OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Wednesday, May 16, 2018
Wednesday, November 8, 2017
Raja Thibaw 1878-1885
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Peranan Raja Thibaw dalam
penentangannya terhadap British pada abad ke-19.
Raja Thibaw dilahirkan pada
tahun 1858 di Mandalay, Myanmar. Raja Tihibaw merupakan anak Raja Mindon Min
dengan Puteri Laungshe. Raja hibaw mendalami ajaran agama Buddha di tokong
sejak kecil lagi. Baginda pemerintah terakhir Dinasti Konbaung di Myanmar.
Beliau memerintah antara tahun 1878-1885. Pemerintahannya berakhir detelah
pendudukan Hulu Myanmar oleh British. Beliau meninggal dunia pada 19 Disember
1916 di Ratnagiri Fort, India.[1]
Peranan dalam penentangan terhadap British
Raja
Thibaw sangat dikuasai oleh Permaisuri Supayalat dan Taingda sehingga Hluttaw,
sebuah badan yang berpengaruh dalam sistem pemerintahan pusat merasa terancam
lalu terpaksa mengikut sahaja dasar Raja Thibaw dan permaisurinya.
Raja
Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan, dan menindas berbanding
dengan pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat, dan
kuasa asing. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa
tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai
Myanmar Hulu.
Pada
zaman pemerintahan Raja Thibaw perbendaharaan Myanmar Hulu mengalami masalah
kekurangan sumber pendapatan. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, Raja
Thibaw meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.[2]
Dari
segi pentadbiran, Raja Thibaw menambahkan jumlah jabatan dalam Hluttaw daripada
empat menjadi empat belas. Satu unit pentadbiran baharu di peringkat daerah,
iaitu khayaing dibentuk mengikut model pentadbiran British di India. Tujuannya adalah
untuk memusatkan pentadbiran di istana Myanmar Hulu. Myanmar Hulu dibahagikan
kepada sepuluh daerah di
bawah
Menteri Daerah. Raja Thibaw juga memperkenalkan jawatan Myo-ok mengikut sistem
pentadbiran yang diamalkan oleh British di Myanmar Hilir.[3]
Dasar Luar Raja Thibaw
Hubungan dengan Perancis dan British
Raja Thibaw mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani ancaman dan
kemaraan British. Beliau memahami bahawa British tidak senang dengan kehadiran
Perancis di Annam dan Tongking. Beliau telah bertindak menjalinkan perjanjian perdagangan
dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat
perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885. Sebenarnya, Raja Thibaw
ingin membeli senjata dari Perancis.
British mendapat tahu tentang usaha Raja
Thibaw tersebut. Duta British telah menemui dengan wakil Perancis, Fules Ferry
dan menyatakan British akan menggunakan kekerasan ke atas Myanmar sekiranya pihak
Perancis masih lagi terlibat dalam perkara senjata ini. Pihak Perancis telah
memberi jaminan bahawa isu senjata tidak disentuh dalam perjanjian dengan
Myanmar kerana yang ditandatangani hanyalah perjanjian perdagangan yang tidak
mengandungi apa-apa implikasi politik atau bantuan ketenteraan kecuali wakil
Perancis akan
ditempatkan
di Mandalay.[4]
Perancis
melalui wakilnya, Frederic Haas pernah menasihati Raja Thibaw supaya
mengeratkan hubungan dengan British. Raja Thibaw tegas dengan pendirian tidak
mahu menerima semula Residen British.Raja Thibaw berpendapat beliau boleh
menangani kekuasaan British dengan bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak
memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada pihak
Perancis. Pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas
pembiayaan Perancis.
Terdapat
khabar angin bahawa orang Perancis akan mengambil alih pengurusan hak monopoli
diraja, mengawasi perkhidmatan pos, menjalankan kapal-kapal di Sungai Irrawady,
dan dapat menyewa lombong-lombong batu delima. Semua perkara tersebut membimbangkan
pihak British di Myanmar Hilir. Yang memburukkan Iagi hubungan Raja Thibaw
dengan British ialah berita yang menyatakan bahawa Perancis akan menghantar
senjata ke Myanmar sebaik sahaja keamanan di Tongking berjaya dipulihkan.[5]
Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan
Bombay-Myanmar
Syarikat
Perdagangan Bombay-Myanmar mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan
Myanmar Hulu. Raja Thibaw yang tidak menyukai British telah mengambil tindakan
terhadap syarikat ini dengan mengemukakan perkara berikut terhadap syarikat
tersebut:
(a)
Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang
dibenarkan.
(b)
Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.
(c)
Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Myanmar seperti yang
dijanjikan.
Syarikat
ini didenda sebanyak 23 juta rupee dan ini menyebabkan pihak British berasa
tidak berpuas hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang
dibuktikan oleh Majlis Hluttaw.British dengan segera meminta diadakan rundingan
tetapi Raja Thibaw menolaknya kerana beliau yakin Perancis akan menyokong dan
membantu Myanmar dalam saat-saat seperti itu. Akan tetapi, pada bulan
September, Freycinet (menggantikan fules Ferry) telah mengubah dasar Ferry
dengan serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak
British.
British
menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu
bersiap sedia untuk bertindak secara kekerasan terhadap Myanmar. Duta Myanmar
di Perancis dan duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding
tetapi British enggan.British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke
Myanmar. British memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan
masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar dan pada masa hadapan dasar luar
Myanmar akan ditentukan oleh kerajaan British. Raja Thibaw diberi tempoh masa
sehingga l0 November 1885 untuk memberi jawapan.[6]
Raja
Thibaw membalas dengan reaksi berikut:
(a)
Bersetuju menerima wakil British.
(b) Meneruskan
hubungannya dengan Perancis.
(c)
Memberi hak perdagangan yang sama kepada semua kuasa Barat.British tidak puas
hati dengan jawapan Raja Thibaw lalu mengisytiharkan perang ke atas Myanmar
Hulu pada 11 November 1885. British berjaya menakluki Myanmar Hulu pada 1
Januari 1886.Kejayaan ini menyebabkan Myanmar menjadi tanah jajahan British
sepenuhnya.[7]
[1] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2014) ,310.
[2] Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),326.
[3] Ibid,326.
[4] Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),324.
[5] Ibid,325.
[6] Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),327.
Huraikan peranan Raja Thibaw semasa pemerintahannya di Myanmar pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20.
Pengenalan
Raja Thibaw dilahirkan pada
tahun 1858 di Mandalay, Myanmar. Raja Tihibaw merupakan anak Raja Mindon Min
dengan Puteri Laungshe. Raja Thibaw mendalami ajaran agama Buddha di tokong
sejak kecil lagi. Baginda pemerintah terakhir Dinasti Konbaung di Myanmar.
Beliau memerintah antara tahun 1878-1885.
Politik dan pentadbiran
1.Hubungan dengan Perancis.
Menjalin hubungan dengan
Perancis untuk mengekalkan kedaulatan negara.
Raja
Thibaw ingin membeli senjata dari Perancis.
wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay
Frederic Haas menasihati Raja Thibaw supaya mengeratkan
hubungan dengan British
menubuhkan
bank di Mandalay kepada pihak Perancis. Pembinaan jalan kereta api dari
Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.
2.Hubungan dengan British.
Raja Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras dan anti kuasa
asing.
British mendapat tahu tentang usaha Raja Thibaw tersebut.
Duta British telah menemui dengan wakil Perancis, Fules Ferry dan menyatakan
British akan menggunakan kekerasan ke atas Myanmar sekiranya pihak Perancis
masih lagi terlibat dalam perkara senjata ini. Pihak Perancis telah memberi
jaminan bahawa isu senjata tidak disentuh dalam perjanjian dengan Myanmar
Raja Thibaw tegas dengan pendirian tidak mahu menerima
semula Residen British.
Ekonomi
menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan
menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani
pada 1 Januari 1885.
Cuba mendapatkan kembali penguasaan ekonomi Myanmar dari
British
Tindakan
Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar
mengemukakan
perkara terhadap syarikat tersebut:
(a)
Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang
dibenarkan.
(b)
Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.
(c)
Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Myanmar seperti yang
dijanjikan.
Syarikat
ini didenda sebanyak 23 juta rupee
British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat
tersebut tidak adil lalu bersiap sedia untuk bertindak secara kekerasan
terhadap Myanmar.
Kesimpulan
Raja Thibaw berusaha
mempertahankan kedaulatan Myanmar Hulu.
Untuk memelihara kedaulatan
Myanmar Thibaw menjalin hubungan dengan Perancis.
Baginda kalah dalam Perang British-Myanmar III pada 29 November1885 dan dibuang negeri ke India.
Peranan Diponegoro dalam Perang Jawa 1825-1830
OLEH- AHMAD BIN
YAAKOB.
Latar Belakang
Diponegoro
merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, seorang raja Mataram di Jogjakarta.
Beliau lahir pada 11 November 1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro
Raden Mas Ontowiryo.Apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814, Raffles
telah melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran
Hamengkubuwono IV. Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah
Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot.
Apabila
Djarot mangkat pada 1822, Raffles tidak berada di Pulau Jawa lagi kerana
Belanda telah kembali semula selepas tamatnya Perang Napoleon. Belanda melantik
putera Djarot yang baru berumur dua tahun sebagai pengganti dengan gelaran
Hamengkubuwono V.
Diponegoro dilantik sebagai penasihat sahaja. Diponegoro
banyak menghabiskan masa beribadat di Tegalraja. Beliau mendapat ilham untuk
menyelamatkan tanah Jawa serta masyarakatnya. Pada tahun 1825, beliau memimpin
Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.
Peranan Diponegoro
Membela nasib
masyarakat peribumi
(a) Pembatalan kontrak penyewaan tanah oleh Van der
Capellan
(i) Masyarakat peribumi Jawa tidak puas hati dengan
tindakan Van der Capellan membatalkan kontrak penyewaan tanah yang
diperkenalkan oleh Raffles.
(ii) Peraturan pembatalan diluluskan pada tahun 1823 yang
menyebabkan semua penyewaan tanah yang melibatkan orang Eropah dengan pemimpin
tempatan di Jogjakarta dan Surakarta dibatalkan. Malah ditetapkan wang sewaan
dan wang pendahuluan mesti dipulangkan.
(iii) Apabila kontrak penyewaan tanah diperkenalkan oleh
Raffles, kaum tani yang paling ditindas. Ini disebabkan tuan tanah telah
mendapat wang pendahuluan daripada penyewa bangsa Eropah. Melalui bayaran wang
pendahuluan, pengusaha berkuasa ke atas
tanah dan petani. Seringkali, petani ditindas oleh
penyewa yang berusaha memaksimumkan keuntungan.
(iv) Dengan pembatalan kontrak penyewaan tanah, kaum tani
sekali lagi tertindas. Tuan tanah dikehendaki membayar balik wang pendahuluan
kepada pengusaha. Tuan tanah memaksa petani bekerja lebih keras untuk
mendapatkan hasil yang lebih agar mereka dapat membayar balik wang pendahuluan
kepada pengusaha.
(v) Golongan bangsawan juga berasa tidak puas hati dengan
pembatalan kontrak sewa tanah.
(b) Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas masyarakat
Jawa
(i) Selain membatalkan kontrak sewa tanah, Belanda juga
mengenakan cukai ke atas tanah orang Jawa. Pemungut cukai kebanyakannya terdiri
daripada orang Cina yang mengenakan cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang
ditetapkan oleh kerajaan. Sekali lagi, masyarakat Jawa tertindas.
(ii) Kerajaan Belanda juga mengenakan tol ke atas orang
tempatan yang melalui tanah kerajaan untuk pergi ke ladang mereka di kawasan
pedalaman dan balik dari ladang ke tanah kerajaan.
(iii) Tindakan pemungut cukai yang mengenakan kadar tol
sesuka hati telah menambahkan kesengsaraan dan kesulitan mereka.
(iv) Pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat,
misalnya cukai tanah, cukai rumah, dan cukai binatang ternakan.
(c) Penindasan orang Cina
(i) Orang Cina memberi pinjaman wang kepada orang Jawa
dengan kadar faedah yang tinggi.
(ii) Orang Cina menjadi orang tengah dalam perdagangan
garam. Mereka membelinya dengan harga yang murah dan menjualnya dengan harga
yang tinggi.
Mempertahankan
kesucian agama Islam
(a) Pembinaan jalan raya
(i) Keputusan Belanda untuk membina jalan raya melalui
tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro menyebabkan beliau mengisytiharkan
perang jihad terhadap Belanda.
(ii) Belanda enggan mengiktiraf beliau sebagai ketua
agama di Jawa. Sebagai wali Allah, Diponegoro bertindak menghalau orang kafir
dari tanah Jawa.
(iii) Diponegoro dan masyarakat Jawa menganggap usaha
Belanda ini mencabuli adat resam tempatan, tatasusila, nilai-nilai sosial, dan
agama Islam.
(b) Peranan Diponegoro sebagai Ratu Adil
(i) Diponegoro ialah seorang yang kuat agama dan berusaha
mempertahankan kesucian agama Islam.
(ii) Diponegoro melancarkan Perang jihad untuk memulihkan
pemerintahan Islam di Jawa.
(iii) Masyarakat Jawa menyokong Diponegoro kerana
mempercayai beliau ialah seorang Ratu Adil yang akan membela nasib dan
membebaskan mereka daripada segala penindasan.
(iv) Belanda tidak mengakui Diponegoro sebagai pemimpin
Islam di Jawa. Bagi masyarakat Jawa, tindakan ini menunjukkan Belanda tidak
menghormati kepercayaan agama Islam.
Perjuangan
Diponegoro dalam Perang Jawa (1825 - 1830)
(a) Diponegoro berjaya mendapat sokongan kaum tani, para
ulama,golongan bangsawan, dan para bupati. Pengikut Diponegoro ialah Kyai Mojo,
Kyai Hasan Besari, Sentot, dan Mangku Bumi. Mereka melancarkan Perang gerila
terhadap orang Belanda.
(b) Pada mulanya, Diponegoro berjaya dalam pertempuran
berhampiran Lengkong dan Delanggu. Diponegoro dilantik menjadi Sultan dengan gelaran
"sultan Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo Khalifatullah
Tanah Jowo'. Gelaran tersebut jelas menunjukkan pengaruh agama Islam dalam
Perang Jawa.
(c) Perang Jawa berlarutan selama lima tahun. Tentera
Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai daripada mereka mati kebuluran
dan diserang penyakit.
(d) Orang kanan Diponegoro iaitu Sentot dan Mangku Bumi
berpaling tadahmemihak kepada Belanda. Ini melemahkan perjuangan Diponegoro.
Akhirnya, beliau bersetuju berdamai dengan Belanda. Belanda enggan mengiktiraf
Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu Adil.
Kesimpulan
Pada 3 Mei 1830, Diponegoro dan rombongannya
diberangkatkan dengan kapal Pollux ke Manado dan ditawan di benteng Amsterdam.
Kemudian, mereka dipindahkan ke benteng Rotterdam di Makassar, Sulawesi
Selatan.Pada 8 Januari 1855, Diponegoro meninggal dunia dan dimakamkan di
kampung Jawa Makassar.
Diponegoro berjuang untuk agama dan bangsa, membela nasib
kaum tani dan bangsawan, serta mempertahankan agama Islam.Beliau seorang tokoh
nasionalis yang memimpin orang Jawa ke arah satu perjuangan menyelamatkan tanah
air (tanah Jawa) daripada penjajahan orang kafir.
WAWASAN 2020
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Wawasan 2020 merupakan satu rangka
tindakan konkrit bersifat jangka panjang yang menjadi panduan kepada pelbagai
dasar lain yang lebih luas berkaitan pembangunan negara. Rangka tindakan ini
menetapkan dengan jelas arah tujuan, cabaran dan sasaran negara untuk mencapai
satu tahap kemajuan ekonomi yang diinginkan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Wawasan 2020 digubal berlandaskan keyakinan bahawa rakyat Malaysia yang
berbilang kaum akan bersatu tenaga, berusaha dan bekerjasama ke arah mencapai
matlamat yang digariskan oleh wawasan tersebut. Melalui wawasan ini, matlamat
akhirnya adalah untuk menjadi sebuah negara maju. Mengikut sasaran yang
ditetapkan pada tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang
benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat
Malaysia pula berpeluang menikmati kehidupan yang lebih sempurna dalam sebuah
masyarakat yang demokratik, bertolak ansur, bermoral, adil, mampu bersaing.
Dinamik serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi.[1]
CABARAN WAWASAN 2020 DAN HALA
TUJU NEGARA.
CABARAN PERTAMA
MEMBINA NEGARA BANGSA YANG
BERSATU-PADU.
Malaysia memerlukan perpaduan
antara kaum dan integriti peringkat wilayah dan nasional ke arah sebuah negara
yang aman dan harmoni. Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi pada
peringkat wlayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama
sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai
kesetiaan politik dan dedikasi kepada
negara. Perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020 merupakan asas
kekuatan yang penting untuk kejayaan sesebuah negara.[2]
Semua ini telah dilakukan melalui
pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad yang lalu. Antara strategi ialah seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Bahasa Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional[3].
CABARAN KEDUA
MEMBINA MASYARAKAT BERJIWA
BEBAS, TENTERAM DAN BERKEYAKINAN.
Keyakinan terhadap diri, bangga
dengan segala yang dicapai serta mampu menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecermerlangan,
sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa
dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Dengan memiliki dan menghayati ciri-ciri
di atas, rakyat Malaysia akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa
berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan
negara di persada antarabangsa. Strategi yang telah dilaksanakan ialah melalui
Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan memberi tumpuan kepada konsep pembelajaran
sepanjang hayat, kemahiran insaniah serta sifat kreatif dan inovatif.
CABARAN KETIGA
MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT
DEMOKRATIK DAN MATANG.
Mewujud dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang
matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
kepada banyak negara membangun.
Amalan persefahaman yang matang dan prinsip
demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia dapat menjadi contoh kepada negara
membangun yang lain. Suatu usaha perlu dipupuk untuk membina masyarakat yang
matang dan dalam masyarakat yang berdemoratik akan diberi kebebasan untuk
memilih kerajaan yang bakal memimpinnya. Kebebasan memilih untuk memberi
peluang kepada perasaan yang tidak berpuas hati melalui saluran tertentu.
CABARAN KEEMPAT
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG
BERMORAL DAN BERETIKA.
Mewujudkan masyarakat yang
bermoral dan beretika, di mana warganegaranya mempunyai nilai agama dan jiwa
yang didorong oleh tahap etika yang paling tinggi. Seseorang yang beretika baik
perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan keinginan yang tinggi. Etika
merupakan tingkah laku yang berkait rapat dengan kelakuan yang dibina berdasar
tiga unsur iaitu ilmu, kemahiran dan pengetahuan.
Ketiga-tiga unsur berperanan memupuk dan melahirkan masyarakat Malaysia yang
dinamik bagi meningkatkan hasil kerja yang cemerlang. Masyarakat yang patuh
kepada amalan agama dan budaya yang cemerlang, keberkesanan pendidikan dan
sistem kekeluargaan yang unggul akan melahirkan manusia yang beretika dan
bermoral.[4]
CABARAN KELIMA
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG
MATANG, LIBERAL DAN BERTOLAH ANSUR.
Masyarakat yang matang dapat
berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu dalam keadaan apa sekalipun.
Masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman yang sempit dan
berfikiran terbuka untuk menerima segala perubahan serta pandangan orang lain.
Masyarakat yang bertolak ansur pula
digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan
adat resam, kepercayaan dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan
kesetiaan kepada negara. Usaha untuk mewujudkan masyarakat yang matang, liberal
dan bertolak ansur dapat dilihat melalui pelbagai peruntukan yang termaktub
dalam Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi yang menjadi
amalan sejak merdeka.Kewujudan pelbagai parti politik berbilang bangsa serta
melalui pelbagai dasar yang bertujuan mewujudkan keharmonian antara kaum.
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG MAJU
DAN SAINTIFIK
Masyarakat yang maju adalah
sebuah masyarakat yang dapat menyerap segala perubahan yang berlaku di
persekitarannya untuk membina dan mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju
tidak boleh berpisah daripada masyarakat saintifik Hal ini kerana penguasaan
ilmu pegetahuan terutama ilmu yang berteraskan sains dan teknologi sering
dijadikan ukuran kepada kemajuan sesebuah bangsa. Masyarakat maju dan saintifik
adalah masyarakat yang mempunyai budaya ilmu yang dapat menjana produktiviti
dan amalan kreatif serta inovatif.
Malaysia seharusnya mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke hadapan bukan sahaja sebagai pengguna
teknologi, tetapi turut sama menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi
masa depan
MEWUJUDKAN MASYARAKAT BERBUDAYA
PENYAYANG.
Masyarakat berbudaya penyayang
merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi
melebihi kepentingan individu dan kebajikan insan yang tidak berkisar kepada
negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.
Masyarakat penyayang sering dicirikan
dengan kehidupan yang muafakat , saling memahami dan menghormati, bekersamadan
saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat penyayng tidak memiliki sifat
individualistik tetapi meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan
diri. Asas-asas yang kukuh dalam
pembinaan masyarakat penyayang dan budaya penyayang ialah kepathan kepada agama
, nilai-nilai murni yang diwarisi daripada amalan tradisi dan institusi
kekeluargaan.
Kasih-sayang dalam masyarakat bermula
daripada kasih-sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam
agama. Budaya teradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan
dan dihayati semula untuk memupuk masyakat yang bersifat penyayang .
MENJAMIN MASYARAKAT YANG ADIL
DAN SAKSAMA DALAM BIDANG EKONOMI.
Pengagihan kekayaan negara
dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian secara
bersama dalam kalangan semua semua rakyat dalam suasana ekonomi yang
berkembang. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang
berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran
kaum dari sudut ekonomi
Pada masa lalu, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai dasar seperti Rancangan Pembangunan lima Tahun, Rancangan
Pembangunan Luar bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional
sebagai sebahagian daripada langkah
untuk menjamin keadilan ekonomi untuk semua dan pada masa yang sama
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat daripada semua lapisan kaum.
MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT
YANG MAKMUR.
Masyarakat yang makmur
dikaitkan dengan masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf
hidup yang tinggi. Pada masa yang sama , tiada ahli masyarakat yang hidup
melarat dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara berada
pada tahap yang tinggi. Bagi mencapai hasrat untuk menjadi masyarakat yang makmur,
masyarakat Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik
dan kental menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.[5]
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Ace Ahead
Teks STPM Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara (1800-2000) Penggal 3 Edisi Kedua.(Shah
Alam: Oxford Fajar, 2017),212.
[2]
Ibid,237.
[3] “Wawasan 2020,” dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: PST Enterprise, 2013),100.
[4] S.B.Teoh,Norizan
Yusoff dan Nurul Huda Md Yusop, Sejarah
STPM Penggal 3,181.
[5] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Ace Ahead
Teks STPM Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara (1800-2000) Penggal 3 Edisi Kedua.,239.
Tuesday, November 7, 2017
Soalan 6 :Nilaikan sumbangan Macapagal dalam pembangunan Ekonomi Filipina pada pertengahan abad ke -20
Pengenalan :
Diosdado Macapagal Pangan dilahirkan pada 28 September
1910 di Lubao , Pampanga . Beliau mempunyai kelulusan dari Universiti Filipina
dan Universiti Santo Thomas . Setelah tamat pengajian , Macapagal menjadi
peguam , ahli kongres , menjadi ahli
Dewan Rakyat dan pada tahun 1948 , beliau
berkhidmat sebagai setiausaha kedua di Kedutaan Filipina di Washington DC.
Macapagal juga merupakan wakil Filipina ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebanyak tiga kali .
Macapagal dilantik sebagai Presiden Filipina ke -9 pada tahun 1961-1965 selepas
berjaya mengalahkan Presiden Carlos P. Garcia . Beliau dipilih dari gabungan
Parti Liberal dan Parti Progresif .
Beliau diberi gelaran “ The Incorruptable “ kerana kesungguhannya dalam
membasmi amalan rasuah di Filipina . Sepanjang pemerintahannya terdapat
pelbagai sumbangan yang dilaksanakan olehnya
untuk membangunkan ekonomi Filipina pada pertengahan abad ke-20
Antara sumbangan Macapagal dalam pembangunan ekonomi
Filipina pada pertengahan abad ke-20 ialah
memperkenalkan Program Reformasi Tanah
melalui Kanun Reformasi Tanah Pertanian 1963 . Tujuannya untuk memerangi
kemiskinan di Filipina secara besar-besaran . Justeru itu , Macapagal telah
melakukan reformasi dengan memansuhkan
penyewaan tanah apabila beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos
1963 . Matlamatnya ialah untuk menghapuskan amalan perhambaan terhadap penyewa
tanah dengan memberikan kebebasan dan keselamatan kepada petani di tanah milik
mereka . Walau bagaimanapun program reformasi tanah yang diperkenalkan oleh
Macapagal ini menemui kegagalan kerana
menerima tentangan daripada kongres Filipina yang dikuasai oleh Parti Nasionalis .
Selain itu , dalam usahanya untuk membangunkan Filipina
dalam bidang ekonomi , Macapagal juga telah menghapuskan kawalan pertukaran
mata wang dan membenarkan peso Filipina diapungkan di pasaran pertukaran mata
wang supaya ia bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing . Selepas
bekerja selama 20 jam berturut-turut , Presiden Macapagal berjaya
menandatangani Dekri Bank Negara yang
memansuhkan kawalan pertukaran dan
mengembalikan Filipina kepada ekonomi laissez faire pada 21 Januari 1962 . Melalui dasar kewangan ini , berjuta-juta peso dapat dipungut setiap
tahun oleh Kerajaan Macapgal .
Sumbangan Macapagal yang seterusnya dalam pembangunan
ekonomi Filipina ialah dengan memberi
penekanan kepada sektor pertanian dan
memajukan bidang perindustrian . Contohnya Macapagal menekankan
tanaman seperti kelapa kering
, tebu , abaka , tembakau dan nanas sebagai hasil eksport
Filipina . Macapagal juga bertindak meningkatkan keluaran bahan makanan bagi
menampung keperluan penduduk untuk mengelakkan Filipina mengimport makanan
daripada luar negara . Hasilnya pengaliran peso keluar negara berjaya dielakkan
. Manakala dalam bidang industri , Macapagal
memajukan industri ringan , pembungkusan dan pemasangan serta
insustri besi dan keluli . Malahan
Kerajaan Macapagal juga telah
mengasingkan industri gula dan kelapa melalui penubuhan lembaga
Kelapa Filipina . Hal ini disebabkan kedua-dua industri ini menjadi
penyumbang utama dalam hasil eksport Filipina .
Di samping itu , Presiden Macapagal juga mewujudkan
Pentadbiran Pekerjaan Asas ( PPA ) bagi menyelesaikan masalah pengangguran yang
juga merupakan salah satu masalah utama semasa pentadbirannya . Kerajaan
Macapagal menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Filipina
bagi membolehkan mereka keluar daripada belenggu kemiskinan . Impaknya
Macapagal berjaya menjadikan rakyat Filipina menjadi lebih produktif dalam
ekonomi.
Sumbangan Macapagal yang berikutnya dalam pembangunan
ekonomi Filipina pada pertengahan abad ke-20 ialah melalui program yang
dipanggil “ kembali kepada perusahaan
bebas dan swasta . Melalui program ini , pembangunan ekonomi Filipina berada di
tangan usahawan swasta dengan campur tangan kerajaan yang minimum . Oleh itu ,
Macapagal telah mewujudkan undang-undang Perdagangan Runcit Kebangsaan .
Undang-undang ini berjaya membolehkan ahli perniagaan Filipina memecah monopoli
ahli perniagaan asing yang menguasai perdagangan runcit Filipina selama ini .
Akhirnya , sumbangan Macapagal dalam pembangunan ekonomi
Filipina boleh dilihat melalui Progaram Bersepadu Lima Tahun . Tujuannya untuk
pemulihan ekonomi , membela rakyat biasa dan mewujudkan asas yang kukuh untuk
masa depan . Contohnya salah satu janji kempen utama Macapagal ialah untuk
membersihkan rasuah dalam kerajaan . Oleh itu , setiausaha kehakiman iaitu Jose
W.Diokno. telah disiasat atas tuduhan mengelakkan cukai , penyeludupan dan
tidak mengisytihatrkan duti import dan rasuah oleh pegawai-pegawai awam . Hasil
daripada program ini Macapagal berjaya meningkatkan ekonomi Filipina dengan
mencatat KDNK 5.15 % setahun .
Kesimpulannya Macapagal banyak memberi sumbangan dalam
menjayakan pembangunan ekonomi Filipina pada pertengahan abad ke-20 . Namun
begitu , beberapa dasar ekonominya gagal dilaksanakan secara optimum kerana
mendapat bantahan daripada ahli-ahli kongres yang dikuasai oleh Parti
Nasionalis pimpinan Ferdinand Marcos . Walau bagaimanapun Macapagal berjaya
membawa keluar Filipina daripada mengalami zaman inflasi apabila KDNK meningkat
semasa pemerintahannya . Pada tahun 1965 , Macapagal tewas kepada
Ferdinand Marcos dalam pertandingan pemilihan semula jawatan Presiden Filipina
.
SUMBER-
SKEMA PEPERIKSAAN
PERCUBAAN STPM SEJARAH PENGGAL 3
2017 TERENGGANU
Soalan 5“ Pendudukan Jepun dari tahun 1941 -1945 di Myanmar telah mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di Myanmar . “ Jelaskan
A.
PENGENALAN.
1. Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai
tahun 1941 selaras dengan dasar imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara
kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara tahun 1941-1945.
2
Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial di negara-negara yang didudukinya . Salah satu negara yang terlibat
aialah Myanmar . Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Jepun ini mempengaruhi perkembangan
gerakan nasionalisme di Myanmar . Selain itu , terdapat juga faktor-faktor lain
yang mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di Myanmar .
B.
ISI
1. Dasar pentadbiran Jepun dari segi politik.
a) Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar sebagai
satu pertubuhan untuk menyatukan para nasionalis dengan harapan dapat membentuk
pentadbiran Myanmar yang merdeka.
b) Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat
yang diketuai oleh Dr. Ba Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi keyakinan
kepada nasionalis tempatan bahawa mereka diberi peluang untuk mentadbir Negara
sendiri.
c) Pada 1 Ogos 1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada
Myanmar dan Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan bersama
kabinetnya. Perlembagaan baharu diisytiharkan. Nasionalis tempatan seperti
Thakin Mya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Aung San dilantik sebagai
Menteri Pertahanan, Than Thon sebagai Menteri Pembekalan dan Pengangkutan, dan
Thakin U Un sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
d) Jepun menyerahkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya di
peringkat daerah kepada orang tempatan. Jepun mengamalkan pemerinthan bercorak
ketenteraan dan menggalakkan penduduk tempatan terlibat dalam ketenteraan.
e) Jepun bertindak menyatukan kesemua parti politik di
Myanmar dalam gabungan yang dikenali sebagai Doboma Siyetha Asiayone. Gabungan ini kemudiannya dipanggil Maha Bama Asiayone.
2. Bagaimana ia mempengaruhi
perkembangan gerakan nasionalisme di Myanmar
i.
Kemenangan dan slogan Jepun.
a. Kemenangan Jepun memusnahkan tanggapan dalam
kalangan rakyat Mynmar bahawa British ialah sebuah kuasa yang kuat. Kemenangan
tersebut telah memberi kesedaran bahawa mereka juga mampu bangkit dan berjaya
mengambil alih tanah air sendiri.
b. Slogan “Asia untuk orang Asia” dan rancangan
“Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” telah membangkitkan
semangat kebangsaan untuk membebaskan Negara daripada belenggu penjajah dan
mengukuhkan usaha untuk menghapuskan pengaruh dan kebudayaan Barat. Nasionalis
mula sedar bahawa Jepun bercita-cita mengeksploitasi ekonomi dan menjajah
Negara-negara Asia Tenggara melalui slogan mereka itu.
ii.
Pentadbiran Jepun.
a. Walaupun Jepun melibatkan pemimpin tempatan dalam
pentadbiran Myanmar tetapi pentadbiran tersebut adalah di bawah kongkongan
Jepun. Ini disebabkan kuasa pemimpin Myanmar, iaitu Dr. Ba Maw amat terhad.
b. Kuasa pemerintahan sebenar dalam tangan pemimpin
Jepun iaitu Dr. Gotawa, bekas ahli Jemaah Menteri di Tokyo yang menjadi
Penasihat Tertinggi kerajaan Myanmar ketika itu.
c. Jepun hanya menyerahkan jawatan seperti Timbalan
Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada orang tempatan. Bidang kuasa Timbalan
Pesuruhjaya di peringkat daerah hanya meliputi hal-hal umum dan tidak penting.
