Monday, September 19, 2016

Sarekat Islam

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
Parti Politik dan Persatuan
Kesan daripada penjajahan  British di Myanmar muncul pelbagai persatuan dan parti politik yang mendukung gerakan nasionalisme. Pada peringkat awal, persatuan yang wujud tidak berunsur politik, lebih kepada perjuangan ingin membaiki kehidupan masyarakat peribumi yang tertindas di bawah penjajahan Barat.
Gerakan nasionalisme mula radikal apabila parti-parti politik memperjuangkan kemerdekaan mutlak.Di Indonesia, Sarekat Islam dan Partai Nasional Indonesia penting sebagai penggerak dan pelindung kepada masyarakat peribumi.[1]
 Sarekat Islam
Perniagaan batik dalam kalangan masyarakat tempatan agak penting di Indonesia. Pada awal abad ke-20, pedagang Cina turut terlibat dalam perniagaan ini. Mereka membekalkan kain, pewarna, dan lilin kepada pedagang batik di Jawa. Pedagang tempatan tidak dapat bersaing dengan mereka.
OIeh itu, pedagang tempatan yang beragama Islam telah bergabung untuk melindungi kepentingan mereka. R.M. Tirtoadisurjo telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam pada tahun 1909.
Agama Islam digunakan sebagai alat penyatuan, persefahaman, dan persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di fawa. Haji Samanhoedi menubuhkan cawangan Sarekat Dagang Islam di Bogor pada tahun 1911.
Tujuan asal Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan pedagang batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagangpedagang batik Cina. Maka, boleh dikatakan bahawa Sarekat Dagang Islam merupakan pertubuhan batik anti-Cina. Pada tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam. Omar Said Tjokroaminoto menjadi Presiden. Kebanyakan ahli Sarekat Islam di Borneo dan Sulawesi menganggapnya sebagai langkah pertama perang jihad Indonesia terhadap orang kafir, iaitu orang Cina dan orang Belanda.[2]
Penubuhan Sarekat Islam dipengaruhi oleh:
(a) Persaingan daripada pedagang-pedagang Cina dalam perniagaan batik
(b) Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah mempengaruhi pemikiran golongan intelektual Islam dalam Sarekat Islam.
(c) Kegiatan penyebaran agama Kristian pada awal abad ke-20 di Indonesia menuntut penyatuan orang Indonesia di bawah satu pertubuhan untuk mempertahankan tradisi mereka daripada dicemari oleh agama Kristian.
Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam:
(a) Mengukuhkan agama Islam bagi menyaingi perkembangan agama Kristian.
(b) Mengembangkan kebudayaan lndonesia.
(c) Memajukan kebajikan masyarakat tempatan khasnya dalam bidang pendidikan.
(d) Memajukan ekonomi masyarakat tempatan.[3]
Sehingga tahun 1916, Sarekat Islam tidak berunsur politik. Sarekat Islam lebih memperjuangkan kebajikan masyarakat tempatan dalam aspek pendidikan, agama, pekerjaan, dan ekonomi. Pada Kongres Nasional tahun 1913, pemimpinnya, omar said Tjokroaminoto menegaskan bahawa sarekat Islam bukan sebuah parti Politik dan masih menyokong kerajaan Belanda.
Sarekat Islam menjadi popular sehingga ahli-ahlinya datang dari segenap lapisan masyarakatlndonesia. Mereka terdiri daripada golongan ulama, elit, intelektual, peniaga, pelajar, kaum tani, dan buruh. Sarekat Islam membuka pintunya kepada-semua lapisan masyarakat. Keanggotaan Sarekat Islam meningkat daripada 12 000 orang pada tahun 1913 menjadi 800 000 orang pada tahun 1916.
selaras dengan matlamat untuk melindungi kepentingan masyarakat tempatan, Saiekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial, dan ekonomi kepada kerajaan Belanda.
(a) Tuntutan politik
(i) Majlis Daerah dibentuk.
(ii) Volksraad diberi kuasa yang lebih luas supaya menjadi satu badan perwakilan yang mempunyai fungsi legislatif.
(iii) Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-mallis lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas.
 iv) Pemberian taraf pemerintahan sendiri kepada Indonesia.
(b) Tuntutan sosial
(i) Undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam dibatalkan.
(ii) Kiyai dan penghulu diberikan gaji tetap.
(iii) Hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari kelepasan atau cuti.
(iv) Institusi pendidikan Islam diberi subsidi'
(v) Sistem diskriminasi dalam pendidikan dihapuskan'
(vi) Pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah.
(vii) Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf menjadi universiti.
(viii) Biasiswa diberikan kepada pelajar Indonesia menuntut di luar negara.
(c) Tuntutan ekonomi supaya dapat
(i) Memiliknegarakan bidang industri seperti kilang tekstil, perusahaan kertas, industri besi, pengangkutan dan elektrik.
(ii) Membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air'
(iii) Memberi perhatian tentang isu tanah.
Sarekat Islam berkembang dengan cepat dalam kalangan semua lapisan masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan khasnya di Pulau Jawa mempercayai telah munculrrya seorang "Ratu Adil" yang dapat menyelamatkan mereka daripada penindasan dan cengkaman orang kafir.
Sarekat Islam mula merosot pada tahun 1920-an disebabkan perselisihan antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti sendiri.-Perpecahan ini melemahkan kepimpinan Sarekat Islam. Golongan konsrvatif telah menyertai Parti Muhammadiyah 1912 dan Nahdatul Ulama 1926.[4]

