Monday, October 17, 2016

FOKUS STPM 2016 Bincangkan perluasan kuasa British di Selangor pada tahun 1874. [20]

Pendahuluan
British di Tanah Melayu sering mencari alasan untuk campur tangan. Pada tahun t867, berlaku perang saudara di Selangor antara pembesar- pembesar Melayu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pertempuran antara kongsi gelap Cina.Ini menyebabkan British berjaya meletakkan Residennya di Selangor pada tahun 1874.
Isi-isi penting
Perang saudara (Perang Klang)
Perang saudara di Selangor berlaku pada tahun 1867 yang melibatkan Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
Perang Klang berkisar atas soal penguasaan wilayah Klang yang kaya dengan biiih timah.
Punca Perang Klang boleh dikesan sejak awal abad ke-19 lagi.
Sultan Muhammad Shah telah mengurniakan kawasan Klang kepada pembesar Klang, iaitu Raja Sulaiman.Apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang tidak diserahkan kepada anaknya, iaitu Raja Mahadi.Sultan Abdul Samad menggantikan Sultan Muhammad Shah pada tahun 1857.
Kawasan Klang diserahkan kepada Raja Abdullah. Raja Mahadi menyerang Klang dan mengusir keluar Raja Abdullah.
Tengku Kudin dilantik oleh Sultan Abdul Samad sebagai Wizurai Selangor untuk menamatkan Perang Klang.
Tengku Kudin meminta bantuan dari luar termasuk British untuk menamatkan kekacauan di Selangor.
Pertempuran kongsi gelap
Yap Ah Loy ialah Kapitan Cina di Kuala Lumpur. Wakilnya, ialah Yap Ah Sze dibunuh oleh puak Kah Yeng Chew.Ketua puak Kah Yeng Chew, iaitu Chong Chong diusir dari Kanching.
chong chong memihak kepada Raja Mahadi manakala yap Ah
Loy memihak kepada Tengku Kudin.
Alasan campur tangan British
Terdapat dua peristiwa yang membolehkan Sir Andrew clarke campur tangan.
Pada bulan November 1g73, berlaku peristiwa serangan ke atas sebuah kapal dagang Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra.
 Lapan orang anak kapar dan penumpangnya dibunuh. Sembilan orang Melayu diberkas. British memaksa Sultan Abdul Samad menjalankan perbicaraan.
Pada bulan ogos 1874, berlaku serangan lanun di Sungai Langat dan Sungai Labu.
Sir Andrew clarke menggunakan alasan ini menempatkan J.G. Davidson sebagai Residen British dan Frank Swettinham sebagai Penolong Residen. Tengku Kudin diiktiraf sebagai Wizurai Selangor.
Penutup
Perselisihan antara pembesar Melayu memberi peluang kepada British campur tangan daram politik selangor. Keadaan ini bertambah buruk dengan penglibatan kongsi gelap. Namun, Sir Andrew clarke menggunakan alasan perlanunanuntuk memperkenalkan sistem Residen di Selangor.



Sunday, October 16, 2016

FOKUS STPM 2016 PERLUASAN KUASA ASING KE NEGERI-NEGERI MELAYU

FOKUS STPM 2016 PERLUASAN KUASA ASING
Oleh-Ahmad bin Yaakob
Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Istilah perluasan kuasa asing di Tanah Melayu merujuk kepada kehadiran kuasa Barat seperti Portugis, Belanda dan British secara meluas dalam pemerintahan atau pentadbiran masyarakat tempatan. Perluasan kuasa ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti penaklukan atau melalui perjanjian yang ditandatangani antara kuasa asing itu dengan pihak tempatan yang bersedia menerima kehadiran mereka. Ringkasnya peluasan kuasa asing ialah penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan, wilayah atau negeri.
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada peringkat awal, kuasa Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat perniagaan sahaja. Selepas berlaku Revolusi Perindustrian, keperluan Britain berubah kepada kepentingan mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu mempunyai banyak bahan mentah seperti bijih timah, kelapa, emas dan lain-lain.[2] Selepas Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemeli bijih timah yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan menghidupkan kembali permintaan terhadap bijih timah.[3]

