Sunday, August 16, 2015

Institusi Pembesar di Vietnam

oleh- AHMAD BIN YAAKOB
HPMemerihalkan konsep, hierarki dan peranan pembesar di Vietnam
Pembesar
Sistem pembesar di vietnam  diwujudkan untuk membantu  maharaja dalam meraksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting daram sistem politik  Vietnam. Mereka menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat iaitu selepas maharaja sebagai golongan pemerintah.

maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Ini tidak bermakna bahawa kuasa mutlak maharaja terjejas. Maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dari aspek pentadbiran, sosial, dan ekonomi dalam tangan maharaja.
       Pembesar di pelbagai peringkaf mempunyai tanggungjawab tertentu dari segi politik, ekonomi, dan sosial.

Vietnam pada abad ke-19 di bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat. Segala urusan pentadbiran kerajaan berpusat di Hue.  Vietnam tidak mempunyai pembesar yang  terdiri daripada golongan bangsawan. Kedudukan dan kuasa  golongan bangsawan sebagai pembesar di peringkat pusat, daerah, mahupun di kampung telah dihapuskan oleh Maharaja Gia Long.

       Kedudukan dan kuasa pembesar vietnam terletak pada golongan Mandarin (Quan) yang merupakan golongan sarjana yarg berpendidik Confucius. Golongan ini mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan. Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan vietnam. Golongan Mandarin ini dipengaruhi oreh sistem pentadbiran Tanah Besar China.

       Di vietnam, setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi Mandarin (Quan)dengan syarat mereka mendapat pendidiian tinggi berasaskan pendidikan  confucius. Mereka akan dipilih meralui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan china. Mereka jua perlu Mendapat sokongan daripada seorang Mandarin.Quan dibahagikan berdasarkan peringkat atau greduan yang mempunyai taraf yang paling tinggi ialah Quan Awam. Taraf Quan Awam lebih tinggi daripada taraf Quan Tentera. Quan Awam perlu mengetuai tentera atau membuat keputusan yang berkaitan dengan ketenteraan di peringkat daerah walaupun mereka tidak pernah mendapat apa-apa latihan ketenteraan.

       Pentadbiran pusat yang terletak di Hue bertanggungiawab kepada pentadbiran negara, pelaksanaan undang-undang, dan sistem pendidikan. Dalam hal ini, pentadbiran pusat dibantu oleh enam Kementerian (Quan), iaitu:
(a) Kewangan.
(b) Peperangan.
(c) Kehakiman.
(d) Istiadat (Upacara) yang bertanggungjawab terhadap pendidikan dan perhubungan luar serta takurim bulan.
(e) Perkhidmatan awam yang bertanggungjawab menentukan pelantikan, tugas, kenaikan, dan penurunan pangkat.
(f) Kerja raya yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tali air seperti di Lembah Sungai Merah di Tongking.
       Dasar kerajaan ditetapkan oleh Majlis Sulit (co-mat-vien) yarrg dipengerusikan oleh Maharaja. Majlis Sulit ini dianggotai oleh empat orang Menteri Kanan yang bertindak sebagai Ketua Jabatan dan beberapa orang pegawai istana. Majlis bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan kepada Maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Kementerian (Quan).
       Pembesar di peringkat daerah menjalankan tugas seperti mengutip cukai,menguruskan hal kehakiman, merekrut dan melatih anggota tentera, serta menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.Dalam sistem pemerintahan Vietnam, desa atau raan merupakan unit pentadbiran yang paling bawah. Masyarakat desa merupakan suku-suku keluarga dan ketua desa (Iy xuan).Iy xuan mempunyai tanggungjawab moral terhadap ahli masyarakat.
       Pembesar desa menjalankan tugas seperti:
(a) Menyelia projek awam untuk memperbaiki keadaan desa.
(b) Membahagikan tanah dan air untuk pertanian. (c) Membahagikan tanah desa kepada petani.
(d) Menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.


