Kemerosotan kerajaan Golden Horde,
iaitu pemerintahan bangsa Mongol di Rusia sekitar tahun 1480 setelah memerintah
Rusia selama dua setengah abad membawa kepada pembebasan Rusia daripada
cengkaman pertuanan Mongol. Kejayaan ini disebabkan oleh kemunculan Moscow dan
kemelut politik dalam empayar Mongol. Ivan III telah berjaya mendapatkan semula
kota Rusia dalam pertempuran bersama dengan Akhmad Khan dan disatukan di bawah
pemerintahan berpusat. Sejarah juga memperlihatkan pengaruh Byzantine dalam
konteks pemerintahan beraja atau maharaja serta proses pembinaan dan pengukuhan
empayar. Namun keturunan Ivan III atau Ivan The Great berakhir ketika Rusia
berada dalam zaman kekacauan. Seterusnya, seorang bangsawanTsar, Michael
Romanov telah dipilih untuk memerintah Rusia dan bermulalah Dinasti Romanov.
Perwarisan sistem pemerintahan empayar
Byzantine dalam pemerintahan beraja atau maharaja serta proses pembinaan dan
pengukuhan empayar Rusia dapat dilihat dengan penggunaan konsep caesaropapism.
Konsep ini menjelaskan gabungan unsur keagamaan dan politik dalam sistem
pemerintahan. Melalui konsep ini, taat setia politik masyarakat Rusia hendaklah
dihalakan terus kepada pemerintah Rusia yang berpusat di Moscow. Pemerintah Rusia
juga menggunakan gelaran tsar dan sistem pemerintahannya bersifat autokrasi
iaitu, kuasa dipusatkan kepada seorang pemerintatr, tsar danmembentuk kerajaan
pusat.
Seterusnya, pada awal abad ke-16
memperlihatkan Ivan III mengasaskan monarki kebangsaan. Beliau melenyapkan
kekuasaan kerajaan Mongol, menyatukan negeri-negeri yang berpuak-puak dan
menawan bandar penting serta meluaskan daerah kekuasaannya. Ivan IV cucu kepada
Ivan III telah memerintah secara mutlak. Beliau mengisytiharkan kanun undang-undang
baharu, menubuhkan badan perwakilan feudal, Zemskii Sabor di Rusia dan menguasai
Kazan dan Astrakhan untuk melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia.Penguasaan
tersebut merupakan permulaan kuasa Moscow ke arah pembentukan sebuah empayar
Eropah dan penguasaan keagamaan. Setelah itu, pemerintahan Rusia beralih pula
kepada keturunan Romanov. Michael Romanov berjaya memulihkan keamanan dan keselamatan
seluruh Rusia serta berjaya mempertahankan Rusia daripada pencerobohan asing.
Beliau juga turut mengasaskan bandar berkubu dan mendapatkan semula Novgorod dari
Sweden.
Pemerintahan Rusia kemudiannya beralih
kepada Peter The Grest. Era pemerintahannya menyaksikan banyak pembaharuan
dilakukan sehingga Rusia mencapai kemajuan. Peter telah melakukan pembaharuan
dalam bidang politik antaranya ialah menyusun semula sistem pentadbiran Rusi4
menggantikan Duma dan Zemskii Sabor dengan Majlis Senate dan Colleges. Peter
juga memindahkan pusat pentadbiran dari Moscow ke St.Petersburg. Perubahan yang
dilakukan ini berjaya meluaskan kuasa dan menewaskan Turki dan Sweden.
Dalam bidang ekonomi pula Peter telah
menyokong industri pembuatan memperkenalkan pelbagai cukai; antaranya cukai
tidak langsung bagi barangan keperluan harian dan cukai kepala. Dari segi
sosial pula, beliau telah menghantar ramai generasi muda ke Barat untuk
menuntut ilmu dan mempelajari pelbagai bidang. Peter juga menubuhkan sekolah
yang lebih banyak di Rusia dengan memberi penekanan dalam bidang aritmatik geometri
geografi dan pelayaran. Antara sekolah yang didirikan ialah The Navigator School,"Naval
Academy dan Engineering Academy. Peter juga mengubah suai kalendar Rusia dengan
memperkenalkan sistem kalendar ]ulius. Pemerintahan berkuasa mutlak Peter dapat
dilihat melalui pembaratan yang cuba dilakukan.Malah,Peter juga memainkan peranan
penting dalam memperkukuhkan dan meyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks
selain mengukuhkan kekuatan ketenteraanya untuk mempertahankan keselamatan
Rusia yang sering terancam.
Peter juga turut berperanan dalam
perluasan empayar Rusia melalui pengukuhan ketenteraannya. Peter berjaya
menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova.
Menerusi perjanjian Nystadt
Peter berjaya menguasai Livonia Estonia Ingria dan Karelia.
Kejayaannya ielah menyebabkan
Rusia muncul sebagai empayar yang kuat di Eropah pada
abad ke-18.
Seterusnya pada era pemerintahan
Catherine, beliau meneruskan peranan Peter dalam dasar perluasan kuasa dan
wilayah Rusia. Catherine berlaya menguasai wilayah Crimea dari Turki dan
Poland. Catherine juga berperanan dalam menyusun semula pentadbiran di peringkat
daerah dengan melantik gabenor atau naib gabenor, memiliknegarakan harta dan kekayaan
gereja dan memajukan pendidikan di Rusia.