Kuasa Barat juga mempunyai keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.Sebelum tahun 1874,saudagar-saudagar British dan pegawai British mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di Negeri-Negeri Melayu seperti Pahang, Sungai Ujong, Selangor dan Perak secara persendirian atau berkongsi dengan pedagang China dan ada kalanya dengan pembesar-pembesar Melayu. Sebagai contoh Paterson, Simons dan rakan-rakannya telah membayar $330 500 untuk mendapatkan konsesi di Kuantan pada tahun 1868. Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar $30 000 pada tahun 1872kepada Dato’ Kelana bagi     mendapatkan konsesi perlombongan. Tanah jajahan juga turut memainkan peranan penting untu memasarkan barangan kilang.[4]
.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku persaingan untuk menambahkan tanah jajahan di Barat. Ini menyebabkan British bimbang akan pertapakan kuasa Barat lain. Tahun 1870-1914 merupakan satu jangka masa yang aman di Eropah. Menjelang tahun 1870-an, semangat imperialisme dan perlumbaan mencari tanah jajahan telah meningkat di kalangan negara-negara Eropah. Kuasa Barat seperti Belanda, Itali, Perancis, Rusia berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan. Antara kuasa-kuasa besar itu, Jerman paling dicurigai oleh British kerana selepas Penyatuan Jerman 1871, negara tersebut telah melancarkan satu dasar agresif yang menancam kedudukan British. Jerman telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Pulau Langkawi. Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang, manakalaPerancis bercadang membuka terusan di Segenting Kra. Amerika Syarikat pula menunjukkan minat untuk meluaskan pengaruhnya di Terengganu.

      Lord Kemerly, Setiausaha Negara bagi tanah jajahan British menegaskan kemungkinan Jerman akan campur tangan di Selangor. Beliau bimbang dengan keadaan tersebut lalu mengambil pendirian bahawa British tidak akan membenarkan sebarang kuasa asing membentuk tanah jajahan di Tanah Melayu.[5]Beliau telah mengarahkan Sir Andrew Clarke bakal Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya membuat laporan tentang memulihkan keamanan di Negeri-Negeri Melayu untuk melindungi kepentingan pelabur dan kerajaan British.[6]
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan kerajaan daripada kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif telah mempengaruhi perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di Tanah Melayu  pada tahun 1874. Kemenangan Parti Konsevatif mengalahkan Parti Liberal di Britain serta membentuk kerajaan baharu di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan Parti Konsevatif menguasai kerajaan Britain Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Tanah Melayu. Perunahan ini elah disokong oleh pegawai-pegawai British  seperti Lord Kimberley dan Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaan nya menggalakkan kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[7]
Pembukaannya menyebabkan kuasa Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia. Terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.Dengan  penguasaan British ini maka imperialisme Barat dapat mara dengan cepat ke Asia Tenggara terutama ke Negeri-Negeri Melayu. Pembukaan Terusan Suez juga menyebabkan pelabuhan-pelabuhan baru dibuka seperti Singapura. Kedudukan Singapura telah menjadi tumpuan kepada pedagang dan penjajah Barat terutama British dan Belanda.[8]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Pada masa itu berlaku keadaan huru-hara di Tamah Melayu contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Berlaku perebutan takhta di Perak antara Raja Abdullah dan Raja Ismail. Manakala di Selangor berlaku Perang Kelang 1867 antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.Perang Saudara di Pahang tercets disebabkan oleh perebutan jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Pada tahun 1869, Tengku Antah dan Tengku Ahmad bersengketamerebut jawatan Yam Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Berlaku perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah.
Perang Larut 1861-1873 berlaku di Perak.Ia melibatkan perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San.[9]Perang ini berpunca dari pertelingkahan untuk mendapatkan kawasan lombong yang lebih luas.