Thursday, August 13, 2015

Peranan pengaruh luar

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.Gerakan Islah Islamiah/ Pemulihan di Timur Tengah.
Gerakan ini dipelopori oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan diteruskan oleh Syeikh Muhammad Abduh. Mereka menggesa kaum muslimin agar berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan Hadis.

      Gerakan pemulihan Islam di Tanah Melayu dipelopori oleh Syeikh Tahir Jalaluddindan Syed Syeikh al-Hadi. Pelajar Melayu bersama Indonesia menerbitkan majalah Seruah Azhar (1925-1928) dan Pilihan Timur (1927-1928). Majalah ini mengecam pihak penjajah di Tanah Melayu dan Indonesia.

2.Gerakan Pan Islamisme.
Memperjuangkan penyatuan dunia Islam di bawah naungan Empayar Turki bagi menentang perluasan kuasa Barat.[1]

3.Gerakan Turki Muda.
Gerakan Turki Muda dipimpin oleh Mustapha Kamal berusaha untuk memodenkan negara Turki. Gerakan ini memberi ilham kepada orang Melayu untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang.Gerakan ini merangsang semangat golongan muda di Tanah Melayu untuk memperhebatkan perjuangan mereka.Parti politik pertama ditubuhkan ialah Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938.

4.Perang Rusia-Jepun 1904-1905
Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun 1904-1905 memberi ilham kepada orang Asia untuk mencabar orang Barat.Ini membuktikan sebuah negara boleh menjadi kuat melalui kemajuan pendidikan dan teknologi.

5.Pengaruh Gerakan Politik di Indonesia.
Ada tiga sebab mengapa perkembangan di Indonesia begitu kuat mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pertama Indonesia negara jiran yang paling hampir dan segala peristiwa yang berlaku di negara itu mudah tersebar ke Tanah Melayu. Kedua Indonesia dan Malaysia sedang berusaha membebaskan diri dari belenggu penjajahan Belanda di Indonesia dan British di Tanah Melayu. Ketiga pertalian antara kedua-dua negara dieratkan lagi oleh ikatan serumpun iaitu persamaan dari segi bahasa, budaya, adat dan agama.

      Perkembangan di Indonesia telah menarik perhatian golongan terpelajar di Tanah Melayu terutama di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim seperti Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad yang kemudiannya menubuhkan Kesatuan Melayu Muda, KMM pada tahun 1937.

      Kefahaman mereka tentang perkembangan politik di Indonesia ditambah lagi melalui pembacaan buku-buku  dan majalah yang dibawa masuk daripada negara tersebut.Ia telah menyebabkan kebangkitan kesedaran nasionalisme pada tahap awal di Tanah Melayu lebih banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalis di Indonesia.[2]    

6.Perkembangan di China
Pada tahun 1894, satu gerakan revolusi dimulakan di China oleh Dr Sun Yat Sen. Gerakan ini bertujuan untuk mengasas sebuah Republik yang bercorak revolusi dan menggulingkan kerajaan Manchu. Gerakan revolusioner ini berjaya menarik minat orang Cina di seberang laut hingga mendorong kepada penubuhan beberapa cawangan Teng Meng Hui termasuk di Tanah Melayu dan Singapura.

7.Perkembangan di India
Perjuangan nasionalis di India juga turut memberi dorongan kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pada tahun 1885, Parti Kongres Kebangsaan India ditubuhkan oleh sekumpulan orang India yang berpendidikan. Parti Kongres pada peringkat awal bersifat sederhana, kemudian berubah menjadi anti-British dan mengambil langkah yang agak keras seperti memulau barangan buatan England. Tindakan golongan nasionalis India ini diikuti oleh nasionalis di Tanah Melayu. Mahatma Ghandi menjadi tokoh yang dikagumi oleh nasionalis di Asia Tenggara. Kepimpinan Ghandi menjadi ilham dan dorongan kepada nasionalis di Tanah Melayu.[3]




[1]“Gerakan Nasionalisme”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3  
[2]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal ,162..    
[3]Ibid,163. 

