Saturday, August 5, 2017

3. Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia.

A. Pengenalan.
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda merupakan Raja Berperlembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jawatan baginda diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan Malaysia. YDPA merupakan lambang kedaulatan dan ketertinggian kuasa negara. Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum. YDPA dipilih oleh Majlis Raja – Raja dalam kalangan sembilan orang sultan Melayu mengikut peraturan pemilikan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan YDPA dipegang secara bergilir – gilir dan bukan diwariskan mengikut keturunan. Jawatan YDPA dipegang selama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut. YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat dengan kuasa Perlembagaan Persekutuan. YDPA menjalankan kuasa pemerintahan negara berdasarkan nasihat Perdana Menteri.

B. Isi-isi.
YDPA merupakan ketua negara. Antara peranan atau tugas yang dilaksanakan oleh YDPA ialah pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan Malaysia. Baginda merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung kepada kekuatan negara. Majlis Angkatan Tentera dibawah kuasa am YDPA bertanggungjawab untuk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir dan menguruskan segala perkara yang berhubung dengan angkatan tentera. Baginda juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman, mengampunkan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera. YDPA juga berkuasa mengampunkan kesalahan – kesalahan lain di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan segala hukuman dijatuhkan dalam mahkamah syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negeri - negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. YDPA merupakan pelindung dan penaung agama Islam di kawasan – kawasan tersebut. YDPA juga menjadi ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri.
Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab untuk memperkenankan rang undang – undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diisytiharkan menjadi undang – undang yang sah. Semua perlaksanaan undang – undang yang diluluskan oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan. Baginda mestilah mengiktiraf undang – undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang – undang, baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk dibincangkan semula.
Selain itu, YDPA mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri, Hakim dan Jemaah Menteri. Baginda juga berkuasa melantik dan mewujudkan jawatan Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri. Baginda berkuasa melantik anggota Jemaah Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja – Raja. YDPA juga bertanggungjawab untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Agong  dan hakim – hakim mahkamah tinggi. YDPA turut bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Seterusnya, YDPA juga berkuasa untuk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Tiada orang lain yang berhak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Baginda juga boleh menolak permintaan untuk membubarkan Parlimen jika belum cukup tempoh lima tahun. Baginda boleh memberikan ucapan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di samping itu, YDPA boleh meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja – Raja tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja – Raja Melayu.
Di samping itu, YDPA juga bertanggungjawab mentauliahkan duta – duta yang dihantar ke luar negara dan menerima tauliah duta dari negara asing. Baginda juga perlu menyambut tetamu luar negara yang setaraf dengan baginda seperti Ratu England atau Maharaja Jepun. Baginda juga berperanan menganugerahkan pingat kehormat kepada orang yang telah berjaya atau berjasa kepada negara.
Baginda juga mempunyai kuasa mengisytiharkan Undang-undang Darurat di bawah “Undang-undang X” jika didapati keselamatan negara terancam. YDPA juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat secara menyeluruh.

C. Kesimpulan
 YDPA sebagai ketua negara memikul peranan dan tanggungjawab tidak terhad di dalam dan luar negara. Namun dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. YDPA adalah simbol keunikan sistem pemerintahan beraja berpelembagaan yang diamalkan di negara kita sejak mencapai kemerdekaan sehingga hari ini.
SUMBER-SKEMA 
PERCUBAAN SEJARAH STPM P3 NEGERI PAHANG 2016



FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
Latar belakang.
Idea pembentukan Malaysia telah dicadangkan sejak awal kurun ke-19 oleh beberapa orang pegawai British.. Pada 27 Mei 1961, Tuanku Abdul Rahman bersetuju dengan pembentukan Malaysia. Beliau telah mengumumkan dalam majlis makan tenga hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura.Pembentukan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi kenyataan pada 16 September 1963.[1]

Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia
1.Politik
i.Ancaman komunis di Singapura,
Komunis menyusup masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew sejak 1959.Pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong.Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil tahun  1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura.[2]
ii.Ancaman komunis di Sarawak.
iii.Ancaman komunis di Indonesia dan Brunei.
iv.Mempercepatkan proses kemerdekaan.
2.Ekonomi
i.Kerjasama ekonomi.
3.Sosial
i.Keseimbangan kaum.