Keadaan huru-hara ini menyebabkan saudagar dan pelabur di Negeri-Negeri Melayu membuat rayuan kepada British di Singapura dan London bagi mendapatkan perlindungan British. Keperluan untuk campur tangan semakin mendesak. Pada tahun 1873 seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley bagi mendesak British untuk campur tangan.[10]



[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)  Edisi Kemaskini, (Shah Alam:Oxford Fajar,2014),43.
[2] “Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[3]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43. 
[4]“Perluasan Kuasa Asing”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,25.  
[5] Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43
[6] Ibid.
[7]Ibid.,26.
[8] Siti Aishah Selamat, STPM Penggal 3, Modul Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000),27.
[9]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,26.
[10]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,45.

FOKUS STPM P3 2016 konsep dan hierarki pembesar pada abad ke-19

1.1.2 Pembesar
a)konsep pembesar.
      Istilah pembesar merujuk kepada mereka yang dilantik oleh raja untuk memegang sesuatu jawatan dalam pentadbiran kerajaan dengan diberi tugas-tugas tertentu untuk dilaksanakan. Perlantikan ini bertujuan bagi mewujudkan satu sistem pentadbiran yang teratur serta menjamin keselamatan dan kemakmuran negeri secara berterusan. Sistem pembesar adalah sebahagian daripada struktur pemerintahan yang terdapat di Negeri-negeri Melayu. Sistem ini digubal berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan diikuti oleh hampir semua negeri di Tanah Melayu, kecuali Negeri Sembilan. Meskipun begitu, gelaran pembesar yang digunakan berbeza antara negeri dengan negeri yang lain.[1]

Hierarki pembesar di Tanah Melayu pada ke-19.
      Pada umumnya, negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pembesar yang berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Pembesar Empat dibantu oleh Pembesar Lapan . Manakala Pembesar lapan dibantu oleh Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.[2]Sistem ini diwarisi daripada  pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, bukan sahaja mempunyai persamaan dari segi struktur politiknya, tetapi juga termasuk gelaran jawatan pembesar. Negeri-negeri seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah derigan jelas mengikut Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka.

       Sementara itu di negeri-negeri lain, sistem pembesarnya tidak banyak berbeza dengan sistem yang diamalkan di Melaka, kecuali dari segi gelaran pembesar-pembesarnya sahaja. Sebelum wujudnya sistem beraja dan institusi kesultanan, di negeri Kedah, misalnya terdapat dua orang pembesar yang bergelar Tun Dermadewa dan Tun Perkasa. Berdasarkan sistem beraja, gelaran pembesar yang biasanya digunakan ialah Bendahara, Laksamana, Temenggung,Maharaja Lela, Menteri, Seri Raja dan Seri Dewa. Bendahara merupakan pegawai yang utama dalam struktur politik negeri Kedah. Walaupun begitu, tidak semua negeri-negeri di Tanah Melayu mempunyai sistem pembesar yang sama.[3]
SISTEM PEMBESAR DI PERAK
Negeri Perak adalah antara negeri Melayu yang mempunyai bilangan pembesar yang ramai. Pada umumnya corak politik di negeri Perak hampir sama dengannegeri Melaka. Namun, perbezaan yang ketara ialah dari segi kedudukan pembesar yang dibahagikan kepada Sistem Pembesar Empat Lipatan. Gelaran pembesarnegeri terbahagi kepada empat peringkat, iaitu Orang Besar Empat,Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua.Antara para pembesar ini, Orang Besar Empat adalah pembesar yang paling berkuasa. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja,Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Jawatan Bendahara suatu ketika pernah dijadikan satu jawatan diraja, iaitu dalam tingkat ketiga selepas Raja Muda dengan gelaran Tuanku Raja Bendahara Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir. Nama jawatan tersebut telah


[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000), (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.,2014),5.
[2] Ibid.,7.
[3] Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003),21.

Saturday, October 15, 2016

FOKUS STPM P3 2016 Undang-undang 99 Perak

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu tradisional.Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900 apabila digantikan dengan undang-undang lain, iaitu bab Federated Malay States (FMS) 197.