Wednesday, July 22, 2015

Konsep dan peranan Maharaja di Vietnam (1800-1899)

BAHAGIAN B SEJARAH ASIA TENGGARA
1.MASYARAKAT
1.1 Institusi pemerintahan
Konsep dan peranan raja di Vietnam
HP-memerihal konsep dan peranan raja
l.l.l Raja
Sistem beraja merujuk kepada bentuk kerajaan yang wujud di sesebuah negara. Pemerintah di sesetengah negara menggunakan gelaran yang berbeza. Pemerintah Vietnam menggunakan gelaran Maharaja manakala pemerintah Thailand menggunakan gelaran Raja. Melalui sistem tersebut, raja atau maharaja bertindak sebagai ketua pemerintah tertinggi dalam negara, menguasai ekonomi negara,menggubal undang-undang, mengetuai angkatan tentera, dan menjadi ketua agama.Raja atau maharaja menjadi golongan yang menduduki lapisan teratas dalam susun lapis masyarakat.
Sistem raja dan maharaja diamalkan bertujuan untuk memelihara keamanan, mengekalkan kemerdekaan, dan menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
Institusi Raja di Vietnam
Konsep raja
 Pemerintah Vietnam menggunakan gelaran Maharaja. Sistem maharaja di Vietnam agak sama dengan sistem maharaja yang diamalkan di Tanah Besar China. Ini disebabkan kedudukan Vietnam yang berdekatan dengan China. Antara tahun III S.M. sehingga 939 Masihi, Vietnam berada di bawah pemerintahan langsung China. Maka secara tidak langsung, Vietnam menerima dan mengamalkan kebudayaan, falsafah, dan ciri-ciri sosiopolitik China.

       Hubungan dan pengaruh China amat jelas dalam institusi pemerintahan Vietnam. Vietnam akan menghantar utusan ke Peking apabila berlaku pertukaran pemerintahan. Sebagai contoh, pemerintah dari keluarga Nguyen diiktiraf oleh peking sebagai maharaja. Maharaja-maharaja Nguyen daripada Maharaja Gia Long sehingga Maharaja Thien-Tri menerima mohor pelantikan daripada wakil Peking yang berada di Hanoi. Hubungan Vietnam-China berterusan sehingga kepada permohonan bantuan dan perlindungan. Pada tahun 1882, Maharaja Tu Duc menghantar utusan diraja ke Peking memohon bantuan apabila menghadapi masalah pencerobohan Perancis.Vietnam menggunakan model pemerintahan China. Contohnya, konsep politik China seperti mandat dari syurga dan amalan dasar tutup pintu yang diterapkan dalam institusi kemaharajaan Vietnam.

Peranan Maharaja
Politik
Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan urusan keagamaan. Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua pentadbir. Raja mempunyai sumber autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja dipercayai mendapat mandat dari syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah negara.

Raja akan melantik pegawai dalam kalangan anggota kerabat diraja dan memberi mandat kepada untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam bidang keagamaan, melayani aduan rakyat, meraikan duta-duta asing dan lain-lain  hal berkaitan  pentadbiran. Politik dan pentadbiran raja memperlihatkan ciri pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat yang kukuh.
       Maharaja berada di puncak pentadbiran dan menjadi tanggungiawab setiap maharaja dari Dinasti Nguyen untuk mengekalkan sistem politik model China dan menentang perubahan. Mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek pentadbiran dan pemerintahan. Hanya maharaja sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh.
       Mentadbir dengan bantuan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Selaras dengan model China, maharaja dianggap sebagai thein-tu (anak tuhan/syurga), iaitu wakil tuhan yang diberi mandat untuk memerintah. Berdasarkan konsep model China, rakyat memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada maharaja dan maharaja harus memerintah masyarakat dengan adil dan saksama.

