|
BIL
|
TEMA/TAJUK
|
P3
|
P3 U
|
|
1
|
1.1 Institusi Pemerintahan
1.2 Hukum Adat dan Undang-Undang
1.3 Sistem sosial
1.4 Sistem ekonomi
|
/
|
/
|
|
2
|
Transfomasi Masyarakat
2.1 Perluasan kuasa asing
2.2 Penentangan terhadap
kuasa asing
2.3 Pengubahsuaian dalam
pentadbiran ekonomi dan pendidikan
2.4 Masyarakat pelbagai kaum
|
|
/
|
|
3
|
Nasionalisme dan pembentukan
negara bangsa
3.1 Gerakan nasionalisme
3.2 Perjuangan mencapai
kemerdekaan
|
/
|
|
|
4
|
Pengisian kemerdekaan
4.1 Sistem pemerintahan
4.2 Pembinaan Negara dan
Bangsa
4.3 Wawasan 2020
4.4 Perhubungan luar
|
/
|
/
|
Saturday, August 2, 2014
JADUAL ANALISIS SOALAN STPM SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA KERTAS 3 2013
1.Bincangkan perluasan kuasa British di Selangor pada tahun 1874. [20]
Campur tangan di Selangor
Pendahuluan
British di Tanah Melayu sering mencari alasan untuk campur tangan. Pada tahun t867, berlaku perang saudara di Selangor antara pembesar- pembesar Melayu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pertempuran antara kongsi gelap Cina.Ini menyebabkan British berjaya meletakkan Residennya di Selangor pada tahun 1874.
Isi-isi penting
Perang saudara (Perang Klang)
Perang saudara di Selangor berlaku pada tahun 1867 yang melibatkan Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
Perang Klang berkisar atas soal penguasaan wilayah Klang yang kaya dengan biiih timah.
Punca Perang Klang boleh dikesan sejak awal abad ke-19 lagi.
Sultan Muhammad Shah telah mengurniakan kawasan Klang kepada pembesar Klang, iaitu Raja Sulaiman.Apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang tidak diserahkan kepada anaknya, iaitu Raja Mahadi.Sultan Abdul Samad menggantikan Sultan Muhammad Shah pada tahun 1857.
Kawasan Klang diserahkan kepada Raja Abdullah. Raja Mahadi menyerang Klang dan mengusir keluar Raja Abdullah.
Tengku Kudin dilantik oleh Sultan Abdul Samad sebagai Wizurai Selangor untuk menamatkan Perang Klang.
Tengku Kudin meminta bantuan dari luar termasuk British untuk menamatkan kekacauan di Selangor.
Pertempuran kongsi gelap
Yap Ah Loy ialah Kapitan Cina di Kuala Lumpur. Wakilnya, ialah Yap Ah Sze dibunuh oleh puak Kah Yeng Chew.Ketua puak Kah Yeng Chew, iaitu Chong Chong diusir dari Kanching.
chong chong memihak kepada Raja Mahadi manakala yap Ah
Loy memihak kepada Tengku Kudin.
Alasan campur tangan British
Terdapat dua peristiwa yang membolehkan Sir Andrew clarke campur tangan.
Pada bulan November 1g73, berlaku peristiwa serangan ke atas sebuah kapal dagang Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra.
Lapan orang anak kapar dan penumpangnya dibunuh. Sembilan orang Melayu diberkas. British memaksa Sultan Abdul Samad menjalankan perbicaraan.
Pada bulan ogos 1874, berlaku serangan lanun di Sungai Langat dan Sungai Labu.
Sir Andrew clarke menggunakan alasan ini menempatkan J.G. Davidson sebagai Residen British dan Frank Swettinham sebagai Penolong Residen. Tengku Kudin diiktiraf sebagai Wizurai Selangor.
Penutup
Perselisihan antara pembesar Melayu memberi peluang kepada British campur tangan daram politik selangor. Keadaan ini bertambah buruk dengan penglibatan kongsi gelap. Namun, Sir Andrew clarke menggunakan alasan perlanunanuntuk memperkenalkan sistem Residen di Selangor.
