Sunday, August 17, 2014

Sejauh manakah perkembangan bijih timah dan getah mendorong orang Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke -20?

Pendahuluan
Penghijrahan beramai-ramai orang Cina dan India ke Tanah Melayu berlaku pada pertengahan dan akhir abad ke- 19.
Ini disebabkan perkembangan pesat perusahaan bijih timah dan getah yang memerlukan tenaga buruh yang ramai dan murah.
Namun, penghijrahan ini juga digalakkan oleh faktor-faktor lain selain perkembangan kedua-dua perusahaan tersebut.
Isi-isi penting
Perkembangan perusahaan biiih timah dan getah
Perkembangan perusahaan bijih timah pada pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu menarik minat orang Cina dan India.
Perkembangan perusahaan getah mendorong ramai orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Pada tahun 1931, dianggarkan bahawa 35%  daripada jumlah penduduk Tanah Melayu yang terlibat dalam penanaman getah merupakan orang Cina.
Bagi orang India pula, perkembangan pertanian dagangan, iaitu getah telah menarik minat mereka ke Tanah Melayu.
Penghijrahan mereka berlaku secara beramai-ramai antara tahun 1911 - l92l semasa harga getah melambung tinggi di pasaran dunia. Pada masa itu, bilangan penduduk India di Tanah Melayu bertambah dari 270 000 orang kepada 470 l81 orang.
Keadaan ekonomi dan sosial di negara asal
Orang Cina dan orang India menghadapi kesengsaraan ekonomi dan sosial di negara mereka. Ini memaksa mereka berhijrah mencari rezeki di Tanah Melayu.
Di China, jumlah penduduk telah meningkat tetapi peningkatan ini tidak diimbangi dengan pertambahan dalam kawasan pertanian. Ini menyebabkan berlaku kebuluran dan pengangguran.
Kesempitan hidup bertambah teruk apabila tanaman mereka rosak akibat bencana alam seperti kemarau, banjir dan gempa bumi yang berlaku antara tahun 1826 - 1850.
Keadaan yang sama juga berlaku di India. Kawasan tenah pertanian dan peluang pekerjaan adalah terhad.Ramai Petani kehilangan tanah akibat gagal menjelaskan cukai kerajaan yang
tinggi.
Ketidakstabilan politik di negara asal
Di China, pemberontakan anti-Manchu berlaku terutamanya di wilayah Kwantung dan Kwangsi. Orang Cina benci dengan pemerintah Manchu yang korup dan mengamalkan dasar diskriminasi.
Orang Cina menganggap orang Manchu sebagai pemerintah asing yang mesti digulingkan.
Negara India juga mengalami keadaan politik yang tidak stabil Berlaku pemberontakan menentang kerajaan British di India. Contohnya, Dahagi India pada tahun 1857.
Galakan kerajaan British
Perusahaan bijih timah dan getah mula berkembang dengan pesat.
Terdapat keperluan tenaga buruh yang banyak Kerajaan British menggalakkan penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu bagi tujuan memesatkan lagi ekonomi.
Penutup

Perkembangan pesat perusahaan biiih timah dan getah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment