|
BIL
|
TEMA/TAJUK
|
P3
|
P3 U
|
|
1
|
1.
1 Institusi
Pemerintahan
2. Peranan Raja Melayu
|
/
|
|
|
3.
Pembesar
|
|
|
|
|
4.
2 Hukum
Adat dan Undang-Undang
3 Sistem sosial
|
|
|
|
|
1. 4 Sistem
ekonomi sara diri/ komersial
|
|
/
|
|
|
2
|
Transfomasi
Masyarakat
2.1 Perluasan
kuasa asing
|
|
|
|
2.2 Penentangan
terhadap kuasa asing di Perak,Terengganu
|
|
/
|
|
|
2.3
Pengubahsuaian dalam pentadbiran ekonomi dan pendidikan
|
|
|
|
|
2.4 Masyarakat
pelbagai kaum
|
|
|
|
|
3
|
Nasionalisme dan
pembentukan negara bangsa
3.1 Gerakan
nasionalisme
3.1.1 Faktor
Kemunculan
|
|
|
|
3.1.2 Gerakan
persatuan,kelab agama,ekonomi,sosial,politik
|
|
|
|
|
3.2 Perjuangan
mencapai kemerdekaan
Kesan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
|
/
|
|
|
|
4
|
Pengisian kemerdekaan
4.1 Sistem
pemerintahan
|
|
|
|
4.2 Pembinaan
Negara dan Bangsa
i.Bahasa
Kebangsaan.
ii.Dasar
Pendidikan Kebangsaan
|
|
|
|
|
iii.Dasar
Kebudayaan Kebangsaan.
|
|
/
|
|
|
iv.Rukun Negara.
|
|
|
|
|
4.3 Wawasan 2020
|
|
|
|
|
4.4 Perhubungan
luar
Peranan Malaysia dalam OIC
|
/
|
|
Thursday, August 28, 2014
JADUAL ANALISIS SOALAN STPM SEJARAH MALAYSIA KERTAS 3 2013
Wednesday, August 27, 2014
1.Bidang kewartawanan memainkan peranan penting dalam menggerakkan kebangkita semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Bincangkan.
Pengenalan.
-Bidang kewartawanan merangsang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu kerana berfungsi sebagai pemberi maklumat dan berita untuk menyedarkan penduduk tempatan.
-Menjadi lidah gerakan nasionalisma.
-Medan membincangkan soal hak dan kritikan terhadap isu masyarakat dan penjajahan British.
PERANAN KEWARTAWANAN.
1. Antara tahun 1930-an-1940 80 buah akhbar dan majalah Melayu diterbitkan kerana bidang penerbitan yang menjadi sumber perniagaan. Akhbar menyiarkan berita dunia, masalah sosial orang Melayu dan isu agama, isu imigran.
2. Kemudian aliran akhbar berubah kepada membincangkankeadaan sosio-ekonomi orang Melayu dan pergerakan politik orang Melayu. Antara akhbar yang utama ialah al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis.
3. Akhbar al-Ikhwan diterbitkan pada 1 September 1826 di Pulau Pinang dan dikelolakan oleh Syed Syeikh al-Hadi. Tujuannya untuk membawa pembaharuan agama kepada masyarakat Melayu, membangkitkan kesedaran politik dan sosial masyarakat Melayu. Akhbar ini turut membincangkan emansipasi wanita dan kepentingan pelajaran Inggeris.
4. Akhbar saudara wadah Kaum Muda diterbitkan Syed Syeikh al-Hadi untuk meneruskan perjuangan akhbar a-Imam. Tumpuan rencana Islam dan keadaan sosioekonomi orang Melayu. Pengarang pertama ialah Mohd Yunos Abdul Hamid dan dibantu oleh Abdul Rahim Kajai. Akhbar ini mengkritik hebat orang Melayu yang enggan menerima pembaharuan dalam agama dan sosial. Antara rencana yang disiarkan ialah ekonomi, politik, sejarah dan pelajaran.