JELASKAN SEBAB-SEBAB PEMBENTUKAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1896 DAN KEPENTINGANNYA DARIPADA SEGI POLITIK DAN EKONOMI.
Rangka Jawapan.
Pendahuluan.
Pada 1893 Frank Swettenham telah mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Setelah dua tahun dikaji, Pejabat Tanah Jajahan di London telah meluluskannya dengan syarat Sultan di keempat-empat buah negeri tersebut mesti bersetuju. Perjanjian Persekutuan telah ditantangani pada tahun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896. Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada pembentukan persekutuan tersebut seterusnya memberi kepentingan daripada aspek politik dan ekonomi kepada negeri-negeri tersebut.
ISI;.
A Sebab-sebab pembentukan
1. Masalah kewangan Pahang.
Gerakan penentangan oleh rakyat terhadap British menyebabkan perbelanjaan negeri meningkat melebihi pendapatan. Kerajaan banyak meminjam dari Negeri-Negeri Selat namun Negeri-negeri tersebut tidak mampu lagi membantu. Hasrat British untuk menarik diri dari Pahang akan menjatuhkan imejnya.
2. Mengurangkan kuasa Residen.
Kuasa residen di keempat-empat Negeri-Negeri Melayu tiada garis panduan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa oleh residen dan menimbulkan rasa tidak puas hati Sultan terhadap tindakan residen. Gabenor Negeri-Negeri Selat tidak dapat memantau kerana tinggal jauh di Singapura. Akibatnya residen menjadi terlalu berkuasa sehingga Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal mereka.
3. Keseragaman pentadbiran.
Pentadbiran di keempat-empat negeri Melayu tiada penyelarasan dan keseragaman. Residen mentadbir mengikut budi bicara masing-masing. Setiap negeri mempunyai sistem kehakiman, undang-undang tanah dan sistem percukaiannya tersendiri.
4. Dasar penjajah British.
Sejak 1890an, kerajaan British telah menggalakkan tanah jajahannya dan negeri-negeri naungannya supaya menubuhkan persekutuan. Hal ini telah dilaksanakan dengan jayanya di Australia dan Afrika.
B Kepentingan daripada aspek politik.
1. Perintis jalan kepada penyatuan negeri-negeri Tanah Melayu. Sebuah kerajaan pusat dibentuk. Setiap negeri dalam persekutuan negeri-negeri mengekalkan identiti masingmasing.
2.Raja-Raja dan Majlis Mesyuarat Negeri di keempat-empat negeri kehilangan kuasa pentadbiran. Pemusatan kuasa pentadbiran bertumpu di tangan Residen Jeneral, yang diberi kuasa terlalu luas. Dasar pentadbiran diputuskan oleh Residen Jeneral tanpa sekatan. Residen
Jeneral mempunyai kuasa veto.
3. Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar) dibentuk, Sultan-Sultan bermesyuarat bincang
kepentingan bersama. Persidangan Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar.
4. Persekutuan 1896 satu petanda baik kepada kewujudan satu bangsa Melayu.
5. Timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan Raja-Raja sehingga membawa kepada dasar pengagihan kuasa pada tahun-tahun berikutnya dan membawa kepada penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909.
C Kepentingan daripada aspek ekonomi.
1. Pembangunan ekonomi semakin meningkat. Perancangan lebih berkesan dan teratur.
2. Menarik pemodal-pemodal Eropah dan saudagar-saudagar Cina dari Negeri-Negeri Selat melabur.
3. Sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah berkembang pesat. Teknologi baru seperti kapal korek diperkenal dan menjadikan NNMB pengeluar terbesar bijih timah dan getah.
4. Kemudahan infrastruktur seperti pembinaan landasan kereta api dan jalanraya lebih terancang. Menjelang 1903, jalinan jalan kereta api di pantai barat telah siap dibina. Pada tahun 1908, kerajaan telah membeli jalan kereta api Sungai Ujong dari pihak swasta.
