Saturday, November 15, 2014

ANALISIS TAJUK SEJARAH STPM P2 2014



 SEJARAH ISLAM
SEJARAH  ISLAM (500 - 1918)
1 Masyarakat, Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
1.1  Masyarakat jahiliah Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6) STPM 2013
(a) menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah.
1.2  Masyarakat Islam Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin di Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6-7)
(a)    menghuraikan konsep ummah;
(b)   membincangkan perkembangan masyarakat Islam.
1.3  Sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW (abad ke.7) STPM 2013
menghuraikan kandungan dan peranan Piagam Madinah;
memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah.
1.4  Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW abad ke 7
a)      Menghuraikan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW
1.5  Institusi khalifah
1.5.1        Pemilihan khalifah –khalifah al-Rasyidin dan Umayyah abad ke-7-8
a)menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah
b)membincangkan kaedah pemilihan khalifah
1.5.2 Sumbangan khalifah/tokoh Khalifah al-Rasyidin, Umayyah abad ke-7-8
        Abbasiyah  abad ke-8-9
        c)menilai sumbangan khalifah/ tokoh.
i.Khalifah Abu bakar
ii.Khalifah Umar al-Khattab
iii.Khalifah Umar Abdul Aziz-STPM 2014
iv.Khalifah Harun al-Rasyid.
1.6  Bentuk pemerintahan
1.6.1        Pemerintahan pusat dan wilayah khalifah al-Rasyidin abad ke-7
Membincangkan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah.
1.6.2        Pemerintahan pusat dan wilayah Andalusia abad ke-13,India abad ke 16-17
Menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir.
1.7  Pertahanan dan pembukaan wilayah
1.7.1        Jihad zaman Nabi Muhammad SAW, Khalifah al-Rasyidin abad ke-7
1.7.2        Peperangan-strategi perang  Khandak, Badar–STPM 2014
1.7.3        Kepimpinan
1.8  Perhubungan luar
2.Pembangunan dan penerokaan
2.1 Ekonomi- menghuraikan konsep   dan ciri-ciri Sistem ekonomi
     Membincangkan kegiatan ekonomi.
2.1.1 Sistem ekonomi Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7
Konsep ekonomi Islam zaman Nabi STPM2014
        Sistem ekonomi Abbasiyah abad ke-11-12
        Sistem ekonomi Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 –STPM 2013
2.1.2 Institusi ekonomi
Mengnalisis peranan institusi ekonomi dan pelaksanaannya.
i.baitulmal
ii.cukai
iii.zakat
2.2 Pendidikan
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
a.membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam
   Khalifah Umayyah abad ke-7-8
   Khalifah Abbasiyah abad ke-11-12
2.2.2 Perkembangan pendidikan
   Mesir abad ke-8
   Acheh abad ke 16-17
b.menjelaskan jenis institusi pendidikan
i.halaqah
ii.masjid/surau
iii.pondok/masrasah
iv.istana
v.universiti
c.menghuraikan sistem pendidikan
i.pendidikan fardu ain dan fardu kifayah
ii.kaedah pengajaran dan pembelajaran
2.3 Perkembangan intelektual
2.3.1 Perkembangan ilmu
Perkembangan ilmu zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-11-13
Perkembangan ilmu zaman Khalifah Umayyah di Andalusia abad ke 11-13
A)menghuraikan ilmu naqli dan aqli
2.3.2 Sumbangan tokoh
Sumbangan tokoh Khalifah Abbasiyah abad ke-8-13
Sumbangan tokoh Mesir ababd ke-15
b)menilai sumbangan
i.al-Khwarizmi
ii.Ibn Sina –STPM 2013
iii.al-Ghazali
iv.Ibn Khaldun
2.4 Penerokaan
Penerokaan zaman Khalifah Umayyah abad ke-7-8
Penerokaan Abbasiyah dan andalusis abad ke-14
Menilai sumbangan tokoh
i.al-Masudi
ii.Ibn Majid STPM U 2013
iii.Ibn Battutah STPM 2014
2.5 Seni bina
Seni bina Andalusia abad ke-13
Seni bina India abad ke-16-17
a.menghuraikan ciri-ciri seni bina.
3 Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
Menjelaskan proses, kesan dan respons masyarakat tempatan terhadap penjajahan dan penubuhan negara bangsa.
3.1 Perluasan kuasa Barat
Khalifah Uthmaniyah abad ke 18-20
a)membincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir
Reaksi masyarakat tempatan di Algeria
a)Menjelaskan reaksi masyarakat tempatan
3.3 Gerakan nasionalisme abad ke 20
Gerakan nasionalisme di Mesir ke 20 STPM U -2013
Gerakan nasionalisme di Syria abad ke 20
a)menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria –STPM 2013
menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir
i.Pengaruh agama
ii.Peranan bahasa dan kesusasteraan
iii.Pengaruh kewartawanan
iv.Peranan pendidikan
v.Peranan golongan intelektual
Peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisma di Mesir STPM2014
vi.pengaruh luar
3.4 Perang Dunia Pertama
Khalifah Uthmaniyah abad -20
a)Membincangkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. STPM U-2013
Kejatuhan kerajaan Turki
Faktor politik dan pengaruh luar –STPM 2013

