PERLUASAN KUASA ASING
Oleh-Ahmad bin Yaakob
Membincangkan faktor dan cara
perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Dasar meluaskan empayar atau
tanah jajahan atau dasar imperialisme kuasa asing. Ringkasnya peluasan kuasa
asing ialah penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan,
wilayah atau negeri.[1]
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri
Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada peringkat awal, kuasa
Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat perniagaan sahaja. Selepas berlaku
Revolusi Perindustrian, keperluan Britain berubah kepada kepentingan
mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu mempunyai banyak bahan mentah seperti
bijih timah, kelapa, emas dan lain-lain.[2] Selepas
Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemeli bijih timah
yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan menghidupkan kembali
permintaan terhadap bijih timah.[3]
Kuasa Barat juga mempunyai
keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.Sebelum tahun 1874,saudagar-saudagar
British dan pegawai British mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di
Negeri-Negeri Melayu seperti Pahang, Sungai Ujong, Selangor dan Perak secara
persendirian atau berkongsi dengan pedagang China dan ada kalanya dengan
pembesar-pembesar Melayu. Sebagai contoh Paterson, Simons dan rakan-rakannya
telah membayar $330 500 untuk mendapatkan konsesi di Kuantan pada tahun 1868.
Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar $30 000 pada tahun 1872kepada
Dato’ Kelana bagi mendapatkan konsesi perlombongan. Tanah
jajahan juga turut memainkan peranan penting untu memasarkan barangan kilang.[4]
.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku persaingan untuk
menambahkan tanah jajahan di Barat. Ini menyebabkan British bimbang akan
pertapakan kuasa Barat lain. Tahun 1870-1914 merupakan satu jangka masa yang
aman di Eropah. Menjelang tahun 1870-an, semangat imperialisme dan perlumbaan
mencari tanah jajahan telah meningkat di kalangan negara-negara Eropah. Kuasa
Barat seperti Belanda, Itali, Perancis, Rusia berusaha untuk mendapatkan tanah
jajahan. Antara kuasa-kuasa besar itu, Jerman paling dicurigai oleh British kerana
selepas Penyatuan Jerman 1871, negara tersebut telah melancarkan satu dasar
agresif yang menancam kedudukan British. Jerman telah menunjukkan minat untuk
mendapatkan Pulau Langkawi. Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang,
manakalaPerancis bercadang membuka terusan di Segenting Kra. Amerika Syarikat
pula menunjukkan minat untuk meluaskan pengaruhnya di Terengganu.
Lord Kemerly, Setiausaha Negara bagi
tanah jajahan British menegaskan kemungkinan Jerman akan campur tangan di
Selangor. Beliau bimbang dengan keadaan tersebut lalu mengambil pendirian
bahawa British tidak akan membenarkan sebarang kuasa asing membentuk tanah
jajahan di Tanah Melayu.[5]Beliau
telah mengarahkan Sir Andrew Clarke bakal Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya
membuat laporan tentang memulihkan keamanan di Negeri-Negeri Melayu untuk
melindungi kepentingan pelabur dan kerajaan British.[6]
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan kerajaan daripada
kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif telah mempengaruhi perubahan
daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di Tanah
Melayu pada tahun 1874. Kemenangan Parti
Konsevatif mengalahkan Parti Liberal di Britain serta membentuk kerajaan baharu
di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik
England. Kejayaan Parti Konsevatif menguasai kerajaan Britain Januari 1874
telah membawa kepada campur tangan British di Tanah Melayu. Perunahan ini elah
disokong oleh pegawai-pegawai British
seperti Lord Kimberley dan Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan Suez telah dibina oleh
Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps.
Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan
Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaan nya menggalakkan
kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[7]
Pembukaannya menyebabkan kuasa
Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia. Terutama apabila British
telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.Dengan penguasaan British ini maka imperialisme Barat
dapat mara dengan cepat ke Asia Tenggara terutama ke Negeri-Negeri Melayu.
Pembukaan Terusan Suez juga menyebabkan pelabuhan-pelabuhan baru dibuka seperti
Singapura. Kedudukan Singapura telah menjadi tumpuan kepada pedagang dan
penjajah Barat terutama British dan Belanda.[8]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Pada masa itu berlaku keadaan
huru-hara di Tamah Melayu contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Berlaku perebutan takhta di
Perak antara Raja Abdullah dan Raja Ismail. Manakala di Selangor berlaku Perang
Kelang 1867 antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.Perang Saudara di Pahang
tercets disebabkan oleh perebutan jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan
Wan Ahmad. Pada tahun 1869, Tengku Antah dan Tengku Ahmad bersengketamerebut
jawatan Yam Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Berlaku perebutan kuasa di
kalangan pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih
timah.
Perang Larut 1861-1873 berlaku
di Perak.Ia melibatkan perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San.[9]Perang
ini berpunca dari pertelingkahan untuk mendapatkan kawasan lombong yang lebih
luas.
Keadaan huru-hara ini menyebabkan
saudagar dan pelabur di Negeri-Negeri Melayu membuat rayuan kepada British di
Singapura dan London bagi mendapatkan perlindungan British. Keperluan untuk
campur tangan semakin mendesak. Pada tahun 1873 seramai 243 orang pedagang
Negeri-Negeri selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord
Kimberley bagi mendesai British untuk campur tangan.[10]
[1] Ibid,42.
[2] “Sistem
Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[3]Ong
Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal
3,43.
[4]“Perluasan
Kuasa Asing”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3,25.
[5] Ong
Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43
[6] Ibid.
[7]Ibid.,26.
[8] Siti
Aishah Selamat, STPM Penggal 3, Modul Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
(1800-2000),27.
[9]“Sistem
Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3,26.
No comments:
Post a Comment