5. Pendapatan NNMB meningkat daripada 8.4 juta(1896) kepada 105.4 juta(1927)
6. Pertambahan penduduk akibat kemasukan imigran Cina dan India. Berlaku proses urbanisasi dengan kewujudan bandar-bandar baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Seremban dan Ampang. Perkhidmatan sosial diwujudkan seperti kesihatan, pendidikan, pos dan telegraf.
Kesimpulan.
Pembentukan Persekutuan 1896 telah banyak membawa perubahan daripada aspek politik dan ekonomi di keempat-empat negeri Melayu. Berlaku beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran dan peningkatan pendapatan negeri hasil perkembangan ekonomi yang semakin meningkat. Namun begitu timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan Sultan-Sultan di keempat-empat negeri tersebut sehingga membawa kepada berlakunya dasar desentralisasi pada 1909 iaitu satu proses pemulangan kusa dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.
Huraikan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.[20]
Huraikan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.[20]
Pengenalan :
-Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Mealayu adalah bercorak
feudal.Secara umumnya,
masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah.
-Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai
pengaruh dan kuasa
dalam masyarakat Melayu tradisional.Golongan pemerintah terdiri daripada
sultan atau raja,kerabat diraja, pembesar dan ulama.
-Manakala, golongan yang diperintah mempunyai jumlah yang sangat ramai
dalam kalangan masyarakat Melayu.Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa
yang merdeka dan golongan hamba.
-Setiap golongan dalam masyarakat Melayu mempunyai peranan masing-masing.
Isi:
1. Sultan atau raja.
-Sultan merupakan pemerintah tertinggi di setiap negeri.Sultan akan menjadi
ketua kerajaan dan
ketua pemerintah serta mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat .
-Sultan turut mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan sistem kehakiman
negeri.
-Seorang sultan turut mempunyai banyak keistimewaan berbanding dengan
rakyat biasa.
-Misalnya,penggunaan bahasa dalam atau istana, penggunaan warna kuning dan
alat- alat kebesaran diraja.Sultan juga juga dikaitkan dengan kuasa
daulat.Rakyat yang menderhaka terhadap sultan akan terkena tulah.
-Upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan untuk mengesahkan kekuasaan
seorang sultan tersebut.Sultan yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung
atau adik lelaki sulung.
-Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan keamanan negeri Melayu.
2.Pembesar
Kerabat diraja.
-Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan dan lazimnya menggunakan
gelaran raja
atau tengku.
-Golongan tersebut mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar dalam
masyarakat Melayu.Mereka turut memiliki keistimewaan seperti mana Sultan tetapi
tidak boleh mengatasi keistimewaan Sultan. Mereka sangat dihormati oleh rakyat
jelata.
-Anak-anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam
kerajaan, misalnya akan memerintah daerah atau mukim tertentu.
-Bilangan kerabat diraja sangat ramai kerana amalan berpoligami oleh
sultan.
-Walau bagaimanapun, anak daripada permaisuri pertama akan mendapat tempat
yang istimewa, terutama dalam pelantikan sebagai putera mahkota atau raja muda.
-Golongan pembesar mempunyai kedudukan yang ketiga dalam struktur
masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 di Tanah Melayu.Golongan ini dikenali
sebagai keturunan baik-baik atau anak baik-baik.
-Golongan pembesar terdiri daripada dua kumpulan iaitu kerabat diraja dan
kerabat bukan diraja
. Golongan bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana mempunyai
kebolehan mentadbir dan mempunyai jasa terhadap kerajaan.
-Golongan pembesar mempunyai tugas menjaga keamanan dan memungut cukai di
kwasan atau
daerah masing-masing.
-Pembesar juga mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman seperti menjatuhkan
hukuman terhadap pesalah jenayah dan sivil.
-Pembesar juga bertanggung jawab untuk mengekalkan taat setia rakyat
terhadap Sultan dengan cara melaksanakan sistem serah dan kerah.
-Selain itu,terdapat juga golongan pembesar yang bertugas di luar
istana,iaitu penghulu dan ulama.
