Undang-Undang 99 Perak berasal
dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 19 oleh Syed Hassan al-Farodz dari Hadramaut.Undang-undang
ini menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan.Disasarkan dalam bentuk
dialog.Pengalaman undang-undang 99 Perak adalah lebih dipengaruhi oleh adat tempatan
berbanding dengan unsur islam.
Antara Tugas dan Tanggungjawab Pemerintah. Undang-undang 99 Perak memperlihatkan pengaruh adat berbanding
unsur islam.Fasal 77 dalam undang-undang ini memperuntukkan takhta pemerintahan
akan diwarisi oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada, yang kecil akan
mewarisi.Undang-Undang 99 Perak menunjukkan lebih kepada pengaruh adat kerana
mengikut Islam dalam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsep
musyawarah.Contoh sistem pemerintahan yang lebih kepada mengamalkan adat lebih
daripada islam .Hal ini dapat mewujudkan suasana yang harmoni pada zaman itu.
Selain itu, Bidang Jenayah, Undang-undang 99 Perak lebih memperlihatkan kepada adat
tempatan daripada unsur islam.Situasi ini boleh dilihat dalam soal pembunuhan
sesama orang islam mengikut Fasal 23, orang islam yang membunuh orang islam
lain tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh sebaliknya dia dikatakan menjadi kafir.
Hukuman ini tidak selaras dengan pengaruh
hukum islam yang mengatakan seseorang yang membunuh akan dihukum bunuh juga.Contohnya,pembunuh
akan dikenakan denda empat tahil ,dua paha emas,atau dua dirham dan
disedekahkan setahil sepaha emas.Hukuman ini dapat mengurangkan kes pembunuhan
dalam kalangan masyarakat islam dengan adanya denda yang dikenakan.
Seterusnya, Urusan kekeluargaan seperti perkahwinan,pembahagian
harta, dan penzinaan. Soal Penzinaan ,Fasal 50 yang menyentuh tentang hal
penzinaanMengikut undang-undang ini, jika kedua-kedua penzina mengakuinya,mereka
hanya diperintah bernikah dan membayar denda sepaha emas.Pernyataan sebegini jelas
memperlihatkan hukuman dalam undang-undang ini lebih kepada adat tempatan daripada
unsur islam.
Jika Penghulu mendapati tiada kesalahan
yang dilakukan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan. Mengikut
hukum islam bagi kesalahan zina seseorang yang tidak berkahwin dikenakan sebat
100 kali rotan. Melalui hukuman ini kegiatan maksiat dan penzinaan dapat
dibendung pada masa itu.
Dalam Soal Perkahwinan pula,menurut Fasal
65 –Pasangan yang baru dinikahkan tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang
40hari di atas alas an untuk menjaga keimanan masing-masing. Tetapi mengikut
islam ,selepas akad nikah dilangsungkan atau disahkan ,jadi suami isteri
tinggal bersama.Contoh melalui perkahwinan ,perbuatan khalwat dapat dibendung
maka suasana kehidupan yang harmoni dalam masyarakat melayu abad ke 19 dapat diwujudkan
.
Akhir sekali, Peraturan dan Adat Istiadat. Adat semasa menghadap ,memilih dan melantik raja. Contoh
protokol semasa berada di dalam istana.
Kesimpulannya,hukuman yang
terdapat dalam undang-undang 99 Perak didapati eberapa aspek
seperti
pembunuhan,penzinaan,pewarisan harta tidak selaras dengan pengaruh hukum islam.
Tegasnya ,undang-undang ini Berjaya menjamin keselamatan dan keamanan dalam
Masyarakat Melayu.
RUJUKAN/SUMBER-Modul
Puncak Sejarah Penggal 3 STPM Negeri Melaka 2015
No comments:
Post a Comment