       Bertindak sebagai ketua kerajaan dalam sistem birokrasi dan dibantu oleh enam kementerian yang diketuai oleh golongan Mandarin.Menjadi pengerusi Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh enam orang menteri kanan. Tugas majlis ini adalah untuk memberi pandangan kepada maharaja berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran.Memelihara kedaulatan negara dan mempertahankan negara daripada ancaman dalam atau luar negara. Ini akan menjamin kedudukan maharaja kekal di puncak kekuasaan.
EKONOMI
 Menguasai semua bidang ekonomi, iaitu kegiatan pertanian, tanah, hasil cukai negara, kegiatan perdagangan, dan perlombongan. Berhak menentukan sistem sukatan, ukuran, dan timbangan. Menduduki hierarki teratas dalam susun lapis masyarakat. Mengetuai adat resam dan adat istiadat dalam masyarakat. Menjadi pemimpin agama Buddha dan penaung kepada golongan sangha Buddha.
SOSIAL

       Menentukan kehidupan rakyat berada dalam keadaan tenteram dan aman selaras dengan konsep mandat dari syurga.Memainkan peranan selaras dengan kepercayaan umum dalam kalangan masyarakat bahawa maharaja merupakan punca ilmu dan kemakmuran ekonomi serta menjadi bapa kepada rakyat. Maharaja bercita-cita untuk membawa imej ibu kota negara China ke Asia Tenggara. Dengan ini, tumpuan utama maharaja ialah terhadap bandar Hue. Bangunan utama di bandar Hue berbentuk seperti istana di China. Hue dibentuk seakan-akan bandar Peking dengan wujudnya Bandar Larangan, Bandar Diraja, dan Bandar Ibu Kota. Semua bangunan dari segi lokasi dan narna ditiru daripada bandar Peking. Misalnya, pintu gerbang di sebelah selatan menuju ke Bandar Larangan diberi nama Pintu Gerbang Puncak atau Ngo Mon.Pemberian nama tersebut bertujuan untuk menghormati raja sebagai manusia yang memiliki martabat yang tinggi di dunia.

Monday, July 20, 2015

3.1.1 FAKTOR KEMUNCULAN SEMANGAT NASIONALISME

TEMA 3 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu bermula secaralebih teratur pada awal abad ke-20 . Kesedaran ini timbul sebagai tindak balas masyarakat tempatan yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran British. Kesedaran ini diperkuatkan lagi apabila orang Melayu yang menerima pendidikan agama dan sekular dari negara luar mula kembali ke tanah air.Golongan intelektual ini tampil ke hadapan untuk memainkan peranan masing-masing dalam menyedarkan masyakat Melayu yang serba mundur dan ketinggalan melalui pelbagai cara termasuk gerakan persatuan, kelab dan kesatuan.[1]

a.Konsep nasionalisme
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan tanah air yang mendalam.Ia juga bermaksud keinginan untuk berjuang membebaskan tanah air. Tujuannya ialah untuk menebus maruah bangsa dan menentukan nasib sendiri.[2]
1.Pengaruh agama Islam.
Agama menjadi faktor penting yang menyatukan orang Melayu pada peringkat awal kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Pada tahap inigerakan nasionalisme di Tanah Melayu lebih dipengaruhi oleh gerakan Pan-Islamisme di Timur Tengah yang muncul pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Gerakan Pan Islamisme di Timur Tengah.
Gerakan Pan Islamisme yang dipelopori  oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani bertujuan memberi satu tafsiran baru kepada agama Islam supaya sesuai dengan peredaran zaman bagi mengatasi masalah kemunduran umat islam di seluruh dunia.

      Gerakan Pan-Islamisme berjaya mempengaruhi pelajar Melayu yang mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir dan lain-lain negara di Timur Tengah. Pada tahun 1906, pengaruh gerakan ini mula dibawa masuk ke Tanah Melayu apabila mereka kembali ke tanah air. Pelajar lulusan dari Timur Tengah memulakan Gerakan Pemulihan Islam untuk menyeru orang Melayu supaya kembali semula berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis.