-Penghulu mempunyai tugas menjaga keamanan ,membekalkan tenaga
buruh,mengutip cukai
dan memastikan rakyat taat setia terhadap Sultan.
-Ulama merupakan golongan cerdik ;pandai dalam bidang agama Islam .
-Golongan ini akan memegang jawatan seperti kadi,mufti ,imam, khatib mahupun
guru agama
-Golongan ini akan bertindak sebagai penasihat kepada Sultan berkaitan
dengan hukum-hakam agama Islam.
-Para ulama biasanya berketurunan Arab berasal dari Asia Barat ,India dan
Pulau Jawa.
-Mereka menggunakan gelaran seperti maulana
3. Golongan merdeheka.
-Golongan ini terdiri daripda rakyat biasa dan orang asing.
-Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di
negeri tertentu .
-Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing
seperti berniaga,menangkap ikan ,melombong ,tukang mahir dan sebagainya.
-Rakyat biasa merupakan pengikut taat setia terhadap pembesar yang
mentadbir daerah.
-Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar.
-Mereka akan menjalankan semua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem kerah
dan serah.
-Rakyat Asing.Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu
dan akan kembali ke negeri asal mereka.
-Golongan ini terdiri daripada pedagang,perantau,mubaligh dan senteri serta
orang asing yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan.
-Orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus
menetap di Tanah Melayu.
-Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di
Tanah Melayu.Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan
tempatan Melayu tetapi mereka mestilah mematuhi undang-undang masyarakat
Melayu.
4. Hamba
-Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat
Melayu sebelum tahun 1874 ialah hamba.
-Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahgaikan kepada tiga kumpulan
,iaitu hamba biasa,hamba berhutang dan hamba raja.
-Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau
keturunan hamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur
hidup.Seluruh keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya.
-Manakala hamba berhutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba
kerana gagal membayar hutang.-amba berhutang akan bebas setelah nilai hutang
tersebut habis setelah bekerja dengan tuannya.Antara kerja yang biasa dilakukan
ialah bertani dan melombong.
-Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeka yang telah
melakukan kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan.Hamba raja juga terdiri
daripada tawanan perang .
-Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba.
Kesimpulan:
-Struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 sememangnya
sistematik;daripada golongan memerintah sehinggalah kepada golongan yang
diperintah.
-Setiap golongan dalam struktur masyarakat Melayu mempunyai tugas dan
peranan masingmasing.
-Namun,setelah campur tangan British dalm sistem politik negeri-negeri
Melayu,struktur masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara.
-Hal ini kerana peranan golongan pembesar dan hamba telah mula dihapuskan
oleh penjajah British.
1.Jelaskan ciri-ciri negara Kesatuan dan struktur negara kesatuan di Perancis. 20m
Negara kesatuan merupakan sebuah negara yang memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan kuasa yang terhad kepada keraiaan tempatan. Negara seperti perancis, Britain Itali dan Jepun memilih untuk mengamalkan sistem kesatuan. Negara kesatuan di Perancis terbentuk sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan iaitu setelah Raia Louis XVI dan isterinya, Marie Antoinnette dipancung dengan gilotin.
Antara ciri-ciri kesatuan ialah kesemua urusan negara dipusatkan, beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi kuasa mentadbir beitujuan untuk memudahkan pentadbiran. Kuasa autonomi tidak mencerminkan kebebasan kerajaan tempatan disebabkan kuasa wilayah, bahagian atau cawangan boleh dipinda atau.ditarik balik. Sekiranya sistem ini diamalkan dalam pemerintahan masalah pertindihan tidak akan berlaku kerana sebarang percanggahan antara pembuat dasar dengan pelaksana dasar dapat dielakkan kerana keputusan akan dibuat oleh pemerintahan pusat.
Kebiasaannya sistem kesatuan amat sesuai dijalankan di negara-negara yang tidak terlalu luas kawasan geografinya. Ini bertujuan memudahkan komunikasi dua hala serta sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa amalan red tape.Perancis telah dibahagikan kepada 83 department dan setiap department dibahagikan kepada cantons (daerah) dan commune. Departmentberperanan menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan dan diketuai oleh Prefet Sebuah majlis telah diwujudkan untuk setiap dgpartment yang dikenali sebagai General Council manakala ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat.
