Pages

Tuesday, November 7, 2017

SOALAN 1 Pengaruh adat tempatan menonjol dalam Undang-Undang 99 Perak berbanding pengaruh Islam. Buktikan pernyataan ini.

A. PENGENALAN
1. Undang- undang tertua di negeri Perak  yang berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke -19 oleh Syed Hassan al- Farodz dari Hadramaut .
2. Undang- undang ini menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan yang dilakukan oleh masyarakat pada masa itu.
3. Pengaruh adat tempatan lebih menonjol berbanding dengan unsur  Islam dalam Undang-undang 99 Perak.
4. Antara pengaruh adat tempatan yang menonjol dalam Undang- undang 99 Perak merangkumi aspek pemerintahan,  jenayah, pembahagian harta, penzinaan dan perkahwinan.

B. ISI
a) Pemerintahan
1. Undang- undang 99 Perak  memperlihatkan pengaruh adat tempatan berbanding  unsur Islam  
2. Fasal  77 dalam undang- undang ini memperuntukkan takhta pemerintahan akan di warisi oleh anak  gahara  yang paling  tua  dan  jika tiada , takhta tersebut akan diwarisi oleh anak gahara yang kecil.
3. Undang – undang 99 Perak menunjukkan lebih berperanan kepada  pengaruh adat  kerana  mengikut Islam dalam  soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsep musyawarah
4. Sistem pemerintahan yang dilaksanakan lebih kepada pengamalan adat lebih daripada Islam
5. Hal ini demikian dapat mewujudkan suasana yang harmoni pada zaman itu .
     b) Jenayah
1. Undang – undang 99 Perak  lebih  memperlihatkan kepada adat tempatan  daripada  unsur islam.
2. Situasi ini jelas dapat dilihat  dalam soal pembunuhan  sesama  orang  Islam  mengikut  fasal  23  dimana orang  Islam yang membunuh  orang Islam yang  lain  tidak boleh dijatuhi  hukuman  bunuh  sebaliknya dia  dikatakan  menjadi  kafir  
3. Hukuman  ini sememangnya tidak menunjukkan keselarasan dengan pengaruh hukum Islam yang mengatakan seseorang  yang  membunuh  akan dikenakan hukuman bunuh  juga.
4. Contohnya, seorang pembunuh  akan  dikenakan denda  empat  tahil dua paha emas , atau dua dirham dan disedekahkan setahil sepaha emas.
5. Melalui hukuman yang dilaksanakan ini, dapat mengurangkan  kes pembunuhan dalam  kalangan masyarakat Islam dengan adanya  denda yang dikenakan  .
c) Pembahagian harta
1. Pengaruh adat tempatan juga dapat dilihat dalam aspek pembahagian harta.  Mengikuti  fasal  33 iaitu mengenai  pembahagian  harta,  dimana pembahagian  harta kepada   orang  yang  baharu  meninggal dikenakan syarat – syarat  tertentu.  
2. Dalam hal ini, anak perempuan  akan  diberikan  rumah, kebun, pinggan mangkuk dan peralatan dapur  manakala anak lelaki pula diberikan alatan senjata besi, sawah  padi  dan  lombong.
3. Pembahagian  harta dalam undang – undang  Perak  menjelaskan  bahawa  anak  lelaki mendapat  dua kali  lebih  daripada  anak perempuan.
4. Harta lain dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil
5. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada  anak lain.
6. Pembahagian harta dengan  syarat- syarat dan secara adil  menjamin  keharmonian  hidup masyarakat Melayu.
    d) Penzinaan
1. Soal penzinaan ini telah termaktub dalam undang-undang mengikut  fasal  50 yang  menyentuh  tentang  hal-hal berkaitan penzinaan.
2. Mengikut  undang – undang ini , jika kedua- dua penzina mengakui kesalahan yang dilaksanakan oleh mereka, diperintah bernikah  dan membayar denda  sepaha emas perlu dilaksanakan dengan segera.
3. Pernyataan begini jelas memperlihatkan hukuman dalam undang – undang ini lebih kepada adat tempatan daripada unsur  Islam
4. Jika didapati  tiada kesalahan yang dilakukan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan  atau dimaafkan.
5. Mengikut hukum Islam bagi kesalahan zina seseorang yang tidak berkahwin akan dikenakan hukuman sebat 100 kali rotan .
6. Melalui undang-undang yang dilaksanakan ini, maka kegiatan maksiat dan penzinaan dapat dibendung  pada  masa  itu  .
    e) Perkahwinan
1. Mengikut  fasal  65, undang – undang  Perak memperuntukkan bahawa pasangan  yang baharu berkahwin tidak  dibenarkan  bersama selama  lebih kurang  40 hari  di atas alasan untuk menjaga  keimanan  masing – masing.  
2. Namun begikut, keadaan ini berbeza dengan syariat  Islam dimana selepas  akad  nikah  dilangsungkan  atau  disahkan  maka secara automatiknya suami  isteri  boleh  tinggal bersama .
3. Melalui perkahwinan, keadaan ini dapat membendung  perbuatan  khalwat sekaligus suasana kehidupan  yang  harmoni  dalam  masyarakat  Melayu  abad   ke – 19 dapat  diwujudkan  

C. KESIMPULAN
1. Hukuman  yang terdapat  dalam  undang  - undang  99  Perak  lebih  memperlihatkan  adat tempatan daripada  unsur – unsur Islam .
2. Undang – undang  ini  berjaya menjamin  keselamatan dan keamanan dalam masyarakat Melayu .
SUMBER-SKEMA  SET 1 JPN KELANTAN











No comments:

Post a Comment