Tuesday, July 10, 2018

Pembesar

1.1.1     Menghuraikan konsep, hierarki dan peranan pembesar pada abad ke-19.
1.a.Konsep pembesar
Merupakan golongan yang membantu raja dalam pentadbiran. Mereka terdiri daripada golonga bangsawan dan golongan yang dilantik oleh raja. Umumnya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pembesar berperanan di istana dan di luar istana

Terdiri dari tiga golongan iaitu pembesar peringkat negeri, daerah dan kampung.
Mengunakan gelaran tertentu mengikut negeri.
Menyandang gelaran secara keturunan.
Mempunyai beberapa keistimewaan dan mempunyai cop mohor masing-masing.

b.Hierarki dan peranan.
1.Peringkat negeri
Merupakan pembesar tertinggi dan berpengaruh.
Terdiri daripada Pembesar Berempat.
2.Peringkat daerah
Menjaga dan mengekalkan keamanan di kawasan pentadbiran.
Mempunyai capmohor sendiri
Membekalkan tenaga tentera dan buruh jika dikehendaki oleh raja.
Mengutip cukai.
Mengadap sultan dan istiadat menjunjung duli pada hari raya puasa yang pertama.
3.Peringkat kampung.
Memastikan rakyat taat setia kepada sultan/raja.
Menjadi perantara antara pembesar daerah dengan rakyat di kampung.
Mengutip cukai dan menyerahkan sebahagian cukai kepada pembesar daerah.
Mereka tidak dibayar gaji dan pendapatannya daripada pungutan cukai.[1]


[1]“Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,6.

No comments:

Post a Comment