Selain itu, pengaruh komunisme dalam Sarekat Islam membawa kepada penubuhan Sarekat Islam Merah di Semarang dan di desa lain.

      Kerajaan Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan mutlak dan menentang kapitalisme. Sarekat Islam dituduh terlibat dalam beberapa pemberontakan yang berlaku. Omar said Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan. Kegiatan Sarekat Islam semakin lemah selepas selepas kegagalan pemberontakan Parti Komunis Indonesia pada tahun 1926-1927. Selepas tahun 1927, Sarekat Islam tidak lagi efektik kerana gerakan nasionalisme indonesia diambil alih oleh golongan nasionalisme sekular.[5]





[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),350.   
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,360.  
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),351.
[4]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,330.   
[5]Ibid,330.

Sunday, September 18, 2016

Huraikan peranan Raja Thibaw semasa pemerintahannya di Myanmar pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

Pengenalan
Raja Thibaw dilahirkan pada tahun 1858 di Mandalay, Myanmar. Raja Tihibaw merupakan anak Raja Mindon Min dengan Puteri Laungshe. Raja Thibaw mendalami ajaran agama Buddha di tokong sejak kecil lagi. Baginda pemerintah terakhir Dinasti Konbaung di Myanmar. Beliau memerintah antara tahun 1878-1885.
Politik dan pentadbiran
1.Hubungan dengan Perancis.
Menjalin hubungan dengan Perancis untuk mengekalkan kedaulatan negara.
Raja Thibaw ingin membeli senjata dari Perancis.
wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay
Frederic Haas menasihati Raja Thibaw supaya mengeratkan hubungan dengan British
menubuhkan bank di Mandalay kepada pihak Perancis. Pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.
2.Hubungan dengan British.
Raja Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras dan anti kuasa asing.
British mendapat tahu tentang usaha Raja Thibaw tersebut. Duta British telah menemui dengan wakil Perancis, Fules Ferry dan menyatakan British akan menggunakan kekerasan ke atas Myanmar sekiranya pihak Perancis masih lagi terlibat dalam perkara senjata ini. Pihak Perancis telah memberi jaminan bahawa isu senjata tidak disentuh dalam perjanjian dengan Myanmar
Raja Thibaw tegas dengan pendirian tidak mahu menerima semula Residen British.

Ekonomi
menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885.
Cuba mendapatkan kembali penguasaan ekonomi Myanmar dari British
Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar
mengemukakan perkara terhadap syarikat tersebut:
(a) Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang
dibenarkan.
(b) Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.
(c) Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Myanmar seperti yang dijanjikan.
Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee

British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap sedia untuk bertindak secara kekerasan terhadap Myanmar.
Kesimpulan
Raja Thibaw berusaha mempertahankan kedaulatan Myanmar Hulu.
Untuk memelihara kedaulatan Myanmar Thibaw menjalin hubungan dengan Perancis.