5. Pengarang baru Syed Alwi mewujudkan ruangan Sahabat Pena pada tahun 1934.
6. Warta Malaya diterbitkan pada 1.1.1930 di Singapura dan dimiliki oleh Syed Hussein Ali al-Sagoff. Akhbar ini merupakan akhbar harian berbahasa Melayu terbesar. 1935 cawangan akhbar ini dibuka di Kuala Lumpur dan menerbitkan akhbar mingguan Warta Ahad dan Warta Jenaka yang diterbitkan setiap hari Isnin. Datok Onn menjadi pengarang pertama dan berkhidmat antara tahun 1930-1933. Rencana Pengarangnya menyentuh tentang kemunduran orang Melayu ,penguasaan ekonomi kaum imigran dan mengkritik penjajah British terutama dasar pemusatan kuasa British dan tuntutan hak yang lebih oleh kaum pendatang.
7. Warta Malaya pro Melayu dan anti penjajah. Akhbar ini menuntut orang Melayu diberi banyak jawatan pentadbiran kanan dalam pentadbiran British. Bukan Melayu dihalang mendapat kedudukan dalam pentadbiran British. Pengarang baru Syed Alwi meneruskan perjuangan Dato’ Onn.
8. Akhbar Majlis diterbitkan 17.12.1931 di Kuala Lumpur oleh Muhammad Amin Haji Mohd Yusof pemilik Selangor Press. Tujuan penerbitannya ialah untuk menyatukan orang Melayu bagi mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Akhbar ini menerbitkan rencana politik,perpaduan bangsa, kesedaran membangkitkan kemunduran, hak dan kedudukan orang Melayu yang perlu dilindungi dan tuntutan orang asing ditolak.
9. Abdul Samad Ahmad memimpin akhbar ini selepas Perang Dunia Kedua.Pejabat akhbra ini menjadi tumpuan KMM dan 1946 ia menjadi pusat perjuangan politik kebangsaan Melayu.
10. Utusan Melayu diterbitkan 29 Mei 1939 dan dimilik sepenuhnya oleh orang Melayu. Pengarang utamanya ialah abdul Rahim Kajai. Akhbar ini memperjuangkan semangat kebangsaan dan kegiatan orang Melayu dalam bidang politik. Menekan kepentingan pendidikan untuk mencapai kemajuan. Sidang pengarangnya Ishak Haji Muhammad menyeru orang Melayu bersatu. Syarikat ini juga menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika.
KESIMPULAN
-Peranan kewartawanan membangkitkan kesedaran politik masyarakat Melayu.
-Pengrang akhbar Melayu aktif mengkritik kemunduran masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi.
-Kritikan ini menyedarkan orang Melayu untuk menjaga hak mereka. Perjuangan kewartawan semakin ketara apabila menentang isu Malayan Union.
Monday, August 18, 2014
3.Bincangkan sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Rangka
Pengenalan
Sebelum merdeka terdapat lima
jenis sistem pendidikan iaiatu Sekolah Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan
Sekolah Agama.
Sistem pendidikan vernakular
pula terdiri dari Sekolah Melayu, Cina , Tamil dan Inggeris.
Kesemua sekolah ini mempunyai
sukatan pelajaran dan bahasa pengantar yang berbeza kerana penjajah tidak
berminat untuk membangun dan menyatupadukan rakyat melalui pendidikan.
Sistem pendidikan di Tanah
Melayu
1.Sekolah Melayu
Pendidikan agama
Sebelum pendidikan Melayu
sekula diperkenalkan oleh Inggeris pendidikan orang Melayu berbentuk agama dan
penggunaan Bahasa Arab diutamakan.
Pelajar diajar membaca kitab,
al-Quran, Fardu Ain dan selok belok agama.
Tempat belajar di surau,
madrasah dan masjid.
Tenaga pengajar imam atau
guru-guru agama bergelar haji, berketurunan Sayid atau Syeikh.
Terdapat sekolah pondok di
Kedah, Kelantan, Terengganu. Melanjutkan
pelajaran ke Timur Tengah.
Awal 1800 Abdulah Munsyi
memperkayakan bahasa Melayu dengan menterjemah buku-buku Arab ke Bahasa Melayu.
Sekolah Melayu
1821 Sekolah Melayu Gelogur,
cawangan Penang Free School yang diasaskan oleh R.S Hutching
1885 Sekolah Melayu Bayan ,
Pulau Pinang.
1856 dua buah sekolah
vernakular Melayu dibuka di Singapura di Teluk Belanga dan Kampung Gelam.
Peringkat awal sambutan
terhadap sekolah sekular Melayu tidak memuaskan kerana menganggap sekolah
sekular bertentangan dengan agama Islam.
