Sunday, September 6, 2015

ANALISIS TAJUK BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
1 Masyarakat
1.1 Institusi pemerintahan.
Membincangkan corak kehidupan tradisional masyarakat peribumi dari segi politik, sosial dan ekonomi.
1.1 Institusi pemerintahan di Vietnam dan Thailand abad ke-19
a)memerihalkan konsep dan peranan raja
1.1.1 Raja di Thailand
4.Bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Thailand pada abad ke-19. STPM 2013
Raja di Vietnam
1.1.2 Pembesar –konsep, hirarki dan peranan pembesar
1.Pembesar di Thailand.
4.      Jelaskan sistem pembesar di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat.  STPM 2014 U
2.Pembesar di Vietnam.

1.2 Sistem sosial di Vietnam dan Indonesia  pada abad ke-19.
Menjelaskan konsep dan suspada abad ke-19.
4.      Bincangkan struktur sosial masyarakat di Vietnam sebelum campur tangan Barat.
2. Sistem sosial di  Indonesia  pada abad ke-19.

1.3 Sistem ekonomi di Vietnamun lapis masyarakat.
1. Sistem sosial di Vietnam    dan Indonesia pada abad ke-19.
1.Menerangkan ciri-ciri ekonomi tradisional Vietnam
4.Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam sebelum berlakunya perluasan kuasa Perancis [20]    STPM 2013.
1.Menerangkan ciri-ciri ekonomi tradisional Indonesia.
                                                                                                                            
2.menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial.
i.menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial di Vietnam.
ii. menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia.

2.Trasfomasi masyarakat.
2.1 Peluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Membincangkan faktor dan cara peluasan kuasa asing.
1.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Indonesia.
2.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Myanmar.
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing di Indonesia dan Myanmar.
Menganalisis sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing.
1.Penentangan terhadap kuasa asing di Indonesia
2.Penentangan terhadap kuasa asing di Myanmar.
Menilai peranan tokoh
1.Diponegoro
2.Thibaw.

2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran,ekonomi dan pendidikan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
1.menghuraikan kesan penjajahan asing terhadap pentadbiran tempatan.
2.membincangkan perkembangan ekonomi.
5.      “Penjajahan Belanda di Indonesia pada abad ke-19 telah mengakibatkan transformasi ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan tersebut.STPM 2014.

3.membincangkan  perkembangan pendidikan
5.Bincangkan perkembangan dasar pendidikan Belanda di Indonesia pada abad ke-19.STPM 2013U.
3.Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
3.1 Gerakan nasionalisme.
3.1.1 Faktor kemunculan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Menganalisis faktor-faktor kemunculan nasionalisme.
1.Pengaruh agama.
2.Peranan bahasa dan kesusasteraan.
3.Pengaruh kewartawanan.
4.Peranan pendidikan.
5.Peranan golongan intelektual.
6.Pengaruh luar.
5.Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di Indonesia pada abadke19. [20]    STPM2013        
3.1.2 Parti politik dan persatuan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Menerangkan sebab penubuhan dan matlamat persatuan dan parti politik yang mendukung gerakan nasionalisme.
1.Sarekat Islam.
2.Parti Nasional Indonesia.
3.Young Men Buddhist Association –YMBA
4.Poor Man’s Party.

3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
3.2.1 Pendudukan Jepun 1941-1945 di Myanmar dan Indonesia abad ke-20.
Menghuraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas pejuang mencapai kemerdekaan.
5. “Pendudukan Jepun dari tahun 1941 sehingga tahun 1945 di Indonesia telah mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia.” Jelaskan.

3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan dan bersenjata di Myanmar dan Indoneia abad ke-20.
1.menilai penentangan terhadapa penjajah secara berperlembagaan.
2.menggalurkan penentangan rakyat secara bersenjata.
3.2.3 Kemerdekaan di Myanmar dan Indonesia abad ke-20.
1.Langkah-langkah mencapai kemerdekaan.

4.Pengisian Kemerdekaan.
4.1 Sistem pemerintahan di Filipina dan Thailand abad ke-20
Menghuraikan bentukpemerintahan
1.Republik.
6.Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-20
2.Raja Berperlembagaan.
3.Demokrasi berparlimen.
4.2 Pembangunan
Menjelaskan dasar-dasar ekonomi negara.
4.2.1 Pembangunan ekonomi di Filipina dan Thailand abad ke-20
Menjelaskan dasar-dasar ekonomi negara.

4.3  Pembinaan negara bangsa
 menerangkan sistem pemerintahan negara bangsa.
4.3.1 Bentuk pemerintahan Filipina dan Thailand pada abad ke-20.
Bentuk pemerintahan  Thailand pada abad ke-20.

6.Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-20

1.Demokrasi
2.Ketenteraan.
4.3.2 Sumbangan  tokoh Filipina dan Thailand pada abad ke-20.
Menilai sumbangan tokoh
1.Macapagal
2.Phipun Songkram.
6.   Nilaikan sumbangan Phibun Songkram terhadap perkembangan nasionalisme di Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1944.

4.4 Perhubungan luar.
4.4.1 Penglibatan dalam organisasi antarabangsa di Filipina dan Thailand abad ke-20
Membincangkan penglibatan negara Thailand dalam organisasi antarabangsa.
6.Nilaikan dasar luar Filipina dari tahun 1945 hingga 1963. [20] STPM 2013
6.   Bincangkan penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua
1.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-PBB
2.South East Asia Treaty Organisation –SEATO

3.Association of South East Asian Nation – ASEAN.

3.NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA.