Baginda kalah dalam Perang British-Myanmar III pada 29 November1885 dan dibuang negeri ke India.

Ekonomi Komersial di Vietnam abad ke-19

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pertanian
Vietnam merupakan antara pengeluar utama beras dunia. Kawasan pengeluaran padi yang utama ialah Lembah Song-koi (Sungai Merah) di bahagian utara dan Lembah Mekong (Cochin-China).Beras mennrmbang sebanyak 65 peratus dari jumlah nilai eksport negara itu. Padi meliputi lima perenam daripada jumlah kawasan pertanian. Pengeluaran beras dari Vietnam bertambah lima kali ganda antara tahun 1870 dan tahun 1930.[1]
Perusahaan
Masyarakat kampung Vietnam melibatkan diri dalam perusahaan seperti membuat tembikar, tenunan, menganyam, dan bertukang.Biasanya, mereka akan merahsiakan tradisi perusahaan dan kemahiran mereka. Satu cara untuk mencapai hasrat ini ialah melarang kaum wanitanya daripada berkahwin dengan lelaki dari kampung lain. Mereka tidak akan mengajar kemahiran tersebut kepada orang luar.

       Masyarakat kampung lebih suka melakukan perusahaan pertukangan kerana mendapat lebih pengiktirafan berbanding dengan pekerjaan bercucuk tanam. Ini kerana mereka akan dikecualikan daripada sistem kerahan dan pembayaran cukai. Walau bagaimanapun, mereka perlu menyerahkan hasil pertukangan mereka kepada maharaja sebagai ganti pembayaran cukai.[2]
 Perdagangan
Kegiatan perdagangan amat terhad dan hanya berlaku di kawasan daratan dan bukit di pedalaman. Kegiatan perdagangan dijalankan sebagai tukaran untuk barangan lain. Kayu dan buluh diperdagangkan untuk mendapatkan barangan seperti kicap ikan, ikan kering, garam, dan kapur.Hubungan perdagangan antara Vietnam dan negara luar juga terhad. Perdagangan biasanya dijalankan dengan negara Siam dan China.

Buktinya, pedagang asing yang dibenarkan berniaga di pelabuhan Vietnam hanyalah tongkang-tongkang dari negara China dan Siam. Barang dagangan antara negara Siam dan Annam ialah hasil pengeluaran seperti rempah, besi, lada, gula, dan beberapa barangan mewah. Pedagang-pedagang dari China pula mendapatkan bahan galian seperti perak

       Perniagaan arak juga dijalankan oleh masyarakat yang melibatkan diri dalam penanaman padi. Arak ialah hasil sampingan yang utama daripada beras. Penyulingan arak atau air tapai telah lama diusahakan di kampungkampung Vietnam. Wujud juga pengkhususan dalam membuat arak daripada beras.

Perlombongan
Aktiviti perlombongan juga diusahakan oleh masyarakat Vietnam. Hasil perlombongan utama ialah arang batu. Longgokan arang batu terdapat di Quang Yen.[3]
Perikanan
Perusahaan perikanan dijalankan di Tasik Tonle Sap. Ikan-ikan yang diperoleh akan dikeringkan, disalai, atau dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar ke Dataran Mekong melalui jalan Snoc Thou atau dataran lumpur dengan menggunakan perahu.
Ekonomi Komersial
Pertanian
Vietnam merupakan antara pengeluar utama beras dunia. Kawasan pengeluaran padi yang utama ialah Lembah Song-koi (Sungai Merah) di bahagian utara dan Lembah Mekong (Cochin-China).Beras mennrmbang sebanyak 65 peratus dari jumlah nilai eksport negara itu. Padi meliputi lima perenam daripada jumlah kawasan pertanian. Pengeluaran beras dari Vietnam bertambah lima kali ganda antara tahun 1870 dan tahun 1930.
Perusahaan
Masyarakat kampung Vietnam melibatkan diri dalam perusahaan seperti membuat tembikar, tenunan, menganyam, dan bertukang.Biasanya, mereka akan merahsiakan tradisi perusahaan dan kemahiran mereka. Satu cara untuk mencapai hasrat ini ialah melarang kaum wanitanya daripada berkahwin dengan lelaki dari kampung lain. Mereka tidak akan mengajar kemahiran tersebut kepada orang luar.

