Sebelum campur tangan British, sistem ekonomi Tanah
Melayu bersifat sara diri. Tiada penggunaan teknologi moden,tetapi tenaga
ahli-ahli keluarga adalah penting dari peringkat awal hingga ke peringkat
pengeluaran. Rakyat jelata tidak ada dorongan untukmengeluarkan lebihan tanaman
kerana cukai yang selalunya dikenakan adalah tinggi dansistem pemasaran adalah
sesuatu yang mudah. Tanah-tanah boleh diusahakan sesuka hatiatau hanya perlu
meminta kebenaran pembesar kerana tanah dianggap milik raja.
-Kegiatan terpenting ialah pertanian,iaitu tanaman padi.
Di samping itu, terdapat jugakegiatan penternakan, penghasilan barang-barang
kraftangan serta mencari hasil-hasilhutan.
-Sekiranya ada lebihan, aktiviti pertukaran mendapatkan barang-barang keperluan lain yang tidak dapat dihasilkan sendiri boleh dijalankan. Di samping itu, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial yang berlandaskan perdagangan dan perlombongan.
-Sekiranya ada lebihan, aktiviti pertukaran mendapatkan barang-barang keperluan lain yang tidak dapat dihasilkan sendiri boleh dijalankan. Di samping itu, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial yang berlandaskan perdagangan dan perlombongan.
1. Ekonomi Sara Diri
i. Dari aspek pertanian, padi
merupakan tanaman utama. Terdapat dua jenis padi utama.padi
sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah dan rata.
Ia memerlukan air yang banyak. Padi huma atau padi bukit ditanam dikawasan
tanah tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yang banyak.
Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Kedah, Negeri Sembilan , Pahang
dan Kelantan
ii. Sistem pengairan
dapat memajukan sistem penanaman padi pada awal abad ke--19.Terdapat 3 jenis
pengairan yang digunakan iaitu kincir air, terusan dan empangan. Padatahun
1885, terusan Wan Mat Saman sepanjang 32km telah dibina di Kedah
untuk mengairi sawah padi. Padi dari negeri Kedah dan Perlis mendapat
pasaran yang baik di Pulau Pinang. Selain itu, Kedah turut menjalankan
sistem pajak (ampun kurnia) yangdianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari
Pulau Pinang untuk mengusahakankegiatan ekonomi tertentu.
iii. Di negeri Perak,
masyarakat Melayu merupakan masyarakat tani. Tanaman utama yang diusahakan
ialah padi. Selain itu, terdapat juga tanaman seperti kopi,
tembakau, sagu, pisang, jagung, tebu, ubi kayu, lada hitam dan gambir.
Pokok buah-buahan juga ditanam untuk kegunaan sendiri seperti kelapa,
durian, manggis, langsat dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga pokok
pinang, kabung, nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai perniagaan. Jika
berlebihan, ia akan dijual untuk membeli barangan yang tidak mereka hasilkan
seperti pakaian.
iv. Di samping itu,
kegiatan menangkap ikan secara kecil-kecilan penting sebagai matapencarian bagi
penduduk Tanah Melayu yang tinggal berhampiran dengan laut, sungai dan
tasik
v. Kegiatan memburu
binatang juga dijalankan seperti pelanduk, kancil dan ayam hutan.
vi. Ternakan secara
kecil-kecilan seperti lembu, kerbau dan ayam itik dilakukan disamping
kegiatan pertanian.
vii. Selain itu, sistem
kerah yang diwajibkan ke atas rakyat untuk berkhidmat denganpembesar termasuk
raja merupakan ciri penting. Khidmat yang diberikan seperti membuat
jalan,menjaga perahu,jambatan, gajah,menghantar surat dan berita dan
menjagakepentingan pembesar semasa melawat daerah dan sebagainya
viii. Kegiatan
sampingan lain dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional ialah mengutip
hasil hutan seperti damar, rotan, getah perca, pelutung, kayu dan buluh.
Dalam masyarakat Melayu tradisional, kegiatan ini dipanggil “meramu”.
Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi mendapatkan beras, garam
dan kain. Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan
hasil-hasil hutan dijual kepada pedagang-pedagang asing.
ix. Antara kerja-kerja
pertukangan ialah bertukang, bertenun, menganyam kain danmenghasilkan
kraftangan. Kegiatan pertukangan melibatkan pertukangan kayu sepertimembuat
rumah dan sampan serta pertukangan logam seperti membuat alat-alat senjata.Di
samping itu,terdapat juga aktiviti meembuat periuk belanga daripada tanah.
Penduduk di Pantai Timur juga menjalankan aktiviti menenun kain, songket
dan membuat alatpenangkapan ikan terutamanya pada musim tengkujuh
2. Ekonomi Komersial
i. Sebelum campur
tangan British, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan sistemekonomi komersial
berlandaskan perdagangan dan perlombongan
ii. Perdagangan dengan
negara-negara Eropah dijalankan melalui pelabuhan entrepotSingapura dan ke
China
iii. Pertanian dagangan
merupakan kegiatan pertanian yang dijalankan untuk perdagangandi samping
kegunaan harian
iv. Perlombongan bijih
timah telahpun diusahakan oleh orang-orang Melayu (pembesar-pembesar Melayu).
Pengeluaran terhad kerana kaedah yang digunakan ialah mendulang.Dianggarkan
bahawa hanya 500 tan bijih timah setahun diusahakan oleh orang-orangMelayu
hingga pertengahan abad ke-19.
v. Awal abad ke-19,
ladang-ladang gambir yang luas milik kongsi Cina telah dimajukan di Johor,
Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Di Johor,lada hitam dan
gambir diusahakan di antara tahun-tahun 1840-1850-an. Kedua-dua tanaman
ini ditanam di bawah sistem Kangchu. Tanaman ini mendapat pasaran yang
menguntungkan di Singapura dan Eropah
vi. Di Seberang Perai,
buah pala,cengkih dan tebu telah diusahakan oleh saudagar-saudagar Eropah pada
awal abad ke-19.
vii. Ubi kayu ditanam
di Melaka pada pertengahan abad ke-19. Dianggarkan pada tahun1860, terdapat
kira-kira 400 hektar ladang ubi kayu di Melaka.
viii. Terengganu
menjalankan kegiatan perdagangan dengan China menjelang tahun 1830.
Masyarakat Cina Terengganu sudahpun mempun yai seorang kapitan China.
Sultan Omar menggalakkan perdagangan luar yang mengeksport emas, bijih
timah, kopi, pinang, rotan dan damar. Baginda mengarahkan supaya kegiatan
carigali emas di Ulu Nerus dan biji timah di Kemaman dipergiatkan.
Terengganu mengimport barangan seperti candu, barang-barang buatan British
dan barang-barang dari China.
ix. Kelantan pula
terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras,
getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket. Import utamanya ialah
barang-barang kapas dari India dan Britain, sutera mentah dari China, candu,
tembakau dan lain-lain. Pengeluaran emas dikuasai oleh orang-orang Cina.
Kawasan utaman ya ialah di Pulai, Gua Musang. Hasil eksport Kelantan yang
lain seperti kayu-kayan, getah perca, damar ,buluh dan sebagainya.
x. Perlombongan bijih
timah tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Di Perak,
bijih timah di kawasan hilir Perak dan Kinta diusahakan pada abad ke-19 oleh
pelombong cina dari Pulau Pinang, contohnya Kapitan Chong Ah Kwee. Kawasan
Larut menjadi kawasan utama selepas 1840-an
xi. Di Selangor,
kawasan perlombongan Lukut dibuka oleh Raja Busu yang berasal dariKesultanan
Selangor. Ramai saudagar negeri-negeri Selat melabur di Lukut.
Lebih daripada 20000 orang Cina menjalankan aktiviti perlombongan di
Lukut. Kawasan Kelang ialah kurniaan Sultan Muhamad kepada Raja Abdullah.
Ia dieksport ke luar pada tahun 1859
xii. Di Negeri Sembilan
pula, pelombong-pelombong cina telah melombong di Sungai Ujong sejak 1828.
Kawasan ini berkembang pesat pada pertengahan abad ke- 19 di bawah Dato’
Bandar Kulup Tunggal dan Dato’ Kelana. Eksport bijihnya meningkat daripada
7000 pikul pada tahun 1830-an hingga 20000 pikul pada tahun
1855. Kebanyakan bijih dari sini dieksport ke negeri-negeri Selat
terutamanya Melaka
xiii. Lombong-lombong
bijih timah dibuka di Melaka seperti kawasan Durian Tunggal,Air Panas dan
Kesang telah dibuka sekitar tahun 1840-an
xiv. Di Pahang,kegiatan
perlombongan bijih timah diusahakan di Kuantan oleh saudagar-saudagar
negeri-negeri Selat
Kesimpulannya, sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan Barat merupakan sistem ekonomi sara diri dengan tumpuannya ke atas pertanian dan sistem ekonomi komersial yang berat kepada perlombongan dan perdagangan
Tanah Melayu begitu kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankandengan negara-negara Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke- 19 lagi.
Kekayaan hasil bumi ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanam modal dalam perusahaan pertanian dagangan dan perlombongan
No comments:
Post a Comment