Sunday, July 22, 2018

FAKTOR CAMPUR TANGAN KUASA ASING DI SARAWAK

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Penentangan di Sarawak 1836 - l84l
Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya kerajaan Brunei tidak campur tangan langsung dalam pentadbiran Sarawak. Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja.Bagi memudahkan kerajaan Brunei menguasai ekonomi Sarawah khasnya pengeluaran antimoni dan emas, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Indera Mahkota (seorang bangsawan Brunei  sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.[1]

Pangeran Indera Mahkota mentadbir Sarawak.
      Perlantikan Pangeran Indera Mahkota tidak digemari oleh pembesar Melayu tempatan. Perlantikan ini akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka. Dengan membina pusat pentadbiran di Kuching Pangeran Indera Mahkotamengambil alih semua tugas dan tanggungjawab pentadbiran dan punca kekuasaan daripada pembesar Melayu tempatan.[2]Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimoni yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu.

      Beliau juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas orang Melayu. Membeli hasil orang Melayu dengan harga yang rendah.Menindas orang Bidayuh sebagai buruh paksa di lombonglombong antimoni miliknya.Sekiranya orang Bidayuh gagal menjelaskan hutang, anak isteri mereka akan dijadikan hamba abdi. Penduduk Sarawak dipaksa membeli barang daripada Pangeran Indera Mahkota dengan harga yang tinggi.

Akibat penindasan ini, orang Biilayuh. memulakan penentangan pada tahun 1836. Penentangan ini disertai oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Datu Patinggi Ali dan orang Dayak. Memandangkan kelemahan Pangeran Indera Mahkota untuk mematahkan penentangan, Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Muda Hashim ke Sarawak.

Pakatan Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke
Pangeran Raja Muda Hashim mengambil keputusan meminta bantuan orang luar.Kebetulan ketika itu James Brooke seorang bekas tentera SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Beliau dihantar oleh Gabenor Singapura untuk memberi sepucuk surat kepada Pangeran Raja Muda Hashim. Pangeran Raja Muda Hashim dengan segera meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching.Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebdgai wakil Sultan Brunei. James Brooke bersetuju dengan tawaran tersebut.[1]

[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,” (Oxford Fajar Sdn. Bhd.,Shah Alam, 2013),58.

No comments:

Post a Comment