       Masyarakat kampung lebih suka melakukan perusahaan pertukangan kerana mendapat lebih pengiktirafan berbanding dengan pekerjaan bercucuk tanam. Ini kerana mereka akan dikecualikan daripada sistem kerahan dan pembayaran cukai. Walau bagaimanapun, mereka perlu menyerahkan hasil pertukangan mereka kepada maharaja sebagai ganti pembayaran cukai.
 Perdagangan
Kegiatan perdagangan amat terhad dan hanya berlaku di kawasan daratan dan bukit di pedalaman. Kegiatan perdagangan dijalankan sebagai tukaran untuk barangan lain. Kayu dan buluh diperdagangkan untuk mendapatkan barangan seperti kicap ikan, ikan kering, garam, dan kapur.Hubungan perdagangan antara Vietnam dan negara luar juga terhad. Perdagangan biasanya dijalankan dengan negara Siam dan China.

Buktinya, pedagang asing yang dibenarkan berniaga di pelabuhan Vietnam hanyalah tongkang-tongkang dari negara China dan Siam. Barang dagangan antara negara Siam dan Annam ialah hasil pengeluaran seperti rempah, besi, lada, gula, dan beberapa barangan mewah. Pedagang-pedagang dari China pula mendapatkan bahan galian seperti perak

       Perniagaan arak juga dijalankan oleh masyarakat yang melibatkan diri dalam penanaman padi. Arak ialah hasil sampingan yang utama daripada beras. Penyulingan arak atau air tapai telah lama diusahakan di kampungkampung Vietnam. Wujud juga pengkhususan dalam membuat arak daripada beras.

Perlombongan
Aktiviti perlombongan juga diusahakan oleh masyarakat Vietnam. Hasil perlombongan utama ialah arang batu. Longgokan arang batu terdapat di Quang Yen.
Perikanan
Perusahaan perikanan dijalankan di Tasik Tonle Sap. Ikan-ikan yang diperoleh akan dikeringkan, disalai, atau dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar ke Dataran Mekong melalui jalan Snoc Thou atau dataran lumpur dengan menggunakan perahu.





[1] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),297.
[2] Ibid,298
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),296.

Peranan Raja Thibaw dalam penentangannya terhadap British pada abad ke-19.

Raja Thibaw 1878-1885
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Peranan Raja Thibaw dalam penentangannya terhadap British pada abad ke-19.
Raja Thibaw dilahirkan pada tahun 1858 di Mandalay, Myanmar. Raja Tihibaw merupakan anak Raja Mindon Min dengan Puteri Laungshe. Raja hibaw mendalami ajaran agama Buddha di tokong sejak kecil lagi. Baginda pemerintah terakhir Dinasti Konbaung di Myanmar. Beliau memerintah antara tahun 1878-1885. Pemerintahannya berakhir detelah pendudukan Hulu Myanmar oleh British. Beliau meninggal dunia pada 19 Disember 1916 di Ratnagiri Fort, India.[1]

Peranan dalam penentangan terhadap British
Raja Thibaw sangat dikuasai oleh Permaisuri Supayalat dan Taingda sehingga Hluttaw, sebuah badan yang berpengaruh dalam sistem pemerintahan pusat merasa terancam lalu terpaksa mengikut sahaja dasar Raja Thibaw dan permaisurinya.
Raja Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan, dan menindas berbanding dengan pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat, dan kuasa asing. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Myanmar Hulu.

Pada zaman pemerintahan Raja Thibaw perbendaharaan Myanmar Hulu mengalami masalah kekurangan sumber pendapatan. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, Raja Thibaw meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.[2]

Dari segi pentadbiran, Raja Thibaw menambahkan jumlah jabatan dalam Hluttaw daripada empat menjadi empat belas. Satu unit pentadbiran baharu di peringkat daerah, iaitu khayaing dibentuk mengikut model pentadbiran British di India. Tujuannya adalah untuk memusatkan pentadbiran di istana Myanmar Hulu. Myanmar Hulu dibahagikan kepada sepuluh daerah di
bawah Menteri Daerah. Raja Thibaw juga memperkenalkan jawatan Myo-ok mengikut sistem pentadbiran yang diamalkan oleh British di Myanmar Hilir.[3]
Dasar Luar Raja Thibaw
Hubungan dengan Perancis dan British
      Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau memahami bahawa British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan Tongking. Beliau telah bertindak menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885. Sebenarnya, Raja Thibaw ingin membeli senjata dari Perancis.

