Sunday, September 10, 2017

Kegiatan Ekonomi Tanah Melayu sebelum kedatangan British

Sebelum campur tangan British, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat sara diri. Tiada penggunaan teknologi moden,tetapi tenaga ahli-ahli keluarga adalah penting dari peringkat awal hingga ke peringkat pengeluaran. Rakyat jelata tidak ada dorongan untukmengeluarkan lebihan tanaman kerana cukai yang selalunya dikenakan adalah tinggi dansistem pemasaran adalah sesuatu yang mudah. Tanah-tanah boleh diusahakan sesuka hatiatau hanya perlu meminta kebenaran pembesar kerana tanah dianggap milik raja. 
-Kegiatan terpenting ialah pertanian,iaitu tanaman padi. Di samping itu, terdapat jugakegiatan penternakan, penghasilan barang-barang kraftangan serta mencari hasil-hasilhutan.
-Sekiranya ada lebihan, aktiviti pertukaran mendapatkan barang-barang keperluan lain yang tidak dapat dihasilkan sendiri boleh dijalankan. Di samping itu, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial yang berlandaskan perdagangan dan perlombongan.
1. Ekonomi Sara Diri
i. Dari aspek pertanian, padi merupakan tanaman utama. Terdapat dua jenis padi utama.padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah dan rata. Ia memerlukan air yang banyak. Padi huma atau padi bukit ditanam dikawasan tanah tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yang banyak. Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Kedah, Negeri Sembilan , Pahang dan Kelantan
ii. Sistem pengairan dapat memajukan sistem penanaman padi pada awal abad ke--19.Terdapat 3 jenis pengairan yang digunakan iaitu kincir air, terusan dan empangan. Padatahun 1885, terusan Wan Mat Saman sepanjang 32km telah dibina di Kedah untuk mengairi sawah padi. Padi dari negeri Kedah dan Perlis mendapat pasaran yang baik di Pulau Pinang. Selain itu, Kedah turut menjalankan sistem pajak (ampun kurnia) yangdianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari Pulau Pinang untuk mengusahakankegiatan ekonomi tertentu.

iii. Di negeri Perak, masyarakat Melayu merupakan masyarakat tani. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi. Selain itu, terdapat juga tanaman seperti kopi, tembakau, sagu, pisang, jagung, tebu, ubi kayu, lada hitam dan gambir. Pokok buah-buahan juga ditanam untuk kegunaan sendiri seperti kelapa, durian, manggis, langsat dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga pokok pinang, kabung, nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai perniagaan. Jika berlebihan, ia akan dijual untuk membeli barangan yang tidak mereka hasilkan seperti pakaian.

iv. Di samping itu, kegiatan menangkap ikan secara kecil-kecilan penting sebagai matapencarian bagi penduduk Tanah Melayu yang tinggal berhampiran dengan laut, sungai dan tasik 

v. Kegiatan memburu binatang juga dijalankan seperti pelanduk, kancil dan ayam hutan.

vi. Ternakan secara kecil-kecilan seperti lembu, kerbau dan ayam itik dilakukan disamping kegiatan pertanian.

vii. Selain itu, sistem kerah yang diwajibkan ke atas rakyat untuk berkhidmat denganpembesar termasuk raja merupakan ciri penting. Khidmat yang diberikan seperti membuat jalan,menjaga perahu,jambatan, gajah,menghantar surat dan berita dan menjagakepentingan pembesar semasa melawat daerah dan sebagainya

viii. Kegiatan sampingan lain dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional ialah mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, getah perca, pelutung, kayu dan buluh. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kegiatan ini dipanggil “meramu”. Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi mendapatkan beras, garam dan kain. Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan hasil-hasil hutan dijual kepada pedagang-pedagang asing.

ix. Antara kerja-kerja pertukangan ialah bertukang, bertenun, menganyam kain danmenghasilkan kraftangan. Kegiatan pertukangan melibatkan pertukangan kayu sepertimembuat rumah dan sampan serta pertukangan logam seperti membuat alat-alat senjata.Di samping itu,terdapat juga aktiviti meembuat periuk belanga daripada tanah. Penduduk di Pantai Timur juga menjalankan aktiviti menenun kain, songket dan membuat alatpenangkapan ikan terutamanya pada musim tengkujuh