Para pengkaji sejarah bersetuju bahawa Undang-undang 99 Perak bukanlah undang-undang yang digubal dan berasal dari Perak tetapi dibawa dari luar. Dipercayai bahawa undang-undang tersebut dibawa oleh Syed Hassan dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin marhumTiurah Abang (1577 - 1584) dan Tuan Syed Abdul Majid sebagai menterinya. Teks Undang-undang 99 Perak disalin semula oleh Syed Jaafar  bin Syed Unus dengan membuat perubahan bersesuaian dengan masyarakat Perak.

Undang-undang 99 Perak memperlihatkan format undang-undang yang tersusun dalam bentuk soalan dan jawapan antara Raja Nasruan Adil dengan menterinya, Khoja Berza Amir Makim. Terdapat ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa, dan kompromi dalam Undang-undang 99 Perak.

Undang-undang Perak dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang dalam pelbagai aspek.Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah mempunyai sistem kehakiman berkaitan dengan kes-kes yang biasa berlaku dalam masyarakat pada zaman tradisional. Oleh demikian, Undang-undang 99 Perak dapat dijadikan bukti gambaran masyarakat Melayu tradisional dan tamadun Melayu di Perak.

Prinsip-prinsip umum
(a) Penzinaan
(i) Fasal 6
Hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang.
Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang daripada mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia hanya dikehendaki membayar denda (emas)' Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi dia akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
(ii) Fasal 50
Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina.
Fasal 50 adalah tentang penzinaan jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar, denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan.
(b) Perkahwinan
(i) Fasal 65
Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkanbersama  selama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing.
(c) Pembunuhan
(i) Fasal 23
Hukum membunuh - pembunuhan sesama orang Islam.
Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang
membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
(ii) Fasal 4
Hukum membunuh - orang kafir membunuh orang Islam.
Fasal 4 memperuntukkan seorang kafir membunuh seorang Islam. Orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibunuh balas kerana jika kafir ini dibunuh balas, tiada peluang bagi kafir tersebut memeluk Islam. Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga simati.
(d) Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar
(i) Fasal 24
Protokol istana
Di bawah Fasal 24, seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau Pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau Pembesar.
(ii) Fasal 77
Peraturan raja
Fasal 77 menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah di negeri tersebut mangkat,maka takhta pemerintahantersebut akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua umurnya' Jika tiada'
maka anak raja yang umurnya paling kecil akan mewarisi takhta.
raja tersebut. Berdasarkan undang-undang tersebut, syarat utama bagi anak raja untuk mewarisi takhta pemerintahan ialah anak raja tersebut mesti anak gahara, iaitu anak yang dilahirkan oleh
raja dan permaisurinya daripada golongan diraja.
Peperangan
(i) Fasal 74
Fasal 74 menyatakan sekiranya sesebuah negeri ingin berperang dengan negeri lain, strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal fikiran,
mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang
pemimpin yang mendapat sokongan ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang.
Pembahagian harta
(i) Fasal 33
Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta simati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pingganmangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah
padi, atau lombong diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut: anak lelaki mendapat bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan
dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain.
Hal ehwal di kampung
(i) Fasal 2l
Fasal 21 mengatakan jika penduduk kampung mendakwa penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan, iaitu kesalahan dari segi perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak
boleh dijatuhkan hukuman dari segi denda. jika orang itu melakukan kesalahan buat kali kedua, baharulah pesalah itu boleh diambil tindakan yang sesuai.
Orang dagang
(i) Fasal 51
Fasal 51 menyatakan sekiranya orang dagang masuk ke dalam kampung dan meminta kebenaran untuk bermalam tetapi tidak dibenarkan atau dibenarkan bermalam tetapi hanya diberi makanan cukup hingga satu kali pada satu malam, mereka dianggap bersalah.
Hal ehwal agarma
(i) Fasal 58
Di bawah Fasal 58 syarat menjadi imam atau khatib ialah
mempunyai sifat mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah-payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang awal masuk ke masjid pada hari ]umaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.
Hakim/ Kadi
(i) Fasal 79
Fasal 79 manyatakan syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat, dan memiliki sifat yang mulia.
(k) Perlembagaan
(i) Fasal 99
Fasal 99 memperuntukkan hubungan antara raja dengan pembesar serta rakyat dan hubungan antara rakyat dengan pembesar.Raja mesti memberitahu semua perkara s:una ada baik atau
buruk kepada pembesar-pembesar baginda. Begitu juga dengan pembesar negeri yang mesti memaklumkan segala perkara baik dan buruk kepada raja.
(l) Ternakan / tanaman
(i) Fasal 14
Ternakan Fasal 14 mengatakan jika binatang itu dicederakan oleh orang lain' hukumannya ialah orang yang mencederakan binatang itu perlu membayar separuh harga binatang tersebut kepada tuan Punya binatang tersebut. ]ika seseorang itu memelihara binatang yang haram dan binatang itu mencederakan orang lain, hukumannya ialah binatang itu akan dibuang dan tuan binatang tersebut perlu membayar sepaha emas kepada orang yang dicederakan oleh binatangnya. Jika orang yang dicederakan oleh binatang tersebut mati, maka binatang tersebut perlu dipulangkan kepada waris simati dan tuan punya binatang tersebut perlu membayar denda sebanyak setahil sepaha emas. |ika binatang yang haram mencederakan orang lain dan orang tersebut meninggal dunia, maka tuan punya binatang tersebut hanya perlu membayar denda sebanyak sepaha emas sahaja.
(ii) Fasal 15

Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman dimusnahkan oleh seseorang dan tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi, walaupun tuan punya tanaman itu tidak meminta sebarang pampasan, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar separuh harga tanaman itu dan denda sebanyak sepaha emas. Tetapi, jika tanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut masih berguna, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar harga tanaman tersebut dan denda sebanyak sepaha emas.

Thursday, October 13, 2016

FOKUS STPM P3 BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA 2016

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
TEMA 1 Masyarakat
1.1.2 Pembesar –konsep, hirarki dan peranan pembesar
2.Pembesar di Vietnam.
1.2 Sistem sosial di Vietnam dan Indonesia  pada abad ke-19.
Menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat.
1.MenerangkanciriciriekonomitradisionalIndonesia.                                                                                2.menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial.
i.menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial di Vietnam.
TEMA 2.Trasfomasi masyarakat.
2.1 Peluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Membincangkan faktor dan cara peluasan kuasa asing.
1.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Indonesia.
2.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Myanmar.
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing di Indonesia dan Myanmar.
Menganalisis sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing.
1.Penentangan terhadap kuasa asing di Indonesia
2.Penentangan terhadap kuasa asing di Myanmar.
Menilai peranan tokoh
1.Diponegoro
2.Thibaw.

2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran,ekonomi dan pendidikan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
2.membincangkan perkembangan ekonomi di Myanmar.
3.membincangkan  perkembangan pendidikan di Myanmar.
3.Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
3.1 Gerakan nasionalisme.
3.1.1 Faktor kemunculan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Menganalisis faktor-faktor kemunculan nasionalisme.
1.Pengaruh agama.
2.Peranan bahasa dan kesusasteraan.
3.Pengaruh kewartawanan.
4.Peranan pendidikan.
5.Peranan golongan intelektual.
6.Pengaruh luar.
5.Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di Myanmar.
3.1.2 Parti politik dan persatuan di Indonesia dan Myanmar abad ke-19.
Menerangkan sebab penubuhan dan matlamat persatuan dan parti politik yang mendukung gerakan nasionalisme.
1.Sarekat Islam.
2.Parti Nasional Indonesia.
4.Poor Man’s Party.
3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan dan bersenjata di Myanmar dan Indonesia abad ke-20.
1.menilai penentangan terhadap penjajah secara berperlembagaan.
2.menggalurkan penentangan rakyat secara bersenjata.
3.2.3 Kemerdekaan di Myanmar dan Indonesia abad ke-20.
1.Langkah-langkah mencapai kemerdekaan.
4.Pengisian Kemerdekaan.
4.1 Sistem pemerintahan di Filipina dan Thailand abad ke-20
3.Demokrasi berparlimen.
4.2 Pembangunan
4.2.1 Pembangunan ekonomi di Filipina dan Thailand abad ke-20
Menjelaskan dasar-dasar ekonomi negara Filipina
Menjelaskan dasar-dasar ekonomi negara Thailand