3.5 Pembentukan negara bangsa.
Pembentukan negara bangsa di Turki abad ke- 20-STPM 2014
Pembentukan negara bangsa di Mesir abad ke- 20
a)      Menghuraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa.
Faktor dalaman mempercepatkan negara bangsa di Turki 1856-1918 STPM 2014

Wednesday, November 12, 2014

Sumbangan al-Khwarizmi



Soalan: Bincangkan sumbangan al Khwarizmi dalam bidang matematik.
                    Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al Khwarizmi merupakan nama sebenar al Khwarizmi. Beliau merupakan tokoh ilmuan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, lojik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan serta sejarah Islam. Sumbangan beliau mula terserlah semasa pemerintahan Khalifah al Makmun di Baghdad khasnya dalam bidang matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
                Kepakaran beliau dalam bidang matematik mendapat pengiktirafan Khalifah Abasiyyah. Khalifah Harun al Rasyid misalnya melantik beliau sebagai pakar matematik di Baitul Hikmah. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al Makmun.
                Beliau juga telah memperkenalkan sistem nombor. Simbol-simbol tertentu digunakan untuk mewakili nilai-nilai tertentu. Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka sifar akan terbit nombor yang mencapai infiniti.
               Seterusnya beliau memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus. Sistem ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang pesat. Angkasifar yang beliau perkenalkan telah dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.
              Al Khwarizmi turut memperkenalkan sistem al-jabar (algebra). Penggunaan symbol yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubahmembolehkan banyak masalah pengiraan diselesaikan. Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa Latin dan menjadi rujukan pelbagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hinggan abad ke16M.
             Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik yang digunapakai hingga ke hari ini. Antaranya ialah pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x²) dan pemalar (c). Kitab yang beliau hasilkan mengandungi bab-bab tentang pelbagai topic seperti pengiraan darab, campur, tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, luas bulatan dan segi tiga serta isi padu piramid dan  kon.
           Al Khwarizmi juga telah menghasilkan ‘al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah’ yang digunakan dalam urusan pengiraan pembahagian harta pusaka. Masalah pengiraan yang rumit dan kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan hadis dapat diselesaikan dengan mudah.
          Memang tidak dapat dinafikan Al Khwarizmi memberi sumbangan besar dalam bidang matematik. Sumbangan besar ini menyebabkan beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam sahaja malah juga dikagumi sarjana-sarjana Barat yang menggunapakai idea-idea beliau.

Friday, November 7, 2014

6. Huraikan tentang dasar dan organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) [20]



Pendahuluan
• Kegagalan Liga Bangsa telah menyebabkan beberapa negara telah berkumpul di London untuk membuat pakatan damai dan hasilnya pada bulan Ogos 1941, Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat satu perisytiharan yang dinamakan Piagam Atlantik dan Piagam ini menjadi asas penubuhan PBB seterusnya.
• Pada Januari 1942, satu dokumen ringkas telah ditandatangani antara empat kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia dan China. Mereka berikrar untuk menamat perang dan mengikat negara-negara tersebut daripada membuat perdamaian secara berasingan dengan musuh. Dokumen ini kemudiannya dikenali sebagai perisytiharan Bangsa-bangsa Bersatu dan dari sinilah buat pertama kalinya istilah United Nations digunakan.
• Seterusnya, beberapa perjanjian telah ditandatangani seperti Perisytiharan Moscow dan Persidangan Dumbarton Oaks ke arah mewujudkan PBB dan kemuncaknya pada April 1945 satu persidangan telah diadakan untuk menggubal Piagam PBB. Hasilnya pada 24 Oktober 1945 maka terbentuknya PBB di mana 51 negara telah menandatangani perisytiharan PBB tersebut. Lima anggota asal PBB telah diberikan kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia, Perancis dan China yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan.

