oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Golongan pembesar merujuk
kepada sekumpulan pentadbir kerajaan. Pembesar mempunyai peranan dan status
yang istimewa dalam sistem politik masyarakat Melayu.Jawatan pembesar merupakan
jawatan lantikan daripada sultan. Pembesar akan menjadi pentadbir di setiap
daerah atau wilayah. Pembesar akan bertindak sebagai tulang belakang yang
menggerakkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu. Golongan pembesar bukan terdiri
daripada kerabat diraja.Mereka memperoleh hak memerintah di sesebuah daerah
melalui tauliah daripada sultan.Mereka juga mendapat cap mohor daripada sultan
dan memegang jawatan pembesar seumur hidup. Apabila meninggal dunia, jawatan
tersebut akan diambil alih oleh anak lelakinya.
Dalam aspek politik, golongan pembesar
Melayu merupakan orang kanan raja atau sultan bagi setiap negeri Melayu. Sultan
akan melantik pembesar untuk menjalankan tugas pentadbiran.
Golongan pembesar menduduki
hierarki kedua dalam struktur pentadbiran negeri Melayu. Lazimnya terdapat
jawatan pembesar yang dikenali sebagai pembesar empat lipatan.Pembesar akan
menjalankan tugasnya sebagai pentadbir kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan
pembesar akan menjadi penasihat kepada raja dalam hal pemerintahan negeri.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa
golongan pembesar memainkan peranan yang sangat penting dalam urusan kehakiman
dan undang-undang negeri. Pembesar mempunyai tugas untuk menasihati sultan
berkaitan dengan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil.
Pada peringkat daerah, pembesar bertanggungjawab menjadi hakim.Malahan golongan
pembesar akan terlibat secara langsung dalam penggubalan undang-undang negeri.
Golongan pembesar Melayu akan diberikan daerah pentadbiran masing-masing. Tanggungjawab
seorang pembesar sangat besar terhadap daerah jajahannya. Mereka bukan sahaja
memberikan info kepada sultan tentang daerah masing-masing tetapi juga akan
menjaga keamanan,kesejahteraan dan kebajikan semua penduduk dalam daerah
jajahannya.
Pembesar
akan melaporkan kepada sultan berkaitan dengan semua perkara yang berlaku di
daerah jajahannya. Malahan segala amanat daripada sultan akan disampaikan oleh
pembesar kepada anak-anak buahnya dalam daerah jajahannya.Di samping itu,
golongan pembesar juga mempunyai peranan penting dalam hal ehwal istana.mereka
juga menjalankan tugas yang berkaitan
dengan keagamaan dan adat istiadat diraja.Golongan pembesar biasanya akan
mengetuai upacara-upacara adat istiadat istana dan diraja.
Golongan pembesar mempunyai peranan
penting dalam bidang ekonomi sebagai pemungut
cukai bagi pihak sultan.
Pembesar daerah akan memastikan bahawa semua rakyat dalam daerah kekuasaannya
akan membayar cukai kepada sultan. Pembesar ditugaskan memungut cukai keana
sebahagiang daripada pendapatannya
begantung kepada cukai yang dikutip ke atas daerah di bawah jagaannya.
Beliau terpaksa berkongsi pendapatan yang diterima dengan para pengikutnya
untuk mengekalkan sokongan mereka.[1]
Sebarang lebihan yang dapat dikumpulkan atau
dimiliki oleh pembesar itu akan digunakan sebagai pinjaman untuk mengikat lebih
ramai lagi orang supaya berhutang dengannya. Langkah ini boleh menjadikan
pengikutnya bertambah ramai. Pembesar biasanya mengutip cukai ke atas penduduk
di daerah itu berdasarkan hasil bulanan atau
tahunan. Sebahagian daripada hasil kutipan
cukai diserahkan kepada raja sebagai melambangkan pengakuan taat setia kepada raja
yang memerintah.
Pembesar
juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan perniagaan. Ini menyebabkan tedapat dalam
kalangan pembesar yang lebih kaya daripada raja. Contohnya Ngah Ibrahim. Dalam kegiatan
perdagangan luar, pembesar berperanan sebagai perantaraan dengan pedagang yang datang
dari luar. Beliau biasanya menerima ganjaran
daripada pedagang yang datang berniaga kerana sudah menjadi amalan tradisi para
pedagang untuk menghadiahkan sebahagian daripada nilai kargo sebuah kapal sebagai
persembahan kepada raja.[2]
thanks
ReplyDeleteGood information
ReplyDeleteGood info
ReplyDelete