2. Ekonomi Komersial

i. Sebelum campur tangan British, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan sistemekonomi komersial berlandaskan perdagangan dan perlombongan 

ii. Perdagangan dengan negara-negara Eropah dijalankan melalui pelabuhan entrepotSingapura dan ke China

iii. Pertanian dagangan merupakan kegiatan pertanian yang dijalankan untuk perdagangandi samping kegunaan harian

iv. Perlombongan bijih timah telahpun diusahakan oleh orang-orang Melayu (pembesar-pembesar Melayu). Pengeluaran terhad kerana kaedah yang digunakan ialah mendulang.Dianggarkan bahawa hanya 500 tan bijih timah setahun diusahakan oleh orang-orangMelayu hingga pertengahan abad ke-19.

v. Awal abad ke-19, ladang-ladang gambir yang luas milik kongsi Cina telah dimajukan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Di Johor,lada hitam dan gambir diusahakan di antara tahun-tahun 1840-1850-an. Kedua-dua tanaman ini ditanam di bawah sistem Kangchu. Tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan di Singapura dan Eropah

vi. Di Seberang Perai, buah pala,cengkih dan tebu telah diusahakan oleh saudagar-saudagar Eropah pada awal abad ke-19.

vii. Ubi kayu ditanam di Melaka pada pertengahan abad ke-19. Dianggarkan pada tahun1860, terdapat kira-kira 400 hektar ladang ubi kayu di Melaka.

viii. Terengganu menjalankan kegiatan perdagangan dengan China menjelang tahun 1830. Masyarakat Cina Terengganu sudahpun mempun yai seorang kapitan China. Sultan Omar menggalakkan perdagangan luar yang mengeksport emas, bijih timah, kopi, pinang, rotan dan damar. Baginda mengarahkan supaya kegiatan carigali emas di Ulu Nerus dan biji timah di Kemaman dipergiatkan. Terengganu mengimport barangan seperti candu, barang-barang buatan British dan barang-barang dari China.

ix. Kelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket. Import utamanya ialah barang-barang kapas dari India dan Britain, sutera mentah dari China, candu, tembakau dan lain-lain. Pengeluaran emas dikuasai oleh orang-orang Cina. Kawasan utaman ya ialah di Pulai, Gua Musang. Hasil eksport Kelantan yang lain seperti kayu-kayan, getah perca, damar ,buluh dan sebagainya.

x. Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Di Perak, bijih timah di kawasan hilir Perak dan Kinta diusahakan pada abad ke-19 oleh pelombong cina dari Pulau Pinang, contohnya Kapitan Chong Ah Kwee. Kawasan Larut menjadi kawasan utama selepas 1840-an

xi. Di Selangor, kawasan perlombongan Lukut dibuka oleh Raja Busu yang berasal dariKesultanan Selangor. Ramai saudagar negeri-negeri Selat melabur di Lukut. Lebih daripada 20000 orang Cina menjalankan aktiviti perlombongan di Lukut. Kawasan Kelang ialah kurniaan Sultan Muhamad kepada Raja Abdullah. Ia dieksport ke luar pada tahun 1859

xii. Di Negeri Sembilan pula, pelombong-pelombong cina telah melombong di Sungai Ujong sejak 1828. Kawasan ini berkembang pesat pada pertengahan abad ke- 19 di bawah Dato’ Bandar Kulup Tunggal dan Dato’ Kelana. Eksport bijihnya meningkat daripada 7000 pikul pada tahun 1830-an hingga 20000 pikul pada tahun 1855. Kebanyakan bijih dari sini dieksport ke negeri-negeri Selat terutamanya Melaka

xiii. Lombong-lombong bijih timah dibuka di Melaka seperti kawasan Durian Tunggal,Air Panas dan Kesang telah dibuka sekitar tahun 1840-an

xiv. Di Pahang,kegiatan perlombongan bijih timah diusahakan di Kuantan oleh saudagar-saudagar negeri-negeri Selat

