OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Konsep pembesar
Pembesar ialah pegawai kerajaan
yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan
melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya sebelum
kemasukan pengaruh BaratNegara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan
beraja dan disokong oleh sistem pembesar.[1]
Pembesar
Sistem pembesar di vietnam diwujudkan
untuk membantu maharaja dalam meraksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran.
Pembesar memainkan peranan penting dalam sistem politik Thailand dan Vietnam.
Mereka menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat iaitu selepas maharaja
sebagai golongan pemerintah.
Maharaja mengagihkan tugasnya
kepada golongan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Ini tidak bermakna
bahawa kuasa mutlak maharaja terjejas. Maharaja masih memegang kuasa mutlak dan
segala keputusan dari aspek pentadbiran, sosial, dan ekonomi dalam tangan maharaja.Pembesar
di pelbagai peringkat mempunyai tanggungjawab tertentu dari segi politik,
ekonomi, dan sosial.[2]
Institusi Pembesar di Vietnam
Vietnam pada abad ke-19 di
bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat. Segala urusan
pentadbiran kerajaan berpusat di Hue. Vietnam tidak mempunyai pembesar
yang terdiri daripada golongan
bangsawan. Kedudukan dan kuasa golongan
bangsawan sebagai pembesar di peringkat pusat, daerah, mahupun di kampung telah
dihapuskan oleh Maharaja Gia Long.
Kedudukan dan kuasa pembesar Vietnam terletak
pada golongan Mandarin (Quan) yang merupakan golongan sarjana yarg berpendidik
Confucius. Golongan ini mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran
kerajaan. Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan vietnam.
Golongan Mandarin ini dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China.
Di vietnam, setiap lapisan masyarakat
berpeluang menjadi Mandarin (Quan)dengan syarat mereka mendapat pendidiian
tinggi berasaskan pendidikan confucius.
Mereka akan dipilih meralui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan
china. Mereka jua perlu mendapat sokongan daripada seorang Mandarin.Quan
dibahagikan berdasarkan peringkat atau graduan yang mempunyai taraf yang paling
tinggi ialah Quan Awam. Taraf Quan Awam lebih tinggi daripada taraf Quan
Tentera. Quan Awam perlu mengetuai tentera atau membuat keputusan yang
berkaitan dengan ketenteraan di peringkat daerah walaupun mereka tidak pernah
mendapat apa-apa latihan ketenteraan.[3]
Pentadbiran pusat yang terletak di Hue
bertanggungiawab kepada pentadbiran negara, pelaksanaan undang-undang, dan
sistem pendidikan. Dalam hal ini, pentadbiran pusat dibantu oleh enam
Kementerian (Quan), iaitu:
(a) Kewangan.
(b) Peperangan.
(c) Kehakiman.
(d) Istiadat (Upacara) yang
bertanggungjawab terhadap pendidikan dan perhubungan luar serta takurim bulan.
(e) Perkhidmatan awam yang
bertanggungjawab menentukan pelantikan, tugas, kenaikan, dan penurunan pangkat.
(f) Kerja raya yang
bertanggungjawab terhadap pembangunan tali air seperti di Lembah Sungai Merah
di Tongking.
Dasar kerajaan ditetapkan oleh Majlis
Sukt (co-mat-vien) yarrg dipengerusikan oleh Maharaja. Majlis Sulit ini
dianggotai oleh empat orang Menteri Kanan yang bertindak sebagai Ketua Jabatan
dan beberapa orang pegawai istana. Majlis bertanggungjawab meluluskan atau
memberikan pandangan kepada Maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan
membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat
Kementerian (Quan).
Pembesar di peringkat daerah menjalankan
tugas seperti mengutip cukai,menguruskan hal kehakiman, merekrut dan melatih
anggota tentera, serta menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.Dalam
sistem pemerintahan Vietnam, desa atau raan merupakan unit pentadbiran yang
paling bawah. Masyarakat desa merupakan suku-suku keluarga dan ketua desa (Iy
xuan).Iy xuan mempunyai tanggungjawab moral terhadap ahli masyarakat.[4]
Pembesar desa menjalankan tugas seperti:
(a) Menyelia projek awam untuk
memperbaiki keadaan desa.
(b) Membahagikan tanah dan air
untuk pertanian.
(c) Membahagikan tanah desa
kepada petani.
(d) Menentukan individu yang
akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.
[1] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2014) ,280.
[2] Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.,2013),290
[3] Ibid,291
No comments:
Post a Comment