Department merupakan institusi peringkat tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan peringkat pusat. Commune pula dibentuk untuk mentadbir kawasan bandar dan diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Malah, Majlis Bandaran (Municipal Council) turut diwujudkan. Tugas commune ialah mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di bandar. Antaranya ialah meluluskan permit bangunan, keselamatan penduduk dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar merupakan wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Antara peranan beliau ialah menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam dan menguruskan penduduk di kawasanya.
Walau bagaimanapun keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh diubah, dipinda
atau dibatalkan oleh kerajaan pusat. Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran mahkamah rendah, jabatan kerja raya dan polis tempatan.
Kesimpulannya, pihak yang terlibat berhak memilh untuk mengamalkan pemerintahan sama ada secara kesatuan atau persekufuan kerana ini akan memberi kesan kepada keharmonian pentadbiran pusat dan wilayah di negara masing-masing.
Bandingkan sistem pemerintahan beraja di England dan Perancis. [20]
Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. Oleh itu, terdapat beberapa negara di benua Eropah yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Antara negara tersebut ialah England dan Perancis Pemerintahan beraja di kedua-dua buah negara ini mempunyai persamaan dan juga perbezaan dalam beberapa aspek tertenfu.
Pada masa kini, pemerintahan di England dan Perancis telah mengalami banyak perubahan besar
dan semestinya perubahan ini didorong oleh revolusi yang dicetuskan sejak abad ke-17.pertamanya, persamaan yang dapat dilihat ialah dari aspek kedudukan dan kekuasaan raja. Raja di England dan Perancis cenderung mengamalkan pemerintahan beraja mutlak. Hal ini membawa maksud raja mempunyai kuasa dalam segala hal dan raja menguasai pemerintahan negaranya. Sebagai contoh di England, raja England berpegang pada prinsip doktrin kuasa suci raia atau Devine Right of Kings.
Raja Perancis pula mengatasi segala undang-undang dan baginda boleh menahan sesiapa yang disyaki menentang kerajaan. Selain itu, terdapat juga parlimen yang berfungsi untuk membantu raja dalam menguruskan pentadbiran negara. Malah, parlimen kedua-dua negara juga terbahagi kepada bahagian-
bahagian contohnya terdapat House of Lords dan House of Commons manakala parlimen Perancis terbahagi kepada tiga Estet.
Golongan bangsawan di kedua-dua negara juga mempunyai kedudukan yang kukuh dan berpengaruh.Ahli gereja dan paderi turut mempunyai kedudukan yang kukuh dan kebanyakan mereka hidup mewah. Misalnya, paderi Bishop di perancis hidup di rumah mewah dan banyak menganiaya rakyat.
Dalam pada itu, peranan golongan bourjois turut semakin signifikan dalam pemerintahan di England dan Perancis. Umumnya mereka tidakberpuas hati dengan cara pemerintahan yang menindas mereka.
Manakala, perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas antara sistem beraja di England dan perancis adalah di England, sistem pemerintahan beraja adalah berasaskan dinasti. Terdapat dua dinasti pada zaman pemerintahan beraja mutlak di England iaitu Dinasti Tudor dan Dinasti Stuart. Berbanding dengan Perancis yang tidak mempunyai dinasti.
Selain itu, perbezaan di antara kedua-dua negara ini turut dapat dilihat melalui prinsip yang dipugu.rg oleh raja. Misalnya di England, raja-rajta Dinasti Tudor berpegang kepada Magna
Carta ,sebuah piagam politik yang mengawal kuasa berbanding di Perancis, rajanya tidak berpegang kepada mana-mana piagam tetapi kuasa pemerintahan terletak di tangan raja Majlis Diraja dan intendant.