Tsar Alexander I pula kemudiannya
mengambil alih tampuk pemerintahan Rusia dan dasar pemerintahannya lebih
bersifat liberal. Beliau telah melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai
penasihatnya dan mengadakan pilihan raya untuk memilih anggota Duma. Alexander
I turut berperanan untuk membawa pulang 'orang buangan' di Siberia dan membebaskan
tahanan politik, mengharamkan penyeksaan oleh anggota polis terhadap rakyat
Rusia, meluluskan undang-undang pembebasan hamba dan memajukan pendidikan.
Selain itu, beliau juga turut memerintah
secara liberal di Poland dan membenarkan Poland memerintah sendiri. Namun
Alexander I telah menukar dasar pemerintahannya di Rusia dan poland kepada
kuasa mutlak. Alexander I telah mengeluarkan undang-undang untuk menapis buku-buku
sekolah, membatalkan rancangan membebaskan hamba dan memberi kuasa kepada
Gereja ortodoks Rusia dalam bidang pendidikan.
Setelah Alexander I meninggal dunia,
kuasa pemerintahan telah diberikan kepada Nicholas I yang memerintah secara
autokratik dan rakyat Rusia harus menurut segala arahannya. pemerintahan
Nicholas I menyaksikan peranannya dalam menyusun semula polis rahsia khas,
mengenakan tapisan keluar masuk Rusia yang ketat menyekat penulisan berbaur
penentangan dan kecaman terhadap kewibawaannya memantau idea-idea yang dilontarkan
oleh Alexander Pushkin manakala dalam bidang pendidikan, mengehadkan kemasukan
pelajar. Nicholas I juga mengharamkan pengajaran dan pembacaan bidang falsafah
dan sejarah dan mengekalkan kehidupan masyarakat yang bergabung dengan mir.Beliau
turut berperanan dalam mempertahankan dasar perluasan pengaruh dan wilayah Rusia
yang diamalkan tsar-tsar yang terdahulu. Akhirnya, Nicholas I mengubah dasar
pentadbirannya yang menyebabkan berlakunya pemberontakan dalam kalangan
golongan petani yang tidak berpuas hati terhadap layanan buruk yang diberikan
oleh tuan-tuan tanah. Dalam tempoh pemerintahannya, 400 pemberontakan telah
dilancarkan oleh golongan petani.
Rusia seterusnya diperintah
oleh TsarAlexander II yang memperlihatkan peranan dalam beliau melakukan
perubahan dasar pentadbirannya. Alexander II telah mengisytiharkan dikri
pembebasan hamba meluluskan undang-undang pada tahun 1864, iaitu setiap daerah
mempunyai majlis perundangan tempatan atau Majiis Daerah yang dikenali sebagai
Zemstvo'.Beliau juga berperanan dalam perundangan iaitu mengasingkan pentadbiran
hakim dan majistret daripada jabatan kerajaan lain, dan memberi undang-undang
yang sama kepada semua rakyat tanpa mengira taraf sosial serta perbicaraan
diadakan secara terbuka dan sistem perbicaraan yang men8Sunakan juri telah
diperkenalkan. Dalam bidang ketenteraan pula rakyat daripada semua kelas
diwajibkan berkhidmat sebagai anggota pasukan tentera. Malaharu Alexander II
juga memberi kebebasan penerbitan media cetak. Perkembangan ini telah menyebabkan
bilangan akhbar yang diterbitkan meningkat iaitu 16 buah akhbar dan
156 buah majalah bulanan.
Alexander II juga memainkan peranan yang besar dalam pembangunan ekonomi Rusia
dengan menumpukan kepada pembinaan landasan kereta api yang membantu
perkembangan industri.
Nicholas II merupakan pemerintah Rusia
yang terakhir yang memulakan pemerintahannya dengan idea menentang kewujudan
parlimen dan mempertahankan pemerintahan autokratik. Nicholas ll memperlihatian
peranannya apabila beliau menjadi kata pemutus bagi setiap keputusan berkaitan
hal ehwal kerajaan pusat, berkuasa dalam segala hal perundangan, pentadbirarl
ekonomi dan ketenteraaru berhak melantik dan melucutkan jawatan seseorang
menteri dan tidak memberi hak asasi dan kebebasan kepada rakyat Rusia' Beliau
juga melarang kewujudan organisasi berbau keagamaan tanpa kebenaran pihak
pemerintah, mengehadkan kebebasan akhbar dan golongan yahudi.
Semasa pemerintahannya Nicholas II telah
menubuhkan polis rahsia atau okhrana dan bertanggungjawab dalam pembangunan
ekonomi Rusia termasuklah menarik pemodal asing melabur di Rusia dan memberi
keutamaan dalam pembinaan landasan kereta api. Hal ini telah membawa
perkembangan pesat dalam industr ikapas, bulu, arangbatu, besi dan keluli. Demi
memajukan ekonomi Rusia, hanya perkembangan pendidikan teknikal yang diberi keutamaan
namun kesannya kadar celik huruf rakyat meningkat.
Namun, pemerintahan Tsar-tsar daripada
keturunan Dinasti Romanov tidak bertahan lama apabila Nicholas lI mula
menghadapi pemberontakan daripada pelbagai golongan rakyat Rusia selain gerakan
politik baru di Rusia. Nicholas II yang terdesak mengisytiharkan Manifesto
oktober 1905, namun gagal mewujudkan pemerintahan raja berperlembagaan. Kesannya,
Nicholas II turun takhta pada 1917, kerajaan beliau digulingkan dan Dinasti
Romanov yang berkuasa selama 304 tahun berakhir. Pada l7 Mac 1917, Rusia
menjadi sebuah negara republik.
No comments:
Post a Comment