2.1
Peluasan kuasa asing di Indonesia dan
Myanmar pada abad ke-19
Oleh-AHMAD
BIN YAAKOB
Hasil
pembelajaran-membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia
dan Myanmar pada abadke-19
Pengertian/konsep.
Perluasan
kuasa asing merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi
perolehan tanah jajahan bagi menguasai
politik dan ekonomike atas negara lain. Menurut George Nadel dan Perry Curtis,
imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melalui campur tangan secara
langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuah kerajaan,
bangsa atau masyarakat ke atas bangsa dan masyarakat yang lain.[1]
Abad
ke-19 merupakan zaman imperialisme Barat terhadap negara-negara Asia Tenggara.
Pada mulanya, peluasan kuasa Barat adalah untuk menguasai kepentingan
perdagangan rempah sahaja tetapi
berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, peluasan kuasa Barat semakin
rancak sehingga berjaya menjajah hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali
Thailand.
a.Faktor-faktor
peluasan kuasa asing.
1.Perlumbaan
kuasa-kuasa asing untuk mendapatkan tanah jajahan.
2.Ketenteraan
dan teknologi persenjataan.
3.Revolusi
perindustrian di Eropah.
4.Sumber
bahan mentah yang banyak di Asia Tenggara.
5.Mencari
negara pasaran.
6.Menyebarkan
agama.
7.Pembukaan
Terusan Suez.
8.Beban
orang putih.[2]
[1] Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar,2013) ,294..
[2] “Perluasan
Kuasa Asing ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 120
.