Di samping itu, di England pernah berlaku pembubaranpoliti yang berpunca daripada krisis antara raja dengan ahli-ahli parlimen berhubung isu cukai. Berbeza dengan Perancis, parlimen tidak pernah dibubarkan malahan parlimen digabungkan untuk membentuk parlimen (Perhimpunan Kebangsaan). Raja-raja England turut cenderung memonopoli ekonomi sebagai contoh Raja James I memberi hak monopoli kepada syarikat disukai baginda. Tetapi raja-raja Perancis pula cenderung berbelania boros hingga menimbulkan keadaan defisit.
Perbezaan juga dapat dilihat dari sudut kedudukan golongan bangsawan dan paderi di kedua-dua negara. Golongan bangsawan dan paderi di England tidak hidup terlalu mewah dan mereka tidak terlalu memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan. Berbanding di Perancis, golongan bangsawan dan paderi mempunyai kedudukan yang kukuh
kerana paderi menguasai institusi agama manakala golongan bangsawan mempunyai tanah yang banyak serta mendapat pelbagai keistimewaan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan sistem
feudal masyarakat Perancis yang kompleks.
Akhir sekali, perbezaan jelas yang dapat dilihat adalah kedudukan raja selepas revolusi.
Selepas berlakunya kompromi di antara raja dengan parlimen di England, raja England, Raja Charles II tidak disingkirkan daripada takhta dan terus memerintah berdasarkan perlembagaan. Beberapa akta digubal tetapi pada masa yang sama, raja masih lagi memerintah mengikut sistem raja berperlembagaan. Sistem tersebut kekal hingga kini. Berbeza dengan Perancis, selepas Revolusi Perancis raja masih memegang takhta mengikut sistem raja berperlembagaan namun setahun kemudian raja disingkirkan dan dihukum pancung. Sekaligus menunjukkan kedudukan berbeza yang dihadapt raja England dan Perancis selepas revolusi.
Kesimpulannya, jelaslah terdapat persamaan dan perbezaan diantara pemerintahanberaja di England dan Perancis. Sistem pemerintahan beraja di England dijatuhkan melalui Revolusi Cemerlang, menjadi Raja Berperlembagaan. Manakala, pemerintahan beraja di Perancis dijatuhkan melalui pemerintahan ganas sehingga raja dan permaisuri dijatuhkan hukuman mati. Perancis akhirnya nenjadi negara Republik.
Friday, August 1, 2014
Huraikan ciri-ciri Adat Perpatih dan Adat Temenggung. [20]
PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan adat sebagai peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Dengan kata lain adat bermaksud peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun sehingga ianya merupakan suatu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua. Sesiapa yang melanggar hukum adat ini boleh dihukum. Hukum adat akan dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini akan diketuai oleh seorang ketua adat.
Mengikut Kamus Dewan adat sebagai peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Dengan kata lain adat bermaksud peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun sehingga ianya merupakan suatu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua. Sesiapa yang melanggar hukum adat ini boleh dihukum. Hukum adat akan dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini akan diketuai oleh seorang ketua adat.
Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai perbezaan dalam aspek kawasan dan pengasasan, bentuk dan pelaksanaan, pemerintahan, pelaksanaan undang-undang, pembahagian harta, kekeluargaan dan perkahwinan.
Adat Perpatih
Kawasan dan pengasasan.
Adat Perpatih berasal dan Pagar Ruyung, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjaga kawasan tanah sebelah darat dan diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. Adat ini dibawa ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau pada kurun ke-17.
Bentuk dan Pelaksanaan
Adat Perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ia adalah pepatah yang diwariskan secara lisan. Susunan hukum dalam adat dikenal sebagai tambo atau perbilangan adat. Hukum adat ini berasaskan dua sumber iaitu resam atau adat turun temurun yang diwarisi dan hukum syarak mazhab Shafie. Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.
Pemerintahan
Dan segi pemerintahan dan pentadbiran Adat Perpatih bersifat demokrasi. Kuasa pemerintah bukan terletak pada tangan seorang sahaja. Kuasa dibahagikan antara pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak, Perut dan orang ramai. Ketua-ketua di setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah hingga atas.