      Antara tokoh penting gerakan ini ialah Syeikh MohdTahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi, Haji Abbas Taha dan Syeokh Muhammad Salim al-Khalili.Kebanyakan mereka berasal dari keturunan Jawi-Arab dan Jawi Peranakan.[3]  
Perjuangan Kaum Muda.
Kemunculan Gerakan Pemulihan Islam ini disifatkan sebagai titik penting dalam perkembangan gerakan kebangsaan di Tanah Melayu.Ia berkait rapat dengan keadaan masyarakat Melayu ketika itu yang serba ketinggalan dalam berbagai bidang  berbanding dengan kaum-kaum lain.

Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Setelah kembali ke tanah air pelajar tersebut memulakan gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.Antara tokoh penting dalam gerakan ini ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Al-Hadi dan Haji Abbas Muhammad Taha.  

      Idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam. Al-Imam telah memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang Melayu. Orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.Mereka menegaskan pentingnya umat Islam kembali kepada ajaran al-Quran dan Hadis.Pada pandangan mereka, masyarakat Islam ketinggalan kepada kaum imigran bukan disebabkan oleh ketidakupayaan mereka bersaing, tetapi disebabkan kelalaian mereka memahami ajaran Islam sebenar.Bagi mereka masyarakat Melayu masih boleh diselamatkan sekiranya diberi petunjuk kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan al-Quran dan Hadis.[4]  




[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,151.   
[2]“Gerakan Nasionalisme”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 56 .  
[3]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000) ,153
[4]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),142.   

Wednesday, July 15, 2015

Bincangkan perjuangan gerakan islah islamiah dalam perjuangan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu pada abad ke-20.

 Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendi ikan agama dari timur tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.Kaum muda ini bermatlamat untuk memajukan bangsa Melayu berasasaan  perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ini ialah al-Imam.Di antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al- Hadi, Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd Salim al-Kalali.

      Antara matlamat perjuanagan Kaum Muda ialah untuk memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran lslam.yang sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan Hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari amalan-amalan taklid buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu.

      Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan kepada bagi.kemajuan orang Melayu. Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat  pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih liberal. Pendidikan di kalangan kaum  perempuan juga dipentingkan. Selain menekankan kepentingan pendidikan agama,  pendidikan bercorak moden seperti penekanan Bahasa Inggeris juga dititikberatkan.

      Di dalam aspek politik, Kaum muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu  bekerjasama. Kaum muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan  pendidikan yang cukup dan seterusnya memajukan orang Melayu. Kaum Muda  berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British.

      Kaum muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti menubuhkan persatuan bagi menggalakkan  pendidikan dan pembangunan ekonomi.

      Kaum muda turut menuntut orang Melayu menceburkan diri di datam bidang  perniagaan, menubuhkan koperasi dan menggunakan sistem kemudahan di bank. Antara strategi perjuangan kaum muda ialah melalui akhbar dan majalah Al-Imam Al Imam muncul pada bulan Julail 1906 di Singapura. Ianya satu penerbitan bulanan dan dihentikan penerbitannya pada bulan Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu). Selain itu terdapat juga akhhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan kaum muda; Neraca (Singapura 1911-1915), Al-Ikhwan (P.Pinang1926-1931), Saudara (P. Pinang 1928-1941), dan Edaran Zaman (P. Pinang 1925-1930)

      Penyampaian idea perjuangan melalui perbincangan agama dimasjid dan madrasah. Kaum muda juga terlibat di dalam penubuhan Madrasah Al-Ikbal yang dibuka pada 21 November 1907. Melalui madrasah ini mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama mata pelajaran bersifat keagamaan. Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah Al- Hadi (Melaka 1917), Madrasah Muhammadiah (Kota Bharu 1917), dan madrasah Al- Diniah (Kg. Lalang Perak, 1924)

