2. TRANSFOMASI MASYARAKAT
2.1
Peluasan kuasa asing di Indonesia dan
Myanmar pada abad ke-19
Oleh-AHMAD
BIN YAAKOB
Hasil
pembelajaran-membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia
dan Myanmar pada abadke-19
Pengertian/konsep.
Perluasan
kuasa asing merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi
perolehan tanah jajahan bagi menguasai
politik dan ekonomike atas negara lain. Menurut George Nadel dan Perry Curtis,
imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melalui campur tangan secara
langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuah kerajaan, bangsa
atau masyarakat ke atas bangsa dan masyarakat yang lain.[1]
Abad
ke-19 merupakan zaman imperialisme Barat terhadap negara-negara Asia Tenggara.
Pada mulanya, peluasan kuasa Barat adalah untuk menguasai kepentingan
perdagangan rempah sahaja tetapi
berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, peluasan kuasa Barat semakin
rancak sehingga berjaya menjajah hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali
Thailand.
Di samping tercetusnya Revolusi
Perindustrian yang menyebabkan peluasan kuasa Barat, terdapat juga
faktor-faktor lain. Indonesia di bawah kuasa Belanda manakala Myanmar di bawah
kuasa British. British juga meluaskan pengaruh dan'kuasanya di Kepulauan
Indonesia terutamanya Pulau ]awa setelah termeterai Surat-surat Kew. Indonesia
dikuasai oleh Belanda melalui perjanjian dan peperangan manakala di Myanmar,
tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar I yang memperlihatkan British berjaya
menguasai Myanmar Hilir melalui Perjanjian Yandabo. Kawasan Pegu dikuasai
selepas Perang Inggeris-Myanmar II dan seluruh Myanmar Hulu jatuh ke tangan
British selepas Raja Thibaw kalah dalam Perang Inggeris-Burma III.
2.1.1 Peluasan Kuasa Asing di Indonesia
a.Faktor-faktor
dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia.
Belanda
mula bertapak di Kepulauan Indonesia selepas peristiwa pembunuhan beramai-ramai
di Ambon pada tahun 1623. Pengaruh Belanda diperkukuhkan melalui peranan Syarikat
Hindia Timur Belanda (V.O.C.). Belanda menubuhkan pusat pentadbirannya di
Betawi.Namun, penguasaan Belanda tertumpu di Pulau Jawa yang kaya dengan tanah
yang subur untuk kegiatan pertanian kopi, padi, dan sebagainya.Belanda
meluaskan kuasanya ke pulau-pulau luar pada pertengahan abad ke-19 atas
sebab-sebab tertentu.Belanda berjaya meluaskan kuasanya ke seluruh Indonesia
pada awal abad ke-20.Selain Belanda, kuasa British juga bertapak di Indonesia
terutamanya di Pulau Jawa.[2]
Peluasan Kuasa British di Indonesia
Faktor Peluasan Kuasa British
I Surat-surat Kew
Negara
Belanda jatuh ke tangan Perancis pada tahun 1795 semasa Perang Napoleon meletus
di Eropah. Raja Belanda, iaitu Raja William V melarikan diri ke Britain.
Raja
Wiliam V menandatangani Surat-surat Kew dengan Britain.Berdasarkan Surat-surat
Kew semua jajahan takluk Belanda di seberang laut akan diserahkan kepada
British buat sementara sehingga tamatnya Perang Napoleon. Usaha ini bertujuan
untuk mengekalkan jajahan takluk Belanda dikuasai oleh Perancis.
Ini bermakna semua pegawai Belanda di seberang
laut mesti menyerahkan jajahan takluk Belanda kepada British. Berikutan daripada
arahan tersebut, Sir Stamford Raffles telah menduduki Pulau
Jawa,Palembang,Makasar,dan kawasan lain di Kepulauan lndonesia.
Ancaman Perancis
Memang
menjadi cita-cita kerajaan British di India untuk menawan Pulau Jawa bagi
menghapuskan kekuasaan dan pengaruhPerancis di Hindia Timur khasnya di Pulau
Jawa.
Jika
British dapat menawan Pulau Jawa, mereka akan dapat menghalang Perancis
daripada menggunakan Jawa sebagai pangkalan untuk menyerang British di India.
British
juga memerlukan sebuah pangkalan di Timur kerana pangkalannya di Pulau Pinang
dan Bangkahulu tidak begitu berkesan.
Cara Peluasan Kuasa British di Indonesia
Amalan dasar liberal
Raffles
dilantik sebagai Leftenan Gabenor Jawa setelah berjaya menduduki Pulau Jawa
pada tahun 1811.Beliau mentadbir Pulau Jawa dengan bantuan Dewan Penasihat yang
dianggotai oleh pegawai-pegawai British dan bekas pegawai Belanda semasa pemerintahan
Marshal Daendels seperti Munthinghe,
Gillespie, Grassen dan Runtingle.