Kesimpulannya, sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan Barat merupakan sistem ekonomi sara diri dengan tumpuannya ke atas pertanian dan sistem ekonomi komersial yang berat kepada perlombongan dan perdagangan
Tanah Melayu begitu kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankandengan negara-negara Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke- 19 lagi.
Kekayaan hasil bumi ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanam modal dalam perusahaan pertanian dagangan dan perlombongan

SISTEM SOSIAL DI INDONESIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KONSEP SISTEM SOSIAL DI INDONESIA
Negara Indonesia mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Susun lapis masyarakat di Indonesia.
1.Sultan/Raja
2.Kerabat Diraja.
3.Pembesar/Uleebalang/ Golongan Bangsawan/ Ulamak
4.Rakyat.[1]
       Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa.Masyarakat di kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai susun lapis tersendiri tetapi secara keseluruhannya terdapat hierarki atau susun lapis berbentuk piramid.

       Di Jawa Tengah, terdapat dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Lapisan teratas terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan. Golongan diperintah menduduki lapisan bawah yang terdiri daripada rakyat biasa, iaitu petani, pekerja, pedagang, dan hamba.

       Raja dan kerabatnya mentadbir kawasan yang selalunya terdiri daripada kumpulan etnik mereka sendiri. Kerabat diraja membantu raja dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka. Golongan pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Raja dipandang sebagai pusat kosmos.

       Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di kawasan Jawa, Sunda, Sulawesi Selatan, Maluku, dan Kalimantan, susun lapis masyarakat peribumi agak jelas.Golongan pemerintah dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

       Di Jawa, raja, kerabat diraja, dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat disebabkan pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagikan mengikut darjat keturunan yang masingmasing mempunyai status dan prestij sendiri dalam masyarakat.Dalam masyarakat, status Priyayi dianggap lebih tinggi dan dihormati daripada status golongan lain. Priyayi merupakan golongan berkedudukan di Jawa seperti pegawai tinggi dalam kerajaan.

       Rakyat yang kebanyakannya petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah. Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi tunjang kegiatan ekonomi bagi seluruh kawasan. Indonesia merupakan sebuah negara agraria, maka kegiatan pertanian adalah lebih penting berbanding bidang lain.

       Hamba menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan mereka. Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang-piutang.Di Jawa, lapisan masyarakatnya dipisahkan mengikut tahap bahasa yang berbeza, gelaran, dan peraturan perkahwinan.Pada akhir abad ke-19, susun lapis masyarakat di fawa agak kompleks apabila muncul satu golongan pegawai kerajaan dan profesional kesan daripada perkembangan pendidikan. Terdapat keperluan untuk melatih rakyatnya bagi memenuhi bidang perkhidmatan dalam kerajaan dan bidang perdagangan.
Kesimpulan
      Masyarakat peribumi di  Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja lmaharaja mereka.Selepas penjajahan Barat, susun lapis masyarakat  Indonesia mula melalui perubahan. Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati (Indonesia) dan Mandarin (Vietnam) merosot kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan Barat.




[1]“Sistem Sosial”, Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 116 . 

Masyarakat Pelbagai Kaum di Negeri-Negeri Melayu

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB.
1.a) Konsep masyarakat pelbagai kaum.
Masyarakat pelbagai kaum merupakan satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu-padu.[1] Ringkasnya masyarakat pelbagai kaum terdiri daripada beberapa kaum dan tinggal dalam satu negara.[2]

b)Kemunculan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-Negeri Melayu.
Masyarakat Indonesia di Tanah Melayu.
Masyarakat Indonesia yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada komuniti Jawa, Banjar,Bugis  dan Minangkabau. Komuniti Jawa merupakan komuniti terbesar.Akibat rancangan transmigrasi kerajaan Belanda di Indonesia yang bertujuan mengurangkan kepadatan penduduk di Pulau Jawa dan Madura. Orang Jawa berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu.[3]

Faktor-faktor penghijrahan buruh Indonesia
1.Pertambahan penduduk
2.Penindasan kerajaan Belanda.
3.Bebanan cukai.
4.Pembukaan ladang-ladang getah.