Perut memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih dan melantik Yamtuan Besar. Sistem pemerintahannya mementingkan prinsip pemuafakatan. Yamtuan dipilih secara demokrasi oleh ketua-ketua suku yang dikenali sebagai Undang.
Pelaksanaan Undang-Undang
Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah bersifat pemulihan, berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Hukuman yang diberi bertujuan memberi kesedaran dan bukan untuk menghukum pesalah semata-mata. Orang yang membuat kesalahan akan didenda berdasarkan kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi. Contohnya seseorang yang cedera akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada keadaan lukanya.
Mangsa kecurian boleh dapat balik barang-barangnya. Sekiranya berlaku pembunuhan, si pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si mati. Hukuman bunuh hanya dikenakan bagi kes yang sangat serius seperti penderhakaan. Hukuman bunuh hanya boleh dijatuhkan oleh Yamtuan Besar sahaja. Hukuman lain ditentukan oleh Buapak atau Lembaga.
Pembahagian Harta
Undang-undang pembahagian harta dalam Adat Perpatih mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau diberatkan kepada kaum perempuan. Harta pusaka diturunkan melalui keturunan perempuan, iaitu daripada pihak sebelah ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuannya.
Dalam keadaan tertentu Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Suami tidak berhak memiliki harta pusaka. Sekiranya seseorang ibu tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwariskan kepada adik perempuannya atau anak perempuan adik-adiknya dan cucu-cucu perempuannya.
Secara umumnya harta pasangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu hanta carian, harta dapatan dan harta pembawaan. Harta carian ialah harta yang diperolehi bersama sepanjang perkongsian hidup. Harta ini dibahagi dua jika bercerai. Harta dapatan ialah harta yang sedia ada pada si isteri sebelum berkahwin, jika bercerai harta itu kekal di tangan isteri. Harta pembawaan ialah harta yang sedia dimiliki si lelaki sebelum dia berkahwin, jika bercerai bekas isteri tak boleh tuntut harta itu.
Kekeluargaan dan Perkahwinan.
Dalam aspek perkahwinan, Adat Perpatih tidak membenarkan perkahwinan sesama suku sebaliknya hendaklah berkahwin daripada suku yang berlainan dan perkahwinan ini di kenali eksogami. Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap tidak mengembangkan keturunan, melanggar adat dan akan dibuang suku. Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku dan setiap suku mempunyai nama tersendiri seperti Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Anak Acheh dan lain-lain lagi.
Apabila seseorang anak perempuan berkahwin, suaminya digelar orang semenda. Selepas berkahwin, wanita tersebut akan membawa suaminya tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran rumah pusaka ibunya. Apabila si suami kematian isteri digalakkan mengambil adik perempuan isterinya untuk dijadikan isteri bagi menjaga anak-anaknya. Perkahwinan ini dikenali sebagai ganti tikar.
Susunan keluarga masyarakat Adat Perpatih berdasarkan matriarchal/matrilineal yang mengutamakan wanita yang disusurgalurkan kepada keturunan sebelah ibu. Susunan keluarga sebegini mengandungi ibu, anak-anak perempuan, anak-anak lelaki, cucu perempuan, cucu lelaki dan seterusnya. Adat Perpatih melarang seorang lelaki berkahwin dengan dua atau lebih orang wanita yang berasal daripada suku yang sama.
Adat Temenggung
Kawasan dan Pengasasan
Adat Temenggung berasal dari Palembang, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dan menjaga kawasan persisiran pantai dan laut. Adat ini dibawa ke Melaka pada awal kurun ke-l5lagi. Diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan.
Bentuk dan Pelaksanaan
Adat Temenggung dilaksanakan di keseluruhan negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu, adat ini dipengaruhi oleh agama Hindu terutama dalam Undang-Undang Manu. Apabila Islam berkembang adat ini menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mazhab Shafie.
