Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
2.1.3 Cara Peluasan Kuasa Asing
di Sabah
Peluasan Kuasa Asing British
dan Amerika Syarikat di Sabah.
Sabah dahulu dikuasai oleh dua
buah kesultanan yang berasingan iaitu:
1.Bahagian barat Sabah terletak
di bawah Kesultanan Brunei.
2.Bahagian timur Sabah dikuasai
oleh Kesultanan Sulu.
FAKTOR CAMPUR TANGAN DI SABAH
1.Pada abad ke-19, banyak kuasa
asing tertarik dengan Borneo Utara kerana kedudukannya yang strategik, iaitu di
tengah jalan perdagangan ke China.
2 Pada tahun 1762, seorang
pegawai British, Alexander Dalrymple berjaya mempengaruhi Sultan Sulu, iaitu Sultan
Muizuddin menandatangani satu perjanjian perdagangan. Pihak British diberi
kebenaran mendirikan sebuah loji perdagangan dan berdagang dalam kawasan taklukan
Sultan Sulu. Sebagai balasan, pihak British hendaklah membantu Sulu sekiranya
diserang dan Sultan Sulu pula hendaklah melindungi pihak British daripada semua
musuhnya.
3 Pada tahun 1846, SHTI berjaya
mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei, iaitu Sultan Abdul Mu'mein dan telah
menjadikannya sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pada tahun 1865, seorang
wakil Amerika Syarikat, Charles Lee Mosestiba di Brunei dan telah memujuk Sultan
Abdul Mu'meinmemajakkan sebahagian daripada jajahan baginda seperti Borneo
Utara dan pulau-pulau Banggi, Balabac, Palawan kepadanya selama 10 tahun.
Sebagai balasan, Moses akan membayar 9 500 pound setahun kepada baginda.
4.Moses kemudiannya pergi ke
Hong Kong dan menjual hak konsesinya kepada seorang pedagang Amerika bernama
William Torrey. Dengan bantuan saudagar Cina di Labuan, Torrey menubuhkan The
American Trading Company.
5.The American Trading Company
menggunakan buruh Cina untuk menanam kopi dan tebu di kawasan Kimanis.
Malangnya, syarikat ini terpaksa menghentikan usaha yang merugikan itu. Setelah
gagal, William Torrey telah menjual konsesi itu kepada Baron Von Overbeck,
iaitu Konsul Austria di Hong Kong
6.Overbeck tidak mempunyai modal
untuk memajukan konsesi itu. Oleh itu, beliau berkongsi dengan seorang saudagar
British yang kaya bernama Alfred Dent.
7. Mereka membuat rancangan
untuk memajukan kawasan yang diperoleh tetapi tempoh konsesi, iaitu selama 10
tahun telah tamat. Kemudiannya, Overbeck dan Dent memperbaharui konsesi ini
dengan Sultan Brunei.[1]
Cara peluasan kuasa British di Sabah
(a) Pada tahun 1877, Overbeck
dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Abdul Mu'mein dan Pangeran
Temenggong.
(b) Oleh sebab sebahagian
daripada wilayah Sabah di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu, Overbeck dan Dent
telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam.
Overbeck dan Dent telah pergi
ke Jolo, ibu kota Sulu untuk membuat perjanjian dengan Sultan Sulu dan
menandatangani perjanjian pada 1878 dengan sultan Sulu.[2]
Kesan-kesan Perjanjian 1877
dan 1878
Melalui perjanjian dengan
Sultan Brunei pada tahun 1877 dan perjanjian dengan Sultan Sulu pada tahun
1878, Syarikat Overbeck dan Dent memperolehi Borneo Utara seluas 28 000 batu
persegi yang meliputi kawasan di antara Teluk Gaya di pantai barat hingga ke
Sungai Sibuku di timur wilayah Kimanis.
Syarikat Overbeck dan Dent membuat
keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British yang membolehkan rakyat
British melabur melalui pembelian saham. Oleh sebab syarikat yang akan dibentuk
itu ialah syarikat British, maka Overbeck yang bukan rakyat British menarik
diri.Alfred Dent membeli semua hak Overbeck dan menubuhkan Persatuan Sementara
Borneo Utara British Berhad. Selepas itu, beliau memohon piagam daripada
kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan syarikat tersebut.
Pada tahun 1881, kerajaan British
meluluskan permohonan Alfred Dent kerana mempunyai kepentingan di Sabah. Pada
tahun 1882, syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan
mengendalikan pentadbiran Sabah.Melalui pemberian Piagam Diraja, British
memperluaskan kuasanya di Sabah di samping menghalang kuasa Barat lain bertapak
di Sabah.
Pada 1 November 1888, British bersetuju
memberi Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
Nama syarikat ini telah ditukar kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara atau
ringkasnya SBBU.[3]
[1]Ong
Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi,
2014),65.
[2]Zainal
Abidin Abdul Wahid, “ Malaysia Warisan dan Perkembangan”, (Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur 1996), 207.
[3]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia
Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, 2013),6.
No comments:
Post a Comment