1. Undang- undang tertua di negeri Perak yang berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke -19 oleh Syed Hassan al- Farodz dari Hadramaut .
2. Undang- undang ini menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan yang dilakukan oleh masyarakat pada masa itu.
3. Pengaruh adat tempatan lebih menonjol berbanding dengan unsur Islam dalam Undang-undang 99 Perak.
4. Antara pengaruh adat tempatan yang menonjol dalam Undang- undang 99 Perak merangkumi aspek pemerintahan, jenayah, pembahagian harta, penzinaan dan perkahwinan.
B. ISI
a) Pemerintahan
1. Undang- undang 99 Perak memperlihatkan pengaruh adat tempatan berbanding unsur Islam
2. Fasal 77 dalam undang- undang ini memperuntukkan takhta pemerintahan akan di warisi oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada , takhta tersebut akan diwarisi oleh anak gahara yang kecil.
3. Undang – undang 99 Perak menunjukkan lebih berperanan kepada pengaruh adat kerana mengikut Islam dalam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsep musyawarah
4. Sistem pemerintahan yang dilaksanakan lebih kepada pengamalan adat lebih daripada Islam
5. Hal ini demikian dapat mewujudkan suasana yang harmoni pada zaman itu .
b) Jenayah
1. Undang – undang 99 Perak lebih memperlihatkan kepada adat tempatan daripada unsur islam.
2. Situasi ini jelas dapat dilihat dalam soal pembunuhan sesama orang Islam mengikut fasal 23 dimana orang Islam yang membunuh orang Islam yang lain tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh sebaliknya dia dikatakan menjadi kafir
3. Hukuman ini sememangnya tidak menunjukkan keselarasan dengan pengaruh hukum Islam yang mengatakan seseorang yang membunuh akan dikenakan hukuman bunuh juga.
4. Contohnya, seorang pembunuh akan dikenakan denda empat tahil dua paha emas , atau dua dirham dan disedekahkan setahil sepaha emas.
5. Melalui hukuman yang dilaksanakan ini, dapat mengurangkan kes pembunuhan dalam kalangan masyarakat Islam dengan adanya denda yang dikenakan .
c) Pembahagian harta
1. Pengaruh adat tempatan juga dapat dilihat dalam aspek pembahagian harta. Mengikuti fasal 33 iaitu mengenai pembahagian harta, dimana pembahagian harta kepada orang yang baharu meninggal dikenakan syarat – syarat tertentu.
2. Dalam hal ini, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan mangkuk dan peralatan dapur manakala anak lelaki pula diberikan alatan senjata besi, sawah padi dan lombong.
3. Pembahagian harta dalam undang – undang Perak menjelaskan bahawa anak lelaki mendapat dua kali lebih daripada anak perempuan.
4. Harta lain dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil
5. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain.
6. Pembahagian harta dengan syarat- syarat dan secara adil menjamin keharmonian hidup masyarakat Melayu.
d) Penzinaan
1. Soal penzinaan ini telah termaktub dalam undang-undang mengikut fasal 50 yang menyentuh tentang hal-hal berkaitan penzinaan.
2. Mengikut undang – undang ini , jika kedua- dua penzina mengakui kesalahan yang dilaksanakan oleh mereka, diperintah bernikah dan membayar denda sepaha emas perlu dilaksanakan dengan segera.
3. Pernyataan begini jelas memperlihatkan hukuman dalam undang – undang ini lebih kepada adat tempatan daripada unsur Islam
4. Jika didapati tiada kesalahan yang dilakukan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan.
5. Mengikut hukum Islam bagi kesalahan zina seseorang yang tidak berkahwin akan dikenakan hukuman sebat 100 kali rotan .
6. Melalui undang-undang yang dilaksanakan ini, maka kegiatan maksiat dan penzinaan dapat dibendung pada masa itu .
e) Perkahwinan
1. Mengikut fasal 65, undang – undang Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu berkahwin tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang 40 hari di atas alasan untuk menjaga keimanan masing – masing.
2. Namun begikut, keadaan ini berbeza dengan syariat Islam dimana selepas akad nikah dilangsungkan atau disahkan maka secara automatiknya suami isteri boleh tinggal bersama .
3. Melalui perkahwinan, keadaan ini dapat membendung perbuatan khalwat sekaligus suasana kehidupan yang harmoni dalam masyarakat Melayu abad ke – 19 dapat diwujudkan
C. KESIMPULAN
1. Hukuman yang terdapat dalam undang - undang 99 Perak lebih memperlihatkan adat tempatan daripada unsur – unsur Islam .
2. Undang – undang ini berjaya menjamin keselamatan dan keamanan dalam masyarakat Melayu .
SUMBER-SKEMA SET 1 JPN KELANTAN
No comments:
Post a Comment