Adat ini tersebar di negeri-negeri Melayu yang lain dengan nama berlainan tetapi mempunyai fungsi yang sama. Di Johor adat ini dikenali sebagai Undang-undang Johor, di Kedah dikenali sebagai Undang-undang Kedah, di Pahang sebagai Undang-undang Pahang dan di Perak sebagai Undang-undang 99 Perak.
Pemerintahan
Adat Temenggung mengamalkan sistem pemerintahan autokratik iaitu kuasa terletak di tangan pemerintah atau raja. Adat ini mementingkan golongan raja atau golongan yang memerintah. Raja atau sultan mempunyai hak keistimewaan dan kuasanya diperkukuhkan melalui konsep daulat dan derhaka.
Di puncak struktur politik ialah raja atau sultan, diikuti oleh kerabat-kerabat raja, pembesar-pembesar negeri yang memegang jawatan tertentu dan ketua kampung. Sultan merupakan ketua negeri, lambang penyatuan dan perpaduan rakyat
Jawatan sultan bersifat warisan, seseorang raja yang mangkat akan diganti dengan putera sulung kecuali di Perak berasaskan sistem giliran. Jika sultan tiada anak lelaki, hak pewarisan taktha jatuh kepada adik lelakinya. Jika kedua-duanya tiada barulah musyawarah dan pemuafakatan antara sultan dengan pembesar menjadi keputusan dalam melaksanakan sistem pentadbiran. Pembesar-pembesar pula dilantik oleh sultan.
Pelaksanaan Undang-Undang
Bentuk dan pelaksanaan hukumannya adalah lebih tegas dan keras. Bertujuan menghukum serta berpegang kepada prinsip pembalasan semata-mata. Oleh itu pelaksanaan sesuatu hukuman dibuat dengan tegas agar dapat memberi iktibar dan amaran kepada orang lain supaya tidak melakukan sebarang jenis kesalahan.
Hukuman bunuh dikenakan atas kesalahan berat seperti membunuh, mencuri, memfitnah dan menderhaka kepada raja. Hukuman bunuh dilakukan oleh raja atau sultan sahaja. Lain-lain hukuman boleh dilakukan oleh pembesar-pembesar.
Undang-undang dalam Adat Temenggung lebih memihak kepada golongan atasan atau pemerintah. Ini bermaksud, sekiranya rakyat dan kerabat diraja melakukan kesalahan yang sama, hukuman yang dikenakan kepada rakyat lebih berat berbanding dengan kerabat diraja.
Pembahagian Harta
Kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak harta daripada wanita kerana pengaruh daripada hukum Islam (Hukum Faraid). Ini bermakna jurai keturunan sebelah bapa lebih diutamakan. Pemberian harta yang Iebih kepada anak lelaki dalam Islam kerana anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar berbanding dengan anak perempuan.
Jika berlaku penceraian lazimnya cara pembahagian harta suami isteri mengikut hukum syarak Mazhab Shafie. Adat ini menjelaskan harta yang diperoleh semasa perkahwinan dikenali sebagai hanta sepencarian. Harta sepencarian bagi harta isteri yang diceraikan dibahagi dua sama banyak. Jika isteri yang diceraikan itu tidak bekerja hanya berhak mendapat satu pertiga sahaja. Harta asal suami atau isteri dikembalikan kepada suami atau isteri berkenaan.
Kekeluargaan dan Perkahwinan
Adat Temenggung bersifat patriarchal iaitu kaum lelaki lebih diutamakan kerana kaum lelaki melanjutkan keturunan sesebuah keluarga. Ini sejajar dengan pninsip hukum syarak yang mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga. Adat ini membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja (endogami) asalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak. Sekiranya mempunyai pertalian darah atau muhrim perkahwinan dilarang. Sesudah berkahwin isteri akan ikut tinggal bersama keluarga suami.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, adat dapat mengawal perlakuan individu dan merapatkan hubungan persaudaraan. Selepas campur tangan British adat semakin diketepikan kerana British memperkenalkan undang-undang Barat. Walau bagaimanapun, amalan seharian Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih tetap kekal sehingga hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)