Sunday, October 23, 2016

FOKUS STPM Sumbangan tokoh Filipina Macapagal

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Presiden Diosdado Pangan Macapagal menjadi Presiden Filipina antara tahun 1961 dan 1965.Macapagal memainkan peranan membangunkan negara mengikut cara tersendiri.Macapagal merupakan pemimpin yang lebih liberal dan memerintah mengikut dasar demokrasi negara.[1]
                                 
Latar Belakang
Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao, Pampanga pada 28 September 1910. Beliau meninggal dunia di Makati Ciry Metro Manila pada 21 April 1997 pada umur 86 tahun Macapagal merupakan Presiden Filipina yang kesembilan (1961 - 1965) bagi menggantikan Presiden Carlos P. Garcia. Beliau dipilih oleh sebuah gabungan ahli Parti Liberal dan Parti Progresif kerana keupayaan beliau membasmi amalan rasuah.

Macapagal diberi gelaran 'Orang Terjujur' (The lnconuptable) sejajar dengan usaha membasmi kegiatan rasuah dalam pemerintahan beliau.Tempoh sebagai Presiden tamat apabila beliau kalah kepada calon Parti Nasionalis iaitu Ferdinand Marcos pada tahun 1965. Semasa pemerintahannya sebagai Presiden Filipina, Macapagal telah melaksanakan dasar ekonomi untuk melindungi rakyat.[2]
Pembaharuan yang dilakukan oleh Macapagal
Macapagal telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam ekonomi. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial bertujuan untuk mengembangkan ekonomi negara seterusnya.
Program politik
(a) Dalam usahanya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, Macapagal telah menerima nasihat dari penyokong-penyokongnya yang kaya supaya membiarkan mata wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing. Melalui dasar kewangan ini, berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun.
(b) Macapagal telah melakukan pelbagai usaha untuk menghapuskan rasuah dalam sektor-sektor tertentu.
(c) Pada tahun 1962, Macapagal mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4lutai (hari Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada tahun 1946 kepada 12 Jun (hari semasa Emilio Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan dari penjajah Sepanyol pada tahun 1898).
(d) Pada dasarnya keputusan beliau ini disebabkan Amerika Syarikat enggan membayar ganti rugi ke atas kemusnahan yang dilaksanakan oleh pasukan tenteranya di Filipina semasa Perang Dunia Kedua. Tetapi Macapagal telah memberi alasan bahawa tindakan beliau tersebut merupakan keputusan hukum tentang waktu yang telah ditetapkan sebelum itu.
(e) Semasa penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia, Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
(f) Kerajaan Macapagal dengan tegasnya membuat tuntutan dan mendakwa Sabah masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
(g) Tuntutan ini dibuat berdasarkan perjanjian antara Sultan Iamalul Alam dengan Baron Von Overbeck pada22 Januari 1878.
(h) Baron Von Overbeck telah menjual haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan. Syarikat perdagangan ini kemudian berjaya mendapat Piagam Diraja daripada kerajaan British dan pada tahun 1881, syarikat tersebut dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). SBUB diberi kuasa mentadbir Sabah sehingga Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British. Sejak itu Sabah menjadi Jajahan Mahkota British.[3]
Program sosial
(a)    Memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan dalam masyarakat.
Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah dan memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan Filipina.[4]Macapagal diberi gelaran orang terjujur sejajar dengan usaha membasmi kegiatan rasuah dalam kerajaan.
Program ekonomi
(a) Meningkatkan pengeluaran makanan.
Antara matlamat pentadbiran beliau ialah meningkatkan pengeluaran makanan dan melaksanakan dasar sosioekonomi yang berani.
(b) Menjalankan program sosioekonomi yang berani.
(c) Meningkatkan pekerjaan.
Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah pengganguran yang merupakan salah satu masalah utama pentadbirannya, beliau mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA). Bantuan ini menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi masalah kemiskinan dan meningkatkan ekononi negara.
(d) Melaksanakan program reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.
Pemansuhan sewa dan program reformasi tanah yang disertakan dalam Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan 1963 menekankan usaha untuk memerangi kemiskinan secara besar-besaran.Beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963. Tujunnya adalah untuk menghapuskan perhambaan terhadap penewa tanah kepada kebebasan  dan keslamatan petani di tanah milik mereka. Walau bagaimana pun beliau gagal dalam melaksanakan reformasi tanah.[5]
Kesimpulannya, Persiden Macapagal merupakan seorang negarawan ulung Filipina. Beliau telah banyak membawa perubahan sama ada dari segi politik, sosial dan skonomi.Presiden Macapagal tidak dapat melakukan beberapa dasar ekonomi kerana mendapat bantahan dan penentangan daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan Ferdinand Marcos yang telah menguasai Dewan Perwakilan dan Senat dalam Parlimen Filipina. Namun demikian, pertumbuhan ekonomi telah meningkat sebanyak 5.157% semasa pemerintahan Macapagal.[6]



[1] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),410.
[2] Ibid,411.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),411.
[4] [iv]“Sumbangan Tokoh iaitu Macapagal dan Phibun Songkram”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,151.
[5] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,375.
[6] Ibid,411.

FOKUS STPM P3 2016 3.Huraikan perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1874 hingga 1896. [20]

FOKUS STPM P3 2016 3.Huraikan perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1874 hingga 1896. [20]
Campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu telah mengubah sistem pentadbiran tempatan kepada sistem pentadbiran Barat. Antara perubahan pentadbiran yang berlaku ialah Sistem Residen yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu bertitik tolak dari Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874, diikuti Selangor 1875, Negeri Sembilan 1895 dan Pahang 1888. Selepas itu diperkenalkan pula Persekutuan 1896 yang mengabungkan Neger-Negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah satu gabungan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

      Pembaharuan terhadap pentadbiran tempatan telah dilakukan oleh Residen yang menyebabkan raja dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa. Pentadbiran negeri diketuai oleh sultan yang dibantu oleh Residen.Residen menasihati sultan dalam segala hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam Melayu.
      Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) ditubuhkan untuk membolehkan pegawai-pegawai British berunding  dengan sultan dan pembesar-pembesar tempatan.tentang pentadbiran negeri, penggubalan undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu.
      Ahli-ahli Mesyuarat seramai 10 orang iaitu Residen yang berkuasa menamakan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang diluluskan oleh gabenor dan dilantik secara rasmi oleh sultan seumur hidup. Majlis Mesyuarat Mesyuarat Negeri akan bersidang sebanyak 7 kali setahun.
      Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri pada peringkat awala ialah menasihati sultan. Tetapi kemudiannya bertambah seperti menggubal dan menyusun undang-undang, menjadi Mahkamah Rayuan Tertinggi terutama berkait dengan hukuman mati yang hanya akan mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri, mengurus pencen orang Melayu, perlantikan ketua tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan serta menguruskan perubahan cukai.
      Residen paling berkuasa dalam   MMN. Residen akan menyiapkan agenda dan setelah berbincang dengan gabenor. Mereka akan mengusulkan sesuatu undang-undang yang dibincangan dan MMN. Setelah perbahasan dibuat rang undang-undang mesti ditandatangani oleh sultan setelah dipersetujui Gabenor.
      Penubuhan MMN telah menyebabkan sultan hilang kuasa. Walaupun menjadi pengerusi MMN, tetapi sultan tidak mempunyai kuasa penuh dan terpaksa mengikut nasihat Residen. Pentadbiran negeri pula telah dibahagikan kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertugas sebagai pemungut cukai, menjaga perbendaharaan daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, melaksanakan keadilan dan mengawal kesihatan awam.
      Bagi melicinkan pentadbiran daerah beberapa jabatan yang diketuai oleh Pegawai British ditubuhkan. Contohnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan. Pegawai daerah bertanggungjawab mengawal jabatan tersebut. Setiap daerah dibahagi kepada mukim yang diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik dari alangan pembesar-pembesar dan anak-anak raja tempatan. Penghulu menerima gaji dari hasil tambahan tempatan. Tugas Penghulu ialah mengutip hasil tanah, menyelesaikan masalah dan keselamatan Mukim. Masalah dalam Mukim diselesaikan oleh Mahkamah Penghulu. Penghulu juga menyimpan kira-kira serta laporan bertulis.
      Tujuan British melantik penghulu daripada kalangan orang Melayu ialah untuk memudahkan mereka menyampaikan dasar kerajaan dan mendapat maklum balas daripada rakyat tempatan.
      Pentadbiran mukim pula telah dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung. Ketua Kampung dilantik dari kalangan orang yang berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat. Kapitan Cina juga dilantik untuk melindungi dan menjaga orang Cina. Pentadbiran di peringkat bandar juga dibentuk untuk untuk memastikan pembangunan dan kebersihan bandar-bandar di NMB.
      Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyelia dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai British seperti Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ketua Polis daerah dan individu yang dilantik oleh Residen. Tugas Lembaga Kesihatan ialah mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan meluluskan pelan pembangunan.
     
