BIL
|
TEMA/TAJUK
|
13
|
13
U
|
14
|
14
U
|
1
|
1 Institusi
Pemerintahan
2.
Peranan Raja Melayu
|
/
|
|||
3. Pembesar-
|
|||||
4. 2 Hukum Adat dan
Undang-Undang
5. Peranan
Undang-undang Adat
|
/
|
||||
3 Sistem
sosial/susun lapis masyarakat Melayu
|
/
|
||||
1.
4 Sistem ekonomi sara diri/
|
/
|
||||
Ekonomi Komersial -Getah-bijih timah
|
|||||
1. 1 Institusi Pemerintahan
2. Peranan
Raja Melayu
|
|||||
2
|
Transfomasi Masyarakat
2.1 Perluasan kuasa
asing di TM-Kel
|
||||
Johor
|
/
|
||||
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing di
Perak,Terengganu
|
/
|
||||
2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran ekonomi dan
|
|||||
Pendidikan-sekolah
Vernakular
|
|||||
NMB
|
/
|
||||
2.4 Masyarakat pelbagai kaum
|
|||||
3
|
Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa
3.1 Gerakan nasionalisme
|
||||
3.1.1 Faktor Kemunculan
|
|||||
3.1.2 Gerakan persatuan,kelab agama, ekonomi,
sosial,politik
|
|||||
3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
Kesan Pendudukan Jepun
di Tanah Melayu
|
/
|
||||
Malayan Union
|
|||||
Gerakan Anti Penyerahan di Sarawak
|
|||||
Persekutuan Tanah Melayu-
|
|||||
PKM
|
|||||
Langkah-langkah mencapai kemerdekaan
|
|||||
Pembentukan Malaysia
|
|||||
4
|
Pengisian kemerdekaan
4.1 Sistem pemerintahan-Persekutuan,Raja
berperlembagaan
|
||||
4.2 Pembinaan Negara dan Bangsa
4.2.1 Pembangunan Sosial
i.Bahasa Kebangsaan.
|
|||||
ii.Dasar Pendidikan Kebangsaan
|
/
|
||||
4.2.2 Pembangunan ekonomi
|
|||||
i.Dasar Pembangunan Luar Bandar-
|
|||||
Rancangan pembangunan ekonomi 1957-1963.
|
/
|
||||
ii.Dasar Ekonomi Baru DEB -19
|
|||||
iii.Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
|
/
|
||||
iv.Rukun Negara.
|
|||||
Sumbangan tokoh
Tunku Abdul Rahman
|
|||||
Tun Abdul Razak-Pahang,Terengganu
|
|||||
Tun Hussein Onn
|
|||||
Tun Dr Mahathir Mohamad
|
|||||
4.3 Wawasan 2020
|
|||||
4.4 Perhubungan luar
Peranan Malaysia dalam
OIC
|
/
|
Tuesday, October 27, 2015
JADUAL ANALISIS SOALAN STPM SEJARAH MALAYSIA KERTAS P3 2014U
Wednesday, October 21, 2015
Terangkan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam bidang politik sejak dilantik menjadi Presiden UMNO pada tahun 1951. [20]
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
lahir pada 8 Februari 1903. Beliau merupakan putera ketujuh Sultan Abdul Halim
Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-24. Beliau belajar di sekolah Melayu sebelum berpindah
ke Penang Free School. Pada tahun 1919, beliau melanjutkan pelajaran ke St
Catherine's College. Pada tahun 1925, beliau lulus dari Universiti Cambridge.
Beliau merupakan anak Melayu pertama yang mendapat kelulusan universiti dari
England.
Kemudiannya, Tunku menyertai perkhidmatan
awam di Kedah dan pernah bertugas sebagai pegawai daerah di Kuala Muda, Padang
Terap, Langkawi dan Kulim. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam
bidang undang-undang di Inner Temple dan ditauliahkan sebagai peguam pada tahun
1949. Pada tahun tersebut juga Tunku telah menyertai UMNO dan dipilih sebagai
ketua UMNO negeri Kedah. Pada 26 Ogos 1951,Tunku dipilih sebagai Presiden UMNO
peringkat kebangsaan setelah Dato' Onn Ja'afar meletak jawatan. Sebelum dipilih
sebagai Presiden, Tunku memang sangat aktif dalam bidang politik.
Beliau bersama-sama dengan raja-raja
Melayu dan orang Melayu menentang Malayan Union.Antara usaha awal Tunku ialah
langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan sebelum memperjuangkan kemerdekaan.
Beliau telah mengadakan pakatan murni demi memupuk perpaduan kaum. Beliau telah
menganjurkan konvensyen kebangsaan bersama-sama dengan MCA pada tahun 1954.