Faktor penolak
1.Pertambahan penduduk
Pertumbuhan penduduk yang pesat menjadikan Pulau Jawa sebagai sebuah kawasan yang padat. Akibatnya timbul masalah sosial seperti kemiskinan, penganguran dan kekuarangan tanah untuk kegiatan pertanian. Ini telah menimbulkan kesempitan hidup di pulau tersebut.
2.Penindasan kerajaan Belanda.
Penjajah Belanda mengamalkan dasar yang menindas terhadap penduduk tempatan dengan mengenakan pelbagai jenis cukai seperti cukai tanah, cukai kepala dan cukai perkhidmatan yang membebankan kehidupan rakyat.[4]

Faktor penarik
1.Kestabilan politik
Tanah Melayu menjadi tempat tumpuan utama penghijrah dari Indonesia  kerana kedudukan kedua-dua wilayah yang berjiran.Penghijrahan ini juga didorong oleh wujudnya kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yang pesat.
2.Dasar British
Pentadbiran British di Tanah Melayu memberi kebebasan kepada setiap orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi tanpa mengamalkan dasar penindasan seperti penjajah Belanda di Indonesia. Keadaan ini menarik minat orang Indonesia untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
3.Pembukaan ladang-ladang getah.
Pembukaan ladang getah di Tanah Melayu yang menyediakan banyak peluang pekerjaan mendorong orang Indonesia berhijrah. Mereka bekerja sebagai buruh di ladang getah bersama-sama dengan buruh Indonesia.

      Orang Jawa merupakan kumpulan yang terbesar berhijrah ke Tanah Melayu. Ia diikuti oleh orang Minangkabau, Banjar, Boyan dan Bugis.[5]




[1] Fauziah Shafie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,2000), 255.
[2]“Masyarakat Pelbagai Kaum”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,53 ,  
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Sejarah Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),130
[4]Ruslan

Friday, September 8, 2017

Menyorot Perjanjian Pangkor 1874

Sabtu, 9 September 2017 | 5:58am
 
GAMBAR yang dirakam pada tahun 1875 menunjukkan pentadbir dan pegawai British yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 1874. Sir William Jervois (duduk tengah) merupakan Gabenar Baharu menggantikan Gabenor Clarke. Berdiri dari kiri; Dr. Anderson, Kapten Innes, Mejar F McNair, Lt. Henry Mc Callum, J.W.W. Birch, W. Knaggs (memakai suit terang), Kapten Speedy dan Frank Sweethenham. (Sumber: Akib Negara Malaysia)
Menyorot Perjanjian Pangkor 1874
Oleh Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
bhrencana@bh.com.my         

Dalam suasana kegembiraan kita menyambut Ulang Tahun Ke-60 Hari Kemerdekaan, barangkali satu kewajaran untuk kita menyoroti isu yang dekat dengan maksud Hari Kemerdekaan. Pandangan popular ada mendakwa Kerajaan Melayu mula terjajah apabila doktrin nasihat diperkenalkan seawal Perjanjian Pangkor 1874. Doktrin nasihat bermaksud Raja Melayu dikehendaki mendapatkan nasihat pegawai British dan bertindak di atas nasihat berkenaan.

Justeru, ada pandangan merumuskan implikasi daripada pengenalan doktrin nasihat, kedaulatan Raja-Raja Melayu berubah menjadi satu fiksyen, bersifat budaya yang melambangkan identiti politik semata-mata tanpa kekuasaan sebenar. Neraca yang diguna adalah kedaulatan pada pemikiran Barat, iaitu kuasa agung bersifat mutlak, bebas, merdeka tanpa kawalan pihak yang lebih tinggi daripadanya.

Perbahasan doktrin nasihat dalam rencana ini adalah bersumberkan Fasal 6 Perjanjian Pangkor. Ia menyatakan bahawa Sultan Perak hendaklah menerima seorang Residen British yang nasihatnya hendaklah diminta, dan Sultan perlu bertindak menurut nasihat dalam semua persoalan melainkan perkara menyentuh agama Islam dan adat. Kebenaran dakwaan Fasal 6 Perjanjian Pangkor 1874 melucutkan kedaulatan Sultan Perak dan prinsip yang sama terkesan ke atas Raja-Raja Melayu, perlulah dirujuk pada peruntukan perjanjian antara Kerajaan Melayu Perak dan Kerajaan Melayu dengan Kerajaan British.