Raffles
mengamalkan dasar liberal terhadap pembesar-pembesar tempatan. Pada tahun 1811,
beliau telah menandatangani perjanjian dengan Susuhunan Surakarta untuk
memulangkan semula wilayah yang dahulunya diambil oleh Daendals (Gabenor Jeneral Hindia
Timur). Sebagai balasan, Susuhunan Surakarta mengakui kedaulatan dan kekuasaan
British.
Melalui peperangan
Pada
tahun 1811, Muthinghe menjalin perjanjian dengan Sultan Hamengkubuwono II
tetapi sultan tidak mematuhi perjanjian tersebut. Sultan Hamengkubuwono II
berusaha memperkukuh tenteranya dan membina kubu pertahanan untuk menentang kekuasaan
British.
Disebabkan
tindakan Sultan Hamengkubuwono berlaku
perang antara pihak Sultan Hamengkubuwono dengan Rafiles. Raffles memperoleh
kemenangan dan berjaya menangkap Sultan Hamengkubuwono.
Sultan
dibuang negeri dan puteranya menaiki takhta Jogjakarta dengan gelaran Sultan
Hamengkubuwono III.Kemenangan Rafiles dalam perang tersebut berjaya mengukuhkan
kekuasaan British terhadap Pulau Jawa.
Pada
tahun 1812, Raffles berjaya mengalahkan Palembang dalam satu peperangan. Palembang
menyerahkan Pulau-pulau Bangka dan Bellinton kepada British. Selain itu, Raffles
juga meluaskan kuasa British ke Madura, Bali, Banjarmasin, dan Borneo Barat.
Bantuan Kepada Pemerintah.
Rakyat Bantam yang diketuai oleh Pangeran
Ahmad bangun menentang Sultan Muhammad kerana tidak bersetuju dengan pelantikan
Sultan Muhammad sebagai raja.
Raffles membantu Sultan Muhammad menghapuskan penentangan
Pangeran Ahmad dan berjaya menangkap Pangeran Ahmad dan beliau dibuang negeri
ke Banda.
Pembukaan Terusan Suez 1869
Perkembangan ini menjadikan Selat Melaka
semakin penting sebagai kerana pulau-pulau dijadikan pelabuhan jalan
perdagangan antara Timur dan Barat.
Keadaan
tersebut membimbangkan Belanda kerana pelabuhan Iuar yang berhampiran dengan
Jawa sesuai menjadi tempat persinggahan oleh mana-mana kuasa Barat.
Perkembangan kegiatan perdagangan
Beberapa
peristiwa yang berlaku di Timur mendorong perkembangan kegiatan perdagangan
antara Timur dengan Barat.
Negara
Cina dipaksa membuka lebih pelabuhannya kepada perdagangan luar selepas
kekalahannya dalam Perang Candu I (1839- 1842).
Jepun
telah menamatkan dasar pemencilannya selepas kejatuhan Shogun Tokugawa dan
bangkitnya Maharaja Meiji dalam Gerakan Pemulihan Meiji. OIeh sebab perkembangan
tersebut jalan Iaut antara Eropah dengan negara Timur jauh melalui Asia
Tenggara menjadi semakin Penting. Oleh itu, pulau-pulau luar yang belum
dikuasai oleh mana-mana kuasa pasti akan meniadi sasaran kuasa Barat lain untuk
dijadikan pangkalan persinggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik di
sepanjang jalan iaitu antara negara Timur Jauh dengan Eropah.
Perubahan dasar kerajaan
Sehingga
pertengahan abad ke- I 9, pengaruh Belanda hanya tertumpu di Pulau Jawa dan
beberapa buah pangkalan seperti Maluku, Palembang dan Makasar. Pengaruh Belanda
ke atas pulau-pulau luar tidak jelas.
Mengikut
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, semua pulau ke selatan Singapura terletak di bawah
pengaruh Belanda.Akantetapi,Belanda tidak meluaskan kuasanya ke pulau-pulau
ini.
Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan di
Pulau Jawa bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kewangan negara Belanda malah
dapatm membangunkan ekonominya.
Golongan
iliberal dan kapitalis Belanda mula mendesak supaya kerajaan Belanda meluaskan
kegiatan pertanian dan perdagangan ke pulau-pulau Iuar. Mereka mendesak supaya
dasar perdagangan bebas diamalkan untuk mengaut lebih keuntungan.
Perluasan
kuasa Belanda ke pulau-pulau luar bermula melalui pelaksanaan Dasar Liberal.
FAKTOR BAGI PERLUASAN KUASA BRITISH DI MYANMAR?
ReplyDeletemana myanmar punya boss>?
ReplyDelete