A.M Skinner mencantum sistem
pendidikan Melayu dengan dengan Sistem Pendidikan
Ciri-ciri sekolah Melayu
Hanya peringkat sekolah rendah
sahaja iaitu Darjah 1 hingga Darjah 4.
Menurut Awang Had Salleh tujuan
penubuhan sekolah Melayu ialah untuk mengekalkan kestabilan politik,
mengekalkan orang Melayu sebagai petani dan nelayan dan tinggal di kampung, menghasilkan budak pejabat dan kerani rendah,
menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat
berbilang kaum.
2.Sekolah Vernakular Cina
Ciri-ciri sekolah Vernakular
Cina.
Peringkat awal dikelola
mubaligh Kristian dan kaum Cina sendiri.
1815 Sekolah Cina pertama
dibuka di Melaka oleh Persatuan Mubaligh London Melaka.
Orang Cina sifat Yap Ah Loy, Cheng Soo Leong dan Phua Choon
Hiong mendirikan sekolah Cina di NNS dan NNM yang lain.
Peringkat awal sekolah Cina
dikelola orang persendirian atau badan sukarela dan bersifat bebas.
3.Sekolah Vernakular
Tamil
British tidak mengambil berat
tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil secara formal di Tanah Melayu
dimulakan oleh orang perseorangandan pertubuhan masyarakat India.
Perkembangan sekolah vernakular
Tamil dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Orang India
berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa, dan
getah. Sekolah-sekolah Tamil didirikan di kawasan ladang di Seberang Perai,
Pulau Pinang, dan Johor.
Sekolah-sekolah di ladang
bermutu rendah dan menghadapi masalah kekurangan kemudahan dan guru yang
berkelayakan. Lazimnya, guru-guru di sekolah ladang terdiri daripada kangani,
penyelia ladang, atau buruh yang secara kebetulan tahu membaca.
Bahasa pengantar yang digunakan
ialah bahasa Tamil dan kadangkala bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi, atau Hindi.
Buku teks sekolah India dibawa dari India.
Ianya mencerminkan sukatan pelajaran yang berunsur keindiaan.
Pada tahun 1912, British
memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan
sekolah dan guru untukanak-anak pekerjanya. Keadaan ini menyebabkan bilangan
sekolah Tamil bertambah.
Terdapat juga sekolah Tamil
yang didirikan di bandar seperti Sekolah Thamboosamy Pillai dan Sekolah
Vivekananda di Kuala Lumpur.
Golongan India yang kaya mampu
menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. Hal ini membawa kepada jurang
perbezaan antara orang India berpendidikan Inggeris dan berjaya dalam kerjaya
dengan orang India yang miskin dan terpaksa kekal sebagai buruh di ladang atau
di pelabuhan.
Sekolah Aliran Inggeris
Sekolah Inggeris menyediakan
pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu.
Sekolah-sekolah ini diusahakan
oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.
Tujuan kerajaan mengadakan
sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu membaca, menulis, dan mengira.
Walau bagaimanapun, pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai
rendah tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris.
Sekolah Inggeris yang pertama
didirikan di Negeri-negeri Selat digelar Sekolah Free. Sekolah ini digelar
sedemikian kerana terbuka kepada semua kaum. Sekolah Inggeris yang pertama di
Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Tujuan
penubuhan sekolah tersebut adalah untuk melahirkan satu golongan pegawai yang
cerdik, tekun, dan jujur.
Sekolah Inggeris dibahagikan
kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan
mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat kasut, dan
pakaian.
Sekolah Inggeris yang lain
ialah Malacca Free School (1826) dan Singapore Free School (1834). Sekolah
Inggeris yang pertama didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria
Institution, Kuala Lumpur. Sekolah tersebut ditubuhkan pada tahun 1893
bersempena perayaan Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria. Jumlah murid pada
peringkat awal ialah 150 orang kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1925, sekolah ini
dijadikan sekolah kerajaan dan kemudian dipindahkan ke Bukit Petaling pada tahun
1929.
Terdapat sekolah Inggeris yang
ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London, Mubaligh
Methodist Amerika, Gereja Anglican dan Gereja Roman Katolik Sekolah-sekolah ini
berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British.
Sumbangan penting sekolah
mubaligh ialah kejayaan memberikan pelajaran kepada kanak-kanak perempuan. Mereka
berjaya menyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah.