Demografi hubungan antara Kerajaan Melayu dengan Kerajaan British ditakrif melalui perjanjian, bukan akibat selepas peperangan. Satu aspek penting yang sehingga kini diabaikan apabila membahaskan implikasi Perjanjian Pangkor, Kerajaan Melayu Perak sudah memiliki perlembagaan, seawal Hukum Kanun Melaka dan diperkukuhkan lagi dengan Undang-Undang 99 Perak.

Perjanjian Pangkor sekiranya diperhatikan secara tersurat pada hakikatnya membuktikan wujudnya perhubungan diplomatik antarabangsa dan pengiktirafan bahawa Sultan Perak adalah seorang pemerintah yang berdaulat. Dari sisi prinsip undang-undang yang sudah mantap, Perjanjian Pangkor tidak boleh mengatasi Perlembagaan Kerajaan Perak sebagai undang-undang tertinggi. Apatah lagi prinsip yang dikembangkan sejak Perjanjian Keamanan Westphalia 1648 tidak membenarkan pencerobohan ke atas kedaulatan negara lain.

Komitmen British lindungi Kerajaan Melayu Perak

Dari sudut objektif Perjanjian Pangkor, ia terkandung dengan jelas seperti berikut:

Keadaan huru-hara dan kacau bilau mengakibatkan keperluan kepada: pertama, sistem politik mantap dalam Kerajaan Melayu Perak. Kedua, kuasa berkesan bagi perlindungan rakyat dan jaminan keberhasilan perusahaan.

Angka besar keturunan Cina dan jumlah pelaburan besar oleh rakyat British juga lain-lain pemastautin wilayah milik Kerajaan British yang terbabit dengan perusahaan perlombongan timah: situasi kawasan lombong dan harta yang tidak dilindungi sepenuhnya, berlakunya aktiviti pelanunan, kes pembunuhan dan jenayah pembakaran secara berleluasa di dalam negeri mengakibatkan kerugian kepada perdagangan dan kepentingan British, begitu juga ancaman kepada keamanan Negeri-Negeri Selat.

Pengakuan sebahagian pembesar yang tidak berupaya lagi untuk menangani masalah semasa dan permintaan bantuan daripada pihak berkepentingan dalam perusahaan di dalam negeri.

Komitmen Kerajaan British dalam perjanjian dimeterai untuk melindungi Kerajaan Melayu Perak dan membantu pemerintah.

Penyataan di atas amat penting dan perlu dilihat dalam konteks konsep dan prinsip pelaksanaan doktrin nasihat dalam Perjanjian Pangkor. Bahkan, sekiranya dilihat daripada tradisi pemerintahan kerajaan Melayu, pemerintahan atas nasihat atau rulers in council bukan baharu. Malah, Islam sendiri menuntut amalan syura dalam pemerintahan negara.

Jelasnya, Perjanjian Pangkor tidak memberi kuasa mutlak kepada Residen British untuk mengenakan paksaan sehingga boleh menghilangkan kedaulatan Sultan Perak atau kerajaan baginda. Ini adalah kerana pengenalan doktrin nasihat bertujuan untuk menguruskan sebab dan objektif yang dinyatakan dengan tersurat, dan ia mendahului semua terma lain dalam Perjanjian Pangkor.

Had bidang nasihat residen

Selain itu, Fasal 6 Perjanjian Pangkor mengehadkan bidang nasihat residen selain daripada perkara yang menyentuh agama Islam dan adat Melayu. Pengecualian itu memberi satu signifikan besar kerana takrifan Islam dan adat Melayu itu amat luas.

Dari sudut lain, suatu nasihat yang dipaksakan demi keselamatan dan keuntungan bersama, tidak wajar ditakrifkan sebagai satu penjajahan walaupun ada unsur indirect rule. Campur tangan British di Perak adalah tertakluk pada Perjanjian Pangkor dan Perjanjian Pangkor itu tertakluk pada Perlembagaan Kerajaan Melayu Perak.

Ringkasnya, walaupun Sultan Perak dikehendaki bertindak atas nasihat residen namun tugas asasi residen adalah untuk memberikan nasihat, bukannya memerintah. Posisi itu adalah dasar British yang dinyatakan dengan jelas kepada residen di Tanah Melayu.