3.1 GERAKAN NASIONALISME.
3.1.1 Menganalisis Faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19.
Pendahuluan
Akibat daripada kegiatan imperialisme dan kolonialisme Barat di Asia Tenggara, wujudnya penindasan bukan sahaja daripada aspek ekonomi dan sosial, bahkan politik.Kesedaran sosiopolitik yang berlaku di Indonesia dan Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor yang berikut.
Faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19.
(a) Amalan dan dasar penindasan
Amalan yang dilaksanakan oleh kuasa penjajah dalam program kepenjajahannya, sama ada dari segi ekonomi, sosial, dan politik. Penindasan dalam ekonomi merujuk kepada kegiatan membolot hasil-hasil pertanian, perlombongan, dan perusahaan secara berterusan di tanah jajahan.
(i) Indonesia
. Dasar ekonomi berasaskan pertanian'komersial yang sengaja dirancang seperti Sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal (1870), dan Dasar Etika (1901) berbentuk menindas.
. Namun satu elemen penting yang muncul kesan daripada Dasar Etika ialah perhatian dalam
aspek pendidikan oleh Belanda kepada sebilangan penduduk peribumi yang membawa ke arah kesedaran semangat nasionalisme.
(ii) Myanmar
. Meskipun British menjalankan dasar ekonomi 'laissez-faire', namun dasar tersebut juga merupakan satu bentuk penindasan.
. Perusahaan sektor pertanian padi di Myanmar Hilir memerlukan tenaga buruh yang ramai dan British telah menggalakkan kemasukan buruh India untuk mengusahakan sektor tersebut.
. Orang India juga berperanan sebagai ceti kepada petani Myanmar. Penguasaan sektor ekonomi oleh firma asing (Eropah dan China) dalam perusahaan kayu jati, lombong, dan minyak akhirnya menjejaskan ekonomi rakyat Myanmar.
. Wujud ketidakseimbangan antara bandar dengan luar bandar serta jurang sosial antara yang
kaya dengan yang miskin.
(b) Sistem pendidikan Barat
(i) Indonesia
. Sistem pendidikan Barat yang diperkenalkan Belanda pada akhir abad ke-19 dan2O menjadi
salah satu unsur penting yang mempengaruhi kesedaran sosial dan politik di Indonesia.
. Pendidikan Barat menyebabkan anak-anak tempatan terdedah kepada persoalan dan idealisme Barat seperti hak asasi dan kebebasan manusia, kebebasan individu, liberalisme, demokrasi, sosialisme, dan komunisme.
. Mereka telah memimpin pergerakan nasionalisme bercorak sekular. Contohnya Sukarno, Sartono, Mohammad Hatta, dan Sutan Sjahrir.
(ii) Myanmar
. British memperkenalkan sekolah aliran Inggeris di Myanmar. Universiti Rangoon melahirkan ramai nasionalis berpendidikan Barat yang akhirnya memimpin beberapa buah pertubuhan kesedaran nasionalisme.
. Antara nasionalis tersebut ialah U May ong, U Kin, U Ba Pe, dan Sir Maung Gyee-pengasas
YMBA pada tahun 1906.
(c) Elemen agama
Unsur agama adalah penting dalam kesedaran sosial dan politik di Asia Tenggara khususnya di Indonesia dan Myanmar. Kebangkitan kumpulan-kumpulan politik berasaskan agama di kedua-dua buah negara merupakan aspek yang tidak dapat dinafikan oleh sejarah.
(i) Indonesia
. Seramai 90 peratus daripada rakyat Indonesia beragama Islam. Oleh itu, agama dapat menjadi elemen perpaduan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai lapisan dan keturunan.
. Wujud beberapa buah parti politik aliran agama seperti Sarekat Islam, Muhammadiyah, dan
Nahdatul Ulama.
(ii) Myanmar
. Nasionalisme tahap awal di Myanmar bertendensikan golongan agama (sami Buddha) yang
berperanan menegakkan semula tradisi agama Buddha dalam kalangan rakyat Myanmar setelah menerima tekanan Kristianisasi daripada pihak British.
. Muncul pertubuhan seperti Persatuan Sasanadara (1897) dan YMBA.
(d) Elemen penulisan, bahasa, dan perkembangan kesusasteroan
(i) Indonesia
. Aspek ini menjadi alat penyatuan rakyat dan pemupuk semangat setiakawan.
. Bahasa Indonesia menjadi alat komunikasi dan penyatuan bangsa. Malah bahasa dilihat
sebagai senjata yang dapat menjatuhkan penjajah.
. Lahir beberapa orang tokoh bersama karya mereka yang dapat menyemarakkan semangat nasionalisme. Contohnya, Penulisan Seorang Puteri Jawa oleh Raden Adjeng Kartini.
(ii) Myanmar
. Akhbar Thuriya diterbitkan pada tahun 1911 dan Wunthanu pada tahw 1922.
. Menyedarkan masyarakat peribumi tentang dasar penjajah terhadap negara.
(e) Pengaruh luar
(i) Indonesia dan Myanmar
. Gerakan Pemulihan Islam di Mesir, Revolusi Rusia (1917), Revolusi China (1911), Perang
Rusia-Jepun (1905), dan gerakan Mahatma Gandhi di India menyemarakkan semangat nasionalisme di kedua-dua negara.
Kemudahan sistem perhubungan dan media sebaran am
(i) Indonesia dan Myanmar
' Kemudahan ini membantu masyarakat peribumi menyalurkan pergerakan nasionalisme
mereka.
Beberapa kemudahan sistem perhubungan seperti jalan raya, landasan kereta api, alat-alat
sebaran am seperti radio, sistem telegraf, telefon, akhbar, dan majalah telah berperanan sebagai pemangkin perjuangan menuntut kemerdekaan.
Kemudahan tersebut membolehkan masyarakat di pedalaman menerima idea pembaharuan
dengan cepat dan tersebar secara meluas.

Kesimpulannya,gerakan kesedaran sosial dan politik yang membawa kepada gerakan nasionalisme massa di negara-negara Asia Tenggara khususnya di Indonesia dan Myanmar.

. Kemunculan gerakan tersebut berpunca daripada dasar kepenjajahan itu sendiri manakala unsur-unsur luaran boleh disifatkan sebagai unsur sampingan sahaja.

1.Nilaikan peranan Diponegoro dalam Perang Jawa 1825-1830[20m]

