Oleh-AHMAD BIN
YAAKOB
Ekonomi Sara Diri
Sistem ekonomi sara diri bermaksud akiviti yang hanya
dilaksanakan untuk menampung keperluan harian. Hasil yang dikeluarkan tidak
bertujuan untuk dijual atau diperdagangkan. Lebihan yang ada akan
diperdagangkan atau ditukarkan dengan keperluan asas yang lain. Kegiatan yang
dilakukan tertumpu kepada pertanian padi, perikanan secara kecil-kecilan,
penternakan, dan pemungutan hasil hutan.
Kegiatan
tersebut tidak memerlukan modal yang besar dan peralatan yang digunakan ialah
peralatan primitif dan digunakan oleh keturunan yang terdahulu.Kegiatan ekonomi
sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan kelebihan
untuk diperdagangkan serta tidak wujud satu pengkhususan kerja yang jelas.
Kegiatan
ekonomi sara diri ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh rakyat Indonesia
sebelum kedatangan Barat.[1]
1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional di Indonesia
1.Pertanian secara sara diri untuk keperluan keluarga.
2.Penggunaan teknologi pertanian secara tradisional.
3.Tanah dikuasai oleh tuan tanah.
4.Kawasan penanaman yang terhad dan menggunakan buruh keluarga.
5.Penggunaan modal yang kecil dan terhad.
6.Aktiviti ekonomi tradisional seperti pertanian
tradisional, ternakan, perikanan, memburu binatang, mencari hasil hutan,
kraftangandan sistem barter.[2]
Pertanian
Kegiatan ekonomi yang utama di Indonesia ialah penanaman
padi. Padi ditanam di sepanjang dataran pantai lanar, Iembah, lembangan, dan
lereng gunung berapi yang diteres.Penanaman padi sawah diusahakan secara giat
di Pulau Jawa dan Madura kerana kesuburan tanah dan terdapat sistem pengairan.
Padi sawah dituai pada bulan April setiap tahun dengan menggunakan kaedah
primitif.
Selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit
juga ditanam oleh masyarakat peribumi Indonesia. Padi ini ditanam di kawasan
Timur Jawa yang lebih kering dan di lereng bukit yang tinggi.Kaedah penanaman
padi bukit ialah sesuatu yang primitif, iaitu tebang dan bakar. Sebelum musim
hujan, petani akan membakar kawasan hutan. Pembakaran hutan akan dilakukan
sebanyak tiga kali untuk memastikan kesuburan tanah. Penanaman padi bukit hanya
akan berlaku selama dua hingga tiga tahun di atas kawasan yang sama. Selepas
itu, petani akan berpindah ke tempat lain dan melakukan kaedah yang sama.
Selain tanaman padi huma, tanaman lain seperti ubi kayu
dan tanaman berasaskan ubi juga ditanam untuk menambahkan hasil keluaran
makanan. Jagung juga penting sebagai bahan makanan dalam ekonomi sara diri Jagung
ditanam di Madura, Jawa Timur, dan Sumatera. Tanaman ini diperkenalkan oleh
Portugis pada abad yang ke-16.
Masyarakat
Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu ditanam di wilayah Cheribon, dataran
Pantai utara, bahagian Tengah Jawa, Jogjakarta
dan Surakarta.
Kelapa terdapat di seluruh pelosok Indonesia. Kelapa
hidup subur di kawasan yang mempunyai suhu tinggi, hujan lebat, dan tanah yang
berlumpur.Masyarakat peribumi Indonesia menanam rempah ratus seperti bunga cengkih,
buah pala, dan kayu cendana. Bunga cengkih banyak ditanam di pulau-pulau Maluku,
buah pala di Pulau Bonda, dan kayu cendana di Pulau Timur.[3]
Perusahaan
Perusahaan batik diusahakan oleh masyarakat peribumi
Indonesia. Perusahaan batik dijalankan secara kecil-kecilan di Jawa Tengah.
Aktiviti ini dilakukan sebelum musim menuai padi dan musim memungut hasil
tanaman.
Masyarakat Jawa
menghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung, kupu-kupu,
buah-buahan dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan daripada
satu generasi kepada generasi yang lain. Biasanya, kemahiran membuat batik akan
diajar oleh ibu kepada anak perempuan mereka.[4]
[1] Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),296.
[2] “Sistem
ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, ,
(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 117.
[3] Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,299
No comments:
Post a Comment