Isi-isi
Dasar-dasar PBB
1. PBB didasarkan kepada persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotanya.
2. Setiap negara anggota akan mematuhi kewajipannya mengikut piagam PBB
3. Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan dan semangat dan keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat.
4. Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasan atau kemerdekaan sesebuah negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan semangat PBB
5. Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambil oleh PBB dan dikehendaki tidak memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang dikenakan tindakan oleh PBB
6. PBB akan memastikan supaya negara-negara yang tidak menyertai pertubuhan ini mematuhi dasar-dasar PBB setakat yang perlu bagi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.
7. PBB tidak akan mencampuri urusan dalaman sesebuah negara khususnya yang berkaitan dengan bidang perundangan. Bagaimanapun, dasar ini akan diketepikan apabila tindakan terpaksa diambil untuk menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia

Organisasi PBB
1. Perhimpunan Agung
• Merupakan badan PBB yang terpenting. Badan-badan lain dilantik oleh Perhimpunan Agung iaitu Ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, Ahli Majlis Keselamatan dan Majlis Amanah. Majlis ini juga berperanan untuk Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
• Perhimpunan Agung diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi sahaja. Perhimpunan Agung mengadakan sidang tahunannya pada minggu ketiga bulan September setiap tahun dan berlangsung biasanya tidak kurang dari tiga bulan

• Antara tugas Perhimpunan Agung ialah :

- Menimbang dan membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa
- Mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang politik, perkembangan undang-undang antarabangsa, menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia dll.
- Mengawas dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah
- Membuat syor untuk menyelesaikan sebarang masalah secara damai dan seterusnya mengekalkan hubungan berbaik-baik antara negara.
- Menimbang dan meluluskan rang perbelanjaan PBB, menentukan kadar sumbangan wang daripada negara-negara anggota dan memeriksa perbelanjaan pertubuhan-pertubuhan khas PBB.
2. Majlis Keselamatan

• Bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sejak penubuhannya sehingga tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli iaitu lima ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.

• Mengikut Piagam Madinah, antara tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Keselamatan dalam menyelesaikan sebarang pertelingkahan adalah seperti berikut :

- Meminta semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar itu.
- Meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta api, laut dan udara, perhubungan pos dan telegraf, radio atau sebarang bentuk komunikasi
- Meminta semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi dengan negara tersebut
- Meminta negara anggota PBB mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara tersebut samaada melalui sekatan darat, laut atau udara
- Ciri terpenting Majlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa veto. Setiap tindakan PBB hendaklah mendapat persetujuan daripada ahli tetap dan ini bermakna bantahan daripada satu ahli tetap akan menggagalkan sebarang keputusan PBB. Dalam isu-isu yang penting, Keputusan yang sah mestilah mendapat undi dua pertiga ( sembilan ) ahli Majlis keselamatan.
3. Majlis Ekonomi dan Sosial
 Bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung dan antara tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya
Majlis ini bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusiaan dan kebudayaan. Persidangan Majlis Ekonomi dan Sosial ini akan diadakan sebanyak dua kali setahun.
Antara agensi yang membantu majlis ini termasuklah FAO, UNESCO, ILO, UNCTAD, IBRD DAN IMF.
4. Majlis Amanah
Dipertanggungjawabkan untuk menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB di mana wilayah yang telah dirampas daripada musuh yang telah dikalahkan tidak boleh memjadi tanah jajahan oleh mana-mana kuasa yang menang dan wilayah itu hendaklah ditadbir oleh kuasa antarabangsa sehingga wilayah itu mampu membentuk kerajaannya sendiri

• Selepas 1945, terdapat 11 wilayah yang telah diambil daripada Jerman, Itali dan Jepun dan contoh kawasan yang pernah diletakkan dibawah kawasan amanah ialah New Guinea ditadbir oleh Australia, Samoa Barat ditadbir oleh New Zealand, Cameroon, Tanganyika dan Togoland ditadbir oleh Britain, tetapi menjelang 1960an wilayah-wilayah tersebut telah mencapai kemerdekaan menyebabkan Majlis Amanah kurang berfungsi
5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Mahkamah ini terletak di Hague, Belanda. Mempunyai 15 orang hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan. Setiap hakim mestilah daripada warganegara yang berlainan dan boleh berkhidmat selama 9 tahun dan boleh dilantik semula
Mahkamah ini berkuasa mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya dan berkuasa memberi nasihat atas permintaan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan tetapi kekurangan mahkamah ini ialah tiada agen penguatkuasaan terhadap keputusan yang dibuatnya.

• Pelaksanaan keputusan mahkamah adalah terletak kepada persetujuan negara yang terbabit untuk mematuhinya dan antara kes yang sering dibawa kepadanya ialah kes tuntutan ke atas wilayah, penentuan garis sempadan dan tuntutan gantirugi antara negara.
6. Sekretariat PBB
• Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Perhimpunan PBB atas cadangan dan sokongan majlis Keselamatan dan Sekretariat PBB ini beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.
• Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan keberkesanan dan kewibawaan sekretariat adalah tertumpu kepada pengaruh peribadi Setiausaha Agung berkenaan. Setiausaha Agung mempunyai kuasa untuk melantik kakitangannya dan bertanggungjawab memimpin dan menyelia pentadbiran Ibu Pejabat PBB yang terdiri daripada 3000 orang pekerja.
Kesimpulan ( 2 markah )
• PBB memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia dapat dikawal dan terpelihara.