Pada akhir tahun1947, terdapat kira-kira 33 buah sekolah mubaligh untuk
kanak-kanak perempuan.
Antara sekolah mubaligh bagi
kanak-kanak perempuan ialah Sekolah Perempuan Methodist Senior, Kuala Lumprzr.
Sekolah ini diserahkan kepada pihak mubaligh Methodist Amerika kerana masalah
kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat juga
sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti, Sekolah Lelaki
Katolik di Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpur.
Mata pelajaran seperti nahu Inggeris,
Sejarah, dan Geografi diajar di sekolah Inggeris dalam tahun ketiga. Mata
pelajaran Sejarah yang diajar berdasarkan Sejarah Rom atau Britain. Sekolah
perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas jahitan, memasak, dan muzik Setelah
Biasiswa-Biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885), dan Sijil Cambridge
(1891) diperkenalkan, barulah sekolah Inggeris mempunyai sukatan pelajaran yang
seragam.
Sekolah Inggeris kemudiannya dimajukan menjadi
sekolah rendah dan menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh
tahun bermula dengan Darjah Rendah Satu dan Dua, dan diikuti oleh Darjah Satu
hingga Lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama empat tahun,
iaitu Darjah Enam hingga Kelas Sijil Persekolahan. Murid-murid dalam Darjah
Lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil lunior Cambridge.
Mata pelajaran utama yang diajar ialah
bahasa Inggeris, Sejarah,Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu
Kesihatan, dan Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut ditawarkan tetapi
bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya,
Raffles Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun tgzg. Kelas Sains
diadakan pada hari Sabtu dan waktu petang untuk murid dari sekolah lain.
Contohnya, murid dari Sekolah Tinggi Bukit Mertajam akan pergi ke Penang Free
School pada setiap hari Sabtu untuk menghadiri kelas sains.Sukatan pelajaran di
sekolah Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran sekolah
menengah di England. Murid dari
sekolah Inggeris mempelajari Sejarah dan Geografi British serta Kesusasteraan
Inggeris yang tidak berkaitan dengan orang Asia.
Kesimpulan
Secara keseluruhan terdapat
lima jenis pendidikan sebelum merdeka. Sistem pendidikan verkular pula terdiri
dari sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai sukatan pelajaran
yang berbeza dan bahasa pengantar
berbeza.
Tetapi kerajaan British
mempunyai dasar berbeza terhadap setiap jenis sekolah.
Sunday, August 17, 2014
Sejauh manakah perkembangan bijih timah dan getah mendorong orang Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke -20?
Pendahuluan
Penghijrahan beramai-ramai
orang Cina dan India ke Tanah Melayu berlaku pada pertengahan dan akhir abad
ke- 19.
Ini disebabkan perkembangan
pesat perusahaan bijih timah dan getah yang memerlukan tenaga buruh yang ramai
dan murah.
Namun, penghijrahan ini juga
digalakkan oleh faktor-faktor lain selain perkembangan kedua-dua perusahaan
tersebut.
Isi-isi penting
Perkembangan perusahaan biiih timah dan getah
Perkembangan perusahaan bijih
timah pada pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah pada awal abad ke-20 di
Tanah Melayu menarik minat orang Cina dan India.
Perkembangan perusahaan getah
mendorong ramai orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Pada tahun 1931,
dianggarkan bahawa 35% daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu yang terlibat dalam penanaman getah merupakan orang Cina.
Bagi orang India pula, perkembangan
pertanian dagangan, iaitu getah telah menarik minat mereka ke Tanah Melayu.
Penghijrahan mereka berlaku
secara beramai-ramai antara tahun 1911 - l92l semasa harga getah melambung
tinggi di pasaran dunia. Pada masa itu, bilangan penduduk India di Tanah Melayu
bertambah dari 270 000 orang kepada 470 l81 orang.
Keadaan ekonomi dan sosial di negara asal
Orang Cina dan orang India
menghadapi kesengsaraan ekonomi dan sosial di negara mereka. Ini memaksa mereka
berhijrah mencari rezeki di Tanah Melayu.
Di China, jumlah penduduk telah
meningkat tetapi peningkatan ini tidak diimbangi dengan pertambahan dalam kawasan
pertanian. Ini menyebabkan berlaku kebuluran dan pengangguran.
