FOKUS STPM 2016-Penentangan Rakyat Myanmar Secara Bersenjata.
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Penentangan rakyat Myanmar
secara bersenjata bermula apabila ahli Thakin mula melakukan gerakan bawah
tanah untuk menentang Jepun. Golongan Thakin mempunyai pasukan gerila
anti-Jepun yang diketuai oleh Thakin Soe.Kumpulan yang berbaik dengan Jepun
juga bersahabat dengan pejuang-pejuang pembebasan bawah tanah.
Perasaan anti-Jepun muncul disebabkan
tindakan politik dan ketenteraan Jepun yang dianggap menghina bangsa Myanmar.
Masalah ekonomi dan kesukaran hidup yang dialami semasa pendudukan Jepun
menambahkan kebencian mereka lalu bangkit menentang Jepun.[1]
Aung San menubuhkan Tentera Kebangsaan
Burma anti-Jepun yang kemudiannya berkembang dan membentuk Liga Pembebasan
Rakyat anti-Fasis untuk menentang Jepun. AFPFL mendapat bantuan luar terutama
dari British.[2]
Dakyah anti-Jepun disebarkan dalam
Tentera Kebangsaan Burma melalui ceramah secara sulit pada tahun 1944 untuk
embangkitkan semangat anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar. Walaupun
pelbagai sekatan dikenakan oleh pentadbiran tentera Jepun. Penentangan ini
bertujuan untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Dalam usaha penentangan ini,
mereka telah memusnahkan kawasan yang dianggap strategik.
Pertubuhan politik secara sulit telah
ditubuhkan seperti Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL) yang akan
menyelaraskan semua gerakan penentangan yang diselenggarakan oleh Tentera
Kebangsaan Burma, Liga Belia Asia Timur, golongan sosialis dan Thakin yang
berideologi kominis termasuk petani dan pekerja. AFPFL mendapat bantuan luar
terutama British. Hubungan sulit diadakan dengan pihak British di India oleh
Thein Pe dan Thakin Tin Shwe.
Tentera Jepun pula telah menubuhkan
pasukan Tentera Kemerdekaan Myanmar (Burma Independence Army) Pasukan ini
diberi senjata dan ada dalam kalangan pemimpin mereka yang menyeludup ke Jepun
bagi mendapatkan latihan tentera. Pasukan ini ditubuhkan hasil daripada pakatan
Aung San dan 13 orang ahli Dobama Asiayone.[3]
Aung San telah memberi sokongan kepada
British dalam usaha menawan semula Myanmar dan menghalau Jepun.Pada 8 Ogos
1945, Jepun telah menyerah kalah. Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan
Karen, Shan, Kachin dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyat
Anti-Fasis daripada pengaruh kominis dalam usaha menyakinkan British bagi
mendapatkan kemerdekaan Myanmar.
Aung San elah membuat perisytiharan
kemerdekaan yang diberi adalah kemerdekaan yang dikawal oleh Jepun. Tentera
Kebangsaan Burma telah mengedarkan berita sulit dengan persetujuan AFPFL untuk
menyediakan kerja-kerja sabotaj terhadap Jepun dan golongan pro-Jepun.
Manifesto 1944 dikeluarkan bertajuk ‘Usir
Keluar Penjajah-Penjajah Fasis Jepun’ yang bertentangan dengan propaganda Jepun
sebelum ini. Pada Mac 1945, Tentera Kebangsaan Burma mula menentang tentera
Jepun. Penentangan ini semakin meluas apabila Liga Belia Asia Timur termasuk
golongan petani dan pekerja turut menyertai perang gerila tersebut.
Semasa serangan pihak Berikat ke atas
Jepun di Myanmar, Tentera Kebangsaan Burma yang diharapkan menentang British
telah menyerang tentera Jepun daripada belakang. Tentera British dan Tentera
Kebangsaan Burma telah bekerjasama di bawah pemerintah tertinggi pihak Berikat,
iaitu Lord Louis Mountbatten untuk menamatkan pendudukan Jepun di Myanmar. Pada
Oktober 1945, Jepun secara rasmi telah menyerah kalah kepada pihak Berikat.[4]
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemas
Kini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,345.
[2]“Perjuangan
Secara Berperlembagaan dan Bersenjata,” dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,137.
[3] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemas
Kini,345.
[4] Ibid,346.
Ayat yang pertama sebenarnya boleh masuk isi..untuk pendahuluan boleh masukkan konsep nasionalisme kemudian kaitkan dengan soalan.. InsyaAllah
ReplyDelete