1.Nilaikan peranan Diponegoro dalam Perang Jawa 1825-1830[20m]
Pangeran Diponegoro lahir di Yoryakarta, 11 November 1785 - meninggal di Makassar, Sulawesi Selatan, 8 Januari 1855 pada umur 69 tahun.salah seorang pahlawan nasional Republik Indonesia..Putera Hamengkubuwana III dengan gundik., beliau menolak untuk dilantik menjadi raja.Lebih tetarik kepada kehidupan keagamaan dan menjalani kehidupan rakyat jelata dan tinggal di Tegarejo daripada tinggal di Keraton.
Peranan Diponegoro dalam Perang Jawa.
Pembela maruah bangsa
Perang Jawa ialah Perang Putera Pembebas daripada kejahilan pemerintah Belanda.
Tercetus 1825-1830 di Bahagian Tengah Jawa melibatkan golongan bangsawan dan petani yang tertindas.
Pembela nasib penduduk
Membebaskan petani dari penindasan Belanda akibat pembatalan Kontrak sewa Tanah oleh Van Der Capellan 1823.
1.C.P Fetzarald -Dipo Negoro pahlawan Asia Pertama menggunakan taktik perang gerila untuk melawan penjajah.
2.Pelopor gerakan nasionalis awal di Indonesia. Perang  Jawa meletus Julai 1825 di Jogjakarta semasa pentadbiran De Bus de Gisignies.
3.Faktor Perang Jawa
Faktor politik- persoalan takhta kerajaan. Deponegoro putera sulung, adiknya Djarot dilantik sebagai Sultan. Djarot mangkat, Raden Menol dua tahun dilantik menjadi Sultan. Diponegoro sebagai penasihat sahaja.
Ekonomi- rugi pembatalan kontrak sewa tanah
Sosial- tidak diiktiraf sebagai pemimpin agama. /pertahan kesucian agama
Pembinaan jalan raya dari Jogjakarta ke Magelang melalui makam nenek moyangnya.
4.Deponegoro lancar Perang Jihad ke atas Belanda apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya melintasi tanah perkuburan nenek-moyang.
5.Pembunuhan beramai-ramai orang Eropah dan China di Jogjakarta.
6.Dipo Negoro disokong oleh petani Sentot dan Mangkubumi. Sentot ketua tentera.
7. Belanda bertindak balas – Perang Gerila dalam hutan. Belanda turut berperang di Palembang .
8.Taktik De Kock memusnahkan tanaman – pengikut Dipo Negoro kebuluran dan serangan penyakit di hutan.
9.Sentot dan Mangkubumi belot dan menyokong Belanda.
10. Rundingan gagal kerana Belanda enggan iktiraf Dipo Negoro sebagai Sultan Jogjakarta, Putera Pembebas dan Penyelamat Agama.
11.Dipo Negoro ditangkap dan dibuang ke Makasar, meninggal dunia 1855.

Kesimpulannya Konflik nilai Barat dan tempatan. Dipo Negoro berjaya memimpin kebangkitan menentang penjajah untuk memulihkan pemerintahan Islam di Jawa.Belanda tidak sensistif dengan amalan dan kepercayaan tempatan

Thursday, September 3, 2015

1.Huraikan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan di Myanmar terhadap kuasa British pada abad ke-19. [20m]

Kebangkitan menentang British di Myanmar didorong oleh kekecewaan penduduk tempatan terhadap penguasaan ekonomi oleh orang asing. Hubungan yang buruk antara raja Myanmar dengan British telah memperluaskan penentangan dalam kalangan penduduk tempatan.

       Ekonomi merupakan sebab pertama yang membangkitkan penentangan masyarakat Myanmar terhadap British.Penduduk tempaan tidak setuju dengan kerajaan Britih yang lebih membantu pihak pemberi pinjaman wang dan tuan tanah, tetapi tidak memberi peluang kepada petani untuk menyelesaikan hutang mereka.

      Ini menyebabkan golongan ceti menguasai tanah milik orang Myanmar. Petani terpaksa berhutang dengan ceti untuk mengusahakan tanah. Kegagalan membayar pinjaman menyebabkan tanah mereka dirampas dan mereka akan menjadi penyewa atau buruh.

      Mereka juga dibebani pelbagai jenis cukai hingga menyebabkan terpaksa meminjam wang. Ini menyebabkan petani bangkit menentang British untuk mendapat semula hak mereka.

      Dari segi politik pula, penjajahan British menyebabkan berlaku perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan terutama institusi beraja kerana telah diubah dan kemudiannya dihapuskan.

      Pembaharuan British bermula dengan sistem kerajaan tempatan melalui Akta Perkampungan Burma 1889. Britih juga mengubah sistem pendidikan tempatan untuk memudahkan kolonialisme berkembang di Myanmar.