      Kaum muda mendapat tentangan darinada kaum tu. Kaum tua merupakan terdiri daripada hierarki agama rasmi, elit Melayu tradisional dan golongan agama di luar  bandar. Pertentangan pendapat ini berlaku melalui akhbar-akhbar. Lidah rasmi kepada kaum Tua adalah aklbar Lidah Benar dan Suara Benar. Kaum muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata susila. Kaum tua menentang kaum muda kerana kegiatan dan idea-idea kaum muda ini menggugat kedudukan mereka sebagai elit agama di dalam masyarakat Melayu sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kampung-kampung. Para mufti telah mengeluarkan fatwa yang mengutuk kaum muda sebagai kafir dan Qadiani. Kaum muda telah dilarang untuk berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat beberapa penerbitan kaum yang diharamkan penyebarannya di  beberapa negeri.


      Perjuangan kaum muda boleh dianggap berjaya dilemahkan oleh perjuangan kaum tua. Kaum tua telah menggunakan kelebihan kedudukan mereka sebagai elit agama untuk mempengaruhi sultan dan juga pemerintah Inggeris bagi menekan dan menindas  perjuangan kaum muda. Kaum muda telah gagal untuk mewujudkan gerakan massa. Menjelang tahun-tahun sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, perjuangan nasionalisme Melayu lebih tertumpu pula kepada usaha-usaha untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi orang Melayu. Perjuangan corak ini pula lebih mendapat tempat dalam gerakan massa

Sunday, July 12, 2015

1.Bidang kewartawanan memainkan peranan penting dalam menggerakkan kebangkita semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Bincangkan.

Bidang kewartawanan merangsang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu kerana berfungsi sebagai pemberi maklumat dan berita untuk menyedarkan penduduk tempatan.Menjadi lidah gerakan nasionalisma.Medan membincangkan soal hak dan kritikan terhadap isu masyarakat dan penjajahan British.

      Antara tahun 1930-an-1940 80 buah akhbar dan majalah Melayu diterbitkan kerana bidang penerbitan yang menjadi sumber perniagaan. Akhbar menyiarkan berita dunia, masalah sosial orang Melayu dan isu agama, isu imigran.Kemudian aliran akhbar berubah kepada membincangkankeadaan sosio-ekonomi orang Melayu dan pergerakan politik orang Melayu. Antara akhbar yang utama ialah al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis.

      Akhbar al-Ikhwan diterbitkan pada 1 September 1826 di Pulau Pinang dan dikelolakan oleh Syed Syeikh al-Hadi. Tujuannya untuk membawa pembaharuan agama kepada masyarakat Melayu, membangkitkan kesedaran politik dan sosial masyarakat Melayu. Akhbar ini turut membincangkan emansipasi wanita  dan kepentingan pelajaran Inggeris.

      Akhbar saudara wadah Kaum Muda diterbitkan Syed Syeikh al-Hadi untuk meneruskan perjuangan akhbar a-Imam. Tumpuan rencana Islam dan keadaan sosioekonomi orang Melayu. Pengarang pertama ialah Mohd Yunos Abdul Hamid dan dibantu oleh Abdul Rahim Kajai. Akhbar ini mengkritik hebat orang Melayu yang enggan menerima pembaharuan dalam agama dan sosial. Antara rencana yang disiarkan ialah ekonomi, politik, sejarah dan pelajaran.

