Tuesday, July 17, 2018

Prinsip Umum Undang-Undang 99 Perak

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu tradisional.Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900 apabila digantikan dengan undang-undang lain, iaitu bab Federated Malay States (FMS) 197.

Para pengkaji sejarah bersetuju bahawa Undang-undang 99 Perak bukanlah undang-undang yang digubal dan berasal dari Perak tetapi dibawa dari luar. Dipercayai bahawa undang-undang tersebut dibawa oleh Syed Hassan dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin marhumTiurah Abang (1577 - 1584) dan Tuan Syed Abdul Majid sebagai menterinya. Teks Undang-undang 99 Perak disalin semula oleh Syed Jaafar  bin Syed Unus dengan membuat perubahan bersesuaian dengan masyarakat Perak.

Undang-undang 99 Perak memperlihatkan format undang-undang yang tersusun dalam bentuk soalan dan jawapan antara Raja Nasruan Adil dengan menterinya, Khoja Berza Amir Makim. Terdapat ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa, dan kompromi dalam Undang-undang 99 Perak.

Undang-undang Perak dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang dalam pelbagai aspek.Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah mempunyai sistem kehakiman berkaitan dengan kes-kes yang biasa berlaku dalam masyarakat pada zaman tradisional. Oleh demikian, Undang-undang 99 Perak dapat dijadikan bukti gambaran masyarakat Melayu tradisional dan tamadun Melayu di Perak.[1]

Prinsip-prinsip umum
(a) Penzinaan
(i) Fasal 6
Hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang.
Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang daripada mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia hanya dikehendaki membayar denda (emas)' Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi dia akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
(ii) Fasal 50
Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina.
Fasal 50 adalah tentang penzinaan jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar, denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan.
(b) Perkahwinan
(i) Fasal 65
Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkanbersama  selama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing.
(c) Pembunuhan
(i) Fasal 23
Hukum membunuh - pembunuhan sesama orang Islam.
Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang
membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
(ii) Fasal 4
Hukum membunuh - orang kafir membunuh orang Islam.
Fasal 4 memperuntukkan seorang kafir membunuh seorang Islam. Orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibunuh balas kerana jika kafir ini dibunuh balas, tiada peluang bagi kafir tersebut memeluk Islam. Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga simati.[2]
(d) Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar
(i) Fasal 24
Protokol istana
Di bawah Fasal 24, seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau Pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau Pembesar.
(ii) Fasal 77
Peraturan raja
Fasal 77 menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah di negeri tersebut mangkat,maka takhta pemerintahantersebut akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua umurnya' Jika tiada'
maka anak raja yang umurnya paling kecil akan mewarisi takhta.
raja tersebut. Berdasarkan undang-undang tersebut, syarat utama bagi anak raja untuk mewarisi takhta pemerintahan ialah anak raja tersebut mesti anak gahara, iaitu anak yang dilahirkan oleh
raja dan permaisurinya daripada golongan diraja.
Peperangan
(i) Fasal 74
Fasal 74 menyatakan sekiranya sesebuah negeri ingin berperang dengan negeri lain, strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal fikiran,
mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang
pemimpin yang mendapat sokongan ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang.
Pembahagian harta
(i) Fasal 33
Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta simati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pingganmangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah
padi, atau lombong diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut: anak lelaki mendapat bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan
dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain.
Hal ehwal di kampung
(i) Fasal 2l
Fasal 21 mengatakan jika penduduk kampung mendakwa penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan, iaitu kesalahan dari segi perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak
boleh dijatuhkan hukuman dari segi denda. jika orang itu melakukan kesalahan buat kali kedua, baharulah pesalah itu boleh diambil tindakan yang sesuai.
Orang dagang
(i) Fasal 51
Fasal 51 menyatakan sekiranya orang dagang masuk ke dalam kampung dan meminta kebenaran untuk bermalam tetapi tidak dibenarkan atau dibenarkan bermalam tetapi hanya diberi makanan cukup hingga satu kali pada satu malam, mereka dianggap bersalah.
Hal ehwal agarma
(i) Fasal 58
Di bawah Fasal 58 syarat menjadi imam atau khatib ialah
mempunyai sifat mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah-payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang awal masuk ke masjid pada hari ]umaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.
Hakim/ Kadi
(i) Fasal 79
Fasal 79 manyatakan syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat, dan memiliki sifat yang mulia.
(k) Perlembagaan
(i) Fasal 99
Fasal 99 memperuntukkan hubungan antara raja dengan pembesar serta rakyat dan hubungan antara rakyat dengan pembesar.Raja mesti memberitahu semua perkara sama ada baik atau
buruk kepada pembesar-pembesar baginda. Begitu juga dengan pembesar negeri yang mesti memaklumkan segala perkara baik dan buruk kepada raja.
(l) Ternakan / tanaman
(i) Fasal 14
Ternakan Fasal 14 mengatakan jika binatang itu dicederakan oleh orang lain  hukumannya ialah orang yang mencederakan binatang itu perlu membayar separuh harga binatang tersebut kepada tuan punya binatang tersebut. Jika seseorang itu memelihara binatang yang haram dan binatang itu mencederakan orang lain, hukumannya ialah binatang itu akan dibuang dan tuan binatang tersebut perlu membayar sepaha emas kepada orang yang dicederakan oleh binatangnya. Jika orang yang dicederakan oleh binatang tersebut mati, maka binatang tersebut perlu dipulangkan kepada waris simati dan tuan punya binatang tersebut perlu membayar denda sebanyak setahil sepaha emas. |ika binatang yang haram mencederakan orang lain dan orang tersebut meninggal dunia, maka tuan punya binatang tersebut hanya perlu membayar denda sebanyak sepaha emas sahaja.
(ii) Fasal 15
Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman dimusnahkan oleh seseorang dan tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi, walaupun tuan punya tanaman itu tidak meminta sebarang pampasan, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar separuh harga tanaman itu dan denda sebanyak sepaha emas. Tetapi, jika tanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut masih berguna, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar harga tanaman tersebut dan denda sebanyak sepaha emas.[3]




[1] Ong Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2013),20.
[2]Ibid,21.
[3]Ibid,23.

No comments:

Post a Comment