      Sebab sosial dan budaya juga turut menjadi sebab kebangkitan menentang penjajah. Contohnya keengganan pegawai British menghormati agama Buddha dan budaya masyarakat tempatan seperti enggan membuka kasut sewaktu memasuki rumah pagoda dan berhala telah membangkitkan kemarahan rakyat Myanmar.Keangkuhan British yang tidak menghormati budaya tempatan telah memburukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.

      Sistem pendidikan Barat mendapat tentangan daripada golongan sami dan guru tradisional yang tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat. Pembukaan sekolah Inggeris  telah melahirkan intelek yang berpendidikan Inggeris. Ini menyebabkan jumlah dan bilangan murid di sekolah Buddha semakin merosot.

      Kesimpulannya pengenalan sistem pentadbiran Barat oleh Britsih mendapat tentangan daripada penduduk peribumi kerana budaya dan amalan agama Buddha mereka tergugat. Keadaan bertambah buruk apabila institusi beraja yang sekian lama diamalkan juga terhakis akibat dasar penjajahan Britsih di Myanmar.




Wednesday, September 2, 2015

Unit 2.2 Penentangan terhadap kuasa asing.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-menganalisis penentangan masyaakat tempatan terhadap kuasa asing.
Peranan tokoh
i.Diponegoro-Indonesia.
ii.Raja Thibaw.
Perluasan kuasa Belanda di Indonesia dan British di Myanmar membawa kepada beberapa bentuk penentangan tempatan.Masyarakat tempatan menentang kuasa asing atas sebab-sebab tertentu dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Penentangan di Indonesia dan Myanmar memperlihatkan persamaan dari segi agama Islam di Indonesia dan agama Buddha di Myanmar. Penglibatan Belanda dan British telah menjejaskan institusi pemerintahan tradisional dan cara hidup masyarakat peribumi sehingga timbul rasa tidak puas hati.[1]  
Sebab-sebab penentangan di Indonesia
1.Penindasan dan penyelewengan ekonomi dalam Sistem Tanaman Paksa.
2.Pengenalan  pelbagai jenis cukai seperti cukai dua hala dan cukai sempadan
3.Peranan ceti yang membebankan.
4.Penghapusan  kontrak sewa tanah.
5.Masalah perlantikan raja.
6.Tindakan Diponegoro.
7.Perjuangan menegakkan agama Islam.
8.Masalah pembinaan jalan raya di kawasan perkuburan keluarga Diponegoro.

Sebab-sebab penentangan di Myanmar.
1.Tindakan ceti
2.Penguasaan ekonomi leh pihak British.
3.Masalah cukai yang membebankan.
4.Kehilangan kawasan ke tangan British seperti Arakan, Tennesserim,Assam, Manipur dan Cachar.
5.Sikap tidak puas hati dengan Perjanjian Yandabo yang berat sebelah.
6.Tindakan sombong dan angkuh pegawai-pegawai British seperti John Canning dan John Crawford.
7.Tidak puas hati dengan pemakaian kasut di pagoda-pagoda.

 Sumbangan tokoh
Diponegoro .
Peranan /sumbangan tokoh Diponegoro.
1.Membela nasib masyarakat peribumi.
2.Mempertahankan kesucian agama Islam.
3.Berperang dengan Belanda melalui Perang Jawa.

Peranan/sumbangan Thibaw.
1.Menjalankan pemerintahan dan pentadbiran.
2.Hubungan dengan Perancis dan British.
3.Tindakan Thibaw terhadap Syarikat Pembalakan di Burma.[2]





[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),314.  
[2]“Penentangan Terhadap Kuasa Asing”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,123.

CARA PERLUASAN KUASA ASING KE MYANMAR

OLEH-AHMAD  BIN YAAKOB
1.MELALUI PERJANJIAN
PERJANJIAN YANDABO
British telah meluaskan kekuasaannya ke Myanmar melalui perjanjian.Pada tahun 1824 Perang Inggeris-Burma I tercetus selama hampir dua tahun. Peperangan ini dimenangi oleh pihak British. Sebagai pihak yang kalah, Myanmar terpaksa menandatangani satu perjanjian yang berat sebelah. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo. Perjanjian ini ditandatangani pada 24 Februari 1826.[1] 

KESAN PERJANJIAN YANDABO 1824.
Kekalahan Myanmar dalam peperangan ini menyebabkan maruah negara tersebur tercalar.Myanmar tidak lagi digeruni oleh jirannya selepas terbunuhnya  panglima tentera Maha Bandula.