Pada tahun 1955. Parli Perikatan telah
dibentuk iaitu gabungan UMNO, MCA dan MlC. Dalam pilihan raya Majlis
Perundangan Persekutuan, Parti Perikatan berjaya mencapai kemenangan cemerlang
dengan memenangi 5l buah kerusi. Kemenangan itu menyebabkan Tunku dilantik
sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai
rombongan ke London untuk menuntut semula kedaulatan negara daripada kerajaan
Britian. Perjanjian kemerdekaan ditandatangani di London pada 8 Februari 1 956.
Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Oktober 1957. Sebuah suruhanjaya iaitu
Suruhanjaya Reid dibentuk untuk mengkaji perlembagaan bagi Tanah Melayu.
Selepas merdeka Tunku dilantik sebagai
Perdana Menteri pertama. Beliau terus memimpin Parti Perikatan dalam tiga
pilihan raya iaitu pada tahun 1959, 1964 dan 1969. Kepimpinan Tunku adalah
faktor yang mendorong Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan tanpa
pertumpahan darah.Dasar toleransi dan taktik permuafakatan kaum beliau
menunjukkan keunggulan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak.
Sumbangan Tunku yang lain ialah usaha
beliau dalam menamatkan ancaman komunis di Tanah Melayu. Beliau sanggup
mengadakan Rundingan Baling dan bertemu dengan Chin Peng. Hal ini jelas
membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mengambil berat tentang
keamanan dan keselamatan negara. Rundingan Baling telah berlangsung di Sekolah
Rendah Baling pada 28 Disember 1955. Rundingan ini tidak berjaya kerana Tunku
enggan mengiktiraf PKM sebagai parli politik yang sah. Namun demikian,
perjuangan PKM
bertambah lemah kerana tidak
mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang sudah pun yakin terhadap
pemerintahan Tunku. Malahan terdapat gerila PKM yang menyerah diri dan ada juga
yang melarikan diri ke sempadan Thailand. Ancaman komunis tamat semasa
pemerintahan Tunku dan darurat diisytiharkan tamat pada tahun 1960.
Sumbangan politik Tunku yang masih
disanjung tinggi ialah usaha beliau membentuk Gagasan Malaysia. Pada 27 Mei
1961, Tunku telah mengemukakan idea
pembentukan Malaysia di Hotel Adelphi Singapura. Tujuan beliau adalah untuk
menjamin kekukuhan politik, keselamatan, ekonon.ri dan sosial semua negara yang
terlibat. pada peringkat awal, gabungan ini melibatkan Tanah Melayu, Singapura,
Sabah. Sarawak dan Brunei tetapi kemudiannya Brunei telah menarik diri kerana
rnenghadapi pemberontakan daripada rakyat yang dipirnpin oleh A.M.Azahari
selain disebabkan isu hasil minyak.
Pembentukan Gagasan Malaysia juga
mendapat reaksi negatif dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia yang
kemudiannya melancarkan konfrontasi. Tunku dengan kebijaksanaannya berjaya
mengatasi segala cabaran ini dengan mendapat sokongan padu dari
rakyat, kerajaan British dan
PBB. pada l6 Septernber I963, Persekutuan Malaysia telah dibentuk dan Tunku
digelar 'Bapa Malalsia'.
Tunku juga telah merintis jalan dalarn
menggubal dasar luar negara dengan rrengarnbil kira beberapa faktor penting.
Pada peringkat awal kemedekaan, beliau mengamalkan dasar probarat dan
antikomunis.Dasar ini dapat menjamin kedauiatan negara daripada ancaman musuh.
Pada masa yang sarna, dasar ini dapat menjamin kestabilan politik dan ekonomi
negara.
Tunku juga menjalinkan hubungan baik
dengan negara jiran dengan mencadangkan penubuhan ASA dan MAPHILINDO. Tujuan
pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah untuk rneningkatkan persahabatan dan
penyertaan dalam ASEAN. ASEAN yang dibentuk pada tahun 1967 bertujuan
mewujudkan hubungan serantau yang baru.
Sumbangan politik Tunku yang amat besar
ialah penyertaan beliau dalam pentubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Bagi menghargai sumbangannya, Tunku telah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC
yang pertama. Tunku berusaha mendapatkan kerjasama OIC untuk menyelesaikan
peperangan Iran-lraq. pada masa yang sama Malaysia juga rnenyokong perjuangan
rakyat palestin dalam memerangi kezaliman rejim lsrael. Tunku juga menubuhkan
Bank Pembangunan Islam yang rnemberi bantuan kewangan kepada negara anggota
OIC.
Selain dari itu, Tunku juga mementingkan
hubungan antarabangsa. Malaysia bergerak aktif dalam badan-badan antarabangsa
seperti PBB dan Komanwel Tunku telah menghantar misi perdamaian dan kearnanan
ke Congo pada tahun 1961. Beliau juga sangat menghormati hak asasi manusia dan
ini digambarkan dalam usaha beliau mengkritik keras DasarAparteid di Afrika
Selatan sehingga negara tersebut disingkirkan daripada Komanwel.
Kesimpulannya, Tunku Abdul Rahman
merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan berkaliber.Beliau mempunyai
pandangan jauh untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dan kegemilangan.
