Thursday, September 3, 2015

1.Huraikan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan di Myanmar terhadap kuasa British pada abad ke-19. [20m]

Kebangkitan menentang British di Myanmar didorong oleh kekecewaan penduduk tempatan terhadap penguasaan ekonomi oleh orang asing. Hubungan yang buruk antara raja Myanmar dengan British telah memperluaskan penentangan dalam kalangan penduduk tempatan.

       Ekonomi merupakan sebab pertama yang membangkitkan penentangan masyarakat Myanmar terhadap British.Penduduk tempaan tidak setuju dengan kerajaan Britih yang lebih membantu pihak pemberi pinjaman wang dan tuan tanah, tetapi tidak memberi peluang kepada petani untuk menyelesaikan hutang mereka.

      Ini menyebabkan golongan ceti menguasai tanah milik orang Myanmar. Petani terpaksa berhutang dengan ceti untuk mengusahakan tanah. Kegagalan membayar pinjaman menyebabkan tanah mereka dirampas dan mereka akan menjadi penyewa atau buruh.

      Mereka juga dibebani pelbagai jenis cukai hingga menyebabkan terpaksa meminjam wang. Ini menyebabkan petani bangkit menentang British untuk mendapat semula hak mereka.

      Dari segi politik pula, penjajahan British menyebabkan berlaku perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan terutama institusi beraja kerana telah diubah dan kemudiannya dihapuskan.

      Pembaharuan British bermula dengan sistem kerajaan tempatan melalui Akta Perkampungan Burma 1889. Britih juga mengubah sistem pendidikan tempatan untuk memudahkan kolonialisme berkembang di Myanmar.

      Sebab sosial dan budaya juga turut menjadi sebab kebangkitan menentang penjajah. Contohnya keengganan pegawai British menghormati agama Buddha dan budaya masyarakat tempatan seperti enggan membuka kasut sewaktu memasuki rumah pagoda dan berhala telah membangkitkan kemarahan rakyat Myanmar.Keangkuhan British yang tidak menghormati budaya tempatan telah memburukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.

      Sistem pendidikan Barat mendapat tentangan daripada golongan sami dan guru tradisional yang tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat. Pembukaan sekolah Inggeris  telah melahirkan intelek yang berpendidikan Inggeris. Ini menyebabkan jumlah dan bilangan murid di sekolah Buddha semakin merosot.

      Kesimpulannya pengenalan sistem pentadbiran Barat oleh Britsih mendapat tentangan daripada penduduk peribumi kerana budaya dan amalan agama Buddha mereka tergugat. Keadaan bertambah buruk apabila institusi beraja yang sekian lama diamalkan juga terhakis akibat dasar penjajahan Britsih di Myanmar.




No comments:

Post a Comment