      Pengarang  baru Syed Alwi mewujudkan ruangan Sahabat Pena pada tahun 1934.Warta Malaya diterbitkan pada 1.1.1930 di Singapura  dan dimiliki oleh Syed Hussein Ali al-Sagoff. Akhbar ini merupakan akhbar harian berbahasa Melayu terbesar. 1935 cawangan akhbar ini dibuka di Kuala Lumpur dan menerbitkan akhbar mingguan Warta Ahad dan Warta Jenaka yang diterbitkan setiap hari Isnin. Datok Onn menjadi pengarang pertama dan berkhidmat antara tahun 1930-1933. Rencana Pengarangnya menyentuh tentang kemunduran orang Melayu ,penguasaan ekonomi kaum imigran dan mengkritik penjajah British terutama dasar pemusatan kuasa British dan tuntutan hak yang lebih oleh kaum pendatang.

      Warta Malaya pro Melayu dan anti penjajah. Akhbar ini menuntut orang Melayu diberi banyak jawatan pentadbiran kanan dalam pentadbiran British. Bukan Melayu dihalang mendapat kedudukan dalam pentadbiran British. Pengarang baru Syed Alwi meneruskan perjuangan Dato’ Onn.

      Akhbar Majlis diterbitkan 17.12.1931 di Kuala Lumpur oleh Muhammad Amin Haji Mohd Yusof pemilik Selangor Press. Tujuan penerbitannya ialah untuk menyatukan orang Melayu bagi mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Akhbar ini menerbitkan rencana politik,perpaduan bangsa, kesedaran membangkitkan kemunduran, hak dan kedudukan orang Melayu yang perlu dilindungi dan tuntutan orang asing ditolak.

Abdul Samad Ahmad memimpin akhbar ini selepas Perang Dunia Kedua.Pejabat akhbra ini menjadi tumpuan KMM dan 1946 ia menjadi pusat perjuangan politik kebangsaan Melayu.Utusan Melayu diterbitkan 29 Mei 1939 dan dimilik sepenuhnya oleh orang Melayu. Pengarang utamanya ialah abdul Rahim Kajai. Akhbar ini memperjuangkan semangat kebangsaan dan kegiatan orang Melayu dalam bidang politik. Menekan kepentingan pendidikan untuk mencapai kemajuan. Sidang pengarangnya Ishak Haji  Muhammad menyeru orang Melayu bersatu. Syarikat ini juga menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika.

      Peranan kewartawanan membangkitkan kesedaran politik masyarakat Melayu.Pengarang akhbar Melayu aktif mengkritik kemunduran masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi.Kritikan ini menyedarkan orang Melayu untuk menjaga hak mereka. Perjuangan kewartawan semakin ketara apabila menentang isu Malayan Union.


Saturday, July 11, 2015

Masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak


Oleh-Ahmad bin Yaakob
Penghijrahan buruh asing ke Sabah
1.Orang Cina
Kemasukan orang Cina ke Sabah belaku akibat galakkan darpada syarikat tembakau dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Pada tahun 1880-an, ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir semua buruhnya dibawa masuk dari China. Selain itu, perkembangan perusahaan getah pada awal abad ke-20 juga menarik perhatian buruh asing Cina untuk datang ke Sabah. Pada tahun 1930, terdapat 30 buah ladang getah dengan hampir separuh tenaga buruhnya daripada orang Cina.[1]Petempatan orang Cina berkembang sehingga munculnya bandar Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau dan Kudat.[2]

2.Orang Indonesia
Buruh Jawa juga digalakkan masuk ke Sabah oleh SBBU untuk bekerja di ladang tembakau dan getah. Buruh-buruh dari Jawa tiba pada tahun 1882. Seramai 70 orang Jawa dibawa masuk dari Singapura oleh seorang agen Kompeni, W.H.Read. Buruh Jawa dibawa ke Silam untuk bekerja di Stesyen Percubaan Pertanian Kerajaan. Mulai tahun 1907, pengambilan buruh dari Jawa dilakukan secara teratur apabila pihak SBBU menjalin satu persetujuan dengan Belanda untuk mendapatkan buruh kontrak selama tiga tahun, kesan dari perkembangan pesat perusahaan getah di Sabah.