Reaksi pembentukan Malaysia
i.Dalam negeri
1.Persekutuan Tanah Melayu.
2.Singapura
3.Sabah.
4.Sarawak

ii.Luar negeri
1.British
ii.Filipina
iii.Indonesia
Isi-isi Perjanjian Malaysia 1963
1.Urusan hal-ehwal luar di bawah kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.
2.Agama Islam agama rasmi Persekutuan , kecuali sabag dan Sarawak. Agama lain bebas diamalkan.
3.Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Bahasa lain bebas digunakan.
4.Bahasa rasmi Sabah dan Sarawak ialah Bahasa Inggerissehingga 10 tahun selepas hari Malaysia.
5.Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam sendiri.
6.Perwakilan parlimen. 
Sarawak24 kerusi, Sabah 16 dan Singapura 15 kerusi.
7.Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orangMelayu di Persekutuan Tanah Melayu.[3]




[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),193. 
[2]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,201.  
[3]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,82. 

PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
Hasil Pembelajaran –menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Malayan Union
a.Latar belakang
Idea penubuhan  Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik Ogos 1941,Iaitu memberi hak menentukan nasib negara sendiri. Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London merancangmewujudkan sistem kesatuan di Tanah Melayu. Pada 10 Oktober 1945, rancangan Malayan Union diumumkan semasa persidangan Parlimen British. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil khas mendapatkan tanda tangan sultan. 1 April 1946, Malayan Union diisytiharkan.[1]

b.Perlembagaan Malayan Union.
i.Pentadbiran
Perlembagaan Malayan Union menetapkan kesatuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, NMTB dan Neger-Negeri Selat diletakkan dibawah kawalan Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Singapura kekal sebagai tanah jajahan mahkota British dengan gabenonya sendiri. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

      Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan.Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri selat akan diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat. Seorang Pesuruh Jaya Negeri akan dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
ii.Kedudukan sultan Melayu.
Mengikut perlembagaan baru ini Tanah Melayu menjadi sebuah kesatuan (union) dan semua kuasa pemerintahan disatukan secara berpusat. Kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa baginda semakin berkurangan. Sultan hanya menjadi penasihat kepada Gabenor. Baginda berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing. Kuasa kerajaan negeri diambil alih oleh kerajaan pusat.[2] Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu.[3]
iii.Syarat kerakyatan
Perlembagaan Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang sama bagi semua orang, tanpa mengira bangsa dan asal keturunan. Hak-hak ini termasuklah peluang untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu melalui prinsip jus soli. Terdapat dua ciri utama dalam kerakyatan secara perinsip jus soli, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang dan secara permohonan.

      Melalui kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang , Malayan Union memeberi kewarganegaraan kepada;
a)      mereka yang dilahirkan dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura serta bermastautin sebelum perintah ini dikuatkuasa.
b)      Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
c)      Mereka yang dilahirkan pada atau selepas perintah itu dikuatkuasakan. Sesiapa yang dilahiran di luar Malaysia atau Singapura selepas perintah dikuatkuasakan diberi kerakyatan dengan syarat bapanya merupakan warga Malayan union.
Kerakyatan secara permohonan diberi kepada;
a)      mereka yang bermastautin selama 5 tahun daripada 8 tahun terdahulu semasa permohonan dibuat.
b)      Mempunyai tingkah laku yang baik, berpegetahuan dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
c)      Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau Singapura.[4]
iv.Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri.
Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerajaan tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Semua ahli majlis ini terdiri daripada para pegawai British.
v.Kedudukan Hak Istimewa orang Melayu.
Perlembagaan Malayan menyebabkan hak istimewa orang Melayu terancam. Ini kerana dalam Perlembagaan Malayan Union, semua bangsa dan kaum layak dipertimbangankan memasuki perkhidmatan awam dan satu undi dalam pilihanraya umum.  Ini bermakna golongan imigran setaraf dengan bumiputera dalam maan Union. Sultan sebagai pelindung kepada orang Melayu telah kehilangan kuasa politik.
  
c.Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union.
i.Penentangan melalui akhbar
ii.Demonstrasi ,berkabung,
iii.Peranan Dato’ Onn Jaafar
iv.Kongres Melayu 1946 pertama
v.Kongres Melayu kedua.
d.Faktor orang Melayu menentang Malayan Union.
1.Kedaulatan dan kuasa sultan terancam
2.Taraf kerakyatan longgar- Jus soli
3.Cara Mac Michael mendapatkan tanda tangan sultan
4.Sokongan bekas pegawai British
v.Hak istimewa orang Melayu tergugat.





[1]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,68.
[2] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,184.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),167.
[4] Ibid,185.

Huraikan perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1874 hingga 1896. [20]

Campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu telah mengubah sistem pentadbiran tempatan kepada sistem pentadbiran Barat. Antara perubahan pentadbiran yang berlaku ialah Sistem Residen yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu bertitik tolak dari Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874, diikuti Selangor 1875, Negeri Sembilan 1895 dan Pahang 1888. Selepas itu diperkenalkan pula Persekutuan 1896 yang mengabungkan Neger-Negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah satu gabungan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

      Pembaharuan terhadap pentadbiran tempatan telah dilakukan oleh Residen yang menyebabkan raja dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa. Pentadbiran negeri diketuai oleh sultan yang dibantu oleh Residen.Residen menasihati sultan dalam segala hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam Melayu.
      Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) ditubuhkan untuk membolehkan pegawai-pegawai British berunding  dengan sultan dan pembesar-pembesar tempatan.tentang pentadbiran negeri, penggubalan undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu.
      Ahli-ahli Mesyuarat seramai 10 orang iaitu Residen yang berkuasa menamakan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang diluluskan oleh gabenor dan dilantik secara rasmi oleh sultan seumur hidup. Majlis Mesyuarat Mesyuarat Negeri akan bersidang sebanyak 7 kali setahun.
      Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri pada peringkat awala ialah menasihati sultan. Tetapi kemudiannya bertambah seperti menggubal dan menyusun undang-undang, menjadi Mahkamah Rayuan Tertinggi terutama berkait dengan hukuman mati yang hanya akan mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri, mengurus pencen orang Melayu, perlantikan ketua tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan serta menguruskan perubahan cukai.
      Residen paling berkuasa dalam   MMN. Residen akan menyiapkan agenda dan setelah berbincang dengan gabenor. Mereka akan mengusulkan sesuatu undang-undang yang dibincangan dan MMN. Setelah perbahasan dibuat rang undang-undang mesti ditandatangani oleh sultan setelah dipersetujui Gabenor.
      Penubuhan MMN telah menyebabkan sultan hilang kuasa. Walaupun menjadi pengerusi MMN, tetapi sultan tidak mempunyai kuasa penuh dan terpaksa mengikut nasihat Residen. Pentadbiran negeri pula telah dibahagikan kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertugas sebagai pemungut cukai, menjaga perbendaharaan daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, melaksanakan keadilan dan mengawal kesihatan awam.
      Bagi melicinkan pentadbiran daerah beberapa jabatan yang diketuai oleh Pegawai British ditubuhkan. Contohnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan. Pegawai daerah bertanggungjawab mengawal jabatan tersebut. Setiap daerah dibahagi kepada mukim yang diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik dari alangan pembesar-pembesar dan anak-anak raja tempatan. Penghulu menerima gaji dari hasil tambahan tempatan. Tugas Penghulu ialah mengutip hasil tanah, menyelesaikan masalah dan keselamatan Mukim. Masalah dalam Mukim diselesaikan oleh Mahkamah Penghulu. Penghulu juga menyimpan kira-kira serta laporan bertulis.
      Tujuan British melantik penghulu daripada kalangan orang Melayu ialah untuk memudahkan mereka menyampaikan dasar kerajaan dan mendapat maklum balas daripada rakyat tempatan.
      Pentadbiran mukim pula telah dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung. Ketua Kampung dilantik dari kalangan orang yang berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat. Kapitan Cina juga dilantik untuk melindungi dan menjaga orang Cina. Pentadbiran di peringkat bandar juga dibentuk untuk untuk memastikan pembangunan dan kebersihan bandar-bandar di NMB.
      Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyelia dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai British seperti Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ketua Polis daerah dan individu yang dilantik oleh Residen. Tugas Lembaga Kesihatan ialah mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan meluluskan pelan pembangunan.
     
      Menurut Perjanjian Persekutuan 1896, empat buah Negeri-Negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.Persekutuan telah mengukuhkan lagi pentadbiran British di Negeri-Negeri Melayu apabla kuasa raja masih tidak dapat dikukuhkan.
      NMB ditadbir oleh Residen Jeneralyang bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi atau Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sulta dikehendaki mengikut nasihat dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan agama Islam. Residen Jeneral beribu pejabat di Kuala Lumpur.
      Jawatan Residen masih dikekalkan tetapi mereka tidak boleh bertindak sesuka hatidan mesti melaksanakan arahan Residen Jeneral.
      Sultan masih berkuasa di negeri masing-masing dan bersetuju memberi bantuan kepada negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat Residen Jeneral. Sultan akan menggangotai Majlis Persidangan Raja-Raja atau DURBAR yang berperanan membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama. DURBAR dianggotai oleh empat orang Raja-Raja Melayu, Empat Orang Residen British, Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha.
      Melalui DURBR Sultan Idris telah membuat teguran dan mencadangkan supaya dentralisasi dilaksanakan kerana pemusatan kuasa yang berlebihan oleh Persekutuan.
      MMN akan menjalankan tugas seperti biasa tetapiperkara yang berkaitan anggaran belanjawan tahunan dan draf undang-undang diserahkan kepada Gabenor melalui Residen Jeneral untuk disahkan.
      Jabatan Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dan ketua-ketuanya berperanan untuk memberi arahan dan menyelaraskan tugas-tugas di keempat-empat buah negeri. Ketua Persekutuan bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.
      Jabatan-jabatan yang ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Tanah dan Galian, Nazir-Nazir Sekolah, Ketua Akauntan dan Ketua Juru ukur .
      Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) 1909 ditubuhkan untuk menggantikan DURBAR akibat bantahan Raja-Raja Melayu. MMP sepatutnya berfungsi sebagai badan penasihat kepada sultan. Tetapi sultan hanya menjadi ahli biasa dan tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP ataupun membatalkan usul-usul yang dibentangkan.
      MMP mempunyai kuasa melebihi had dan MMN  hanya berfungsi dalam perkara yang berhubung dengan adat-istiadat dan agama Islam sahaja.MMP gagal mengembalikan kuasa sebenar kepada sultan dan kuasa dipusatkan kepada Pesuruhjaya Tinggi. Oleh itu desakan semakin kuat agar dasar desentralisasi atau pengagihan kuasa dilaksanakan secepat mungkin.
      Kesimpulannya,perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku telah mengukuhkan lagi kedudukan British di Negeri-Negeri Melayu. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri semakin diketepikan terutama dengan pengenalan Negeri Melayu Bersekutu yang akhirnya membawa desakan sultan agar kuasa mereka dikembalikan melalui dasar pengagihan kuasa

3.2.2 Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960

Malayan Union 1946
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
Hasil Pembelajaran –menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Malayan Union
a.Latar belakang
Idea penubuhan  Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik Ogos 1941,Iaitu memberi hak menentukan nasib negara sendiri. Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London merancangmewujudkan sistem kesatuan di Tanah Melayu. Pada 10 Oktober 1945, rancangan Malayan Union diumumkan semasa persidangan Parlimen British. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil khas mendapatkan tanda tangan sultan. 1 April 1946, Malayan Union diisytiharkan.[1]

b.Perlembagaan Malayan Union.
i.Pentadbiran
Perlembagaan Malayan Union menetapkan kesatuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, NMTB dan Neger-Negeri Selat diletakkan dibawah kawalan Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Singapura kekal sebagai tanah jajahan mahkota British dengan gabenonya sendiri. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

      Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan.Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri selat akan diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat. Seorang Pesuruh Jaya Negeri akan dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
ii.Kedudukan sultan Melayu.
Mengikut perlembagaan baru ini Tanah Melayu menjadi sebuah kesatuan (union) dan semua kuasa pemerintahan disatukan secara berpusat. Kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa baginda semakin berkurangan. Sultan hanya menjadi penasihat kepada Gabenor. Baginda berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing. Kuasa kerajaan negeri diambil alih oleh kerajaan pusat.[2] Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu.[3]
iii.Syarat kerakyatan
Perlembagaan Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang sama bagi semua orang, tanpa mengira bangsa dan asal keturunan. Hak-hak ini termasuklah peluang untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu melalui prinsip jus soli. Terdapat dua ciri utama dalam kerakyatan secara perinsip jus soli, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang dan secara permohonan.

      Melalui kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang , Malayan Union memeberi kewarganegaraan kepada;
a)      mereka yang dilahirkan dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura serta bermastautin sebelum perintah ini dikuatkuasa.
b)      Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
c)      Mereka yang dilahirkan pada atau selepas perintah itu dikuatkuasakan. Sesiapa yang dilahiran di luar Malaysia atau Singapura selepas perintah dikuatkuasakan diberi kerakyatan dengan syarat bapanya merupakan warga Malayan union.
Kerakyatan secara permohonan diberi kepada;
a)      mereka yang bermastautin selama 5 tahun daripada 8 tahun terdahulu semasa permohonan dibuat.
b)      Mempunyai tingkah laku yang baik, berpegetahuan dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
c)      Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau Singapura.[4]
iv.Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri.
Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerajaan tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Semua ahli majlis ini terdiri daripada para pegawai British.
v.Kedudukan Hak Istimewa orang Melayu.
Perlembagaan Malayan menyebabkan hak istimewa orang Melayu terancam. Ini kerana dalam Perlembagaan Malayan Union, semua bangsa dan kaum layak dipertimbangankan memasuki perkhidmatan awam dan satu undi dalam pilihanraya umum.  Ini bermakna golongan imigran setaraf dengan bumiputera dalam maan Union. Sultan sebagai pelindung kepada orang Melayu telah kehilangan kuasa politik.




[1]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,68.
[2] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,184.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),167.
[4] Ibid,185.

ANALISA BAHAGIAN B SEJARAH STPM P3 2013-2016



OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
ANALISA BAHAGIAN B
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2013
4.      Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam sebelum berlakunya perluasan kuasa Perancis.
5.      Analisiskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di Indonesia pada abad ke-19.
6.      Nilaikan dasar luar Filipina dari tahun 1945 hingga tahun 1963.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2013 U
4.      Bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Thailand pada abad ke-19.
5.      Bincangkan perkembangan dasar pendidikan Belanda di Indonesia pada abad ke-19.
6.      Huraikan bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-20.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2014
4.      Bincangkan struktur sosial masyarakat di Vietnam sebelum campur tangan Barat.
5.      “Penjajahan Belanda di Indonesia pada abad ke-19 telah mengakibatkan transformasi ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan tersebut.
6.   Nilaikan sumbangan Phibun Songkram terhadap perkembangan nasionalisme di Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1944.

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2014 U
4.      Jelaskan sistem pembesar di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat.
5.      “Pendudukan Jepun dari tahun 1941 sehingga tahun 1945 di Indonesia telah mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia.” Jelaskan.
6.   Bincangkan penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2015
4.Perihalkan peranan raja Vietnam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sebelum penjajahan Perancis.
5.Huraikan kesan campur tangan British terhadap pentadbiran tempatan di Myanmar pada abad ke-19 hingga abad ke-12.
6.Huraikan bentuk pemerintahan raja berperlembagaan yang diamalkan di Thailand pada abad ke-20.
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2015 U
4.Terangkan pengkomersialan ekonomi pertanian di Indonesia pada abad ke-19. [20]
5.Terangkan pekembangan Yong Men Buddha Association [YMBA] dalam perkembangan nasionalisme di Myanmar. [20m]
6.Bincangkan penglibatan Thailand dalam South East Asia Teat Oganisation [SEATO] [20]

Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2016
4.Perihalkan institusi kemaharajaan di Vietnam dan institusi perajaan di Thailand pada abad ke-19. 20
5.Bincangkan faktor meletusnya penentangan masyarakat tempatan di Indonesia terhadap pentadbiran Belanda pada abad ke-19. 20m
6.Jelaskan dasar ekonomi di Thailand dan tahap perkembangannya dari tahun 1958 hingga 1990-an. 20m








ANALISA BAHAGIAN A SEJARAH STPM P3 2013-2016



OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
ANALISA BAHAGIAN A
SOALAN STPM PENGGAL 3/2013
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.      Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum tahun 1874.
2.      Pendudukan Jepun di Tanah Melayu biarpun singkat telah meninggalkan pelbagai kesan tehadap aspek politik, sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut.
3.      Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2013 U
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.      Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri. Walau bagaimanapun, terdapat juga kegiatan ekonomi lain yang diusahakan. Bincangkan.
2.      Analisiskan sebab-sebab berlakunya penentangan terhadap penjajah British oleh pemimpin tempatan di Perak padaabad ke-19 dan di Terengganu pada awal abad ke-20.
3.      Bincangkan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan pembangunan sosial melalui pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1970-an

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.      Bincangkan peranan undang-undang adat dalam mengekalkan keharmonian masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.
2.      “ Selain daripada beberapa faktor yang lain, masalah kewangan Pahang dikatakan mempengaruhi British untuk menubuhkan Neger-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.” Bincangkan pernyataan tersebut.
3.      Bincangkan dasar pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1979.

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014 U
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.      Terangkan susun lapis masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.
2.      Bincangkan faktor-faktor yang menyekat penguasaan British di Johor sehingga tahun 1914.
3.      Analisiskan rancangan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2015
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Huraikan prinsip umum Undang-Undang Tubuh Johor dalam mengekalkan kestabilan sosiopolitik di Johor pada abad ke-19
2.Jelaskan reaksi penduduk tempatan di Sarawak terhadap British pada tahun 1946.
3.Terangkan langkah-langkah yang dimabil oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat Dasar Perindustrian Negara dari tahun1980-an hingga tahun 2000.

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2015U
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Perpatih dan adat Temenggung di Tanah Melayu. [20]
2.Bincangkan perjuangan Kesatuan Melayu Muda dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu dari tahun 1938 hingga tahun 1942. [20]
3.Nilaikan sumbangan Tun Razak bin Dato’ Hussein dalam pembangunan ekonomi di Malaysia hingga tahun 1974.

BAHAGIAN A SEJARAH MALAYSIA 2016

1. Sebelum campur tangan British, masyarakat Melayu telah mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. Huraikan hierarki pentadtadbiran dan tugas-tugas yang berkaitan dengannya. 20m

2.Ancaman komunis di Singapura dan di Sarawak merupakan faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun 1963 pada tahun 1963

3.Huraikan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dari tahun 1967 hingga tahun 1997. 20m