      Perjanjian Yandabo juga menyebabkan Myanmar tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap hal ehwal di Assam dan Manipur. British juga berjaya memperolehi wilayah yang subur dan strategik di Hilir Myanmar seperti Arakan, Tenasserim,Manipur dan Assam.

      Perjanjian ini dianggap berat sebelah oleh pihak Myanmar namun negara tersebut terpaksa akur pada penjajah British. Ini menyebabkan perasaan anti-British semakin meningkat dalam kalangan pemerintah dan rakyat Myanmar.[2] 
2.MELALUI PEPERANGAN.
Cara Peluasan Kuasa British di Myanmar (1552 -1553)
Perang Inggeris-Myanmar II (1852 -1853)
(a) Hubungan antara British dengan Myanmar semakin tegang apabila Raja Pagan Min enggan membayar ganti rugi.
(b) Komander Lambert bertindak menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar.
(c) Lord Dalhousie menghantar pasukan tentera ke Rangoon dan menuntut pembayaran ganti rugi sebanyak seratus juta paun dalam tempoh sehingga 1 April 1852 tetapi Myanmar enggan membayarnya.
(d) British mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada Mei 1852 dan bermulanya Perang Inggeris-Myanmar II apabila angkatan British yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Godwin melancarkan serangan terhadap Myanmar.
(e) Wilayah demi wilayah jatuh ke tangan British. British berjaya menawan Martaban, Rangoon, Prome, dan Pegu. (f) Mejar Arthur Purves Phayre dilantik sebagai Pesuruhjaya Pegu pada 20
Disember 1852. British berjaya mengalahkan Myanmar dalam tempoh Iapan bulan sahaja. Kesan Perang Inggeris-Myanmar II (1S52 - 1853)
(a) Penaklukan Pegu penting bagi British kerana kawasan ini merupakan jalan darat ke China. Pegu juga merupakan kawasan pertanian dan membekalkan kayu jati untukkegunaan angkatan laut seperti membina kapal.
(b) British memperoleh pelabuhan seperti Rangoon, Martaban, dan Bassein. Ini bermakna Myanmar Hulu terputus dari laut dan tidak mempunyai sebarang pelabuhan. Keadaan ini pasti akan menjejaskan pembangunan ekonomi Myanmar kerana Myanmar menjadi negara
daratan terpencil dari dunia luar.
(c) Arakan, Tennaserim, dan Pegu disatukan di bawah pentadbiran seorang Ketua Pesuruhjaya Tinggi British.
(d) Raja Myanmar hanya berkuasa di Myanmar Hulu.
(e) Myanmar terpaksa menjalankan perdagangan dengan kawasan taklukan British.
Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
 Seperti peluasan kuasa British di Myanmar pada tahun 1852, peluasan kuasa British pada tahun 1885 juga melibatkan perang, iaitu Perang Inggeris-Myanmar III.
 British berazam menguasai seluruh Myanmar disebabkan kekayaan hasil kayu jati Myanmar manakala istana Myanmar berusaha untuk menebus maruah negara.
faktor Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
Ketidakstabilan politik Myanmar
(a) Raja Mindon Min meninggal dunia tanpa mewasiatkan penggantinya. Berlaku rampasan kuasa dalam kalangan putera-putera. Pada tahun 1878, Raja Thibaw dilantik sebagai raja Myanmar.
(b) Raja Thibaw seorang raja yang lemah dan kejam serta di bawah pengaruh isterinya, Ratu Supayalat. Pemerintahan Raja Thibaw penuh dengan kekacauan politik dan keadaan kacau-bilau kerana kerajaannya penuh dengan saudara-mara dan orang kesayangannya yang tidak berkaliber. Pegawai-pegawai yang berwibawa dan berkaliber disingkirkan.
(c) Raja Thibaw menjatuhkan hukuman bunuh ke atas 80 ahli keluarganya yang cuba merampas takhta kerajaan. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini menjejaskan perdagangan di Myanmar Hulu.
(d) Pemerintahan yang penuh dengan kekejaman dan huru-hara membimbangkan Residen Inggeris di Myanmar Hulu. pada bulan September 1879, seorang Residen British di Kabul, Sir Louis Cavagnari dibunuh. Pada bulan Oktober, Residensi di Mandalay dengan cepatnya
ditutup.
(e) Hubungan Inggeris-Myanmar semakin tegang apabila Raja Thibaw mengenakan monopoli diraja dalam bidang perdagangan.
EKONOMI
1.Desakan saudagar British
2.Masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma/Myanmar.
SOSIAL
1.Masalah kasut. Rujukn edaran yang telah diberikan.
CARA PERLUASAN KUASA BRITISH DI MYANMAR 1885
1.Perang Inggeris-Myanmar III.
a.Perselisihan tentPerang Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.
b.Perancis sokong Myanmar.
c.Dasar luar-ditentukan British
d.Kata dua British.
Kesan Perang Inggeris-Burma.
1.British menguasai seluruh Burma dan Burma menjadi jajahan British.
2.Dinasti Konbaung dan institusi beraja Myanmar berakhir, Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India.
3.Penyatuan Burma Hilir dan Burma Hulu.
4.Hluttaw dikekalkan dalam pentadbiran British tetapi kuasanya dihadkan.[3]




