A. PENGENALAN
1. Pertubuhan
Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara
berdaulat yang pernah menjadi tanah jajahan British yang ditubuhkan pada tahun
1931.
2. Matlamat
penubuhannya adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara
anggota serta mewujudkan kerjasama dalam semua bidang. Komanwel mempunyai 54
buah negara anggota yang terdiri daripada negara maju dan negara membangun.
Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
3. Malaysia
menjadi anggota Komanwel demi menjamin keharmonian dan membangunkan ekonomi
negara. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel dapat dilihat dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial.
B. ISI
Penglibatan Malaysia dalam
Komanwel.
1. Perjanjian Pertahanan (AMDA)
a. Perjanjian
pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia, dan New Zealand
menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana
pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.
b. Tindakan
Malaysia menanda tangani Perjanjian AMDA didorong oleh kedudukan pertahanan
negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan
Rejimen Melayu Diraja dan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara.
Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkinmampu dihadapi oleh Tanah
Melayu secara bersendirian.
2. Penglibatan dalam CHOGM
a. Malaysia
sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota
Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah
persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).
b. Mesyuarat
CHOGM diadakan dua tahun sekali bagi
membincangkan isu-isu semasa antarabangsa yang berkaitan dengan negara-negara
anggota. Dalam mesyuarat tersebut, Malaysia mengetengahkan isu alam sekitar dan
hasilnya Deklarasi Langkawi telah dimeterai yang mendorong negara anggota yang
miskin turut memberi perhatian kepada isu alam sekitar ketika negara anggota
sibuk membangunkan ekonomi negara masing-masing.
3. Menentang dasar Apartheid
a. Malaysia
juga dengan lantang bersuara menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan yang
menyalahgunakan hak asasi manusia. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama
masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi
manusia menyebabkan Malaysia menentang keras dasar Apartheid yang diamalkan di
Afrika Selatan.
b. Malaysia
turut menyokong sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar ini
dilaksanakan oleh orang kulit putih. Malaysia tidak mengadakan hubungan
diplomatik dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan.
4. Kerjasama ekonomi.
a. Pergantungan
Malaysia kepada Britain dalam bidang ekonomi. Malaysia mengharapkan permintaan
dari Britain dalam mengeksport dua komoditi utamanya iaitu bijih timah dan
getah. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi
Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
b. Begitu
juga dari egi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan
cukai yang rendah. Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, hubungan Malaysia dengan
Komanwel menjadi renggang akibat dasar perdagangan yang memihak kepada negara
maju. Beliau mengambil tindakan ekonomi “Buy British Last”.
5. Rancangan Colombo
a. Rancangan
Colombo ditubuhkan atas usaha Negara-negara Komanwel untuk memerangi kemiskinan
dan wabak penyakit serta bantuan kewangan dan kemahiran teknik kepada
negara-negara yang memerlukan. Malaysia mendapat manfaat seperti bantuan
kepakaran, teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
b. Melalui
rancangan ini pelajar Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke
Britain, Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia mendapat bantuan bagi
pembinaan Lebuh Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya dan jambatan di
Sabah dan Sarawak.
6. Sukan Komanwel
a. Sukan
Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan yang berlaqngsung setiap empat tahun
sekali yang melibatkan atlet dari negara anggota. Malaysia telah berjaya
menjadi tuan rumah dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
b. Stadium
Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan tempat
berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium tersebut boleh
menempatkan sehingga 100,000 penonton dan mempunyai trek balapan.
C. KESIMPULAN.
1. Banyak
faedah yang diperolehi Malaysia dalam Komanwel. Malaysia dapat menyuarakan
pendapat secara terbuka dalam membincangkan isu-isu antarabangsa.
2. Sumbangan
Malaysia amat banyak dalam keanggotaan Komanwel.
sumber- JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
No comments:
Post a Comment