      Sebelum Perang Dunia Pertama, bilangan buruh dari Jawa yang berhijrah ke Sabah bertambah ramai ketika perusahaan getah berkembang pesat. Pada tahun 1911, bilangan buruh Jawa termasuk sebilangan kecil orang Indonesia yang lain tiba di Saah berjumlah 5510 orang. Pada tahun 1921 bilangan orang Indonesia meningkat kepada 11 223 orang dan seterusnya 10 014 orang menjelang tahun1931.[3]

3.Orang India
     Orang India datang ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam bidang pentadbiran, sokongan dan teknikal. Mereka terdiri dari orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Audit, Pelabuhan, Pos dan Telegraf, Keselamatan, Polis dan Penjara. Mereka diambil berkhidmat sebagai kakitangan sama ada pada peringkat pentadbiran, mahu pun pada peringkat bawahan.

      Orang India dibawa masuk untuk mengisi jawatan kerajaan di bawah pentadbiran SBBU. Keadaan ini berlaku kerana SBBU menghadapi masalah kekurangan kakitangan akibat keengganan bangsa Eropah yang lain berkhidmat di Sabah atas alasan negeri Sabah masih mundur. Mereka lebih gemar dihantar berkhidmat ke Hong Kong atau Singapura.[4]  

Penghijrahan buruh asing ke Sarawak
1.Orang Cina
Orang Cina merupakan kelompok terbesar dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera yangmeliputi 23.3% daripada jumlah penduduk Sarawak.Kawasan petempatan mereka tertumpu di bandar-bandar besar. Orang Cina di Sarawak dibahagikan kepada beberapa suku kaum seperti Hikkien, Foochow, Hakka, Teochew, Kantonis danHenghua. Mereka bertutur dengan menggunakan bahasa Mandarin dan Hokkien.

      Sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1840, terdapat sejumlah kecil orang Cina yang telah menetap di Sarawak. Mereka menjalankan beberapa kegiatan seperti bedagang, melombong emas dan bercucuk tanam. Orang Cina semakin ramai berhijrah ke Sarawak menjelang akhir abad ke-19, iaitu semasa pemerintahan Charles Brooke. Kebanyakan mereka berasal dari China Selatan iaitu dari wilayah Canton, Fukien dan Kwangtung.

      Mereka tidak datang secara langsung dari China, tetapi melalui kawasan Sambas-Pontianak. Kongsi Cina daripada suku Hakka telah melombong emas di kawasan itu sejak tahun 1760-an. Apabila Belanda menguasai  Pantai Barat Kalimantan pada tahun 1823 dan longgokan emas semakin berkurangan pada tahun 1830-an, pemombong Cina mula berpindah ke tempat lain.

      Pada tahun 1841, pelombong Cina dari Sambas mula berpindah ke kawasan Bau di Hulu Sungai Sarawak. Sebelum kemasukan mereka secara besar-besaran, sebilangan kecil orang Cina telah melombong emas di Bau. Sehingga akhir tahun 1840-an hampir semua orang Cina di Sarawak daripada suku kaum Hakka. Pedagang Cina daripada suku kaum Hokkien menetap di Kuching mulai tahun 1840-an.[5]  

2.Orang India
      Orang India meliputi 0.3% daripada pnduduk Sarawak merupakan kelompok terkecil dalam kalangan masyarakat bumiputera Sarawak. Mereka terdiri daripada orang Sikh dan Punjabi Muslim yang dibawa masuk oleh JamesBrooke untuk bekerja sebagai polis di Sarawak. Setelah Sarawak  mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia, keturunan mereka terus menetap di Sarawak sehingga kini.

      Orang India berketurunan muslim datang ke Sarawak sebagai peniaga kain dan pedagang.Namun tidak ramai orang India yang bekerja sebagai buruh kerana dari segi geografi kedudukan Sarawak agak jauh dari benua India.[6]



[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,148.    
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),134.  
[3]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,148.     
[4]Ibid,149.
[5]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3,150.   
[6] Ibid.