pemerintahan British yang mengamalkan dasar
ekonomi kapitalis telah mengakibatkan perubahan ekonomi, politik dan sosial
yang penting di Burma. Antara lain Burma telah mencapai kebudayaan dan sosial.
Sebahagian besar daripada kemajuan Burma dinikmati oleh orang asing. Keadaan
ini telah mencetuskan semangat kebangsaan kepada rakyat Burma.
6.
Nilaikan peranan Macapagal dalam pembentukan negara bangsa di Filipina dari
tahun 1961 – 1965.
[20]
Pengenalan
Presiden
Diosdado Macapagal Pangan merupakan Presiden Filipina yang ke-9 (1961-1965).
Beliau dilahirkan pada 28 September 1910 di Lubao, Pampanga dan meninggal dunia
pada 21 April 1997 akibat kegagalan jantung, paru-panu, dan komplikasi buah
pinggang di Makati Medical Center. Beliau dikebumikan di Libingan ng nada
Bayani. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Bapa
beliau bernama Urbano Macapagal dan ibunya Romana Pangan. Beliau dikenali
sebagai ‘budak miskin’ dari Lubao, Pampanga dan menggunakan nama samaran ‘Tidak
Rasuah’. Beliau mendapat pendidikan awal di Elementary School Lubao dan
memperoleh kelulusan valedictorian pada tahun 1925 serta lulus dengan kelas
kedua tinggi di Sekolah Tinggi Pampanga pada tahun 1929. Beliau telah
melanjutkan pelajaran ke University of Santo Thomas dalam jurusan
undang--undang dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1936. Setelah itu, beliau
mengajar dan memperoleh Ijazah Sarjana Doktor Undang-undang Sivil dan Ph.D.
Ekonomi di universiti yang sama. Setelah tamat pengajian, Macapagal menjadi
peguam, menjadi ahli Kongres, menjadi ahli Dewan Rakyat pada tahun 1948, beliau
berkhidmat sebagai setiausaha kedua di Kedutaan Filipina di Washington,
D.C. Beliau juga merupakan wakil Filipina ke Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu sebanyak tiga kali
FAKTA
1 (pengetahuan)
POLITIK/PENTADBIRAN
TAAKULAN
Presiden Macapagal telah memainkan
peranannya dalam pembentukan MAPHILINDO. Melalui MAPHILINDO, Filipina telah
menjalin hubungan yang lebih rapat dengan negara jiran seperti Malaysia dan
Indonesia. MAPH1LINDO ialah pergabungan bukan politik yang dicadangkan dan ia
merupakan pencapaian yang penting sebagai pembuka jalan untuk mewujudkan
Persatuàn Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). MAPHILINDO telah digambarkan
sebagai persatuan serantau yang akan mendekati isu-isu kepentingan bersama
dalam semangat persaudaraan. Presiden Macapagal telah memfailkan tuntutan
Filipina ke atas Sabah (Borneo Utara) sebagai sebahagian dan wilayah Filipina
kerana ia telah diberikan sebagai hadiah kepada sultan Sulu oleh Sultan Brunei.
Tuntutan ini telah dikemukakan oleh Macapagal pada 22 Jun 1962.
Presiden Macapagal juga telah memujuk
Kongres agar rnenghantar tentera ke Vietnam Selatan pada akhir tahun 1965.
Walau bagaimanapun, cadangan ini telah disekat oleh pembangkang yang dipimpin
oleh Presiden Senat, iaitu Ferdinand Marcos.