[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,300.    
[2]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,301.     
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),313.  

CARA PERLUASAN KUASA ASING KE INDONESIA


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
1.Perjanjian
Melalui perjanjian
Perjanjian Sumatera 1871
Pada tahun 1871, Perjanjian Sumatera ditandatangani antara Belanda dengan British yang memberi kebebasan kepada Belanda untuk berkuasa di Sumatera.

Sebab Perjanjian Sumatera 1871
Di Sumatera, Belanda mengamalkan dasar berhati-hati berpandukan Perjanjian Inggeris-Belanda l824 kerana kedua-dua kuasa Barat ini telah bersetuju menghormati kemerdekaan dan kedaulatan Acheh. Oleh itu, peluasan kuasa Belanda ke Sumatera adalah secara berperingkat-peringkat.

Untuk melindungi kepentingan dan kedudukan mereka di Indonesia, pihak Belanda terpaksa menghapuskan kegiatan lanun dan perdagangan hamba abdi di Sumatera. Antara tahun 1856 hingga 1868, pulau-pulau Lampung dan daerah Batak jatuh kepada kuasa Belanda.

Pada tahun 1868, Sultan Siak meminta bantuan seorang pedagang British bernama Wilson apabila baginda diancam oleh musuhnya. Wilson berjaya mengalahkan musuh Sultan Siak dan merampas Siak untuk dirinya.

Tindakan Wilson membimbangkan pihak Belanda. Untuk menjamin kedudukan mereka, Belanda mengusir Wilson secara paksaan. Belanda telah menandatangani perjanjian dengan Sultan Siak yang meletakkan wilayah Siah Deli, dan negeri naungannya, iaitu Serdang, Langkat, dan Asahan di bawah pemerintahan Belanda.

Kemaraan Belanda telah membangkitkan bantahan hebat dari British yang mendakwa Belanda telah melanggar Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Memandangkan perselisihan tersebut, maka satu penyelesaian perlu diadakan. Akhirnya, Perjanjian Sumatera I87I ditandatangani.[1]
Syarat Perjanjian Sumatera (1871)
1.Belanda menyerahkan kawasan milik mereka di Afrika Barat kepada British.
2.Belanda bebas bergerak di Sumatera.
Kesan Perjanjian Sumatera (1871)
1.Belanda berjaya memperkukuhkan kuasanya di Sumatera.
2.Dasar peluasan kuasa Belanda secara besar-besaran bermula pada tahun 1871 selepas Perjanjian Sumatera ditandatangani.
3.Belanda berjaya menguasai seluruh Sumatera.
4.Belanda berpeluang meluaskan kuasanya terhadap Acheh.[2]

