Pages

Tuesday, November 7, 2017

SOALAN 3.Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel.



A. PENGENALAN
1.      Pertubuhan Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang pernah menjadi tanah jajahan British yang ditubuhkan pada tahun 1931.
2.      Matlamat penubuhannya adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam semua bidang. Komanwel mempunyai 54 buah negara anggota yang terdiri daripada negara maju dan negara membangun. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
3.      Malaysia menjadi anggota Komanwel demi menjamin keharmonian dan membangunkan ekonomi negara. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel dapat dilihat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
B. ISI
Penglibatan Malaysia dalam Komanwel.
1. Perjanjian Pertahanan (AMDA)
a.       Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia, dan New Zealand menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.
b.      Tindakan Malaysia menanda tangani Perjanjian AMDA didorong oleh kedudukan pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkinmampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian.
2. Penglibatan dalam CHOGM
a.       Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).
b.      Mesyuarat CHOGM diadakan dua tahun  sekali bagi membincangkan isu-isu semasa antarabangsa yang berkaitan dengan negara-negara anggota. Dalam mesyuarat tersebut, Malaysia mengetengahkan isu alam sekitar dan hasilnya Deklarasi Langkawi telah dimeterai yang mendorong negara anggota yang miskin turut memberi perhatian kepada isu alam sekitar ketika negara anggota sibuk membangunkan ekonomi negara masing-masing.
3. Menentang dasar Apartheid
a.       Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.
b.      Malaysia turut menyokong sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar ini dilaksanakan oleh orang kulit putih. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan.
4. Kerjasama ekonomi.
a.       Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam bidang ekonomi. Malaysia mengharapkan permintaan dari Britain dalam mengeksport dua komoditi utamanya iaitu bijih timah dan getah. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
b.      Begitu juga dari egi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah. Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, hubungan Malaysia dengan Komanwel menjadi renggang akibat dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju. Beliau mengambil tindakan ekonomi “Buy British Last”.
5. Rancangan Colombo
a.       Rancangan Colombo ditubuhkan atas usaha Negara-negara Komanwel untuk memerangi kemiskinan dan wabak penyakit serta bantuan kewangan dan kemahiran teknik kepada negara-negara yang memerlukan. Malaysia mendapat manfaat seperti bantuan kepakaran, teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
b.      Melalui rancangan ini pelajar Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia mendapat bantuan bagi pembinaan Lebuh Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak.
6. Sukan Komanwel
a.       Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan yang berlaqngsung setiap empat tahun sekali yang melibatkan atlet dari negara anggota. Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
b.      Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan tempat berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium tersebut boleh menempatkan sehingga 100,000 penonton dan mempunyai trek balapan.

C. KESIMPULAN.
1.      Banyak faedah yang diperolehi Malaysia dalam Komanwel. Malaysia dapat menyuarakan pendapat secara terbuka dalam membincangkan isu-isu antarabangsa.
2.      Sumbangan Malaysia amat banyak dalam keanggotaan Komanwel.


sumber- JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN






No comments:

Post a Comment