Atas landasan sama, pelaksanaan dasar-dasar British, termasuk 'common law' sewajarnya dibataskan pada sumber kuasanya, iaitu Perjanjian Pangkor. Akhirnya, konsep kedaulatan Sultan Perak itu juga hendaklah disoroti menurut kerangka watan, bukanlah prinsip asing seperti ditegaskan dalam keputusan Kes Re: Yap Kwan Seng's Will (1924).

Penulis adalah Ketua Lajnah Kajian Strategik Majlis Ittihad Ummah
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 9 September 2017 | 5:58am

Wednesday, September 6, 2017

3.2 Sistem Ekonomi tradisional dan sara diri di Indonesia pada abad ke-19

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Ekonomi Sara Diri
Sistem ekonomi sara diri bermaksud akiviti yang hanya dilaksanakan untuk menampung keperluan harian. Hasil yang dikeluarkan tidak bertujuan untuk dijual atau diperdagangkan. Lebihan yang ada akan diperdagangkan atau ditukarkan dengan keperluan asas yang lain. Kegiatan yang dilakukan tertumpu kepada pertanian padi, perikanan secara kecil-kecilan, penternakan, dan pemungutan hasil hutan.

       Kegiatan tersebut tidak memerlukan modal yang besar dan peralatan yang digunakan ialah peralatan primitif dan digunakan oleh keturunan yang terdahulu.Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan kelebihan untuk diperdagangkan serta tidak wujud satu pengkhususan kerja yang jelas.

       Kegiatan ekonomi sara diri ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh rakyat Indonesia sebelum kedatangan Barat.[1]
1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional di Indonesia
1.Pertanian secara sara diri untuk keperluan keluarga.
2.Penggunaan teknologi pertanian secara tradisional.
3.Tanah dikuasai oleh tuan tanah.
4.Kawasan penanaman yang terhad  dan menggunakan buruh keluarga.
5.Penggunaan modal yang kecil dan terhad.
6.Aktiviti ekonomi tradisional seperti pertanian tradisional, ternakan, perikanan, memburu binatang, mencari hasil hutan, kraftangandan sistem barter.[2]
Pertanian
Kegiatan ekonomi yang utama di Indonesia ialah penanaman padi. Padi ditanam di sepanjang dataran pantai lanar, Iembah, lembangan, dan lereng gunung berapi yang diteres.Penanaman padi sawah diusahakan secara giat di Pulau Jawa dan Madura kerana kesuburan tanah dan terdapat sistem pengairan. Padi sawah dituai pada bulan April setiap tahun dengan menggunakan kaedah primitif.

Selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga ditanam oleh masyarakat peribumi Indonesia. Padi ini ditanam di kawasan Timur Jawa yang lebih kering dan di lereng bukit yang tinggi.Kaedah penanaman padi bukit ialah sesuatu yang primitif, iaitu tebang dan bakar. Sebelum musim hujan, petani akan membakar kawasan hutan. Pembakaran hutan akan dilakukan sebanyak tiga kali untuk memastikan kesuburan tanah. Penanaman padi bukit hanya akan berlaku selama dua hingga tiga tahun di atas kawasan yang sama. Selepas itu, petani akan berpindah ke tempat lain dan melakukan kaedah yang sama.

Selain tanaman padi huma, tanaman lain seperti ubi kayu dan tanaman berasaskan ubi juga ditanam untuk menambahkan hasil keluaran makanan. Jagung juga penting sebagai bahan makanan dalam ekonomi sara diri Jagung ditanam di Madura, Jawa Timur, dan Sumatera. Tanaman ini diperkenalkan oleh Portugis pada abad yang ke-16.