Kesempitan hidup bertambah
teruk apabila tanaman mereka rosak akibat bencana alam seperti kemarau, banjir
dan gempa bumi yang berlaku antara tahun 1826 - 1850.
Keadaan yang sama juga berlaku
di India. Kawasan tenah pertanian dan peluang pekerjaan adalah terhad.Ramai
Petani kehilangan tanah akibat gagal menjelaskan cukai kerajaan yang
tinggi.
Ketidakstabilan politik di negara asal
Di China, pemberontakan anti-Manchu
berlaku terutamanya di wilayah Kwantung dan Kwangsi. Orang Cina benci dengan pemerintah
Manchu yang korup dan mengamalkan dasar diskriminasi.
Orang Cina menganggap orang
Manchu sebagai pemerintah asing yang mesti digulingkan.
Negara India juga mengalami keadaan
politik yang tidak stabil Berlaku pemberontakan menentang kerajaan British di
India. Contohnya, Dahagi India pada tahun 1857.
Galakan kerajaan British
Perusahaan bijih timah dan
getah mula berkembang dengan pesat.
Terdapat keperluan tenaga buruh
yang banyak Kerajaan British menggalakkan penghijrahan orang Cina dan India ke
Tanah Melayu bagi tujuan memesatkan lagi ekonomi.
Penutup
Perkembangan pesat perusahaan
biiih timah dan getah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina dan India ke Tanah
Melayu.
Bincangkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
Rangka
Pengenalan
Faktor-faktor perkembangan
perusahana bijih timah di Tanah Melayu
1.Revolusi perusahaan.
2.Campur tangan British
3.Penubuhan Negeri Melayu
bersekutu 1896.
4.Sistem perhubungan jalan raya
dan jalan keretapi.
5.Pertumbuhan bandar baru.
6.Kilang pelebur bijih timah.
7.Penggunaan kapal korek.
8.Dasar British yang liberal
terhadap imigran Cina.
9.Bantuan modal asing dan
kerajaan negeri.
10.Sistem ekonomi orang Cina.
11.Kanun Galian 1896.
12.Perang Dunia Kedua.
13.Undang-Undang Tanah.
14.Pembukaan Terusan Suez 1869
Kesimpulan.
-Pertengahan abad ke-19
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkembangan pesat kerana faktor-faktor
seperti Revolusi Perusahaan, campur tangan British dan lain-lain.
Kemajuan perusahaan bijih timah
menyebabkan British dapat memajukan Tanah Melayu.
Friday, August 15, 2014
TUN RAZAK HUSSEIN BAPA PEMBANGUNAN NEGARA
OLEH- AHMAD YAAKOB.
PAMERAN SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN SMK JENGKA 2
Tahun ini merupakan tahun sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-57. "MALAYSIA Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta", diumumkan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.
PAMERAN BIOGRAFI TUN RAZAK
LATAR BELAKANG TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN
Tun Abdul Razak lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia kerana sumbangan beliau dalam pembangunan kawasan luar bandar dan masyarakat luar bandar melalui Dasar Ekonomi Baru. Tun Abdul Razak dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Kampung Langgar Jambu, Pekan. Beliau merupakan anak sulung Orang Kaya Indera Shahbandar Dato' Hussein Mohd. Taib dan Hajjah Teh Daud.
LATAR BELAKANG TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN
Tun Abdul Razak lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia kerana sumbangan beliau dalam pembangunan kawasan luar bandar dan masyarakat luar bandar melalui Dasar Ekonomi Baru. Tun Abdul Razak dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Kampung Langgar Jambu, Pekan. Beliau merupakan anak sulung Orang Kaya Indera Shahbandar Dato' Hussein Mohd. Taib dan Hajjah Teh Daud.
