OLEH-AHMAD BIN
YAAKOB.
3.1.2 Parti politik
dan persatuan di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19.
Sebab penubuhan dan matlamat persatuan dan parti politik
yang mendukung gerakan nasionalisme.
1.Sarekat Islam
Parti Politik dan
Persatuan
Kesan daripada penjajahan British di Myanmar muncul pelbagai persatuan
dan parti politik yang mendukung gerakan nasionalisme. Pada peringkat awal,
persatuan yang wujud tidak berunsur politik, lebih kepada perjuangan ingin
membaiki kehidupan masyarakat peribumi yang tertindas di bawah penjajahan
Barat.
Gerakan nasionalisme mula radikal apabila parti-parti
politik memperjuangkan kemerdekaan mutlak.Di Indonesia, Sarekat Islam dan
Partai Nasional Indonesia penting sebagai penggerak dan pelindung kepada
masyarakat peribumi.[1]
Sarekat Islam
Perniagaan batik dalam kalangan masyarakat tempatan agak
penting di Indonesia. Pada awal abad ke-20, pedagang Cina turut terlibat dalam perniagaan
ini. Mereka membekalkan kain, pewarna, dan lilin kepada pedagang batik di Jawa.
Pedagang tempatan tidak dapat bersaing dengan mereka.
OIeh itu, pedagang tempatan yang beragama Islam telah
bergabung untuk melindungi kepentingan mereka. R.M. Tirtoadisurjo telah menubuhkan
Sarekat Dagang Islam pada tahun 1909.
Agama Islam digunakan sebagai alat penyatuan,
persefahaman, dan persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di fawa. Haji
Samanhoedi menubuhkan cawangan Sarekat Dagang Islam di Bogor pada tahun 1911.
Tujuan asal Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi
kepentingan pedagang batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan
pedagangpedagang batik Cina. Maka, boleh dikatakan bahawa Sarekat Dagang Islam merupakan
pertubuhan batik anti-Cina. Pada tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar
kepada Sarekat Islam. Omar Said Tjokroaminoto menjadi Presiden. Kebanyakan ahli
Sarekat Islam di Borneo dan Sulawesi menganggapnya sebagai langkah pertama
perang jihad Indonesia terhadap orang kafir, iaitu orang Cina dan orang Belanda.[2]
Penubuhan Sarekat
Islam dipengaruhi oleh:
(a) Persaingan daripada pedagang-pedagang Cina dalam
perniagaan batik
(b) Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah mempengaruhi
pemikiran golongan intelektual Islam dalam Sarekat Islam.
(c) Kegiatan penyebaran agama Kristian pada awal abad
ke-20 di Indonesia menuntut penyatuan orang Indonesia di bawah satu pertubuhan
untuk mempertahankan tradisi mereka daripada dicemari oleh agama Kristian.
Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam:
(a) Mengukuhkan agama Islam bagi menyaingi perkembangan
agama Kristian.
(b) Mengembangkan kebudayaan lndonesia.
(c) Memajukan kebajikan masyarakat tempatan khasnya dalam
bidang pendidikan.
(d) Memajukan ekonomi masyarakat tempatan.[3]
Sehingga tahun 1916, Sarekat Islam tidak berunsur politik.
Sarekat Islam lebih memperjuangkan kebajikan masyarakat tempatan dalam aspek
pendidikan, agama, pekerjaan, dan ekonomi. Pada Kongres Nasional tahun 1913,
pemimpinnya, omar said Tjokroaminoto menegaskan bahawa sarekat Islam bukan sebuah
parti Politik dan masih menyokong kerajaan Belanda.
Sarekat Islam menjadi popular sehingga ahli-ahlinya
datang dari segenap lapisan masyarakatlndonesia. Mereka terdiri daripada
golongan ulama, elit, intelektual, peniaga, pelajar, kaum tani, dan buruh.
Sarekat Islam membuka pintunya kepada-semua lapisan masyarakat. Keanggotaan
Sarekat Islam meningkat daripada 12 000 orang pada tahun 1913 menjadi 800 000
orang pada tahun 1916.
selaras dengan matlamat untuk melindungi kepentingan
masyarakat tempatan, Saiekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari
aspek politik, sosial, dan ekonomi kepada kerajaan Belanda.
(a) Tuntutan
politik
(i) Majlis Daerah dibentuk.
(ii) Volksraad diberi kuasa yang lebih luas supaya
menjadi satu badan perwakilan yang mempunyai fungsi legislatif.
(iii) Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, hak mengundi
diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-mallis
lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas.
iv) Pemberian
taraf pemerintahan sendiri kepada Indonesia.
(b) Tuntutan sosial
(i) Undang-undang yang menghalang perkembangan agama
Islam dibatalkan.
(ii) Kiyai dan penghulu diberikan gaji tetap.
(iii) Hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari
kelepasan atau cuti.
(iv) Institusi pendidikan Islam diberi subsidi'
(v) Sistem diskriminasi dalam pendidikan dihapuskan'
(vi) Pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang
berumur 15 tahun ke bawah.
(vii) Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik
taraf menjadi universiti.
(viii) Biasiswa diberikan kepada pelajar Indonesia menuntut
di luar negara.
(c) Tuntutan ekonomi supaya dapat
(i) Memiliknegarakan bidang industri seperti kilang
tekstil, perusahaan kertas, industri besi, pengangkutan dan elektrik.
(ii) Membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali
air'
(iii) Memberi perhatian tentang isu tanah.
Sarekat Islam berkembang dengan cepat dalam kalangan
semua lapisan masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan khasnya di Pulau Jawa mempercayai
telah munculrrya seorang "Ratu Adil" yang dapat menyelamatkan mereka
daripada penindasan dan cengkaman orang kafir.
Sarekat Islam mula merosot pada tahun 1920-an disebabkan
perselisihan antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam
parti sendiri.-Perpecahan ini melemahkan kepimpinan Sarekat Islam. Golongan
konsrvatif telah menyertai Parti Muhammadiyah 1912 dan Nahdatul Ulama 1926.[4]
Selain itu, pengaruh komunisme dalam Sarekat Islam
membawa kepada penubuhan Sarekat Islam Merah di Semarang dan di desa lain.
Kerajaan
Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam yang berjuang menuntut
kemerdekaan mutlak dan menentang kapitalisme. Sarekat Islam dituduh terlibat
dalam beberapa pemberontakan yang berlaku. Omar said Tjokroaminoto ditangkap
dan dipenjarakan. Kegiatan Sarekat Islam semakin lemah selepas selepas
kegagalan pemberontakan Parti Komunis Indonesia pada tahun 1926-1927. Selepas
tahun 1927, Sarekat Islam tidak lagi efektik kerana gerakan nasionalisme
indonesia diambil alih oleh golongan nasionalisme sekular.[5]
[1]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),350.
[2]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,360.
[3]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),351.
[4]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2014) ,330.