       Masyarakat Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu ditanam di wilayah Cheribon, dataran Pantai utara, bahagian Tengah Jawa, Jogjakarta  dan Surakarta.
Kelapa terdapat di seluruh pelosok Indonesia. Kelapa hidup subur di kawasan yang mempunyai suhu tinggi, hujan lebat, dan tanah yang berlumpur.Masyarakat peribumi Indonesia menanam rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pala, dan kayu cendana. Bunga cengkih banyak ditanam di pulau-pulau Maluku, buah pala di Pulau Bonda, dan kayu cendana di Pulau Timur.[3]
 Perusahaan
Perusahaan batik diusahakan oleh masyarakat peribumi Indonesia. Perusahaan batik dijalankan secara kecil-kecilan di Jawa Tengah. Aktiviti ini dilakukan sebelum musim menuai padi dan musim memungut hasil tanaman.
      Masyarakat Jawa menghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung, kupu-kupu, buah-buahan dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Biasanya, kemahiran membuat batik akan diajar oleh ibu kepada anak perempuan mereka.[4]




[1] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),296.  
[2] “Sistem ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 117.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,299
[4] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),293.

Ekonomi Komersial di Vietnam abad ke-19

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pertanian
Vietnam merupakan antara pengeluar utama beras dunia. Kawasan pengeluaran padi yang utama ialah Lembah Song-koi (Sungai Merah) di bahagian utara dan Lembah Mekong (Cochin-China).Beras mennrmbang sebanyak 65 peratus dari jumlah nilai eksport negara itu. Padi meliputi lima perenam daripada jumlah kawasan pertanian. Pengeluaran beras dari Vietnam bertambah lima kali ganda antara tahun 1870 dan tahun 1930.[1]
Perusahaan
Masyarakat kampung Vietnam melibatkan diri dalam perusahaan seperti membuat tembikar, tenunan, menganyam, dan bertukang.Biasanya, mereka akan merahsiakan tradisi perusahaan dan kemahiran mereka. Satu cara untuk mencapai hasrat ini ialah melarang kaum wanitanya daripada berkahwin dengan lelaki dari kampung lain. Mereka tidak akan mengajar kemahiran tersebut kepada orang luar.

       Masyarakat kampung lebih suka melakukan perusahaan pertukangan kerana mendapat lebih pengiktirafan berbanding dengan pekerjaan bercucuk tanam. Ini kerana mereka akan dikecualikan daripada sistem kerahan dan pembayaran cukai. Walau bagaimanapun, mereka perlu menyerahkan hasil pertukangan mereka kepada maharaja sebagai ganti pembayaran cukai.[2]
 Perdagangan
Kegiatan perdagangan amat terhad dan hanya berlaku di kawasan daratan dan bukit di pedalaman. Kegiatan perdagangan dijalankan sebagai tukaran untuk barangan lain. Kayu dan buluh diperdagangkan untuk mendapatkan barangan seperti kicap ikan, ikan kering, garam, dan kapur.Hubungan perdagangan antara Vietnam dan negara luar juga terhad. Perdagangan biasanya dijalankan dengan negara Siam dan China.

Buktinya, pedagang asing yang dibenarkan berniaga di pelabuhan Vietnam hanyalah tongkang-tongkang dari negara China dan Siam. Barang dagangan antara negara Siam dan Annam ialah hasil pengeluaran seperti rempah, besi, lada, gula, dan beberapa barangan mewah. Pedagang-pedagang dari China pula mendapatkan bahan galian seperti perak

       Perniagaan arak juga dijalankan oleh masyarakat yang melibatkan diri dalam penanaman padi. Arak ialah hasil sampingan yang utama daripada beras. Penyulingan arak atau air tapai telah lama diusahakan di kampungkampung Vietnam. Wujud juga pengkhususan dalam membuat arak daripada beras.

