1.1 OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.Konsep Raja.
Perkataan raja merupakan
istilah yang berasal daripada bahasa sanskrit. Institusi beraja bermula seiring
dengan kemasukan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Melayu.Konsep raja dalam
masyarakat Melayu tradisional digubal berasaskan sistem feudal, iaitu raja
menjadi ketua negara yang menduduki peringkat tertinggi dalam hierarki sosial
sesebuah kerajaan atau negara.[1]
Sistem pemerintahan beraja,merupakan satu
sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah
negeri, berkuasa mutlak. Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan
Derhaka.” Selepas kedatangan Islam gelaran raja diganti dengan gelaran sultan,
Baginda mula dianggap sebagai pemimpin dan ketua agama Islam melalui konsep
Amirul Mukminin.[2]
Bagi mengukuhkan kedudukan raja ang luhur
dan suci ini, beberapa aspek khas diamalkan bagi membezakan raja dengan
golongan pemerintah yang lain.Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti
bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang kebesaran.[3]Antara
pemilikan peralatan khas ialah seperti cop mohor, keris, lembing, kendi, ketur
dan sebagainya. Alat muzik Diraja seperti nobat, warna istimewa seperti payung
kuning untuk raja dan payung putih untuk anak raja dan keluarga Diraja. Rakyat
dikehndaki mencurahkan taat setia
terhadap aja mereka yang dianggap sebagai Khalifah Allah dimuka bumi.
Sesiapa yang melangar perintah raja diangap mengingkari perintah Allah SWT.[4]
Peranan Raja.
Dalam masyarakat Melayu
tradisional hubungan antara raja dan
rakyat terjalin berpandukan konsep penaung
dan dinaungi. Dalam hubungan ini raja menjadi penaung kepada rakyat jelata.
Rakyat bergantung kepada kepada raja bukan sahaja untuk memperolehi perlindungan
dari musuh malah memenuhi keperluan dari segi ekonomi.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi negeri
Raja bereperanan sebagai
pemerintah teringgi sesebuah negara atau kerajaan. Baginda bertanggungjawab dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbian
negara.
Raja hanya berkuasa di kawasan
Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa
mutlak.[5]
Ketua undang-undang dan kehakiman
Raja berperanan sebagai
penggubal undang-undang untuk memelihara dan mengekalkan keamanan dalam negeri
serta menjamin ksejahteraan hidup rakyat jelata. Semua rakyat wajib mematuhi mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan
tanpa sebarang persoalan. Raja bertanggungjawab memastikan segala undang-undang
yang digubal ini dikuatkuasakan. Baginda menjadi Ketua Hakim dalam membicarakan
pesalah dan menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh. Baginda juga berhak
untuk memberi pengampunan kepada sesiapa sahaja yang diiginkan.
Raja juga berkuasa melantik para pembesar
negeri untuk membantu baginda dalam menjalankan pemerintahan dan melicinkan
semua urusan pentadbiran negara.[6]
Ketua tentera
Raja bertindak sebagai ketua angkatan
tentera dan mengetuai tentera dalam peperangan dengan negara luar. Raja tidak
mempunyai pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh memanggil rakyatnya untuk
melaksanakan perkhidmatan tentera.
Berkuasa melantik bakal
pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
Oleh sebab sistem penggantian
takhta bercorak warisan , baginda berkuasa melantik bakal pengganti raja dari
kalangan putera-putera banginda.[7]
2.Ekonomi
Raja mempunyai kuasa penuh
dalam bidang ekonomi dengan menguasai semua sumber ekonomi negeri termasuk
pertanian dan perlombongan. Raja bertanggungjawab menentukan sistem pungutan
cukai. Baginda juga bertanggungjawab melantik wakil kerajaan untuk mengurus
khazanah negar dan hasil mahsul kerajaan serta mengendalikan urusan perdagangan
di pelabuhan.
Raja tidak mempunyai tenaga buruhnya
sendiri, tetapi di bawah sistem kerah, baginda boleh mengerah tenaga rakyat
untuk bekerja secara percuma di bawah pengawasan pembesar masing-masing untuk
membuat kerja-kerja seperti membina istana, parit dan tali air.[8]
3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi
dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat
istiadat Melayu.
Selepas kemasukan pengaruh
Islam di alam Melayu, raja beperanan sebagai Ketua Agama Islam. Seiring dengan
ked
[9]“Insitusi Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,3.udukan ini baginda sentiasa dihormati dan disanjung oleh rakyat. Titah
perintah raja tidak boleh dibantah oleh rakyat kerana raja dianggap
sebagai Khalifah Allah di dunia.
[5]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah STPM Pra U, Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,
[6] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3,Edisi Kemaskini (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2014),4.
[7] Ibid,5.
[8] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3,5.
Baginda juga melantik para pemimpin agama untuk membimbing akyat dalam urusan
keagamaan serta memastikan rakyat taat
setia kepada raja yang memerintah.
Khalifah Allah di muka bumi.
Baginga juga menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.[9]
[1] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia
Tenggara (1800-200) Penggal 3, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2013),3.
[2] S,B.Teoh,
Norizan Yusuff, Nurul Huda Md.Yusop, Sejarah STPM Penggal 3, (SAP Publication
(M) SDN. BHD,2014),5.
[3]“Insitusi
Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)2. .
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete