Monday, September 17, 2018

ANALISIS BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA 2013-2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Tema 1 Masyarakat
13
13
u
14
14
u
15
15
u
16
17
INSTITUSI PEMERINTAHAN
Konsep  raja di Thailand dan Vietnam








Peranan raja di Thailand
/







Peranan rajaVietnam-politik,ekonomi,sosial




/



Institusi kemaharajaan di Vietnam,Thailand






/

Konsep dan hierarki pembesar Vietnam








Konsep dan hierarki pembesar Thailand








Sistem pembesar di Thailand



/




Sistem pembesar di Vietnam








SISTEM SOSIAL








Konsep dan susun lapis masyarakat Vietnam








Konsep dan susun lapis masyarakat Indonesia








SISTEM EKONOMI








Ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam
/







Ekonomi tradisional masyarakat Indonesia







/
Ekonomi komersial di Vietnam








Ekonomi komersial di Indonesia








TEMA 2 :TRANSFOMASI MASYARAKAT








Faktor perluasan kuasa asing di Indonesia








Faktor perluasan kuasa asing diMyanmar








Cara perluasan kuasa asing di Indonesia








Cara perluasan kuasa asing di Myanmar








PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING








Faktor penentangan terhadap Belanda






/

Sebab penentangan di Myanmar.








Peranan tokoh Diponegoro








Peranan Raja Thibaw.








PENGUBAHSUAIAN PENTADBIRAN EKONOMI DAN PENDIDIKAN
British-Kesan pentadbiran tempatan Myanmar




/



Pengkomersialan ekonomi tradisional Indonesia


/


/


Dasar pendidikan Belanda di Indonesia

/






Perkembangan pendidikan di Myanmar








TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN
Faktor-faktor kemunculan semangat nasionalisma di Indonesia dan Myanmar.
/







Faktor-faktor kemunculan semangat nasionalisma di  Myanmar.








Gerakan nasionalisme-Parti politik dan persatuan








Sarekat Islam








PNI- Parti Nasionalisme Indonesia








YMBA








Poor Man’ Party








PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN
Dasar dan kesan pendudukan Jepun di Indonesia



/




Dasar dan kesan pendudukan Jepun di Myanmar








PERJUANGAN SECARA BERPERLEMBAGAAN BERSENJATA
Penentangan berperlembagaan di Myanmar








Penentangan berperlembagaan  di Indonesia








Penentangan secara bersenjata di Myanmar








Penentangan secara bersenjata di Indonesia








KEMERDEKAAN








Langkah mecapai kemerdekaan di Myanmar







/
Langkah mencapai kemerdekaan di Indonesia








PENGISIAN KEMERDEKAAN








Sistem pemeritahan Republik Filipina

/






Sistem Raja Berperlembagaan Thailand




/



Demokrasi Berparlimen Filipina







/
TEMA 4 PENGISIAN KEMERDEKAAN








Pembangunan Ekonomi Filipina








Pembangunan Ekonomi Thailand 1958-1990-an






/

PEMBINAAN NEGARA  BANGSA








Bentuk pemerintahan di Filipina








Bentuk pemerintahan di Thailand








SUMBANGAN TOKOH








Macapagal








Phibun Songkram


/





PERHUBUNGAN LUAR








dasar Luar Filipina
/







Penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa



/




FILIPINA-SEATO








ASEAN








THAILAND-PBB








Penglibatan Thailand dalam SEATO





/


ASEAN









Wednesday, September 12, 2018

Peluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19

2. TRANSFOMASI MASYARAKAT
2.1 Peluasan kuasa asing di Indonesia dan  Myanmar pada abad ke-19
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar pada abadke-19
Pengertian/konsep.
Perluasan kuasa asing merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan  bagi menguasai politik dan ekonomike atas negara lain. Menurut George Nadel dan Perry Curtis, imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melalui campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa dan masyarakat yang lain.[1]  
Abad ke-19 merupakan zaman imperialisme Barat terhadap negara-negara Asia Tenggara. Pada mulanya, peluasan kuasa Barat adalah untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja tetapi   berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, peluasan kuasa Barat semakin rancak sehingga berjaya menjajah hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Thailand.

       Di samping tercetusnya Revolusi Perindustrian yang menyebabkan peluasan kuasa Barat, terdapat juga faktor-faktor lain. Indonesia di bawah kuasa Belanda manakala Myanmar di bawah kuasa British. British juga meluaskan pengaruh dan'kuasanya di Kepulauan Indonesia terutamanya Pulau ]awa setelah termeterai Surat-surat Kew. Indonesia dikuasai oleh Belanda melalui perjanjian dan peperangan manakala di Myanmar, tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar I yang memperlihatkan British berjaya menguasai Myanmar Hilir melalui Perjanjian Yandabo. Kawasan Pegu dikuasai selepas Perang Inggeris-Myanmar II dan seluruh Myanmar Hulu jatuh ke tangan British selepas Raja Thibaw kalah dalam Perang Inggeris-Burma III.
2.1.1 Peluasan Kuasa Asing di Indonesia
a.Faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia.
Belanda mula bertapak di Kepulauan Indonesia selepas peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Ambon pada tahun 1623. Pengaruh Belanda diperkukuhkan melalui peranan Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C.). Belanda menubuhkan pusat pentadbirannya di Betawi.Namun, penguasaan Belanda tertumpu di Pulau Jawa yang kaya dengan tanah yang subur untuk kegiatan pertanian kopi, padi, dan sebagainya.Belanda meluaskan kuasanya ke pulau-pulau luar pada pertengahan abad ke-19 atas sebab-sebab tertentu.Belanda berjaya meluaskan kuasanya ke seluruh Indonesia pada awal abad ke-20.Selain Belanda, kuasa British juga bertapak di Indonesia terutamanya di Pulau Jawa.[2]
Peluasan Kuasa British di Indonesia
Faktor Peluasan Kuasa British
I Surat-surat Kew
Negara Belanda jatuh ke tangan Perancis pada tahun 1795 semasa Perang Napoleon meletus di Eropah. Raja Belanda, iaitu Raja William V melarikan diri ke Britain.
Raja Wiliam V menandatangani Surat-surat Kew dengan Britain.Berdasarkan Surat-surat Kew semua jajahan takluk Belanda di seberang laut akan diserahkan kepada British buat sementara sehingga tamatnya Perang Napoleon. Usaha ini bertujuan untuk mengekalkan jajahan takluk Belanda dikuasai oleh Perancis.
 Ini bermakna semua pegawai Belanda di seberang laut mesti menyerahkan jajahan takluk Belanda kepada British. Berikutan daripada arahan tersebut, Sir Stamford Raffles telah menduduki Pulau Jawa,Palembang,Makasar,dan kawasan lain di Kepulauan lndonesia.
Ancaman Perancis
Memang menjadi cita-cita kerajaan British di India untuk menawan Pulau Jawa bagi menghapuskan kekuasaan dan pengaruhPerancis di Hindia Timur khasnya di Pulau Jawa.
Jika British dapat menawan Pulau Jawa, mereka akan dapat menghalang Perancis daripada menggunakan Jawa sebagai pangkalan untuk menyerang British di India.
British juga memerlukan sebuah pangkalan di Timur kerana pangkalannya di Pulau Pinang dan Bangkahulu tidak begitu berkesan.
Cara Peluasan Kuasa British di Indonesia
Amalan dasar liberal
Raffles dilantik sebagai Leftenan Gabenor Jawa setelah berjaya menduduki Pulau Jawa pada tahun 1811.Beliau mentadbir Pulau Jawa dengan bantuan Dewan Penasihat yang dianggotai oleh pegawai-pegawai British dan bekas pegawai Belanda semasa pemerintahan  Marshal Daendels seperti Munthinghe, Gillespie, Grassen dan Runtingle.

Raffles mengamalkan dasar liberal terhadap pembesar-pembesar tempatan. Pada tahun 1811, beliau telah menandatangani perjanjian dengan Susuhunan Surakarta untuk memulangkan semula wilayah yang dahulunya  diambil oleh Daendals (Gabenor Jeneral Hindia Timur). Sebagai balasan, Susuhunan Surakarta mengakui kedaulatan dan kekuasaan British.

Melalui peperangan
Pada tahun 1811, Muthinghe menjalin perjanjian dengan Sultan Hamengkubuwono II tetapi sultan tidak mematuhi perjanjian tersebut. Sultan Hamengkubuwono II berusaha memperkukuh tenteranya dan membina kubu pertahanan untuk menentang kekuasaan British.

Disebabkan tindakan Sultan Hamengkubuwono  berlaku perang antara pihak Sultan Hamengkubuwono dengan Rafiles. Raffles memperoleh kemenangan dan berjaya menangkap Sultan Hamengkubuwono.

Sultan dibuang negeri dan puteranya menaiki takhta Jogjakarta dengan gelaran Sultan Hamengkubuwono III.Kemenangan Rafiles dalam perang tersebut berjaya mengukuhkan kekuasaan British terhadap Pulau Jawa.

Pada tahun 1812, Raffles berjaya mengalahkan Palembang dalam satu peperangan. Palembang menyerahkan Pulau-pulau Bangka dan Bellinton kepada British. Selain itu, Raffles juga meluaskan kuasa British ke Madura, Bali, Banjarmasin, dan Borneo Barat.
Bantuan Kepada Pemerintah.
 Rakyat Bantam yang diketuai oleh Pangeran Ahmad bangun menentang Sultan Muhammad kerana tidak bersetuju dengan pelantikan Sultan Muhammad sebagai raja.
 Raffles membantu Sultan Muhammad menghapuskan penentangan Pangeran Ahmad dan berjaya menangkap Pangeran Ahmad dan beliau dibuang negeri ke Banda.
Pembukaan Terusan Suez 1869
 Perkembangan ini menjadikan Selat Melaka semakin penting sebagai kerana pulau-pulau dijadikan pelabuhan jalan perdagangan antara Timur dan Barat.
Keadaan tersebut membimbangkan Belanda kerana pelabuhan Iuar yang berhampiran dengan Jawa sesuai menjadi tempat persinggahan oleh mana-mana kuasa Barat.
Perkembangan kegiatan perdagangan
Beberapa peristiwa yang berlaku di Timur mendorong perkembangan kegiatan perdagangan antara Timur dengan Barat.
Negara Cina dipaksa membuka lebih pelabuhannya kepada perdagangan luar selepas kekalahannya dalam Perang Candu I (1839- 1842).
Jepun telah menamatkan dasar pemencilannya selepas kejatuhan Shogun Tokugawa dan bangkitnya Maharaja Meiji dalam Gerakan Pemulihan Meiji. OIeh sebab perkembangan tersebut jalan Iaut antara Eropah dengan negara Timur jauh melalui Asia Tenggara menjadi semakin Penting. Oleh itu, pulau-pulau luar yang belum dikuasai oleh mana-mana kuasa pasti akan meniadi sasaran kuasa Barat lain untuk dijadikan pangkalan persinggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik di sepanjang jalan iaitu antara negara Timur Jauh dengan Eropah.
Perubahan dasar kerajaan
Sehingga pertengahan abad ke- I 9, pengaruh Belanda hanya tertumpu di Pulau Jawa dan beberapa buah pangkalan seperti Maluku, Palembang dan Makasar. Pengaruh Belanda ke atas pulau-pulau luar tidak jelas.
Mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, semua pulau ke selatan Singapura terletak di bawah pengaruh Belanda.Akantetapi,Belanda tidak meluaskan kuasanya ke pulau-pulau ini.
 Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan di Pulau Jawa bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kewangan negara Belanda malah dapatm membangunkan ekonominya.
Golongan iliberal dan kapitalis Belanda mula mendesak supaya kerajaan Belanda meluaskan kegiatan pertanian dan perdagangan ke pulau-pulau Iuar. Mereka mendesak supaya dasar perdagangan bebas diamalkan untuk mengaut lebih keuntungan.
Perluasan kuasa Belanda ke pulau-pulau luar bermula melalui pelaksanaan Dasar Liberal.




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,294..  
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),302.

Tuesday, September 11, 2018

SISTEM SOSIAL DI INDONESIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran :menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat di Indonesia pada abad ke-19.
KONSEP SISTEM SOSIAL DI INDONESIA
Negara Indonesia mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Susun lapis masyarakat di Indonesia.
1.Sultan/Raja
2.Kerabat Diraja.
3.Pembesar/Uleebalang/ Golongan Bangsawan/ Ulamak
4.Rakyat.[1]
       Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa.Masyarakat di kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai susun lapis tersendiri tetapi secara keseluruhannya terdapat hierarki atau susun lapis berbentuk piramid.

       Di Jawa Tengah, terdapat dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Lapisan teratas terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan. Golongan diperintah menduduki lapisan bawah yang terdiri daripada rakyat biasa, iaitu petani, pekerja, pedagang, dan hamba.

       Raja dan kerabatnya mentadbir kawasan yang selalunya terdiri daripada kumpulan etnik mereka sendiri. Kerabat diraja membantu raja dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka. Golongan pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Raja dipandang sebagai pusat kosmos.

       Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di kawasan Jawa, Sunda, Sulawesi Selatan, Maluku, dan Kalimantan, susun lapis masyarakat peribumi agak jelas.Golongan pemerintah dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

       Di Jawa, raja, kerabat diraja, dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat disebabkan pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagikan mengikut darjat keturunan yang masingmasing mempunyai status dan prestij sendiri dalam masyarakat.Dalam masyarakat, status Priyayi dianggap lebih tinggi dan dihormati daripada status golongan lain. Priyayi merupakan golongan berkedudukan di Jawa seperti pegawai tinggi dalam kerajaan.

       Rakyat yang kebanyakannya petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah. Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi tunjang kegiatan ekonomi bagi seluruh kawasan. Indonesia merupakan sebuah negara agraria, maka kegiatan pertanian adalah lebih penting berbanding bidang lain.

       Hamba menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan mereka. Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang-piutang.Di Jawa, lapisan masyarakatnya dipisahkan mengikut tahap bahasa yang berbeza, gelaran, dan peraturan perkahwinan.Pada akhir abad ke-19, susun lapis masyarakat di fawa agak kompleks apabila muncul satu golongan pegawai kerajaan dan profesional kesan daripada perkembangan pendidikan. Terdapat keperluan untuk melatih rakyatnya bagi memenuhi bidang perkhidmatan dalam kerajaan dan bidang perdagangan.
Kesimpulan
      Masyarakat peribumi di  Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja lmaharaja mereka.Selepas penjajahan Barat, susun lapis masyarakat  Indonesia mula melalui perubahan. Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati (Indonesia) dan Mandarin (Vietnam) merosot kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan Barat.

4. BINCANGKAN SUSUN LAPIS MASYARAKAT DI INDONESIA SEBELUM KEDATANGAN KUASA BARAT.

A. Pengenalan.
- Sebelum kedatangan Belanda masyarakat di Indonesia boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri dari raja/sultan, anak-anak raja, bangsawan, pembesar, priyayi dan pemimpin agama.
- Manakala golongan diperintah ialah rakyat biasa kebanyakannya adalah petani serta hamba merupakan lapisan yang paling bawah. Setiap golongan ini mempunyai peranan dan tanggung jawabnya yang tersendiri.
B. Isi-isi.
Golongan Pemerintah.
1. Raja/Sultan.
- Raja/Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosial  masyarakat Indonesia. Contohnya di Acheh dan Pulau Jawa. Sultan Acheh merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung masyarakatnya.
- Sultan juga berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah jajahan takluknya. Baginda juga dianggap istimewa mempunyai sifat luar biasa dan berdaulat. Sultan dianggap Khalifah Allah dan pemimpin bagi umat Islam.
2. Kerabat Diraja.
- Kerabat diraja membantu raja/sultan dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka. Golongan pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan.
- Golongan ini dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Di Jawa, raja, kerabat diraja dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat disebabkan pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagi mengikut darjat keturunan masing-masing yang mempunyai status dan prestij tersendiri dalam masyarakat.
3. Pembesar/Uleebalang/Priyayi.
- Lapisan seterusnya diikuti oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada kerabat diraja dan bukan kerabat diraja. Di Jawa, golongan priyayi atau bangsawan menjadi penghubung antara sultan dan rakyat. Hubungan antara keduanya amat rapat.
- Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama dalam masyarakat Jawa. Priyayi kebiasaannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja. Golongan ini juga berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua tempatan (bupati). Sementara di Acheh, kerabat diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.
- Pembesar atau Uleebalang juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di Indonesia terutamanya di Acheh. Mereka menggunakan gelaran Teuku dan merupakan tulang belakang pemerintahan dan pertahanan.
4. Ulama
- Di Acheh, ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Mempunyai kedudukan tertinggi dan dihormati kerana ketinggian ilmu agamanya serta sering menjadi rujukan masyarakat. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat.

Golongan Diperintah.
1. Rakyat.
- Rakyat terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan perikanan contohnya menjadi petani, nelayan, pelaut dan pedagang. Golongan rakyat khususnya petani tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan.
- Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi. Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi askar dalam peperangan apabila raja/tuan tanah terlibat dalam peperangan.
- Rakyat yang kebanyakan petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah. Petani merupakan majoriti dalam masyarakat menjadi tunjang kegiatan ekonomi di Indonesia yang merupakan sebuah negara agraria.
2. Hamba.
Hamba menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan tanah. Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang- piutang.
C. Kesimpulan.
- Masyarakat peribumi di Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja mereka. Selepas penjajahan Belanda, susun lapis masyarakat di Indonesia mulai berubah.
- Kedudukan dan kuasa tradisi golongan bupati mulai merosot kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan barat. Golongan priyayi dan pembesar tempatan dibayar gaji. Sultan juga kehilangan kuasa memerintah.
SUMBER-

JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3




Thursday, September 6, 2018

Institusi Pembesar di Vietnam

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Konsep pembesar
Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya sebelum kemasukan pengaruh BaratNegara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan disokong oleh sistem pembesar.[1]
Pembesar
Sistem pembesar di vietnam diwujudkan untuk membantu maharaja dalam meraksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting dalam sistem politik Thailand dan Vietnam. Mereka menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat iaitu selepas maharaja sebagai golongan pemerintah.

Maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Ini tidak bermakna bahawa kuasa mutlak maharaja terjejas. Maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dari aspek pentadbiran, sosial, dan ekonomi dalam tangan maharaja.Pembesar di pelbagai peringkat mempunyai tanggungjawab tertentu dari segi politik, ekonomi, dan sosial.[2]
Institusi Pembesar di Vietnam
Vietnam pada abad ke-19 di bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat. Segala urusan pentadbiran kerajaan berpusat di Hue. Vietnam tidak mempunyai pembesar yang  terdiri daripada golongan bangsawan. Kedudukan dan kuasa  golongan bangsawan sebagai pembesar di peringkat pusat, daerah, mahupun di kampung telah dihapuskan oleh Maharaja Gia Long.
       Kedudukan dan kuasa pembesar Vietnam terletak pada golongan Mandarin (Quan) yang merupakan golongan sarjana yarg berpendidik Confucius. Golongan ini mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan. Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan vietnam. Golongan Mandarin ini dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China.

       Di vietnam, setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi Mandarin (Quan)dengan syarat mereka mendapat pendidiian tinggi berasaskan pendidikan  confucius. Mereka akan dipilih meralui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan china. Mereka jua perlu mendapat sokongan daripada seorang Mandarin.Quan dibahagikan berdasarkan peringkat atau graduan yang mempunyai taraf yang paling tinggi ialah Quan Awam. Taraf Quan Awam lebih tinggi daripada taraf Quan Tentera. Quan Awam perlu mengetuai tentera atau membuat keputusan yang berkaitan dengan ketenteraan di peringkat daerah walaupun mereka tidak pernah mendapat apa-apa latihan ketenteraan.[3]

       Pentadbiran pusat yang terletak di Hue bertanggungiawab kepada pentadbiran negara, pelaksanaan undang-undang, dan sistem pendidikan. Dalam hal ini, pentadbiran pusat dibantu oleh enam Kementerian (Quan), iaitu:
(a) Kewangan.
(b) Peperangan.
(c) Kehakiman.
(d) Istiadat (Upacara) yang bertanggungjawab terhadap pendidikan dan perhubungan luar serta takurim bulan.
(e) Perkhidmatan awam yang bertanggungjawab menentukan pelantikan, tugas, kenaikan, dan penurunan pangkat.
(f) Kerja raya yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tali air seperti di Lembah Sungai Merah di Tongking.
       Dasar kerajaan ditetapkan oleh Majlis Sukt (co-mat-vien) yarrg dipengerusikan oleh Maharaja. Majlis Sulit ini dianggotai oleh empat orang Menteri Kanan yang bertindak sebagai Ketua Jabatan dan beberapa orang pegawai istana. Majlis bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan kepada Maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Kementerian (Quan).
       Pembesar di peringkat daerah menjalankan tugas seperti mengutip cukai,menguruskan hal kehakiman, merekrut dan melatih anggota tentera, serta menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.Dalam sistem pemerintahan Vietnam, desa atau raan merupakan unit pentadbiran yang paling bawah. Masyarakat desa merupakan suku-suku keluarga dan ketua desa (Iy xuan).Iy xuan mempunyai tanggungjawab moral terhadap ahli masyarakat.[4]
       Pembesar desa menjalankan tugas seperti:
(a) Menyelia projek awam untuk memperbaiki keadaan desa.
(b) Membahagikan tanah dan air untuk pertanian.
(c) Membahagikan tanah desa kepada petani.
(d) Menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.




