Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Di Indonesia, Jepun menjalankan
dasar pecah dan perintah. Hal ini kerana strategi berkenaan dapat mengelakkan
pengaruh nasionalisme berlaku dalam kalangan rakyat di negara tersebut.
Kebanyakan pemimpin
nasionalisme seperti Sukarno dan Hatta tidak dibenarkan menyebarkan pengaruh
mereka luar daripada Kepulauan Jawa.
Untuk menyelamatkan empayar Jepun daripada serangan tentera Berikat,
beberapa buah organisasi semitentera dan bersifat tentera penuh telah
ditubuhkan. Seinendan telah ditubuhkan untuk golongan pemuda dan tertumpu
kepada latihan tentera tanpa menggunakan senjata. Manakala Keibodan berfungsi
untuk mengawal tentera dalam negara.
Pertubuhan tentera penuh, iaitu PETA dan
HEIHO yang dianggotai tentera Indonesia ditubuhkan bagi menghadapi dan
mempertahankan Indonesia daripada serangan tentera Berikat.
Kesusahan hidup rakyat,
kekejaman Jepun dan tindakan Jepun untuk menjajah Indonesia menyebabkan muncul
gerakan-gerakan penentangan oleh golongan anti-Jepun.[1]Amir
Sjarifuddin merupakan golongan anti-Jepun yang menerima bantuan daripada
Belanda untuk menentang tentera Jepun. Bagaimana pun beliau telah ditangkap
oleh tentera Jepun.
Golongan mahasiswa pula menyatakan protes
terhadap pemerintahan Jepun. Banyak ahli persatuan ini yang menentang
pendudukan Jepun di Indonesia telah ditangkap. Gerakan Anti-Fasis telah
menjalinkan hubungan dengan nasionalis lain untuk menentang Jepun seperti
nasionalis di Tanah Melayu dan golongan kiri Cina di Sumatera Timur. Selepas kekalahan Jepun, Belanda
kembali ke Indonesia dan disambut dengan semangat penentangan dan peperangan
oleh penduduk Indonesia di bawah pimpinan Sukarno dan ahli nasionalis yang lain
yang menyebabkan pihak Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos
1945.[]
No comments:
Post a Comment