d. Selaras dengan pemerintahan bercorak ketenteraan,
Jepun menggalakkan penduduk tempatan melibatkan diri dalam kegiatan dan latihan
ketenteraan. Latihan seperti ini memberi kesan mendalam terhadap masyarakat
tempatan Myanmar. Pembentukan Tentera Kebangsaan Myanmar di bawah Aung San dan
Ne Win telah menyemarakkn lagi semangat dan keazaman mereka untuk berjuang menuntut
kemerdekaan Burma.
e. Pengisytiharan kemerdekaan Myanmar oleh Jepun telah
menguatkan lagi kezaman para nasionalis tempatan untuk mendapatkan kemerdekaan
Myanmar daripada British selepas Perang Dunia Kedua. Peluang pentadbiran dalam
kerajaan baharu memberi latihan
pentadbiran dan keyakinan kepada para nasionalis untuk mentadbir negara
sendiri tanpa bantuan pihak Jepun mahupun British.
f. Walaupun kerajaan yang dibentuk di bawah Dr. Ba Maw
merupakan kerajaan boneka sahaja, namun pengalaman yang mereka peroleh dapat
mengukuhkan keyakinan mereka dalam menentukan nasib Negara selepas Jepun
menyerah kalah dan selepas kedatangan semula British.
iii.
Hubungan sulit dengan British
a. Kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun tidak
bermakna kerana tentera Jepun masih berkuasa.
b. Golongan Thakin di bawah pimpinan Aung San telah
menentang Jepun. Apabila Jepun menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar, Aung San
telah menggunakan sebagai saluran menentang Jepun.
c. Aung San bergerak secara sulit menjalinkan hubungan
dengan orang Karen di bawah pimpinan Hanson Kya Doe. Mereka membuat hubungan
dengan pegawai tentera British, iaitu Major H.P. Seagrim.
iv.
Gerakan bawah tanah
a. Kekejaman dan penderitaan semasa pendudukan Jepun
melahirkan semangat anti-Jepun. Nasionalis tempatan telah bersatu dibawah Liga
Pembebasan Rakyat Anti-Fasis yang dipimpin oleh Aung San. LPRAF akhirnya
menjadi sebuah pertubuhan berpengaruh dalam menuntut kemerdekaan Negara.
b. Aung San dan pemimpin Thakin yang lain menentang
Jepun secara berpura-pura bekerjasama dengannya. Selaku Menteri Pertahanan
dalam kabinet Jepun, Aung San mendapat bantuan Than Thon untuk membentuk
Tentera Kemerdekaan Myanmar yang anti-Jepun.
c. LPRAF menentang Jepun dengan menjalankan sabotaj
dan gerakan bawah tanah. Penentangan terhadap Jepun bertujuan untuk menubuhkan
Negara Myanmar yang berdaulat. Golongan penentang memusnahkan beberapa kawasan
strategik secara gerakan gerila.
d. Mulai bulan Mac 1945, LPRAF bekerjasama dengan
British dan menentang Jepun secara terbuka.
3. Faktor-faktor Lain
Masalah
Ekonomi
Ekonomi
Myanmar telah dieksploitasi oleh Jepun demi kepentingan Jepun sendiri. Nilai
matawang Myanmar jatuh mendadak dan membawa kepada kadar inflasi yang tinggi kerana kekurangan bahan keperluan.
Jepun telah mencetak “duit pokok pisang” tanpa had. Jepun juga tidak
mengeksport beras sebaliknya mengimport barang keperluan lain. Keadaan ini
menyebabkan perdagangan antara bangsa terputus dan rakyat hidup dalam
kemiskinan. Jelas bahawa kesemua kesengsaraan ini disebabkan oleh pendudukan
Jepun.
Masalah sosial
Pendudukan
Jepun di Myanmar telah menyebabkan kebuluran, penderitaan dan wabak penyakit. Jepun juga menggalakkan penggunaan
bahasa minoriti. Ini membawa konflik antara kaum majoriti dan minoriti di
Myanmar. Mereka sedar akan muslihat
dan kekejaman Jepun. Kesemua masalah sosial ini juga wujud
disebabkan oleh pendudukan Jepun.
C.
KESIMPULAN.
1. Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa
pendudukan Jepun di Myanmar memang mempengaruhi perkembangan nasionalisme di
Myanmar . Tindakan Jepun memberi latihan politik, pentadbiran dan ketenteraan
adalah titik tolak untuk Rakyat Myanmar
membentuk kerajaan sendiri. Akhirnya para nasionalis Myanmar hilang kepercayaan
dan keyakinan terhadap Jepun dan mengambil langkah dengan menjalinkan kerjasama
dengan British bagi mendapatkan kemerdekaan Myanmar.
SUMBER-
SKEMA PEPERIKSAAN
PERCUBAAN STPM SEJARAH PENGGAL 3
2017 TERENGGANU
Subscribe to:
Posts (Atom)