4.3  Pembinaan negara bangsa
 menerangkan sistem pemerintahan negara bangsa.
6.Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-20

1.Demokrasi
2.Ketenteraan.
4.3.2 Sumbangan  tokoh Filipina dan Thailand pada abad ke-20.
Menilai sumbangan tokoh
1.Macapagal
4.4 Perhubungan luar.
4.4.1 Penglibatan dalam organisasi antarabangsa di Filipina dan Thailand abad ke-20
Membincangkan penglibatan negara Thailand dalam organisasi antarabangsa.
1.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-PBB
3.Association of South East Asia.-ASEAN




Saturday, October 8, 2016

FOKUS STPM BAHAGIAN A SEJARAH MALAYSIA 2016

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
TEMA  1
 1.1.2 Pembesar
menghuraikan konsep, hierarki, dan peranan pembesar.
1.2.2 Undang-undang -(i) Undang-Undang 99 Perak.
1.4 Sistem Ekonomi-(b) menerangkan ciri-ciri ekonomi komersial.

TEMA 2 
2.1 Peluasan Kuasa Asing-(a) membincangkan faktor dan cara peluasan kuasa asing di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
2.2 Penentangan Terhadap Kuasa Asing menilai sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
2.3 Pengubahsuaian Dalam Pentadbiran, Ekonomi, dan Pendidikan
(a) menerangkan perubahan pentadbiran di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
(b) menghuraikan perubahan perkembangan ekonomi di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
(c) menjelaskan perubahan sistem pendidikan di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
2.4 Masyarakat pelbagai kaum-
(a) menghuraikan perkembangan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
TEMA 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
3.1 Gerakan Nasionalisme
3.1.1 Faktor kemunculan
(a) membincangkan faktor-faktor
kemunculan nasionalisme:
(i) pengaruh agama Islam;
(ii) peranan bahasa dan
kesusasteraan;
(iii) pengaruh kewartawanan;
(iv) peranan pendidikan;
(v) peranan golongan intelektual;
(vi) pengaruh luar.
3.1.2 Gerakan, persatuan,kelab, dan kesatuan yang berkaitan dengan agama, ekonomi, sosial dan politik.
(a) membincangkan sebab penubuhan dan matlamat gerakan, persatuan,kelab, dan kesatuan yang
mendukung gerakan nasionalisme:
(i) Gerakan Islah/ Islamiah;
(ii) Persatuan dan kelab Negerinegeri Melayu;
3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan
3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960
(b) menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
(d) membincangkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
(e) menggalurkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak.
(f) menghuraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya
Darurat 1948
Langkah-langkah mencapai kemerdekaan
Pembentukan Malaysia 1963
Reaksi pembentukan Malaysia 1963
TEMA 4 Pengisian Kemerdekaan
4.1 Sistem pemerintahan
(a) menghuraikan bentuk pemerintahan:
(i) Persekutuan;
(ii) Raja Berperlembagaan;
(iii) Demokrasi Berparlimen.
4.2 Pembinaan Negara Bangsa
4.2.1 Pembangunan sosial
(a) menjelaskan usaha-usaha ke arah pembangunan sosial:
(i) Bahasa Kebangsaan;
(iii) Rukun Negara.
(a) menganalisis usaha-usaha ke arah pembangunan ekonomi:
 (ii) Dasar Ekonomi Baru (DEB);
(iii) Dasar Pembangunan Nasional (DPN):
− Dasar Perindustrian Negara;
(b) menilai sumbangan tokoh:
(i) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj;
 (iii) Tun Hussein bin Onn;
(iv) Tun Dr Mahathir bin Mohamad
4.3 Wawasan 2020
a) menerangkan cabaran dan hala tuju negara.
4.4 Perhubungan luar
i.Asas perhubungan luar Malaysia     
ii.Komanwel
iii.Pertubuhan PBB
iv.ASEAN
v.NAM Pergerakan Negara Bekecuali