Monday, September 11, 2017

Phibun Songkhran



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Latar Belakang
Major Jeneral Plaek Phibun Songkhram merupakan Perdana Menteri Thailand antara tahun 1938 hingga 1944 dan kemudiannya menjadi diktator ketenteraan pada tahun 1948 hingga 1957.Beliau dilahirkan pada 14 Jutai 1897 di sebuah kampung pertanian. Beliau dinamakan Plaek Khitasangkha. Plaek bermakna aneh kerana beliau mempunyai personaliti yang luar biasa, tidak seperti kanak-kanak lain.
Jeneral Phibun Songkhram mendominasi politik Thailand dalam era meletusnya Revolusi Thai, era 1938 semasa menjadi Perdana Menteri ketiga,era Pendudukan Jepun dan dalam satu rampasan kuasa pada November 1947, beliau telah kembali semula sebagai Perdana Menteri Thailand.
Phibun Songkhram dilihat sebagai pemimpin yang dapat menangani ketidakstabilan politik dan kebangkitan komunis di negara-negara jiran.Beliau telah melaksanakan pembaharuan dari segi politik, sosial dan ekonomi khasnya semasa beliau menjadi Perdana Menteri Thailand yang ketiga.[1]
Program politik
(a) Beliiu telah membawa Thailand menyertai SEATO dan memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dalam Perang Korea untuk menentang kegiatan komunis dunia. Ini menyebabkan Thailand mendapat bantuan yang banyak daripada Amerika Syarikat.
(b) Politik dalam negeri telah dihidupkan semula setelah beliau melawat Amerika Syarikat dan Britain pada tahun 1957. Kegiatan berpolitik telah dimulakan semula yang membawa kepada kemunculan pelbagai parti politik.
(c) Selain itu, Jeneral Phibun Songkhram juga telah membawa gerakan nasionalisme Thailand ke peringkat yang lebih radikal.
(d) Pada tahun 1930-an Phibun Songkhram mula mengamalkan dasar pro-Jepun iaitu semasa Jepun bangkit sebagai kuasa tentera dan kuasa imperialis yang kuat di Asia dan Barat.
(e) Dasar beliau ini bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand kerana pada anggapan beliau Jepun pasti akan menguasai seluruh Asia Tenggara.
(f) Ini merupakan sebab beliau sanggup mewujudkan Pakatan Thai-Jepun pada awal tahun 1940-an. Jepun juga merupakan rakan perdagangan dengan Thailand. Sebelum Perang Dunia Kedua, Jepun merupakan negara pelabur yang kedua terbesar di Thailand.
(g) Sebenarnya Phibun Songkhram pernah meminta bantuan Amerika Syarikat dan Britain untuk mempertahankan kemerdekaan Thailand apabila melihat keganasan Jepun menduduki Kemboja. Beliau bimbang kemaraan Jepun ini di Thailand. Pada ketika itu, Amerika Syarikat dan Britain terpaksa mempertahankan negara mereka masing-masing di samping mengatur strategi menentang Jepun di Filipina, Myanmar dan Tanah Melayu.
(h) Melihatkan keadaan ini, Phibun Songkhram terpaksa mengamalkan dasar luar menggunakan sebarang kesempatan atau pergolakan politik yang membolehkan Thailand berada di pihak yang menguntungkan. justeru itu Phibun telah memihak kepada Jepun.
(i) Kesan daripada dasar pro-Jepun ini, Thailand tetap merdeka, berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara, Thailand tidak di bawah penguasaan Jepun. Selain itu, sebagai membalas jasa Thailand memberi laluan kepada Jepun untuk mara ke Tanah Melayu, Jepun telah mengembalikan semula negeri naungan Thailand iaitu Negeri-negeri Melayu Utara, Laos, dan Kemboja kepada thailand melalui Perjanjian Thai-Jepun pada20 Januari 1943.
(j) Phibun mengambil langkah menghapuskan komunis dengan tidak mengiktiraf Republik Rakyat china dan menghapuskan aktiviti-aktiviti orang Cina di Thailand. Selepas itu, di bawah Un-Thai-Activitites Act ramai orang Cina telah ditangkap.
Program ekonomi
(a) Demi membangunkan ekonomi, Phibun melancarkan satu rancangan ekonomi yang nasionalistik bertujuan untuk menghapuskan Penguasaan orang Eropah dan Cina dalam kegiatan ekonomi.
(b) Padabulan Mac 1939, Kanun Hasil Negara diperkenalkan bertujuan untuk:
(i) Membebaskan kaum tani daripada cengkaman golongan peminjam wang.
(ii) Mengurangkan cukai ke atas petani.
(iii) Mengenakan cukai tinggi ke atas syarikat dan pelabur-pelabur asing.
(c) Subsidi diberikan kepada syarikat swasta Thai.
(d) Kawasan pembalakan yang lebih baik diberikan kepada orang Siam sahaja.
(e) Undang-undang yang diluluskan menetapkan syarikat perkapalan mengupah sekurang-kurangnya 75%  orang Thai. Setiap pelaburan modal mesti meliputi 70% modal Thai.
(f) Demi menggalakkan perkembangan industri moden, kilang dibina di bawah kawalan dan tajaan kerajaan.Kerajaan mula mengambil bahagian yang aktif dalam ekonomi moden.
(g) Bagi menggerakkan bidang perindustrian seterusnya, kerajaan membina sebuah kilang kapas di Bangkok, sebuah kilang gula di Lampang. sebuah kilang mengetin di Pak chang dan sebuah kilang kertas di Kanburi.
(h) program ekonomi Phibun Songkhram agak berjaya kerana pada tahun 1941, orang Thai telah mengambil alih industri tembakau rokok melalui penubuhan Syarikat Monopoli Tembakau Negara.
Program sosial
(a) Selaras dengan nasionalisme kebudayaan, Phibun Songkhram melaksanakan langkah untuk memperkukuh semangat dan cinta akan negara dalam kalangan Penduduk.
(b) Agama Buddha dijadikan satu syarat kenaikan pangkat. Penganutan agama Buddha disamakan dengan semangat patriotik.
(c) I.Nama Siam ditukarkan kepada Thai yang bermakna 'Tanah Bebas' untuk menaikkan semangat dan kebanggaan orang Thai terhadap negara mereka yang bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.
 (d) Mengamalkan dasar anti-Cina dengan menutup akhbar dan sekolah Cina. Orang Cina yang ingin masuk ke Thailand dikehendaki membayar 100 baht sebagai bayaran masuk. Penggunaan bahasa cina sebagai'bahasa pengantar dibatalkan sama sekali. orang Cina dilarang menjawat 26 jenis Pekerjaan.
Program pembangunan politik, ekonomi dan sosial yang diamalkan oleh phibun Songkhram jelas menunjukkan bentuk pemerintahan kediktatoran beliau yang lebih memihak kepada Jepun dan berunsur fasis ala Thai sehingga pemerintahannya sanggup menafikan kepentingan sistem demokrasi.[2]


[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),420
[2]Ibid,421.

No comments:

Post a Comment