[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,280.   
[2] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),290
[3] Ibid,291
[4] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),289.

Institusi Pembesar di Vietnam

oleh- AHMAD BIN YAAKOB
HPMemerihalkan konsep, hierarki dan peranan pembesar di Vietnam
Pembesar
Sistem pembesar di vietnam  diwujudkan untuk membantu  maharaja dalam meraksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting daram sistem politik  Vietnam. Mereka menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat iaitu selepas maharaja sebagai golongan pemerintah.

maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Ini tidak bermakna bahawa kuasa mutlak maharaja terjejas. Maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dari aspek pentadbiran, sosial, dan ekonomi dalam tangan maharaja.
       Pembesar di pelbagai peringkaf mempunyai tanggungjawab tertentu dari segi politik, ekonomi, dan sosial.

Vietnam pada abad ke-19 di bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat. Segala urusan pentadbiran kerajaan berpusat di Hue.  Vietnam tidak mempunyai pembesar yang  terdiri daripada golongan bangsawan. Kedudukan dan kuasa  golongan bangsawan sebagai pembesar di peringkat pusat, daerah, mahupun di kampung telah dihapuskan oleh Maharaja Gia Long.

       Kedudukan dan kuasa pembesar vietnam terletak pada golongan Mandarin (Quan) yang merupakan golongan sarjana yarg berpendidik Confucius. Golongan ini mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan. Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan vietnam. Golongan Mandarin ini dipengaruhi oreh sistem pentadbiran Tanah Besar China.

       Di vietnam, setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi Mandarin (Quan)dengan syarat mereka mendapat pendidiian tinggi berasaskan pendidikan  confucius. Mereka akan dipilih meralui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan china. Mereka jua perlu Mendapat sokongan daripada seorang Mandarin.Quan dibahagikan berdasarkan peringkat atau greduan yang mempunyai taraf yang paling tinggi ialah Quan Awam. Taraf Quan Awam lebih tinggi daripada taraf Quan Tentera. Quan Awam perlu mengetuai tentera atau membuat keputusan yang berkaitan dengan ketenteraan di peringkat daerah walaupun mereka tidak pernah mendapat apa-apa latihan ketenteraan.

       Pentadbiran pusat yang terletak di Hue bertanggungiawab kepada pentadbiran negara, pelaksanaan undang-undang, dan sistem pendidikan. Dalam hal ini, pentadbiran pusat dibantu oleh enam Kementerian (Quan), iaitu:
(a) Kewangan.
(b) Peperangan.
(c) Kehakiman.
(d) Istiadat (Upacara) yang bertanggungjawab terhadap pendidikan dan perhubungan luar serta takurim bulan.
(e) Perkhidmatan awam yang bertanggungjawab menentukan pelantikan, tugas, kenaikan, dan penurunan pangkat.
(f) Kerja raya yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tali air seperti di Lembah Sungai Merah di Tongking.
       Dasar kerajaan ditetapkan oleh Majlis Sulit (co-mat-vien) yarrg dipengerusikan oleh Maharaja. Majlis Sulit ini dianggotai oleh empat orang Menteri Kanan yang bertindak sebagai Ketua Jabatan dan beberapa orang pegawai istana. Majlis bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan kepada Maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Kementerian (Quan).
       Pembesar di peringkat daerah menjalankan tugas seperti mengutip cukai,menguruskan hal kehakiman, merekrut dan melatih anggota tentera, serta menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.Dalam sistem pemerintahan Vietnam, desa atau raan merupakan unit pentadbiran yang paling bawah. Masyarakat desa merupakan suku-suku keluarga dan ketua desa (Iy xuan).Iy xuan mempunyai tanggungjawab moral terhadap ahli masyarakat.
       Pembesar desa menjalankan tugas seperti:
(a) Menyelia projek awam untuk memperbaiki keadaan desa.
(b) Membahagikan tanah dan air untuk pertanian. (c) Membahagikan tanah desa kepada petani.
(d) Menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.