      British mendapat tahu tentang usaha Raja Thibaw tersebut. Duta British telah menemui dengan wakil Perancis, Fules Ferry dan menyatakan British akan menggunakan kekerasan ke atas Myanmar sekiranya pihak Perancis masih lagi terlibat dalam perkara senjata ini. Pihak Perancis telah memberi jaminan bahawa isu senjata tidak disentuh dalam perjanjian dengan Myanmar kerana yang ditandatangani hanyalah perjanjian perdagangan yang tidak mengandungi apa-apa implikasi politik atau bantuan ketenteraan kecuali wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay.[4]

       Perancis melalui wakilnya, Frederic Haas pernah menasihati Raja Thibaw supaya mengeratkan hubungan dengan British. Raja Thibaw tegas dengan pendirian tidak mahu menerima semula Residen British.Raja Thibaw berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada pihak Perancis. Pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.

Terdapat khabar angin bahawa orang Perancis akan mengambil alih pengurusan hak monopoli diraja, mengawasi perkhidmatan pos, menjalankan kapal-kapal di Sungai Irrawady, dan dapat menyewa lombong-lombong batu delima. Semua perkara tersebut membimbangkan pihak British di Myanmar Hilir. Yang memburukkan Iagi hubungan Raja Thibaw dengan British ialah berita yang menyatakan bahawa Perancis akan menghantar senjata ke Myanmar sebaik sahaja keamanan di Tongking berjaya dipulihkan.[5]

Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar
Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Myanmar Hulu. Raja Thibaw yang tidak menyukai British telah mengambil tindakan terhadap syarikat ini dengan mengemukakan perkara berikut terhadap syarikat tersebut:
(a) Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang
dibenarkan.
(b) Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.
(c) Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Myanmar seperti yang dijanjikan.
Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee dan ini menyebabkan pihak British berasa tidak berpuas hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh Majlis Hluttaw.British dengan segera meminta diadakan rundingan tetapi Raja Thibaw menolaknya kerana beliau yakin Perancis akan menyokong dan membantu Myanmar dalam saat-saat seperti itu. Akan tetapi, pada bulan September, Freycinet (menggantikan fules Ferry) telah mengubah dasar Ferry dengan serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak British.

British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap sedia untuk bertindak secara kekerasan terhadap Myanmar. Duta Myanmar di Perancis dan duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding tetapi British enggan.British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Myanmar. British memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar dan pada masa hadapan dasar luar Myanmar akan ditentukan oleh kerajaan British. Raja Thibaw diberi tempoh masa sehingga l0 November 1885 untuk memberi jawapan.[6]
Raja Thibaw membalas dengan reaksi berikut:
(a) Bersetuju menerima wakil British.
(b) Meneruskan hubungannya dengan Perancis.
(c) Memberi hak perdagangan yang sama kepada semua kuasa Barat.British tidak puas hati dengan jawapan Raja Thibaw lalu mengisytiharkan perang ke atas Myanmar Hulu pada 11 November 1885. British berjaya menakluki Myanmar Hulu pada 1 Januari 1886.Kejayaan ini menyebabkan Myanmar menjadi tanah jajahan British sepenuhnya.[7]




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,310.  
[2] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),326.
[3] Ibid,326.
[4] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),324.
[5] Ibid,325.
[6] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),327.
[7]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, 311.

Sunday, September 4, 2016

Huraikan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan di Myanmar terhadap kuasa British pada abad ke-19. [20m]

Penentangan masyarakat tempatan di Myanmar berlaku disebabkan dasarBritish meluaskan kuasa ke atas pemerintahan tradisional di Myanmar.Kebangkitan menentang British di Myanmar didorong juga oleh kekecewaan penduduk tempatan terhadap penguasaan ekonomi oleh orang asing. Hubungan yang buruk antara raja Myanmar dengan British telah memperluaskan penentangan dalam kalangan penduduk tempatan.

       Faktor ekonomi merupakan sebab pertama yang membangkitkan penentangan masyarakat Myanmar terhadap British.Penduduk tempaan tidak setuju dengan kerajaan Britih yang lebih membantu pihak pemberi pinjaman wang dan tuan tanah, tetapi tidak memberi peluang kepada petani untuk menyelesaikan hutang mereka.

      Ini menyebabkan golongan ceti menguasai tanah milik orang Myanmar. Petani terpaksa berhutang dengan ceti untuk mengusahakan tanah. Kegagalan membayar pinjaman menyebabkan tanah mereka dirampas dan mereka akan menjadi penyewa atau buruh.

      Mereka juga dibebani pelbagai jenis cukai hingga menyebabkan terpaksa meminjam wang. Ini menyebabkan petani bangkit menentang British untuk mendapat semula hak mereka.

      Dari segi politik pula, penjajahan British menyebabkan berlaku perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan terutama institusi beraja kerana telah diubah dan kemudiannya dihapuskan.

      Pembaharuan British bermula dengan sistem kerajaan tempatan melalui Akta Perkampungan Burma 1889. Britih juga mengubah sistem pendidikan tempatan untuk memudahkan kolonialisme berkembang di Myanmar.

      Sebab sosial dan budaya juga turut menjadi sebab kebangkitan menentang penjajah. Contohnya keengganan pegawai British menghormati agama Buddha dan budaya masyarakat tempatan seperti enggan membuka kasut sewaktu memasuki rumah pagoda dan berhala telah membangkitkan kemarahan rakyat Myanmar.Keangkuhan British yang tidak menghormati budaya tempatan telah memburukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.

      Sistem pendidikan Barat mendapat tentangan daripada golongan sami dan guru tradisional yang tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat. Pembukaan sekolah Inggeris  telah melahirkan intelek yang berpendidikan Inggeris. Ini menyebabkan jumlah dan bilangan murid di sekolah Buddha semakin merosot.

      Kesimpulannya pengenalan sistem pentadbiran Barat oleh Britsih mendapat tentangan daripada penduduk peribumi kerana budaya dan amalan agama Buddha mereka tergugat. Keadaan bertambah buruk apabila institusi beraja yang sekian lama diamalkan juga terhakis akibat dasar penjajahan Britsih di Myanmar.


1.Nilaikan peranan Diponegoro dalam Perang Jawa 1825-1830[20m]

Pangeran Diponegoro dilahirkan di Yoryakarta, pada 11 November 1785.Beliau meninggal dunia di Makassar, Sulawesi Selatan, 8 Januari 1855 pada umur 69 tahun. Panderan Diponegoro merupakan salah seorang pahlawan nasional Republik Indonesia. Beliau nerupakan Putera Hamengkubuwana III dengan gundik., beliau menolak untuk dilantik menjadi raja.Diponegoro lebih tetarik kepada kehidupan keagamaan dan menjalani kehidupan rakyat jelata dan tinggal di Tegarejo daripada tinggal di Keraton.
Peranan Diponegoro dalam Perang Jawa.
Pembela maruah bangsa
Perang Jawa ialah Perang Putera Pembebas daripada kejahilan pemerintah Belanda di Indonesia.
Perang Jawa tercetus pada tahun 1825-1830 di Bahagian Tengah Jawa melibatkan golongan bangsawan dan petani yang tertindas.
Pembela nasib penduduk
Membebaskan petani dari penindasan Belanda akibat pembatalan Kontrak sewa Tanah oleh Van Der Capellan 1823.
1.C.P Fetzarald -Dipo Negoro pahlawan Asia Pertama menggunakan taktik perang gerila untuk melawan penjajah.
2.Pelopor gerakan nasionalis awal di Indonesia. Perang  Jawa meletus Julai 1825 di Jogjakarta semasa pentadbiran De Bus de Gisignies.
3.Faktor Perang Jawa
Faktor politik- persoalan takhta kerajaan. Deponegoro putera sulung, adiknya Djarot dilantik sebagai Sultan. Djarot mangkat, Raden Menol dua tahun dilantik menjadi Sultan. Diponegoro sebagai penasihat sahaja.
Ekonomi- rugi pembatalan kontrak sewa tanah
Sosial- tidak diiktiraf sebagai pemimpin agama. /pertahan kesucian agama
Pembinaan jalan raya dari Jogjakarta ke Magelang melalui makam nenek moyangnya.
4.Deponegoro lancar Perang Jihad ke atas Belanda apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya melintasi tanah perkuburan nenek-moyang.
5.Pembunuhan beramai-ramai orang Eropah dan China di Jogjakarta.
6.Dipo Negoro disokong oleh petani Sentot dan Mangkubumi. Sentot ketua tentera.
7. Belanda bertindak balas – Perang Gerila dalam hutan. Belanda turut berperang di Palembang .
8.Taktik De Kock memusnahkan tanaman – pengikut Dipo Negoro kebuluran dan serangan penyakit di hutan.
9.Sentot dan Mangkubumi belot dan menyokong Belanda.
10. Rundingan gagal kerana Belanda enggan iktiraf Diponegoro sebagai Sultan Jogjakarta, Putera Pembebas dan Penyelamat Agama.
11.Dipo Negoro ditangkap dan dibuang ke Makasar, meninggal dunia 1855.