KEHIDUPAN AWAL TUN RAZAK
FELDA
HUBUNGAN ANTARABANGSA
Monday, August 11, 2014
LATIHAN PENGUKUHAN TEMA 2 SEJARAH MALAYSIA P3. 1.Sejauh manakah masalah kewangan Pahang menjadi faktor pembentukan Persekutuan 1896. Rangka jawapan Pengenalan -1893 Frank Swettenham mencadangkan pembetukan pesekutuan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. -C.P Lucas mengutarakan cadangan rasmi. Perjanjian Pesekutuan ditandatangani 1 Julai 1896. Faktor pembentukan Persekutuan 1896 1.Masalah kewangan Pahang. Pahang menerima sistem Residen 1888. Kesan penentangan Datok Bahaman menyebabkan Pahang menghadapi masalah kewangan yang teruk. Januari 1892 Pahang meminjam $175,000 dari Negeri-Negeri Selat. British terpaksa menarik diri atau menyelesaikan masalah kewangan Pahang. C.P Lucas dan Sir Cecil Clementi Smith yakin Pahang mempunyai kekayaan dan potensi. Pahang tidak dapat dimajukan kerana sistem perhubungan tidak memuaskan. Lucas mencadangkan Pahang miminjam dari Perak atau Selangor untuk memajukan sistem perhubungan untuk menarik masuk pelabur. Penubuhan persekutuan dapat mengatasi masalah kewangan Pahang. 2.Mengurangkan kuasa Residen. -Residen bertindak tanpa panduan -Gabenor NNS perlu mengawal Residen. -Residen berkuasa melebih sultan dan Majlis Negeri. -Sultan hanya berperanan dalam soal hukum syariah dan adat. 3.Keseragaman pentadbiran -Pentadbiran keempat buah negeri tidak seragam. -residen mentadbir negeri mengikut budi bicara sendiri. -Tiada kerjasama banyak sumber tidak dimanafaatkan. -Persekutuan akan menyatukan perkhidmatan kerjaraya, kesihatan dan pendidikan. -Persekutuan menyatukan kekuatan pertahanan. 4.Dasar penjajahan British. -Sejak 1890-an British menggalakkan tanah jajahan menubuh persekutuan. -Persekutuan berjaya di Australia dan Afrika. -Dasar pro persekutuan membantu penubuhan NMB. Kesimpulan -Pembentukan persekutuan membantu mengatasi masalah kewangan Pahang. -Kuasa pembesar dan sultan tidak dipulihkan.
LATIHAN PENGUKUHAN TEMA 2 SEJARAH MALAYSIA P3.
1.Sejauh manakah masalah kewangan Pahang menjadi faktor pembentukan Persekutuan 1896.
Rangka jawapan
Pengenalan
-1893 Frank Swettenham mencadangkan pembetukan pesekutuan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
-C.P Lucas mengutarakan cadangan rasmi. Perjanjian Pesekutuan ditandatangani 1 Julai 1896.
Faktor pembentukan Persekutuan 1896
1.Masalah kewangan Pahang.
Pahang menerima sistem Residen 1888.
Kesan penentangan Datok Bahaman menyebabkan Pahang menghadapi masalah kewangan yang teruk.
Januari 1892 Pahang meminjam $175,000 dari Negeri-Negeri Selat.
British terpaksa menarik diri atau menyelesaikan masalah kewangan Pahang.
C.P Lucas dan Sir Cecil Clementi Smith yakin Pahang mempunyai kekayaan dan potensi.
Pahang tidak dapat dimajukan kerana sistem perhubungan tidak memuaskan.
Lucas mencadangkan Pahang miminjam dari Perak atau Selangor untuk memajukan sistem perhubungan untuk menarik masuk pelabur.
Penubuhan persekutuan dapat mengatasi masalah kewangan Pahang.
2.Mengurangkan kuasa Residen.
-Residen bertindak tanpa panduan
-Gabenor NNS perlu mengawal Residen.
-Residen berkuasa melebih sultan dan Majlis Negeri.
-Sultan hanya berperanan dalam soal hukum syariah dan adat.
3.Keseragaman pentadbiran
-Pentadbiran keempat buah negeri tidak seragam.
-residen mentadbir negeri mengikut budi bicara sendiri.
-Tiada kerjasama banyak sumber tidak dimanafaatkan.
-Persekutuan akan menyatukan perkhidmatan kerjaraya, kesihatan dan pendidikan.
-Persekutuan menyatukan kekuatan pertahanan.
4.Dasar penjajahan British.
-Sejak 1890-an British menggalakkan tanah jajahan menubuh persekutuan.
-Persekutuan berjaya di Australia dan Afrika.
-Dasar pro persekutuan membantu penubuhan NMB.
Kesimpulan
-Pembentukan persekutuan membantu mengatasi masalah kewangan Pahang.
-Kuasa pembesar dan sultan tidak dipulihkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




