Tuesday, July 17, 2018

Peranan pembesar

oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Golongan pembesar merujuk kepada sekumpulan pentadbir kerajaan. Pembesar mempunyai peranan dan status yang istimewa dalam sistem politik masyarakat Melayu.Jawatan pembesar merupakan jawatan lantikan daripada sultan. Pembesar akan menjadi pentadbir di setiap daerah atau wilayah. Pembesar akan bertindak sebagai tulang belakang yang menggerakkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu. Golongan pembesar bukan terdiri daripada kerabat diraja.Mereka memperoleh hak memerintah di sesebuah daerah melalui tauliah daripada sultan.Mereka juga mendapat cap mohor daripada sultan dan memegang jawatan pembesar seumur hidup. Apabila meninggal dunia, jawatan tersebut akan diambil alih oleh anak lelakinya.

     Dalam aspek politik, golongan pembesar Melayu merupakan orang kanan raja atau sultan bagi setiap negeri Melayu. Sultan akan melantik pembesar untuk menjalankan tugas pentadbiran.
Golongan pembesar menduduki hierarki kedua dalam struktur pentadbiran negeri Melayu. Lazimnya terdapat jawatan pembesar yang dikenali sebagai pembesar empat lipatan.Pembesar akan menjalankan tugasnya sebagai pentadbir kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan pembesar akan menjadi penasihat kepada raja dalam hal pemerintahan negeri.

      Tidak dapat dinafikan juga bahawa golongan pembesar memainkan peranan yang sangat penting dalam urusan kehakiman dan undang-undang negeri. Pembesar mempunyai tugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil. Pada peringkat daerah, pembesar bertanggungjawab menjadi hakim.Malahan golongan pembesar akan terlibat secara langsung dalam penggubalan undang-undang negeri. Golongan pembesar Melayu akan diberikan daerah pentadbiran masing-masing. Tanggungjawab seorang pembesar sangat besar terhadap daerah jajahannya. Mereka bukan sahaja memberikan info kepada sultan tentang daerah masing-masing tetapi juga akan menjaga keamanan,kesejahteraan dan kebajikan semua penduduk dalam daerah jajahannya.

      Pembesar akan melaporkan kepada sultan berkaitan dengan semua perkara yang berlaku di daerah jajahannya. Malahan segala amanat daripada sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada anak-anak buahnya dalam daerah jajahannya.Di samping itu, golongan pembesar juga mempunyai peranan penting dalam hal ehwal istana.mereka juga menjalankan tugas  yang berkaitan dengan keagamaan dan adat istiadat diraja.Golongan pembesar biasanya akan mengetuai upacara-upacara adat istiadat istana dan diraja.

      Golongan pembesar mempunyai peranan penting dalam bidang ekonomi sebagai pemungut
cukai bagi pihak sultan. Pembesar daerah akan memastikan bahawa semua rakyat dalam daerah kekuasaannya akan membayar cukai kepada sultan. Pembesar ditugaskan memungut cukai keana sebahagiang daripada pendapatannya  begantung kepada cukai yang dikutip ke atas daerah di bawah jagaannya. Beliau terpaksa berkongsi pendapatan yang diterima dengan para pengikutnya untuk mengekalkan sokongan mereka.[1]

      Sebarang lebihan yang dapat dikumpulkan atau dimiliki oleh pembesar itu akan digunakan sebagai pinjaman untuk mengikat lebih ramai lagi orang supaya berhutang dengannya. Langkah ini boleh menjadikan pengikutnya bertambah ramai. Pembesar biasanya mengutip cukai ke atas penduduk di daerah itu berdasarkan  hasil bulanan atau tahunan.  Sebahagian daripada hasil kutipan cukai diserahkan kepada raja sebagai melambangkan pengakuan taat setia kepada raja yang memerintah.

      Pembesar juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan perniagaan. Ini menyebabkan tedapat dalam kalangan pembesar yang lebih kaya daripada raja. Contohnya Ngah Ibrahim. Dalam kegiatan perdagangan luar, pembesar berperanan sebagai perantaraan dengan pedagang yang datang dari luar. Beliau biasanya  menerima ganjaran daripada pedagang yang datang berniaga kerana sudah menjadi amalan tradisi para pedagang untuk menghadiahkan sebahagian daripada nilai kargo sebuah kapal sebagai persembahan kepada raja.[2]




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000 ),10.
[2] Ibid,10.

No comments:

Post a Comment