Presiden Macapagal juga telah menukar tarikh kemerdekaan Filipina dari 4 Julai
kepada 12 Jun. Ini kerana 4 Julai ialah tarikh Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan
kepada rakyat Filipina sedangkan 12 Jun ialah tarikh Filipina mengisytiharkan
kemerdekaan mereka sendiri daripada penjajah Sepanyol pada tahun 1898. Pada 12
Mei 1962, Presiden Macapagal telah menandatangani proklamasi yang
mengisytiharkan 12 Jun setiap tahun sebagai cuti umum khas untuk memperingati
pengisytiharan kemerdekaan daripada Sepanyol, iaitu pada 12 Jun 1898. Walaupun
pada 12 Jun 1898, Filipina belum lagi bebas sepenuhnya kerana kemudian dijajah
pula oleh Amerika Syarikat yang ketika itu berjaya mengalahkan Sepanyol, tetapi
bagi rakyat Filipina mereka sudah mendapat kemerdekaan
FAKTA 2 SUMBANGAN EKONOMI
Taakulan
Beliau telah memperkenalkan pembaharuan
dalam undang-undang tanah negara, menghapuskan kawalan pertukaran mata wang
asing, mengawal keuntungan yang keluar, dan memperkenalkan kawalan harga serta
mengurangkan pengangguran. Tujuannya ialah untuk menyekat rasuah,
Ajk
penggubalan item sejarah 940/3 2018 jpn pahang
meningkatkan
pengeluaran makanan, dan melaksanakan sosio ekonomi yang berani. Namun, tujuan
beliau banyak dihalang oleh Kongras Filipina yang dikuasai oleh parti saingan
beliau, iaitu Parti Nasional.
Beliau juga telah memperkenalkan Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan 1963.
Melalui kanun ini, beliau telah melakukan pemansuhan penyewaan dan program
reformasi tanah sebagai usaha untuk memerangi kemiskinan secara besar--besaran.
Beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963, bertujuan untuk
menghapuskan perhambaan terhadap penyewa tanah kepada kebebasan dan keselamatan
petani di tanah milik mereka. Walau bagaimanapun, beliau gagal dalam
melaksanakan reformasi tanah.
Beliau juga telah menghapuskan kawalan pertukaran mata wang dan
membenarkan peso Filipina diapungkan di pasaran pertukaran mata wang percuma.
Pada 21 Januari 1962, selepas bekerja selama 20 jam berturut-turut akhirnya
Presiden Macapagal berjaya menandatangani dekri Bank Negara yang memansuhkan
kawalan pertukaran dan mengembalikan negara kepada perusahaan bebas.
Presiden Macapagal juga mewujudkan
Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA) sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah
pengangguran yang juga merupakan salah satu masalah utama semasa
pentadbirannya. Kerajaan telah memberi bantuan dengan menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan untuk penduduk Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi
masalah kemiskinan dan meningkatkan ekonomi negara.
Presiden Macapagal juga memperkenalkan
program sosio ekonomi yang berlandaskan ‘kembali kepada perusahaan bebas dan
swasta’ akan meletakkan pembangunan ekonomi Filipina di tangan usahawan swasta
dengan campur tangan kerajaan yang minimum. Oleh itu, Undang-undang Perdagangan
Runcit Kebangsaan telah diwujudkan untuk memecahkan monopoli oleh perniagaan
asing yang menguasai perdagangan runcit Filipina.
Presiden Macapagal turut memperkenalkan
program Pembangunan Bersepadu Lima Tahun yang bertujuan untuk pemulihan segera
kestabilan ekonomi; membela nasib golongan rakyat biasa; dan mewujudkan asas
yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan. Dengan itu, beliau telah berjaya
mencatat kemajuan ekonomi yang stabil dan pertumbuhan KDNK tahunan purata pada
5.15% bagi tahun 1962-1965.
FAKTA 4 SUMBANGAN SOSIAL
Taakulan
Presiden Macapagal juga telah memulakan penggunaan bahasa Filipina dalam
semua urusan rasmi kerajaan, kelayakan diplomatik, diploma, sijil dan dokumen
lain yang masih diteruskan sehingga kini. Beliau juga menggalakkan penggunaan
bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam semua acara
cara komunikasi dan untuk semua dokumen.
KESIMPULAN
Pada tahun 1965,
Presiden Macapagal telah berjaya dikalahkan oleh Ferdinand Marcos dalam
pertandingan pemilihan semula jawatan Presiden. Pada 21 April 1997, Macapagal
telah meninggal dunia kerana kegagalan jantung, paru-paru dan komplikasi buah
pinggang di Makati Medical Center. Sumbangan beliau menjadikan Filipina sebuah
negara maju dan mempunyai identiti tersendiri.
sumber-JPNP
PAHANG
No comments:
Post a Comment