Perlombongan
Aktiviti perlombongan juga diusahakan oleh masyarakat Vietnam. Hasil perlombongan utama ialah arang batu. Longgokan arang batu terdapat di Quang Yen.[3]
Perikanan
Perusahaan perikanan dijalankan di Tasik Tonle Sap. Ikan-ikan yang diperoleh akan dikeringkan, disalai, atau dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar ke Dataran Mekong melalui jalan Snoc Thou atau dataran lumpur dengan menggunakan perahu.
Ekonomi Komersial
Pertanian
Vietnam merupakan antara pengeluar utama beras dunia. Kawasan pengeluaran padi yang utama ialah Lembah Song-koi (Sungai Merah) di bahagian utara dan Lembah Mekong (Cochin-China).Beras mennrmbang sebanyak 65 peratus dari jumlah nilai eksport negara itu. Padi meliputi lima perenam daripada jumlah kawasan pertanian. Pengeluaran beras dari Vietnam bertambah lima kali ganda antara tahun 1870 dan tahun 1930.
Perusahaan
Masyarakat kampung Vietnam melibatkan diri dalam perusahaan seperti membuat tembikar, tenunan, menganyam, dan bertukang.Biasanya, mereka akan merahsiakan tradisi perusahaan dan kemahiran mereka. Satu cara untuk mencapai hasrat ini ialah melarang kaum wanitanya daripada berkahwin dengan lelaki dari kampung lain. Mereka tidak akan mengajar kemahiran tersebut kepada orang luar.

       Masyarakat kampung lebih suka melakukan perusahaan pertukangan kerana mendapat lebih pengiktirafan berbanding dengan pekerjaan bercucuk tanam. Ini kerana mereka akan dikecualikan daripada sistem kerahan dan pembayaran cukai. Walau bagaimanapun, mereka perlu menyerahkan hasil pertukangan mereka kepada maharaja sebagai ganti pembayaran cukai.
 Perdagangan
Kegiatan perdagangan amat terhad dan hanya berlaku di kawasan daratan dan bukit di pedalaman. Kegiatan perdagangan dijalankan sebagai tukaran untuk barangan lain. Kayu dan buluh diperdagangkan untuk mendapatkan barangan seperti kicap ikan, ikan kering, garam, dan kapur.Hubungan perdagangan antara Vietnam dan negara luar juga terhad. Perdagangan biasanya dijalankan dengan negara Siam dan China.

Buktinya, pedagang asing yang dibenarkan berniaga di pelabuhan Vietnam hanyalah tongkang-tongkang dari negara China dan Siam. Barang dagangan antara negara Siam dan Annam ialah hasil pengeluaran seperti rempah, besi, lada, gula, dan beberapa barangan mewah. Pedagang-pedagang dari China pula mendapatkan bahan galian seperti perak

       Perniagaan arak juga dijalankan oleh masyarakat yang melibatkan diri dalam penanaman padi. Arak ialah hasil sampingan yang utama daripada beras. Penyulingan arak atau air tapai telah lama diusahakan di kampungkampung Vietnam. Wujud juga pengkhususan dalam membuat arak daripada beras.

Perlombongan
Aktiviti perlombongan juga diusahakan oleh masyarakat Vietnam. Hasil perlombongan utama ialah arang batu. Longgokan arang batu terdapat di Quang Yen.
Perikanan
Perusahaan perikanan dijalankan di Tasik Tonle Sap. Ikan-ikan yang diperoleh akan dikeringkan, disalai, atau dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar ke Dataran Mekong melalui jalan Snoc Thou atau dataran lumpur dengan menggunakan perahu.


[1] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),297.
[2] Ibid,298
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),296.

2. TRANSFOMASI MASYARAKAT

2.1 Peluasan kuasa asing di Indonesia dan  Myanmar pada abad ke-19
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar pada abadke-19
Pengertian/konsep.
Perluasan kuasa asing merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan  bagi menguasai politik dan ekonomike atas negara lain. Menurut George Nadel dan Perry Curtis, imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melalui campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa dan masyarakat yang lain.[1] 
Abad ke-19 merupakan zaman imperialisme Barat terhadap negara-negara Asia Tenggara. Pada mulanya, peluasan kuasa Barat adalah untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja tetapi   berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, peluasan kuasa Barat semakin rancak sehingga berjaya menjajah hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Thailand.

a.Faktor-faktor peluasan kuasa asing.
1.Perlumbaan kuasa-kuasa asing untuk mendapatkan tanah jajahan.
2.Ketenteraan dan teknologi persenjataan.
3.Revolusi perindustrian di Eropah.
4.Sumber bahan mentah yang banyak di Asia Tenggara.
5.Mencari negara pasaran.
6.Menyebarkan agama.
7.Pembukaan Terusan Suez.
8.Beban orang putih.[2]




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,294.. 
[2] “Perluasan Kuasa Asing ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 120 .