2.Peperangan dan penaklukan.
Melalui kekuatan tentera
Belanda menghantar ekspedisi tenteranya ke Bali pada tahun 1846 dan 1849 untuk mengatasi pemberontakan raja-raja tempatan. Bali dikuasai pada tahun 1856.
Satu ekspedisi tentera juga dihantar ke Sulawesi bertujuan untuk menghapuskan kegiatan perlanunan yang berleluasa dalam kalangan orang Bugis.
(c) Melalui gerakan tentera, Belanda menguasai daerah Lampung (1856), Batak (1858), dan Bangkahulu (1868).[3]
Melalui peperangan
1.Jambi
Jambi menjalin hubungan dengan Belanda sejak abad ke-18.
Belanda pernah membina pangkalannya di Jambi tetapi atas sebab tertentu meninggalkannya pada tahan 1724.
Pada tahun 1833, Belanda cuba menegakkan kuasanya ke atas Jambi semasa pemerintahan Sultan Muhammad Fakruddin.
Belanda memaksa ]ambi mengadakan perjanjian mengakui ketuanannya apabila Jambi kalah dalam peperangan dengan Palembang.
 Sultan Jambi yang baharu, iaitu Sultan Thaha enggan mengakui kekuasaan Belanda. Belanda bertindak balas pada tahun 1858 dengan melancarkan serangan ke atas Jambi. Pertempuran berlaku di Betung Berdarah yang menyaksikan kekalahan Sultan Thaha. Sultan Thaha berundur ke kawasan pedalaman.
 Sultan Jambi yang terakhir, iaitu Sultan Ahmad Zainuddin mengundurkan diri daripada takhta kerajaan pada tahun l901.Dengan ini, pentadbiran Jambi diserahkan kepada Residen Palembang pada tahun 1901. Ini menandakan berakhirnya Kesultanan Jambi.[4]

2.Acheh
Dasar peluasan kuasa Belanda ke Acheh mencetuskan perang Acheh yang berlarutan selama 35 tahun dari tahun 1873 hingga 1908.
Usaha peluasan kuasa Belanda bertujuan untuk menghapuskan kegiatan perlanunan di perairan Acheh. Selain itu, Belanda juga bimbang dengan dasar imperialisme kuasa lain seperti Itali, Perancis, Turki, dan Amerika Syarikat terhadap bahagian Sumatera yang belum dikuasai sepenuhnya. Belanda ingin menguasai perdagangan yang dijalankan di Acheh.
Tambahan pula, Belanda dapat bergerak bebas terhadap Acheh kerana mengikut Perjanjian Sumatera 1871, British tidak akan menghalang Belanda meluaskan kuasanya di Sumatera. Sebagai balasan, Belanda memindahkan haknya ke atas Afrika Barat kepada British.
 Perang Acheh bermula apabila angkatan Belanda tiba di Pantee Ceureumen pada bulan April 1873 tetapi dapat dikalahkan oleh tentera Acheh. Satu siri peperangan telah berlaku antara Belanda dengan Acheh.
Pada tahun 1893, Belanda di bawah Gabenor Jeneral, van der Wijik bertindak keras terhadap Acheh dengan memburu gerila Acheh sehingga pemimpin gerila Acheh terpaksa menyerah diri. Acheh terpaksa menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1903.[5]

Perang Jawa 1825-1830.
Perang Jawa 1825-1830 berlaku akibat perasaan tidak puas hati Diponegoro, putera kerajaan Jogjakarta terhadap dasar pentadbiran Baron Van Der Capellan di Pulau Jawa. Perang Jawa tercetus disebabkan oleh pembatalan Kontrak Sewa Tanah, persoalan takhta kerajaan dan ketokohan Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam tidak diiktiraf oleh  Belanda.Akibat daripada peperangan tersebut, Belanda berjaya menguasai Banjumas, Bangelan, Madiun dan Kediri yang sebelum ini dikuasai oleh sultan Jogjakarta. Sultan Pakubuwono, Sultan Surakarta dibuang negeri ke Ambon dengan gelaran Pakubuwono VII yang menjadi boneka kerajaan Belanda.[6]    




[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),307.  
[2]Ibid,307.
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),303.
[4] Ibid,304.
[5] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),304.
[6]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,300.