Usaha-usaha Tunku rnenunjukkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan
sangat mementingkan perpaduan kaum. Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember
1990. Narrun, sumbangan besar Tunku sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan .Bapa
Malaysia tetap dikenang oleh setiap rakyat Malaysia.
Monday, October 12, 2015
Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Myanmar terhadap kuasa Barat pada abad ke-19.
Pengenalan
Penentangan di Myanmar berlaku disebabkan dasar British meluaskan
kuasa ke atas pemerintahan tradisional. Agama dan adat resam memainkan peranan
penting dalam kerajaan Buddha sebagai alat penyatuan dan keagungan raja
Myanmar.
Isi-isi penting
Kebangkitan Patani (1826)
Penentangan ini berlaku selepas Myanmar Hilir jatuh ke
tangan British dan termeterainya Perjanjian Yandabo pada tahun 1826. Waris
pengganti Raja Bagyidaw, iaitu Setkya-min dibunuh pada tahun 1838 tetapi
dipercayai bahawa beliau diselamatkan oleh bomoh Bo Bo Aung. Ini memberi
harapan kepada masyarakat Myanmar untuk menebus maruah dan martabat negara.
Mereka percaya bahawa Setkya-min akan kembali untuk
memimpin mereka menegakkan semula keagungan dan kekuasaan kerajaan Buddha. Dalam
keadaan tersebut, muncul beberapa tokoh yang mendakwa diri mereka sebagai
Setkya-min. Salah seorang ialah Maung Tsetkya yang berjaya membangkitkan
penentangan di Pegu.
Kebangkitan (1858)
Seorang nelayan mendakwa dirinya sebagai Mettaya
(Maitreya) muncul untuk menghalau British dari bandar Rangoon. Beliau disokong
dan diakui sebagai pemimpin oleh golongan masyarakat di Rangoon.Mereka mara ke
Rangoon untuk menangkap Pesuruhjaya British di sana. Pada tahun 1860, mereka mengugut British
di Toungoo. Kesetiaan penentang kepada raja dikatakan terlalu kuat sehingga
mereka menyanyikan lagu tentang kejayaan putera raja Myanmar. Mereka percaya
nyanyian tersebut dapat menyemarakkan semangat anti-British yang akan
menjayakan penentangan mereka di Rangoon.
Perang
Inggeris-Myanmar II dan Perung Inggeris-Myanmar III
Kedua-dua perang berlaku untuk menyekat kemaraan dan
penguasaan British ke bahagian lain di Myanmar. Perang ini juga merupakan usaha
istana dan masyarakat Myanmar untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Myanmar
serta tradisi agama Buddha. Myanmar tidak berjaya mempertahankan kedaulatannya
daripada dicabuli oleh British, sebuah kuasa asing.
Selepas
kekalahan Myanmar dalam Perang Inggeris-Myanmar III, institusi raja dihapuskan
dan Raja Thibaw berserta keluarganya dibuang negeri ke India. Ini bermakna raja
telah tersingkir daripada kerajaannya yang diturunkan oleh nenek moyangnya
sendiri. Perkara ini amat memalukan dan menjatuhkan martabat Myanmar.
Kejayaan
British menakluki Myanmar Hulu memberi kesan buruk kepadaMyanmar.
Segala-galanya telah musnah. Raja tersingkir, institusi raja terhapus, Dinasti
Konbaung tamat, agama Buddha tercabar, kerajaan Buddha berakhir, dan kedudukan
pembesar tradisional terjejas.
Oleh demikian, penentangan dalam bentuk perang gerila
telah berlaku 1 pada tahun 1886. Pemberontak terdiri daripada tentera Myanmar
Hulu disertai oleh golongan pendeta dan
masyarakat tani. Mereka diketuai oleh Taik-thugyi.
Perang
gerila ini membuktikan kesetiaan dan semangat cinta mereka terhadap raja dan negara.
Kumpulan gerila ini berperang selama lima tahun tetapi akhirnya berjaya
dipatahkan oleh tentera British.Dalam pemberontakan tersebut, terdapat tidak
kurang daripada lima orang putera raja menuntut hak ke atas takhta kerajaan.
Selepas pemberontakan dipatahkan, mereka dipenjarakan di kawasan yang
berlainan.
Kesimpulan
Penentangan di Myanmar bertujuan untuk menyekat kemaraan kuasa
asing daripada mencerobohi dan mencabuli kedaulatan dan tradisi negara.Walaupun
penentangan awal ini dianggap penting dalam sejarah politik Myanmar tetapi
gagal dalam menghadapi kemaraan kuasa Barat kerana perjuangan mereka tidak
mendapat sokongan keseluruhan rakyat, tidak teratur, dan tidak mempunyai satu
objektif politik yang mantap.Tambahan pula, pihak penjajah telah menggunakan
pasukan tentera yang besar dan alat senjata yang moden untuk mematahkan
penentangan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)