      Menurut Perjanjian Persekutuan 1896, empat buah Negeri-Negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.Persekutuan telah mengukuhkan lagi pentadbiran British di Negeri-Negeri Melayu apabla kuasa raja masih tidak dapat dikukuhkan.
      NMB ditadbir oleh Residen Jeneralyang bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi atau Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sulta dikehendaki mengikut nasihat dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan agama Islam. Residen Jeneral beribu pejabat di Kuala Lumpur.
      Jawatan Residen masih dikekalkan tetapi mereka tidak boleh bertindak sesuka hatidan mesti melaksanakan arahan Residen Jeneral.
      Sultan masih berkuasa di negeri masing-masing dan bersetuju memberi bantuan kepada negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat Residen Jeneral. Sultan akan menggangotai Majlis Persidangan Raja-Raja atau DURBAR yang berperanan membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama. DURBAR dianggotai oleh empat orang Raja-Raja Melayu, Empat Orang Residen British, Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha.
      Melalui DURBR Sultan Idris telah membuat teguran dan mencadangkan supaya dentralisasi dilaksanakan kerana pemusatan kuasa yang berlebihan oleh Persekutuan.
      MMN akan menjalankan tugas seperti biasa tetapiperkara yang berkaitan anggaran belanjawan tahunan dan draf undang-undang diserahkan kepada Gabenor melalui Residen Jeneral untuk disahkan.
      Jabatan Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dan ketua-ketuanya berperanan untuk memberi arahan dan menyelaraskan tugas-tugas di keempat-empat buah negeri. Ketua Persekutuan bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.
      Jabatan-jabatan yang ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Tanah dan Galian, Nazir-Nazir Sekolah, Ketua Akauntan dan Ketua Juru ukur .
      Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) 1909 ditubuhkan untuk menggantikan DURBAR akibat bantahan Raja-Raja Melayu. MMP sepatutnya berfungsi sebagai badan penasihat kepada sultan. Tetapi sultan hanya menjadi ahli biasa dan tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP ataupun membatalkan usul-usul yang dibentangkan.
      MMP mempunyai kuasa melebihi had dan MMN  hanya berfungsi dalam perkara yang berhubung dengan adat-istiadat dan agama Islam sahaja.MMP gagal mengembalikan kuasa sebenar kepada sultan dan kuasa dipusatkan kepada Pesuruhjaya Tinggi. Oleh itu desakan semakin kuat agar dasar desentralisasi atau pengagihan kuasa dilaksanakan secepat mungkin.
      Kesimpulannya,perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku telah mengukuhkan lagi kedudukan British di Negeri-Negeri Melayu. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri semakin diketepikan terutama dengan pengenalan Negeri Melayu Bersekutu yang akhirnya membawa desakan sultan agar kuasa mereka dikembalikan melalui dasar pengagihan kuasa

Thursday, October 20, 2016

Fokus STPM 2016 Undang-Undang 99 Perak telah berjaya mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dalam masyarakat Melayu abad ke-19. Bincangkan.20m

Undang-Undang 99 Perak berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 19 oleh Syed Hassan al-Farodz dari Hadramaut.Undang-undang ini menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan.Disasarkan dalam bentuk dialog.Pengalaman undang-undang 99 Perak adalah lebih dipengaruhi oleh adat tempatan berbanding dengan unsur islam.

      Antara Tugas dan Tanggungjawab Pemerintah. Undang-undang 99 Perak memperlihatkan pengaruh adat berbanding unsur islam.Fasal 77 dalam undang-undang ini memperuntukkan takhta pemerintahan akan diwarisi oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada, yang kecil akan mewarisi.Undang-Undang 99 Perak menunjukkan lebih kepada pengaruh adat kerana mengikut Islam dalam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsep musyawarah.Contoh sistem pemerintahan yang lebih kepada mengamalkan adat lebih daripada islam .Hal ini dapat mewujudkan suasana yang harmoni pada zaman itu.

      Selain itu, Bidang Jenayah, Undang-undang 99 Perak lebih memperlihatkan kepada adat tempatan daripada unsur islam.Situasi ini boleh dilihat dalam soal pembunuhan sesama orang islam mengikut Fasal 23, orang islam yang membunuh orang islam lain tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh sebaliknya dia dikatakan menjadi kafir.

      Hukuman ini tidak selaras dengan pengaruh hukum islam yang mengatakan seseorang yang membunuh akan dihukum bunuh juga.Contohnya,pembunuh akan dikenakan denda empat tahil ,dua paha emas,atau dua dirham dan disedekahkan setahil sepaha emas.Hukuman ini dapat mengurangkan kes pembunuhan dalam kalangan masyarakat islam dengan adanya denda yang dikenakan.

      Seterusnya, Urusan kekeluargaan seperti perkahwinan,pembahagian harta, dan penzinaan. Soal Penzinaan ,Fasal 50 yang menyentuh tentang hal penzinaanMengikut undang-undang ini, jika kedua-kedua penzina mengakuinya,mereka hanya diperintah bernikah dan membayar denda sepaha emas.Pernyataan sebegini jelas memperlihatkan hukuman dalam undang-undang ini lebih kepada adat tempatan daripada unsur islam.

      Jika Penghulu mendapati tiada kesalahan yang dilakukan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan. Mengikut hukum islam bagi kesalahan zina seseorang yang tidak berkahwin dikenakan sebat 100 kali rotan. Melalui hukuman ini kegiatan maksiat dan penzinaan dapat dibendung pada masa itu.

      Dalam Soal Perkahwinan pula,menurut Fasal 65 –Pasangan yang baru dinikahkan tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang 40hari di atas alas an untuk menjaga keimanan masing-masing. Tetapi mengikut islam ,selepas akad nikah dilangsungkan atau disahkan ,jadi suami isteri tinggal bersama.Contoh melalui perkahwinan ,perbuatan khalwat dapat dibendung maka suasana kehidupan yang harmoni dalam masyarakat melayu abad ke 19 dapat diwujudkan .

      Akhir sekali, Peraturan dan Adat Istiadat. Adat semasa menghadap ,memilih dan melantik raja. Contoh protokol semasa berada di dalam istana.

Kesimpulannya,hukuman yang terdapat dalam undang-undang 99 Perak didapati eberapa aspek
seperti pembunuhan,penzinaan,pewarisan harta tidak selaras dengan pengaruh hukum islam. Tegasnya ,undang-undang ini Berjaya menjamin keselamatan dan keamanan dalam Masyarakat Melayu.

RUJUKAN/SUMBER-Modul Puncak Sejarah Penggal 3 STPM Negeri Melaka 2015

Monday, October 17, 2016

FOKUS STPM 2016-Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa asing di Sabah dan Sarawak sehingga awal abad ke 20.

Pada abad ke 19 hingga abad ke 20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di Sabah dan Sarawak.Di Sabah, gerakan menentang Syarikat Borneo Utara British bermula pada tahun 1880 hingga tahun 1917 manakala penentangan terhadap Sarawak berlangsung dari tahun 1841 hingga tahun 1930-an.Penentangan terhadap kuasa asing ini adalah disebabkan pelbagai perubahan dan peraturan baru yang dilaksanakan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Antaranya ialah, Penentangan Mat Salleh (1894-1900), Mat Salleh dilahirkan di Inanam dan merupakan pemerintah Sungai Sugut.Penentangan Mat Salleh dikaitkan dengan perubahan politik, ekonomi dan sosial yang dibawa oleh SBUB dalam memerintah Sabah.

      Penentangan beliau disebabkan oleh pengenalan cukai yang membebankan dan dipengaruhi oleh semangat perjuangan jihad orang Sulu.Pada tahun 1895, Mat Salleh dan beberapa pembesar tempatan pergi ke Sandakan untuk berunding dengan SBUB tentang pengenalan cukai, lesen dan tindakan terhadap penduduk tetapi tidak dilayan walau sudah menunggu selama 10 hari. Pada 1897, Mat Salleh memimpin orang Bajau di Sungai Inanam dan Mengkabang menyerang pelabuhan SBUB di Pulau Gaya. Mat Salleh menubuhkan kubu pertahanan di Ranau.

SBUB menawarkan pelan damai untuk menghalang kemaraan Mat Salleh tetapi SBUB mungkir janji.Mat Salleh terbunuh dan Tambunan diambil alih oleh SBUB.

      Selain itu, Penentangan Antanom di Rundum (1910-1915) Kaum Murut tidak puashati dengan pengenalan peraturan baharu oleh SBUB dan berlaku penentangan yang diketuai oleh Antanom di Rundum.Penentangan berlaku akibat pengenalan cukai ke atas minuman tuak, cukai ladang dan cukai-cukai lain.

      Penentangan juga disebabkan keluarga kaum Murut dizalimi, pengenalan buruh paksa dan pembinaan jalan yang akan menganggu roh nenek moyang mereka. Pada tahun 1915, Antanom dan pengikutnya telah membakar bangunan kerajaan di Pensiangan. SBUB menghantar 400 tentera menyerang Antanom di Sungai Selangit.

      Antanom dan kaum Murut menentang kerana mempertahankan hak mereka namun SBUB tetap dapat meluaskan kuasa mereka di Sabah.

      Seterusnya, Penentangan Syarif Masahor di Sungai Rajang (1853). Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai gabenor Sarikei di Sungai Rajang.Penentangan Syarif Masahor terhadap James Brooke kerana kedudukannya terancam. Beliau membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur untuk menentang Brooke.Angkatan tentera Brooke mengalahkan pakatan tersebut.

      Syarif Masahor menyerang kubu James Brooke di Kanowit, dua pegawai British terbunuh dan ramai orang Melayu dan Iban terbunuh.Serangan di Kuching Syarif Masahor kalah dan melarikan diri ke Brunei. Penentangan ini dapat dipatahkan dan kedudukan James Brooke bertambah kukuh di Sarawak. Syarif Masahor dibuang ke Singapura dan datu Patinggi Abdul Ghafur ditangkap oleh Belanda dan dibuang ke Betawi.

      Akhir Sekali, Penentangan Rentap (1853). Rentap ialah pemimpin Iban yang menentang PentadbiranJames Brooke sebab menganggap orang Iban sebagai lanun.Penentangan juga disebabkan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang.

      Rentap berjaya menawan kubu Brooke di Sungaig Skrang pada 1853. Charles Brooke mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang melayu menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok pada 1857.Pada 1861 James Brooke menyerang kubu Bukit Sadok menggunakan meriam Bujang Sadok dan kubu Rentap musnah. Rentap Berjaya ditewaskan dan pengaruh Brooke lebih kukuh di Sarawak.

      Kesimpulannya, penentangan masyarakat tempatan di Sabah dan Sarawak terhadap kuasa asing kerana tidak puashati dengan perubahan dalam pentadbiran mereka kedudukan pemimpin tempatan yang terancam.Namun kebangkitan ini dapat dipatahkan oleh SBUB di Sabah dan Keluarga Brooke di Sarawak. Selain dapat mengukuhkan lagi kedudukan mereka di sana.

SUMBER-Modul Puncak Sejarah Penggal 3 STPM Negeri Melaka 2015

FOKUS STPM 2016 Bincangkan perluasan kuasa British di Selangor pada tahun 1874. [20]

Pendahuluan
British di Tanah Melayu sering mencari alasan untuk campur tangan. Pada tahun t867, berlaku perang saudara di Selangor antara pembesar- pembesar Melayu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pertempuran antara kongsi gelap Cina.Ini menyebabkan British berjaya meletakkan Residennya di Selangor pada tahun 1874.
Isi-isi penting
Perang saudara (Perang Klang)
Perang saudara di Selangor berlaku pada tahun 1867 yang melibatkan Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
Perang Klang berkisar atas soal penguasaan wilayah Klang yang kaya dengan biiih timah.
Punca Perang Klang boleh dikesan sejak awal abad ke-19 lagi.
Sultan Muhammad Shah telah mengurniakan kawasan Klang kepada pembesar Klang, iaitu Raja Sulaiman.Apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang tidak diserahkan kepada anaknya, iaitu Raja Mahadi.Sultan Abdul Samad menggantikan Sultan Muhammad Shah pada tahun 1857.
Kawasan Klang diserahkan kepada Raja Abdullah. Raja Mahadi menyerang Klang dan mengusir keluar Raja Abdullah.
Tengku Kudin dilantik oleh Sultan Abdul Samad sebagai Wizurai Selangor untuk menamatkan Perang Klang.
Tengku Kudin meminta bantuan dari luar termasuk British untuk menamatkan kekacauan di Selangor.
Pertempuran kongsi gelap
Yap Ah Loy ialah Kapitan Cina di Kuala Lumpur. Wakilnya, ialah Yap Ah Sze dibunuh oleh puak Kah Yeng Chew.Ketua puak Kah Yeng Chew, iaitu Chong Chong diusir dari Kanching.
chong chong memihak kepada Raja Mahadi manakala yap Ah
Loy memihak kepada Tengku Kudin.
Alasan campur tangan British
Terdapat dua peristiwa yang membolehkan Sir Andrew clarke campur tangan.
Pada bulan November 1g73, berlaku peristiwa serangan ke atas sebuah kapal dagang Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra.
 Lapan orang anak kapar dan penumpangnya dibunuh. Sembilan orang Melayu diberkas. British memaksa Sultan Abdul Samad menjalankan perbicaraan.
Pada bulan ogos 1874, berlaku serangan lanun di Sungai Langat dan Sungai Labu.
Sir Andrew clarke menggunakan alasan ini menempatkan J.G. Davidson sebagai Residen British dan Frank Swettinham sebagai Penolong Residen. Tengku Kudin diiktiraf sebagai Wizurai Selangor.
Penutup
Perselisihan antara pembesar Melayu memberi peluang kepada British campur tangan daram politik selangor. Keadaan ini bertambah buruk dengan penglibatan kongsi gelap. Namun, Sir Andrew clarke menggunakan alasan perlanunanuntuk memperkenalkan sistem Residen di Selangor.



Sunday, October 16, 2016

FOKUS STPM 2016 PERLUASAN KUASA ASING KE NEGERI-NEGERI MELAYU

FOKUS STPM 2016 PERLUASAN KUASA ASING
Oleh-Ahmad bin Yaakob
Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Istilah perluasan kuasa asing di Tanah Melayu merujuk kepada kehadiran kuasa Barat seperti Portugis, Belanda dan British secara meluas dalam pemerintahan atau pentadbiran masyarakat tempatan. Perluasan kuasa ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti penaklukan atau melalui perjanjian yang ditandatangani antara kuasa asing itu dengan pihak tempatan yang bersedia menerima kehadiran mereka. Ringkasnya peluasan kuasa asing ialah penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan, wilayah atau negeri.
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada peringkat awal, kuasa Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat perniagaan sahaja. Selepas berlaku Revolusi Perindustrian, keperluan Britain berubah kepada kepentingan mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu mempunyai banyak bahan mentah seperti bijih timah, kelapa, emas dan lain-lain.[2] Selepas Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemeli bijih timah yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan menghidupkan kembali permintaan terhadap bijih timah.[3]

Kuasa Barat juga mempunyai keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.Sebelum tahun 1874,saudagar-saudagar British dan pegawai British mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di Negeri-Negeri Melayu seperti Pahang, Sungai Ujong, Selangor dan Perak secara persendirian atau berkongsi dengan pedagang China dan ada kalanya dengan pembesar-pembesar Melayu. Sebagai contoh Paterson, Simons dan rakan-rakannya telah membayar $330 500 untuk mendapatkan konsesi di Kuantan pada tahun 1868. Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar $30 000 pada tahun 1872kepada Dato’ Kelana bagi     mendapatkan konsesi perlombongan. Tanah jajahan juga turut memainkan peranan penting untu memasarkan barangan kilang.[4]
.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku persaingan untuk menambahkan tanah jajahan di Barat. Ini menyebabkan British bimbang akan pertapakan kuasa Barat lain. Tahun 1870-1914 merupakan satu jangka masa yang aman di Eropah. Menjelang tahun 1870-an, semangat imperialisme dan perlumbaan mencari tanah jajahan telah meningkat di kalangan negara-negara Eropah. Kuasa Barat seperti Belanda, Itali, Perancis, Rusia berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan. Antara kuasa-kuasa besar itu, Jerman paling dicurigai oleh British kerana selepas Penyatuan Jerman 1871, negara tersebut telah melancarkan satu dasar agresif yang menancam kedudukan British. Jerman telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Pulau Langkawi. Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang, manakalaPerancis bercadang membuka terusan di Segenting Kra. Amerika Syarikat pula menunjukkan minat untuk meluaskan pengaruhnya di Terengganu.

      Lord Kemerly, Setiausaha Negara bagi tanah jajahan British menegaskan kemungkinan Jerman akan campur tangan di Selangor. Beliau bimbang dengan keadaan tersebut lalu mengambil pendirian bahawa British tidak akan membenarkan sebarang kuasa asing membentuk tanah jajahan di Tanah Melayu.[5]Beliau telah mengarahkan Sir Andrew Clarke bakal Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya membuat laporan tentang memulihkan keamanan di Negeri-Negeri Melayu untuk melindungi kepentingan pelabur dan kerajaan British.[6]
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan kerajaan daripada kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif telah mempengaruhi perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di Tanah Melayu  pada tahun 1874. Kemenangan Parti Konsevatif mengalahkan Parti Liberal di Britain serta membentuk kerajaan baharu di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan Parti Konsevatif menguasai kerajaan Britain Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Tanah Melayu. Perunahan ini elah disokong oleh pegawai-pegawai British  seperti Lord Kimberley dan Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaan nya menggalakkan kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[7]
Pembukaannya menyebabkan kuasa Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia. Terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.Dengan  penguasaan British ini maka imperialisme Barat dapat mara dengan cepat ke Asia Tenggara terutama ke Negeri-Negeri Melayu. Pembukaan Terusan Suez juga menyebabkan pelabuhan-pelabuhan baru dibuka seperti Singapura. Kedudukan Singapura telah menjadi tumpuan kepada pedagang dan penjajah Barat terutama British dan Belanda.[8]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Pada masa itu berlaku keadaan huru-hara di Tamah Melayu contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Berlaku perebutan takhta di Perak antara Raja Abdullah dan Raja Ismail. Manakala di Selangor berlaku Perang Kelang 1867 antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.Perang Saudara di Pahang tercets disebabkan oleh perebutan jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Pada tahun 1869, Tengku Antah dan Tengku Ahmad bersengketamerebut jawatan Yam Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Berlaku perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah.
Perang Larut 1861-1873 berlaku di Perak.Ia melibatkan perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San.[9]Perang ini berpunca dari pertelingkahan untuk mendapatkan kawasan lombong yang lebih luas.

Keadaan huru-hara ini menyebabkan saudagar dan pelabur di Negeri-Negeri Melayu membuat rayuan kepada British di Singapura dan London bagi mendapatkan perlindungan British. Keperluan untuk campur tangan semakin mendesak. Pada tahun 1873 seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley bagi mendesak British untuk campur tangan.[10]



[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)  Edisi Kemaskini, (Shah Alam:Oxford Fajar,2014),43.
[2] “Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[3]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43. 
[4]“Perluasan Kuasa Asing”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,25.  
[5] Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43
[6] Ibid.
[7]Ibid.,26.
[8] Siti Aishah Selamat, STPM Penggal 3, Modul Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000),27.
[9]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,26.
[10]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,45.

FOKUS STPM P3 2016 konsep dan hierarki pembesar pada abad ke-19

1.1.2 Pembesar
a)konsep pembesar.
      Istilah pembesar merujuk kepada mereka yang dilantik oleh raja untuk memegang sesuatu jawatan dalam pentadbiran kerajaan dengan diberi tugas-tugas tertentu untuk dilaksanakan. Perlantikan ini bertujuan bagi mewujudkan satu sistem pentadbiran yang teratur serta menjamin keselamatan dan kemakmuran negeri secara berterusan. Sistem pembesar adalah sebahagian daripada struktur pemerintahan yang terdapat di Negeri-negeri Melayu. Sistem ini digubal berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan diikuti oleh hampir semua negeri di Tanah Melayu, kecuali Negeri Sembilan. Meskipun begitu, gelaran pembesar yang digunakan berbeza antara negeri dengan negeri yang lain.[1]

Hierarki pembesar di Tanah Melayu pada ke-19.
      Pada umumnya, negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pembesar yang berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Pembesar Empat dibantu oleh Pembesar Lapan . Manakala Pembesar lapan dibantu oleh Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.[2]Sistem ini diwarisi daripada  pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, bukan sahaja mempunyai persamaan dari segi struktur politiknya, tetapi juga termasuk gelaran jawatan pembesar. Negeri-negeri seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah derigan jelas mengikut Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka.

       Sementara itu di negeri-negeri lain, sistem pembesarnya tidak banyak berbeza dengan sistem yang diamalkan di Melaka, kecuali dari segi gelaran pembesar-pembesarnya sahaja. Sebelum wujudnya sistem beraja dan institusi kesultanan, di negeri Kedah, misalnya terdapat dua orang pembesar yang bergelar Tun Dermadewa dan Tun Perkasa. Berdasarkan sistem beraja, gelaran pembesar yang biasanya digunakan ialah Bendahara, Laksamana, Temenggung,Maharaja Lela, Menteri, Seri Raja dan Seri Dewa. Bendahara merupakan pegawai yang utama dalam struktur politik negeri Kedah. Walaupun begitu, tidak semua negeri-negeri di Tanah Melayu mempunyai sistem pembesar yang sama.[3]
SISTEM PEMBESAR DI PERAK
Negeri Perak adalah antara negeri Melayu yang mempunyai bilangan pembesar yang ramai. Pada umumnya corak politik di negeri Perak hampir sama dengannegeri Melaka. Namun, perbezaan yang ketara ialah dari segi kedudukan pembesar yang dibahagikan kepada Sistem Pembesar Empat Lipatan. Gelaran pembesarnegeri terbahagi kepada empat peringkat, iaitu Orang Besar Empat,Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua.Antara para pembesar ini, Orang Besar Empat adalah pembesar yang paling berkuasa. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja,Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Jawatan Bendahara suatu ketika pernah dijadikan satu jawatan diraja, iaitu dalam tingkat ketiga selepas Raja Muda dengan gelaran Tuanku Raja Bendahara Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir. Nama jawatan tersebut telah


[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000), (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.,2014),5.
[2] Ibid.,7.
[3] Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003),21.