Kesimpulannya konflik nilai Barat dan tempatan telah mencetuskanPerang Jawa . Dipo Negoro berjaya memimpin kebangkitan menentang penjajah untuk memulihkan pemerintahan Islam di Jawa.Kerajaan Belanda tidak sensistif dengan amalan dan kepercayaan tempatan.

Penentangan terhadap kuasa asing.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Peranan tokoh
i.Diponegoro-Indonesia.
ii.Raja Thibaw.
Perluasan kuasa Belanda di Indonesia dan British di Myanmar membawa kepada beberapa bentuk penentangan tempatan.Masyarakat tempatan menentang kuasa asing atas sebab-sebab tertentu dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Penentangan di Indonesia dan Myanmar memperlihatkan persamaan dari segi agama Islam di Indonesia dan agama Buddha di Myanmar. Penglibatan Belanda dan British telah menjejaskan institusi pemerintahan tradisional dan cara hidup masyarakat peribumi sehingga timbul rasa tidak puas hati.[1]  
Sebab-sebab penentangan di Indonesia
1.Penindasan dan penyelewengan ekonomi dalam Sistem Tanaman Paksa.
2.Pengenalan  pelbagai jenis cukai seperti cukai dua hala dan cukai sempadan
3.Peranan ceti yang membebankan.
4.Penghapusan  kontrak sewa tanah.
5.Masalah perlantikan raja.
6.Tindakan Diponegoro.
7.Perjuangan menegakkan agama Islam.
8.Masalah pembinaan jalan raya di kawasan perkuburan keluarga Diponegoro.

Sebab-sebab penentangan di Myanmar.
1.Tindakan ceti
2.Penguasaan ekonomi leh pihak British.
3.Masalah cukai yang membebankan.
4.Kehilangan kawasan ke tangan British seperti Arakan, Tennesserim,Assam, Manipur dan Cachar.
5.Sikap tidak puas hati dengan Perjanjian Yandabo yang berat sebelah.
6.Tindakan sombong dan angkuh pegawai-pegawai British seperti John Canning dan John Crawford.
7.Tidak puas hati dengan pemakaian kasut di pagoda-pagoda.

 Sumbangan tokoh
Diponegoro .
Peranan /sumbangan tokoh Diponegoro.
1.Membela nasib masyarakat peribumi.
2.Mempertahankan kesucian agama Islam.
3.Berperang dengan Belanda melalui Perang Jawa.

Peranan/sumbangan Thibaw.
1.Menjalankan pemerintahan dan pentadbiran.
2.Hubungan dengan Perancis dan British.
3.Tindakan Thibaw terhadap Syarikat Pembalakan di Burma.[2]





[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),314.  
[2]“Penentangan Terhadap Kuasa Asing”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,123.